Sejarah Gundik Maharaja China


Dalam institusi maharaja China, salah satu perkara penting yang perlu diambil kira oleh maharaja adalah memastikan kelangsungan dinasti, yang hanya boleh dicapai apabila permaisurinya melahirkan seorang putera.

Gambar hiasan

Untuk tujuan itu, maharaja China mempunyai sebuah harem yang besar, dipenuhi oleh kaum wanita sebagai gundik.

Terdapat hierarki khusus di dalam harem ini, namun kelas-kelasnya sentiasa berubah dari masa ke semasa, dan secara umumnya harem mengandungi tiga hierarki iaitu; permaisuri, gundik atasan dan gundik biasa.

Selain itu, sida-sida yang berkhidmat untuk wanita-wanita diraja ini juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada harem tersebut.

HIERARKI DI DALAM HAREM

Puncak hierarki di dalam harem Diraja China adalah permaisuri, iaitu seorang 'isteri rasmi' Maharaja.

Permaisuri adalah wanita yang paling dihormati dan pemimpin yang dimuliakan bagi kaum wanita China, memandangkan beliau dianggap sebagai 'ibu seluruh dunia'.

Di dalam harem, hanya maharaja dan ibundanya sahaja berkedudukan lebih atas berbanding permaisuri. Kesemua individu lain perlu patuh terhadap perintahnya.

Tambahan lagi, terdapat juga suatu kedudukan khusus buat permaisuri yang dinamakan sebagai maharani balu, merujuk kepada permaisuri-permaisuri yang usianya melebihi usia maharaja.

Antara maharani balu yang masyhur dalam sejarah adalah Wu Zetian dari Dinasti Tang (yang kelak menjadi maharaja wanita pertama China) dan Cixi dari Dinasti Qing.

GUNDIK-GUNDIK ATASAN DALAM HAREM DIRAJA CHINA

Tingkat di bawah permaisuri diduduki oleh gundik-gundik atasan, yang mana bilangan dan gelaran gundik-gundik atasan ini berbeza mengikut dinasti yang memerintah.

Sebagai contoh, pada zaman pemerintahan Dinasti Qing, sebuah harem diraja mengandungi seorang Gundik Kehormat Diraja, dua orang Gundik Kehormat, dan empat orang Gundik Atasan.

Tingkat di bawah gundik-gundik atasan ini diduduki oleh kelas gundik-gundik biasa dan bilangannya berbeza mengikut maharaja.

Menurut catatan Adat-Istiadat Zhou, seorang maharaja ditetapkan agar memiliki 9 orang gundik berkedudukan tinggi, 27 orang gundik berkedudukan pertengahan dan 81 orang gundik berkedudukan rendah.

Namun, pada zaman pemerintahan Dinasti Han (206SM-220M), tiada penetapan had bilangan gundik atasan bagi seseorang maharaja.

Malah, pada era Maharaja Huan dan Maharaja Ling, dicatatkan terdapat lebih 20,000 orang wanita mendiami Kota Larangan.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644M), terdapat sebuah sistem rasmi dalam pemilihan gundik-gundik yang bakal menyertai harem maharaja, yang berlangsung di dalam Kota Larangan setiap tiga tahun.

PEMILIHAN GUNDIK

Calon-calon yang dipilih kebiasaannya berusia dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun dan perlu menjalani proses penelitian latar belakang, keperibadian, tingkah laku, rupa paras dan keadaan tubuh.

SIDA-SIDA – LELAKI YANG DIBENARKAN DALAM HAREM

Sida-Sida China adalah satu-satunya kaum lelaki yang dibernarkan berada di dalam harem, dan untuk memastikan setiap bayi yang dilahirkan adalah anak kandung maharaja, lelaki sama sekali tidak dibenarkan untuk berkhidmat kepada wanita yang mendiami harem.

Satu-satunya pengecualian yang diberikan ke atas peraturan ini adalah sida-sida, iaitu lelaki yang telah dikembiri atau dikasi.

Sepanjang sejarah China, sida-sida sememangnya hadir untuk memainkan peranan dalam menumpahkan khidmat kepada keluarga diraja, termasuklah di dalam harem.

Namun, bagi sida-sida yang bercita-cita tinggi, mereka tidak hanya sekadar berkhidmat kepada keluarga diraja, sebaliknya mereka turut melibatkan diri dalam politik harem demi menduduki jawatan yang berpengaruh dan meraih kekayaan.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, dicatatkan terdapat sekitar 100,000 orang sida-sida yang berkhidmat untuk maharaja dan haremnya.

Dalam situasi harem yang penuh dengan wanita-wanita maharaja, perseteruan dikalangan mereka demi merebut perhatian maharaja tidak dapat dielakkan.

Kedudukan yang paling menjadi rebutan tidak lain dan tidak bukan adalah status sebagai permaisuri.

Masing-masing bersaing untuk mengandung, seterusnya melahirkan putera maharaja yang akan memberikan kelebihan buat mereka.

PERSETERUAN DI DALAM HAREM

Sememangnya menjadi kelaziman untuk wanita yang bercita-cita tinggi di dalam harem menyusun rancangan demi menjatuhkan seterunya.

Untuk mencapai tujuan tersebut, tidak kurang ada yang menjalinkan kerjasama dengan sida-sida.

Seandainya helah yang diatur itu membuahkan hasil, kedudukannya di dalam harem meningkat dan sebagai balasan, sida-sida yang memberikan sokongan akan dibalas dengan dilantik dalam mana-mana jawatan berautoriti.

Permainan politik di dalam harem sebegini kerap berlaku dalam sejarah China, misalnya pada zaman Dinasti Tang, terdapat salah seorang gundik atasan Maharaja Gaozing bernama Wu Zetian.

Menurut cerita, Wu Zetian pernah mengarahkan agar puteranya yang baru dilahirkan dibunuh, kemudian menudingkan kesalahan pada Permaisuri Wang.

Akibatnya, Permaisuri Wang dilucutkan pangkat dan gelaran itu diambil-alih oleh Wu Zetian.

Apapun, harem maharaja tidaklah diselubungi sepenuhnya oleh suasana konflik politik, lebih-lebih lagi pada zaman pemerintahan Maharaja Huangdi.

Beliau mempunyai empat orang gundik yang mana setiap seorang daripada mereka tidak dilantik berdasarkan rupa paras, sebaliknya atas faktor kebolehan.

Salah seorang gundiknya merupakan pencipta resipi masakan dan kayu penyepit makanan. Gundik yang lain pula ada yang dipercayai mencipta sikat dan secara bersama, gundik-gundik ini membantu Huangdi dalam memerintah empayar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kejelitaan 'Yang Yuhuan' Meruntuhkan Sebuah EmpayarKontroversi SAIZ Sebenar Zakar Rasputin!
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/gundik-maharaja-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Gambar Pendatang China Di Kuaratin British Di Malaya

Sejarah Gambar Pendatang China Di Kuaratin British Di Malaya

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 823 hits
SEJARAH Gambar pendatang dari china yang di kuaratin terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke Tanah Melayu oleh pihak British Tak ubah seperti pendatang asing lainya namun ada segelintirnya cuba berlagak seperti tuan dihari ini Sumber Go...
Ketegangan Perdagangan As China Ringgit Dijangka Mendatar

Ketegangan Perdagangan As China Ringgit Dijangka Mendatar

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR 23 MEI Ringgit dijangka diniagakan tidak banyak berubah minggu depan menjejaki prestasi mata wang negara pesat membangun berikutan ketegangan di antara Washington dengan Beijing meningkat seiring dengan kebimbangan terhadap kem...
Vaksin Pertama Covid 19 Di China Lulus Ujian Fasa Pertama Untuk Manusia

Vaksin Pertama Covid 19 Di China Lulus Ujian Fasa Pertama Untuk Manusia

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 434 hits
Ujian percubaan klinikal pembangunan vaksin di China didapati selamat bertoleransi serta mampu menghasilkan tindak balas yang baik terhadap imun SARS CoV 2 pada manusia sekali gus menyaksikan vaksin pertama yang berjaya melepasi ujian klini...
Longgokan Emas Ditemukan Bila Sungai Dikeringkan Di China

Longgokan Emas Ditemukan Bila Sungai Dikeringkan Di China

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 601 hits
Ini yang terjadi bila sungai dikeringkan di China Lembangan sungai yang pernah menjadi tapak pertempuran sekitar 370 tahun dahulu dikeringkan untuk projek pembangunan Jurutera menemui lebih dua ribu jenis barang dari emas perak dan tembaga ...
Apple Dilaporkan Telah Memindahkan Sebahagian Pengilangan Airpods Pro Dari China Ke Vietnam

Apple Dilaporkan Telah Memindahkan Sebahagian Pengilangan Airpods Pro Dari China Ke Vietnam

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 269 hits
Perang perdagangan diantara kerajaan Amerika Syarikat dan China nampaknya telah memperlihatkan kesukaran untuk syarikat syarikat didalam kedua dua negara ini untuk bekerjasama diantara satu sama lain Syarikat tersebut mengilangkan sebahagia...
China Democracy Autocracy And Confusion

China Democracy Autocracy And Confusion

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 291 hits
Here is a very educated person This is Yuen Yuen Ang an Associate Professor of Political Science at the University of Michigan She received her Ph D from Stanford University Before joining Michigan she was Assistant Professor of Internation...
Penguasaan China Terhadap Who Bagaimana Epidemik Jadi Lebih Buruk

Penguasaan China Terhadap Who Bagaimana Epidemik Jadi Lebih Buruk

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 233 hits
Secara umumnya China sudah lama mengawal Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak sepuluh tahun yang lalu dan ia secara tidak langsung menjadikan situasi penularan COVID 19 lebih buruk Pada 12 Mei lalu pihak Newsweek mendedahkan laporan CIA yang ...
Oppo Ace2 Edisi Neon Genesis Evangelion Bakal Dilancarkan Di China

Oppo Ace2 Edisi Neon Genesis Evangelion Bakal Dilancarkan Di China

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 1075 hits
Tahun lalu Oppo Reno Ace hadir dengan edisi khas Mobile Suit Gundam Ia mungkin antara peranti edisi khas yang paling menarik pernah ditawarkan kerana hadir dengan kerangka berwajah robot Gundam dan juga antaramuka khas Tahun ini tiba pula g...
China Plans National Security Laws For Hong Kong After Last Year S Unrest

China Plans National Security Laws For Hong Kong After Last Year S Unrest

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 357 hits
Hong Kong riot police detain a man during a rally on Christmas Eve last year HONG KONG China will propose national security laws for Hong Kong in response to last year s often violent pro democracy protests that plunged the city into its de...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint