Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Bagi rakyat Malaysia, sudah tentu kebanyakan daripada kita mestilah mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.
Sejarah ini penting untuk dihayati agar kita sering menghargai nikmat kemerdekaan yang dinikmati negara.
Oleh itu, sejarah kemerdekaan Malaysia ini penting untuk diingati oleh rakyat Malaysia terutama kepada generasi muda.
Kesultanan Melayu Melaka Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi.
Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera.
Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat.
Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Kejatuhan Melaka & Penjajahan Kuasa Asing Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka dan bermulalah era Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. 
Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan Portugis pada 14 Januari 1641.
Pada Tahun 1795, Melaka sekali lagi bertukar tangan apabila British menjajah Melaka dan Tanah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. 
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.
Kebangkitan Semangat Nasionalisme & Pendudukan Jepun Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan semangat nasionalisme seperti kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.
Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.
Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing.
Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Ini telahmengakibatkan mereka membantu pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula 1941.
Pendudukan ini bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu.
Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.
Pendudukan tersebut menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu namun Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.
PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak.
Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union.
Penubuhan Malayan Union Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union, namun gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Antara faktor yang mengakibatkan Orang Melayu menentang Malayan Union adalah pemberian taraf kerakyatan.
Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah mengakibatkan wujudnya perasaan kebencian orang Melayu kepada kaum lain.
Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
Pengisytiharan Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Tanah Melayu kemudian diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu. 
Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan Malaysia tercapai pada 16 September 1963.
Sumber: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30120?language=my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sejarah-kemerdekaan-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sejarah-kemerdekaan-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 96 hits
Selain Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Pergerakan Puteri Islam Malaysia atau singkatannya PPIM merupakn satu lagi pilihan unit badan beruniform yang ditawarkan di sekolah rendah Malah PPIM juga biasanya wujud di kebanyakan sekolah m...
Blockout 2024 Kempen Ini Semakin Marak Nama Selebriti Malaysia Juga Disebut

Blockout 2024 Kempen Ini Semakin Marak Nama Selebriti Malaysia Juga Disebut

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 71 hits
HarapandailyKempen Blockout 2024 yang menyeru masyarakat dunia memboikot puluhan selebriti Hollywood yang tidak peduli dengan perang genosid di Palestin marak di platform X Gerakan itu juga mengajak warga global menyekat akaun media sosial ...
Malaysia Unicef Study Highlights The Stark Realities Of Poverty In Malaysia

Malaysia Unicef Study Highlights The Stark Realities Of Poverty In Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 209 hits
Government must do the hard work Murray Hunter Just over two months ago prime minister Unicef just a few days ago releases a horrendous report claiming many families in Kuala Lumpur are still suffering the effects from the Covid 19 pandemic...
Gigihnya Baru Mendarat Dari Malaysia Song Jihyo Terus Ke Rakaman Running Man

Gigihnya Baru Mendarat Dari Malaysia Song Jihyo Terus Ke Rakaman Running Man

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 39 hits
Bukan mudah nak tempuhi jadual sebagai selebriti Korea Artikel Berkaitan Kadang kala mereka perlu terus bekerja sejurus selepas pulang dari luar negara Sama seperti Song Ji hyo yang dilihat terus menyertai rakaman untuk Running Man sejurus ...
10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 101 hits
Tahukah anda terdapat banyak dalam menguruskan kewangan bagi rakyat Malaysia Disebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil ramai ibu bapa pastinya mengalami kesukaran untuk memikirkan bagaimana untuk membiayai pelbagai keperluan seisi kelua...
Malaysia To Cut Fuel Subsidy At The Right Time Says Anwar

Malaysia To Cut Fuel Subsidy At The Right Time Says Anwar

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 155 hits
The government highly subsidised the prices of fuel and cooking oil a move that was estimated to cost RM81 billion last year DOHA Prime Minister Anwar Ibrahim reiterated the need to cut wasteful spending including reducing excess subsidies ...
Pahang Sasar 40 Pingat Emas Jadi Lima Terbaik Pada Sukan Malaysia Sarawak 2024

Pahang Sasar 40 Pingat Emas Jadi Lima Terbaik Pada Sukan Malaysia Sarawak 2024

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Pahang menyasar menjadi pasukan lima terbaik pada Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang akan berlansung di Sarawak dengan meraih sekurang kurangnya 40 pingat emas Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang...
Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 137 hits
Would you like to take a trip that combines shopping and exploring a wealthy history with a bright future and beaches and mountains Malaysian Aviation Group offers you the most amazing trip packages to Malaysia to guarantee an enjoyable enc...
Jenama Qsr Menyumbang Lebih Rm150 000 Manfaat Kepada Lebih 2 500 Umat Islam Merentas Dua Negara

Wanita Cedera Terseret Ketika Diragut Tepi Lebuhraya

Waspada Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai Menteri Miti

Cendawan Mekah Cendawan Mud Mud

Makluman Jawatan Kosong Cidb Jun 2024 Untuk Permohonan

Kemenpora Dan Bkkbn Edukasi Program Keluarga Muda Berdaya Ini Pesan Untuk Calon Pengantin

Kisah Seram Pengawal Keselamatan Diganggu Lembaga

Jun 27 2024



8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea

10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia


Bapa Animasi Malaysia Hassan Muthalib

Tingkatkan Kesemua 15 Ceramide Penting Dengan Inovasi Pembersih Buih Cetaphil Baharu Cetaphil Daily Facial Cleanser

Conquista House By David Guerra Arquitetura E Interiores In Rolandia Brazil

Reedzwann Dalam Diam Aku Mencintaimu Chord

Gaji Hanya Rm2 000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda Iphone 15 Pro Terpaksa Buat Loan

Allah Swt Makbul Hajat Suami Meninggal Dunia Di Mekah