Sejarah Batu Sumpah Keningau Sebagai Lambang Pembentukan Malaysia


Kecuali ayat yang ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan ejaan lama, "batu sumpah peringatan" di hadapan Pejabat Daerah Keningau kelihatan seperti batu biasa yang lain dan kebanyakan pelawat langsung tidak ambil peduli maksud perkataan yang tertera pada plak yang dipasang pada batu itu yang berbentuk tapak kaki besar.


Namun, selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan pada 16 September 2010 yang lalu di Sabah, batu bersejarah ini sedikit sebanyak akhirnya mendapat pengiktirafan.

BATU BERSEJARAH

Batu Sumpah Keningau itu pada mulanya ditempatkan di dalam kawasan pejabat daerah, tetapi kemudian dipindahkan ke tapak baharu di satu lokasi strategik berhampiran Muzium Warisan Keningau, pada 9 September 2018 lalu, dijenamakan semula sebagai khazanah negara supaya seluruh rakyat mengetahui kewujudan dan kepentingannya dalam sejarah pembentukan negara Malaysia.

Orang yang terlibat dengan batu sumpah peringatan ini ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Tan Sri Richard Lind.

Menurutnya, idea mengadakan Batu Sumpah Keningau itu timbul semasa usaha mengatasi bantahan awal ketua-ketua kaum pribumi terhadap langkah Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.

Beberapa ketua masyarakat pribumi terkemuka, yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya (OKK), pada awalnya bimbang dengan idea Sabah menyertai Persekutuan, kerana khuatir yang mereka tidak faham dengan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, jelas Richard, yang pada masa itu merupakan Pegawai Daerah Keningau.

Banyak rundingan dan perbincangan diadakan bagi mengatasi rasa khuatir dan keraguan mereka dan akhirnya, muncul idea untuk mengadakan batu sumpah peringatan itu sebagai menunjukkan penerimaan mereka terhadap Gagasan Malaysia.

BATU HIKMAH

OKK Keningau, Mohd Amir Arif

Usaha mencari batu untuk peringatan kemudiannya dimulakan dan perlu disiapkan sebelum ulang tahun pertama kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia.

Selepas memulakan usaha mencari batu yang sesuai, akhirnya beliau menemui sebuah batu di tengah-tengah Sungai Pegalan, berdekatan Kampung Senagang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di tepi Jalan Keningau-Tenom.

Batu itu mempunyai kesemua ciri untuk digunakan sebagai batu sumpah bagaimanapun, mengeluarkannya dari sungai pegalan bukannya mudah kerana ia berada di tengah-tengah sungai yang agak deras airnya.

Bagaimanapun, dengan bantuan seorang kontraktor binaan tempatan, Nip Kui Chiang, batu itu berjaya dinaikkan dari sungai dan dipindahkan ke tapak yang dipersetujui oleh para pemimpin tempatan.

Beliau kemudian menempah sebuah plak daripada Thornycraft Shipyard di Singapura untuk dipasang pada batu itu.

Para pemimpin tempatan mahu Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan batu itu tetapi tugas itu diwakilkan kepada Menteri Buruh Persekutuan Tan Sri V. Manickavasagam ketika itu.

16 September 1964

Pada 16 Sept 1964, bersempena ulang tahun pertama Hari Malaysia, ramai yang datang ke perkarangan Pejabat Daerah untuk menyaksikan majlis bersejarah merasmikan batu sumpah itu.

Antara yang hadir pada masa itu ialah Ketua Menteri Tun Fuad Stephens, presiden Pasok Momogun, parti pembangkang utama pada masa itu, Datuk G.S.Sundang, Setiausaha Persekutuan ketika itu Yeap Kee Aik, OKK Sedomon Gunsanad, OKK Angian Andulag, para pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan, ketua masyarakat pribumi, ketua kampung serta wakil dari pelbagai kumpulan etnik.

Batu sumpah peringatan ini dengan berat lebih dua tan, merupakan batu simbolik yang mempamerkan syarat-syarat yang dipersetujui penduduk pribumi Negara Sabah untuk menerima gagasan Malaysia.

Syarat yang tertera pada plak itu (dalam bahasa Melayu) menyatakan tiga rukun; Kebebasan beragama di Sabah; kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa berhubung hal ehwal tanah di negeri ini; dan budaya serta tradisi penduduk pribumi di negeri ini dilindungi dan dipulihara oleh kerajaan.

Di sebaliknya, penduduk di pedalaman menjanjikan kesetiaan mereka kepada kerajaan Malaysia.

UPACARA MONINGOLIG


Pada tahun-tahun awal, satu upacara korban yang dipanggil 'moningolig' diadakan di situ bersempena sambutan Hari Malaysia, yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ahli politik, petugas kerajaan, pelajar serta pemimpin masyarakat yang mewakili pelbagai kaum etnik.

Upacara ini juga merupakan penghargaan kepada para pemimpin zaman sebelum kemerdekaan untuk mengingatkan generasi muda akan peranan Sabah dalam mewujudkan Persekutuan Malaysia.

Semasa acara korban julung kali apabila batu itu dirasmikan, satu perkara ganjil berlaku, seekor ayam jantan putih 'tidak mahu mati' walaupun selepas disembelih.

Ayam jantan itu YANG telah mati telah dibawa pulang, namun tiba-tiba hidup semula dan ayam jantan itu terselamat.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Ada yang berpendapat Malaysia tidak akan wujud jika tiada Batu Sumpah Keningau kerana sebelum negara baharu dibentuk, rakyat di pedalaman Sabah menentang cadangan penubuhannya yang turut membabitkan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Hanya pada tahun 1962 selepas perundingan antara pemimpin tempatan di daerah ini dengan pemimpin dari Tanah Melayu diwakili timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, barulah rakyat di pedalaman setuju dengan cadangan itu.

Namun persetujuan itu ada syaratnya dan sebagai tanda penerimaan kerajaan Pusat dan rakyat Sabah terhadap syarat berkenaan, satu batu sumpah dibina mengikut kepercayaan sistem adat anak negeri Sabah di daerah ini.

Mengikut sejarah, Tun Abdul Razak berjumpa pemimpin berpengaruh di pedalaman, OKK Sodoman Gunsanad di Bingkor, pada tahun 1962 bagi menyelesaikan isu penentangan rakyat pedalaman terhadap pembentukan Malaysia.

Pertemuan itu membawa kepada persetujuan mengandungi tiga perkara utama diatas, yang akhirnya membawa kepada janji rakyat di pedalaman Sabah untuk bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia.

Peristiwa itu berlaku selepas pungutan suara Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 yang mendapati satu pertiga daripada responden ditemui menentang gagasan Malaysia.

Satu pertiga yang menentang itu adalah dari kawasan pedalaman, kerana OKK Sodomon berpendapat rakyat Sabah perlu diberi peluang mentadbir sendiri negeri mereka selepas British berundur sebelum menyertai Malaysia.

Namun, selepas perundingan dengan Tun Abdul Razak, beliau menerima cadangan supaya Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung serentak untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

MA63

Batu Sumpah Keningau turut berkait rapat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan sentiasa menjadi isu hangat sejak lama dahulu.

Batu Sumpah Keningau didirikan pada 31 Ogos 1964 setahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia sebagai dasar kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan intipati 20 Perkara yang merujuk hak istimewa penduduk peribumi Sabah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sejarah Dan Asal-usul Daerah KeningauKenapa Pindaan MA63 Gagal?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/batu-sumpah-keningau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dibaling Batu Suar Penyokong Malaysia Cede3ra Termasuk Patah Tangan

Dibaling Batu Suar Penyokong Malaysia Cede3ra Termasuk Patah Tangan

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 473 hits
Aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta antara Indonesia dan Malaysia malam ini dicemari perga duhan antara penyokong kedua dua pasukan Dibaling batu suar Penyokong Malays...
Sejarah Pertemuan Timnas Indonesia Vs Malaysia 1 Dekade Terakhir Siapa Unggul

Sejarah Pertemuan Timnas Indonesia Vs Malaysia 1 Dekade Terakhir Siapa Unggul

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 227 hits
Timnas Indonesia vs Malaysia akan bertemu kembali di ajang kualifikasi Piala Dunia Ini sejarah pertemuan Indonesia vs Malaysia
Penyokong Malaysia Di Gbk Disambut Hujan Batu Oleh Indonesia

Penyokong Malaysia Di Gbk Disambut Hujan Batu Oleh Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 462 hits
Kira kira 400 orang penyokong Malaysia yang menyambut cabaran untuk ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta disambut dengan balingan batu oleh penyokong pasukan tuan rumah Kejadian dikatakan berlaku di pintu masuk ketika penyokong Malaysia ...
Malaysia Vs Indonesia Penyokong Indonesia Lontar Batu Ke Penyokong Malaysia

Malaysia Vs Indonesia Penyokong Indonesia Lontar Batu Ke Penyokong Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 850 hits
Malaysia vs Indonesia Penyokong Indonesia lontar batu ke penyokong MalaysiaApa masalah penyokong Indonesia ni Main baling batu pula ke penyokong kita Bangang ke hape Video dari penyokong Malaysia yang di kongsikan
Pamit Pergi Ke Malaysia Sebagai Tkw Ririn Justru Ditemukan Tewas Membusuk Sambil Peluk Bayi

Pamit Pergi Ke Malaysia Sebagai Tkw Ririn Justru Ditemukan Tewas Membusuk Sambil Peluk Bayi

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 290 hits
Pihak keluarga kaget begitu mendengar kabar jasad Ririn ditemukan di semak semak kawasan Perumahan Pepelegi Indah Sidoarjo Jawa Timur Jasad Ririn ditemukan sudah membusuk dan dalam keadaan memeluk bayinya Tepat 12 Agustus 2019 Ririn dalam k...
Produk Baru Kiehl S Guna Avocado Sebagai Bahan Utama Masker Sumpah Best

Produk Baru Kiehl S Guna Avocado Sebagai Bahan Utama Masker Sumpah Best

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 299 hits
Tahukah kamu aktres hebat Lupita Nyong o menggunakan avocado untuk rawatan tubuh badan mulai badan wajah sehingga ke rambut Kata Lupita sifat avocado yang mempunyai pelbagai khasiat menjadikan superfood ini cukup luar biasa Baca Inilah Yang...
Sejarah Farm Fresh Di Malaysia

Sejarah Farm Fresh Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 647 hits
Oleh Memandangkan hal ini sudah semakin viral boikot yang tak masuk akal berbaur rasis dan seakan mengharamkan apa yang telah Allah halalkan maka saya kena bagi pencerahan 1 Empunya status asal yang dipetik oleh page Sokongan Produk Muslim ...
Bupati Labuhan Batu Dan Asahan Dilantik Diingatkan Tidak Ingkari Sumpah

Bupati Labuhan Batu Dan Asahan Dilantik Diingatkan Tidak Ingkari Sumpah

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 160 hits
Gubernur Sumatera Utara Edy Rahmayadi melantik Bupati Labuhan Batu Andi Suhaimi Dalimunthe dan Bupati Asahan H Surya di Kantor Gubernur Sumut Jalan Diponegoro Medan Jumat Mereka akan menjabat hingga sisa masa jabatan 2016 2021
Pm Pernah Isytihar Darurat Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

Pm Pernah Isytihar Darurat Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 400 hits
Fenomena jerebu yang melanda negara Malaysia merupakan yang terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan ratusan sekolah terpaksa ditutup serta penerbangan terpaksa dibatalkan Ya jerebu merupakan satu keadaan di mana jarak penglihatan terbat...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tip Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin Lama Lama Makin Kurang

Jangan Mengalah Sentiasa Berlatih Ini Cara Zafry Menjadi Pelari Yang Hebat

Sticker Custom Kecil Tapi Berimpak Besar

Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan