Sejarah Kapal Kontena Sebagai Pengangkutan Penting Di Laut


Kapal kontena adalah kapal dagang atau kapal kargo yang boleh dimuatkan dengan kontena dalam teknik yang dikenali sebagai pengkontenaan dan merupakan salah satu alat penting dalam pengangkutan di laut.

CMA CGM Antoine de Saint Exupery

Kapal kontena direka bentuk dengan tujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang bagi menjimatkan kos penghantaran kontena.

Sejarah

Kapal kontena terawal ialah kapal tangki yang diubahsuai, dibina dari lebihan kapal tangki T2 selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1951, kapal pertama khusus untuk kontena mula beroperasi di Denmark dan antara Seattle dan Alaska.

Kapal khusus untuk kontena yang pertama di Amerika Syarikat ialah Ideal-X, sebuah kapal tangki T2, milik Malcom McLean, yang membawa 58 kontena besi antara Newark, New Jersey dan Houston, Texas dalam pelayaran pertamanya pada bulan April 1956.

Hari ini, lebih kurang 90% kargo bukan pukal di dunia diangkut menggunakan kontena dan kapal kontena moden mampu membawa sehingga 15,000 TEU.

Dari segi kelas, kapal kontena sekarang menyaingi kapal tangki minyak dan kapal kargo pukal sebagai kapal komersil terbesar di lautan.

Pembinaan

Kapa kontena direka bentuk dengan tujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang. Kapasitinya diukur dalam unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), iaitu unit piawai kontena berdimensi 20 × 8.0 × 8.5 kaki (6.1 × 2.4 × 2.6 meter) (panjang × lebar × tinggi).

Untuk kontena 40 kaki (12 meter), unit persamaan yang digunakan ialah 2 TEU atau 1 FEU (unit bersamaan empat puluh kaki).

Kapal kontena yang besar tidak membawa alat-alat pengendalian kontena sendiri, jadi pemunggahan dan pemuatan cuma boleh dibuat di pelabuhan yang dilengkapi kren.

Bagaimanapun, kapal yang lebih kecil sehingga 2900 TEU selalunya dilengkapi dengan krennya sendiri.

Sering digelar "bot kotak" (box boats), kapal kontena mengangkut majoriti kargo kering (dry cargo) atau barangan kilang di dunia manakala kargo seperti besi, arang batu atau gandum diangkut oleh kapal kargo pukal.

Terdapat banyak kapal-kapal besar yang melayari laluan perdagangan laut yang dimiliki oleh syarikat perkapalan utama, dan terdapat juga kapal-kapal yang dikenali sebagai "kapal penghantar" (feeder ship) yang lebih kecil digunakan untuk menghantar kontena kepada kapal-kapal besar melalui hab pemindahan di pelabuhan.

Kebanyakan kapal kontena dikuasakan oleh enjin diesel dan mempunyai anak kapal antara 20 dan 40 orang, yang biasanya mempunyai blok kediaman yang besar di bahagian belakang berhampiran bilik enjin.

Kapal Kontena Terbesar

Pada masa kini, CMA CGM Antoine de Saint Exupery, adalah kapal kontena terbesar dunia dan pernah berlabuh di Malaysia pada tahun 2018 yang lalu.

Kapal kontena yang lebih panjang daripada empat padang bola dan lebih panjang daripada Menara Eiffel itu memilih pelabuhan Westports di Pelabuhan Klang sebagai destinasi persinggahannya di Asia Tenggara sempena pelayaran sulungnya.

Kapal kontena yang berkeupayaan mengangkut 20,600 TEU, iaitu unit bersamaan kontena 20 kaki, itu adalah kapal terbaharu milik syarikat perkapalan Perancis CMA CGM.

Senarai limbungan

Kapal-kapal kontena besar yang melebihi 7000 TEU telah dibina di limbungan-limbungan berikut.
Odense Steel Shipyard, Denmark.Hyundai Heavy Industries, South Korea.Samsung Heavy Industries, South Korea.Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co., Ltd, South Korea.IHI, Kure, Japan.Mitsubishi Heavy Industries, Nagasaki, Japan.Hudong-Zhonghua Shipbuilding, Shanghai, China.
Risiko

Transit tanpa henti kontena di seluruh dunia membawa bersamanya risiko yang sangat besar.

Antara risikonya ialah berkaitan pemuatan dan pemunggahan kontena, samada ia memberi kesan kepada kargo itu ataupun kapal itu sendiri.

Oleh kerana sifatnya yang kurang menonjol dan jumlahnya yang besar dikendalikan di pelabuhan utama, kontena memerlukan organisasi yang kompleks bagi memastikan ia tidak hilang, dicuri atau dihantar ke destinasi yang salah.

Selain itu, kontena dan kargo yang dibawanya memberi beban berat yang besar kepada sesebuah kapal kontena, jadi proses memuat dan memunggah perlu dilakukan dengan mengambil kira keseimbangan kapal kerana ia memberi kesan langsung kepada pusat berat kapal tersebut.

Pengemudian di pesisir pantai dan pelabuhan juga mengundang bahaya kepada anjungan kapal seperti apa yang berlaku kepada sebuah kapal kontena yang melanggar jambatan teluk Oakland, San Francisco pada 7 November, 2007.

Dianggarkan terdapat 10,000 kontena hilang dari atas kapal di laut setiap tahun.

Kebanyakan kes hilang berlaku akibat ribut dan arus yang kuat tetapi terdapat juga kes seluruh kapal hilang bersama muatannya di lautan.

Kontena yang jatuh ke laut menjadi ancaman kepada alam sekitar, diistilahkan sebagai sampah marin'.

Perisian muatan moden seperti modul

BELCO, SEALASH dan DAGO, membantu mengurangkan risiko yang disebabkan oleh atur muat kontena yang tidak betul.

Spesifikasi

Kargo yang terlalu besar untuk kontena biasa boleh dibawa di atas kontena rak rata, kontena buka atas dan kontena pelantar.

Terdapat juga kapal yang dikenali sebagai roll-on/roll-off (RORO), yang menggunakan sistem tanjakan untuk memuat dan memunggah, untuk membawa kargo pukal seperti kereta dan mesin berat.

Masa depan

Kapal kontena dibina dengan saiz yang lebih besar untuk mengurangkan kos dan salah satu kelas saiz kapal ialah piawai 'Suezmax', merujuk kepada saiz kapal terbesar yang boleh melalui terusan Suez dan mampu membawa muatan sehingga 14,000 TEU.

Kapal sebegini mempunyai berat mati sehingga 137,000 metrik tan, 400 meter panjang, lebih daripada 50 meter lebar, mempunyai drauf menghampiri 15 meter, dan menggunakan kuasa lebih daripada 100 MW (134,102hp) untuk mencapai 25.5 knot, satu spesifikasi yang dipenuhi oleh Emma Mærsk.

Mengatasi saiz Suezmax ialah 'Malaccamax' (untuk Selat Melaka), kapal yang mampu memuatkan 18,000 TEU, berat mati sehingga 300,000 metrik tan, 470 meter panjang, 60 meter lebar, 16 meter drauf dan menggunakan lebih daripada 100 MW (134,102hp) untuk kelajuan 25.5 knot.

Ini mungkin satu had kepada semua kapal dagang sebelum laluan kontena sedunia yang baru dibina.

Halangan utama untuk rekabentuk kapal dengan saiz ini ialah ketiadaan enjin tunggal berkemampuan, yang kemudiannya diatasi dengan enjin MAN B&W K108ME-C.

Masalah lain ialah kekurangan pengilang yang mampu mengeluarkan bebaling yang mampu menerima kuasa enijn ini, yang perlu berdiameter lebih kurang 10 meter dan seberat 130 tan.

Masalah lain seperti masa di pelabuhan dan fleksibiliti laluan perkhidmatan merupakan halangan sama yang akhirnya menghadkan perkembangan saiz kapal kontena bersaiz lebih besar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sejarah Kapal Korek Di Malaysia, Pengeluar Biji Timah Terbesar Dunia Suatu Ketika DahuluMisteri Tragedi Kapal SS Ourang Medan
sumber: wikipedia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/sejarah-kapal-kontena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Disembunyikan Pada Masa Itu Khilafah Islam Uthmaniyyah Mampu Membina Kapal Selam Sendiri

Sejarah Disembunyikan Pada Masa Itu Khilafah Islam Uthmaniyyah Mampu Membina Kapal Selam Sendiri

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 653 hits
KAPAL SELAM Teknologi Perang Khalifah Uthmaniyah jauh meninggalkan kitaTahukah anda bahawa semasa era khalifah Uthmaniyah mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih Kita sering di war warkan bahawa di penghujung hayatnya Kerajaan K...
Menteri Susi Lebih 10 000 Kapal Ikan Asing Kita Usir Dari Laut Indonesia

Menteri Susi Lebih 10 000 Kapal Ikan Asing Kita Usir Dari Laut Indonesia

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 262 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti menyebut bahwa keberadaan kapal ikan asing dahulu sempat mengakibatkan jumlah nelayan lokal turun sehingga pemerintah bersikap tegas dalam memberantas pencurian ikan
Ramai Persoalkan Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baharu Panglima Tentera Laut Jelaskan Itu Adalah Acara Tradisi

Ramai Persoalkan Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baharu Panglima Tentera Laut Jelaskan Itu Adalah Acara Tradisi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 623 hits
Media melaporkan 15 April lalu isteri kepada Menteri Pertahanan iaitu Puan Hajjah Normah binti Alwi telah merasmikan kapal perang baharu TLDM yang diberi nama KERIS Majlis Perasmian LMS yang pertama itu dirasmikan oleh Normah Nama KERIS dip...
As Bakal Tetapkan Korps Garda Revolusi Iran Sebagai Organisasi Teroris

As Bakal Tetapkan Korps Garda Revolusi Iran Sebagai Organisasi Teroris

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 288 hits
Pemerintahan Presiden Amerika Serikat Donald Trump akan menetapkan Korps Garda Revolusi Islam Iran sebagai organisasi teroris Keputusan itu bagian dari strategi Gedung Putih yang semakin agresif terhadap Iran
Android L 5 0 Kini Dikenali Sebagai Android Lollipop

Android L 5 0 Kini Dikenali Sebagai Android Lollipop

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 294 hits
Mungkin setelah sekian lama nama apakah yang akan hadir bagi Android L bermain main di fikiran para penggemar Android Namun pada hari Khamis yang lepas pihak telah mengumumkan bahawa nama rasmi bagi ialah Yay Daripada Android Lolipop menyer...
Deddy Corbuzier Buka Bukaan Soal Penghasilannya Sebagai Youtuber Nilainya Fantastis

Deddy Corbuzier Buka Bukaan Soal Penghasilannya Sebagai Youtuber Nilainya Fantastis

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 252 hits
Deddy Corbuzier menjadi salah salah satu artis yang juga menjadi youtuber Di channel youtubenya Deddy kerap membuat beragam konten menarik yang ditonton hingga jutaan viewer Channel youtube Deddy Corbuzier saat ini tercatat memiliki 3 9 jut...
Kini Maudy Ayunda Berperan Sebagai Ainun Di Film Habibie Dan Ainun 3

Kini Maudy Ayunda Berperan Sebagai Ainun Di Film Habibie Dan Ainun 3

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 363 hits
Bila selama ini peran Ainun dalam yang berkisah tentang kehidupan percintaan mantan Presiden Indonesia BJ Habibie bertajuk film Habibie dan Ainun kini peran tersebut dimainkan oleh Maudy Ayunda
Setelah 3 Tahun Bercinta Syafie Naswip Ikat Aishah Azman Sebagai Tunang

Setelah 3 Tahun Bercinta Syafie Naswip Ikat Aishah Azman Sebagai Tunang

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 761 hits
Percintaan kedua dua pelakon ini bukanlah rahsia apabila mereka berdua mengumumkan sedang menjalin perhubungan percintaan sejak tiga tahun lepas Kemesraan antara Syafie Naswip dan Aishah Azman sering menjadi perhatian ramai Muat naik foto b...
Belacan Mesra Pesawat Sesuai Sebagai Buah Tangan Melawat Saudara Di Perantauan

Belacan Mesra Pesawat Sesuai Sebagai Buah Tangan Melawat Saudara Di Perantauan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 454 hits
Kebiasaan makanan yang berbau tidak dibenarkan dibawa naik ke pesawat antaranya adalah belacan Belacan adalah penambah perisa tradisi masyarakat Malaysia yang seringkali digunakan dalam masakan menu tempatan Belacan jenama Mahirhaya yang po...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025