Sejarah Bagaimana Unification Church Bertapak Di Malaysia


Oleh : Firdaus Wong Wai Hung

PENDEDAHAN! : Bagaimana Agama Baru Itu Tiba Di Malaysia? [Siri 2]

Gerakkan Unification Church di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Mereka sudah tiba seawal tahun 1996 lagi oleh seorang misionari antarabangsa yang berwarganegara Korea Selatan merupakan seorang pengikut tegar Father Moon.

Beliau adalah Dr Yoo Chong Young lahir pada 12 Januari 1933 berasal dari bandar Jeongeup, di Kawasan selatan Korea Selatan. Beliau berkahwin dengan isterinya Kang Chong Cha juga merupakan warga Korea Selatan pada 1962 yang mana mereka merupakan pasangan terawal yang diberi keberkatan oleh Father dan Mother Moon. Dr Yoo salah seorang pengikut Unification Church yang terawal dan beliau menjadi pengikut Father Moon sejak 1950-an.[1]


Dr Yoo mula datang ke Malaysia pada tahun 1996 bersama isterinya. Agama Unification Chruch menggelarkan beliau sebagai The National Messiah of Malaysia iaitu juru selamat antarabangsa yang menfokuskan kepada negara Malaysia. Misi beliau adalah jelas untuk mengembangkan ideologi dan ajaran Unification Church ke Malaysia.

Program dan aktiviti yang dianjurkan oleh beliau ini bertahap, dengan membawa tema “Love”, “True Family”, “Peace” dan “Leadership”. Beliau sangat berhati-hati membawa pendekatan ajaran Unification Church sehinggalah beliau mula memasuki fasa mendapat sokongan dari ahli politik di Malaysia yang turut menyokong aktiviti yang dilakukan di atas nama keamanan dan kepimpinan.

Menurut Dr Yoo di dalam bukunya True Parents and World Peace, aktiviti terawal beliau di Malaysia adalah pada tahun 1997 yang mereka mulakan dengan aktiviti Pure Love True Family.[2]

Aktiviti itu dilakukan di atas nama pertubuhan-pertubuhan di bawah agama Unification Church. Dr Yoo telah membawa pertubuhan-pertubuhan tersebut untuk ditubuhkan di Malaysia. Antaranya beliau menapakkan gerakkan Unification Church di bawah nama Family Federation for World Peace and Unification Malaysia (FFWPU Malaysia) yang berada di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau menjadi penasihat kanan kepada Unification Church di Malaysia. Selain itu, Dr Yoo juga membawa pertubuhan di bawah Unification Church yang lain turut bertapak di Malaysia, antaranya:

1) Gerakkan sayap wanita di dalam Unification Church iaitu Women's Federation for World Peace Malaysia (WFWP) atau dikenali juga Global Women's Peace Network (GWPN) Malaysia. Beliau juga sebagai penasihat kepada pertubuhan tersebut. Pertubuhan ini berada di Petaling Jaya.

2) Universal Peace Federation of Malaysia (UPF) yang berada di Petaling Jaya. Pertubuhan ini sangat aktif dalam mempromosi atas nama keharmonian dan keamanan. Antara program terbaru mereka adalah Loving Couple Blessing Festival (diadakan di Penang) yang merupakan legasi Father Moon dan Mother Moon dalam memberi rahmat kepada pasangan yang berkahwin.

3) Global Peace Foundation-Malaysia yang juga berada di Petaling Jaya. Akan tetapi Gerakkan GPF ini diasaskan oleh anak Sun Myung Moon iaitu Dr Hyun Jin Moon (Bukan Hyung Jin Moon yang bongsu pengasas Sanctuary Church). Pertubuhan ini lebih kepada mempromosi isu kebersihan dan air bersih terutama kepada orang asal di pendalaman.

4) The Collegiate Association for the Research of Principles (WCARP Malaysia).

Secara umumnya empat pertubuhan di atas nama kebajikan dan keamanan yang berada di bawah Unification Church ini sangat aktif di Malaysia.

Seperti Women's Federation for World Peace Malaysia (WFWP) dan Univerasl Peace Federation of Malaysia (UPF) ini adalah gerakkan yang paling aktif di Malaysia yang banyak membuat program seperti “Leadership Conference” dengan menjemput ahli-ahli politik untuk ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan juga Hawaii. Di dalam program itu mereka akan mempromosi tentang sejarah dan ajaran Father Moon dan Mother Moon yang dikenali sebagai Heavenly Parent membawa keamanan kepada dunia.

Aktiviti-aktiviti itu boleh dilihat di laman sesawang utama mereka seperti senarai di bawah:

1) http://familyfedihq.org/tag/malaysia/ (Family Federation for World Peace and Unification HQ)

a) Anjuran larian amal Peace Road bermula tahun 2015, sehingga 2018.
b) Students for Peace Leadership Conference yang telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (30 April 2018), di Universiti Putra Malaysia (10 Mac 2018) dan di Universiti Sains Malaysia (6 Oktober 2018).
c) Program Pure Love di sekolah Menengah Taman Sri Rampai (25 May 2016) Dan banyak lagi program yang melibatkan muslim dan bukan Islam.

2) http://www.upf.org/chapters/malaysia (Universal Peace Federation HQ)

a) Senarai program yang melibatkan pimpinan Malaysia yang menghadiri Leadership Conference di luar negara.
b) Program interfaith dikalangan pelbagai penganut agama di Malaysia. Dan banyak lagi.

Kebanyakkan program yang mereka anjurkan ini tidak akan lepas dengan ajaran unsur yang dibawa oleh agama Unification Church dan peserta akan disajikan dengan sejarah perjuangan dan ajaran Father Moon.

Jika dibuat carian di arkib akhbar di Malaysia, sebenarnya telah ada pendedahan tentang kedatangan Dr Yoo dan isterinya ke Malaysia. Di dalam Utusan Malaysia laporan bertarikh 2/11/1999 bertajuk ‘Kang Yoo Cintakan Keharmonian dan Perpaduan’.[3] Di mana laporan ini menyatakan “mereka suami isteri merasa seronok menetap di Malaysia sejak lebih tiga tahun lalu untuk terus memupuk semangat perpaduan dan persefahaman dengan penduduk setempat.”

Mengikut laporan: “Chong Cha Kang Yoo dan suaminya Dr. Yoo Chong Young begitu tertarik dengan gaya hidup rakyat Malaysia.”

Tidak hairanlah memandangkan beliau memiliki misi sebagai The National Messiah of Malaysia di bawah Unification Church untuk menyampaikan ajarannya ke Malaysia. Laporan itu menyebut lagi:

“Kang Yoo dan suaminya adalah Penasihat Kanan Persatuan Perdamaian Keluarga Se-Dunia (WFWP) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. WFWP sebuah badan bukan kerajaan yang tidak berbau politik, agama atau mencari keuntungan bermatlamat untuk memperkasakan unit-unit keluarga di negara-negara seluruh dunia bagi melindungi mereka daripada menghadapi berbagai gejala sosial dalam kehidupan seharian.”

Mengatakan WFWP sebuah badan yang tidak berbau agama itu adalah suatu fakta yang tidak benar kerana mereka jelas mempromosi keagamaan di bawah agama Unification Church.

Selang beberapa bulan selepas dari laporan ini, di Utusan Malaysia juga laporan pada 29/2/2000 bertajuk “Moon Malaysia Juga Menjadi Sasaran”. Di dalam laporan ini sudah cukup membuktikan kebimbangan tentang gerakkan agama baru ini yang telah mensasarkan Malaysia, disebut :

“Penulis menerima jemputan daripada WFWP atau Woman Federation for World Peace untuk membuat liputan mengenai kebaikan konsep keluarga tulen yang menjadi asas kedamaian dan kebahagian hidup penduduk dunia sejagat di Washington DC selama tiga hari baru-baru ini.”

“Atas konsep keluarga bahagia itulah kami yang dijemput dari Malaysia bersedia mendengar dan mengikuti persidangan itu untuk disebarluaskan pemikiran terbuka itu dan tidak sedikit pun mencurigai matlamat sebenar badan itu untuk mempopularkan ajaran Unification Church yang dipelopori oleh Reverend Moon.”

“Gerakan amal melalui sayap wanita dan remaja atau Youth Movement mereka begitu teratur dan kemas dengan pembiayaan yang lumayan kerana Reverend Moon dan pengikut setianya sudah kaya raya dan rela berhabisan demi agama mereka.”

“Mereka menyarankan agar penyatuan pelbagai kepercayaan agama tentang keluarga tulen daripada anak-anak kepada ibu bapa dan seterusnya di akhirat memang cukup menarik untuk direnungkan tetapi cukup kuat untuk para muslimin menafikannya kerana jelas menyeleweng daripada akidah.”

Para pembaca boleh membaca laporan penuh di : info.asp?y=2000&dt=0229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm

Jelas di sini, kebimbangan tentang ajaran Unification Church dan taktik yang digunapakai adalah sama seperti yang dilakukan oleh Dr Yoo Chong Young yang mewakili ajaran ini di Malaysia.

Mutakhir ini mereka telah mensasarkan kepada pelajar-pelajar Universiti malah ada beberapa kelab dibawah Universiti dan sekolah ditubuhkan antaranya:

1) Peace Loving Youth Assembly 2 (PLYA2)
2) Youth Students for Peace Club (YSP)
3) Ajar-Ajar Malaysia
4) Multicultural Youth Service MCYS Malaysia
5) Peace Owner Society (POS)

Dikalangan pelajar, tidak kira bangsa dan agama apa akan turut menjadi sasaran untuk mempromosi gerakkan yang dibawa oleh Unification Church. Salah satu caranya di peringkat universiti adalah dengan memberi anugerah ‘Youth Ambassadors for Peace’ kepada mana-mana pimpinan mahasiswa atau mahasiswi dari lain-lain Universiti di Malaysia dan pelajar yang mendapat anugerah itu, dia boleh mengajak beberapa orang rakan yang lain untuk menghadiri program “Student Leadership Conference & Exploring Korean Development and Culture Tour”. Yang mana program tersebut akan diadakan di Korea Selatan. Peserta hanya perlu menyediakan pembelanjaan tiket penerbangan sahaja manakala yang lain-lain akan ditanggung oleh Women’s Federation for World Peace (WFWP).

Oleh kerana undang-undang dan perlembagaan Malaysia melarang ajaran bukan Islam disebarkan kepada orang Islam maka salah satu caranya untuk tidak tertakluk kepada undang-undang itu adalah dengan membawa orang Islam di Malaysia ke luar Malaysia untuk disebarkan ajarannya. Inilah modus operandi yang mereka lakukan sejak dari dahulu lagi.

Oleh kerana banyak pihak yang kabur tentang pendakyahan mereka ini di atas nama “Peace”, “Leadership”, “True Family” dan sebagainya telah menyebabkan ramai yang terjebak di dalam mengaktifkan gerakkan mereka secara tidak langsung. Bermula dari pimpinan tertinggi sehinggalah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah, mereka telah berjaya melakukan misi untuk menyampaikan ajaran Unification Church di Malaysia.

Ramai yang tidak dapat mengesan gerakkan keagamaan Unification Church kerana mereka tidak menggunakan simpton-simpton seperti “Jesus” atau simbol salib dan sebagainya seperti gerakkan Kristian kerana Unification Church adalah agama baru, malah bagi mereka tidak perlu untuk mereka ucapkan nama Jesus kerana bagi mereka Father Moon itu sendiri dianggap lebih hebat daripada Jesus. Demikian itu, jika mereka asyik menyebut nama Father Moon dan Mother Moon maka ramai yang tidak mengesyaki ia adalah tokoh ‘Nabi’ atau Mesiah kerana ramai yang tidak mengenalinya. Lalu mereka menganggap ia hanya sekadar tokoh pembawa ideologi keamanan sedangkan jelas gerakkan Unification Church ini adalah sebuah agama yang kompleks seperti agama-agama lain.

Kesannya, selama 11 tahun mereka sudah berjaya masuk ke dalam pelbagai sektor terutama di dalam Kementerian dan pimpinan di Malaysia yang menyokong aktiviti mereka dek kerana kabur akan misi keagamaan yang dibawa oleh Unification Church. Gerakkan WFWP dan UPF ini memiliki dana yang cukup besar dan gerakkan mereka juga mendapat sokongan dari United Nation (UN) sehingga mendapat kredit yang tinggi di kaca mata dunia. Manakala mereka juga memiliki pimpinan dari peringkat Asia iaitu Dr. Chung Sik Yong, Pengerusi Universal Peace Federation Asia. Maka dengan faktor-faktor inilah menyebabkan ramai yang tidak sedar akan aktiviti gerakkan mereka.

Pada tahun 2018 ini mereka telah mensasarkan 13 Universiti dan 3000 pelajar Universiti.[4] Kumpulan pertama di kalangan mahasiswa yang dijemput berprogram di Korea Selatan adalah dalam sekitar 50 orang pelajar Malaysia termasuk Melayu, Cina dan India dari pelbagai Universiti seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan banyak lagi. Program tersebut adalah “Student for Peace Leadership Conference & Exploring Koean Culture Tour” yang diadakan di Yong Pyeong Ski Resort pada tarikh 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018.

Di dalam program tersebut pelajar-pelajar Malaysia diajar untuk menyebut “Father Moon” untuk mengantikkan “Cheers” sebelum makan dan minum… Bersambung ke siri 3.

Untuk pendedahan siri 1 sila baca di sini: https://bit.ly/2IbN5KJ

Nota akhir:
_____________________________________

[1] Lihat Dr Yoo Chong Young, (2018). True Parents and World Peace, cetakkan ketiga, hlm 7
[2] Lihat Ibid
[3]Lihat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1102&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm
[4] http://familyfedihq.org/2018/03/malaysia-students-for-peace-leadership-conference/

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/sejarah-bagaimana-unification-church.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Isunya Dengan Unification Church Baca Pendedahan Ini

Apa Isunya Dengan Unification Church Baca Pendedahan Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 183 hits
SOSMED Baru baru ini isu berkaitan Unification Church sangat menjadi tular di laman sosial Hal ini mula diperkatakan apabila menulis mengenainya di Facebook pada 26 April yang lepas Unification Church Meneruskan Dakyah Dirasmikan Menteri Pe...
Takoyaki Versi Malaysia Yang Penting Sedap Rasanya

Takoyaki Versi Malaysia Yang Penting Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 451 hits
Takoyaki Versi Malaysia Yang Penting Sedap RasanyaTakoyaki homemade memenuhi permintaan anak
Berita Gembira Untuk Army Bts Datang Malaysia 2020

Berita Gembira Untuk Army Bts Datang Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 325 hits
Impian peminat K Pop di Malaysia untuk menyaksikan persembahan kumpulan paling popular BTS nampaknya bakal menjadi kenyataan Menurut Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pihaknya sedang berusaha untuk membawa kumpulan itu k...
Malaysia Bincang Kerjasama Pertahanan Dengan Rusia

Malaysia Bincang Kerjasama Pertahanan Dengan Rusia

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 213 hits
Malaysia bincang kerjasama pertahanan dengan Rusia Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Apr 2019 9 10AM
Buffet Ramadan 2019 Laman Kayangan Shah Alam Menghidangkan Makanan Malaysia Dan Thailand

Buffet Ramadan 2019 Laman Kayangan Shah Alam Menghidangkan Makanan Malaysia Dan Thailand

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 706 hits
Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang sering dinanti nantikan oleh umat Islam Seperti tahun tahun sebelumnya Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan rakan media dan para pelanggan Kalau korang meman...
Empowering Malaysia S Financially Underserved Communities With The Nation S First Automated Microloan Mobile App

Empowering Malaysia S Financially Underserved Communities With The Nation S First Automated Microloan Mobile App

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 380 hits
GoodKredit Malaysia to offer short term microloan to B40 and M40 individuals GoodKredit Malaysia the country s firstautomated short term microloan provider will empower Malaysians in need of urgent funds with a quick financial solution Util...
Kempen Laporan Sarawak Terhadap Minyak Sawit Malaysia

Kempen Laporan Sarawak Terhadap Minyak Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 429 hits
Sarawak ReportThe clearing of rainforest particularly in peat areas which comprise much of mainland Borneo is one of the largest drivers of global warming the Borneo Jungle had long been recognised as one of the three lungs of the earth yet...
Kisah Mengejutkan Dari Mahkamah Malaysia

Kisah Mengejutkan Dari Mahkamah Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 347 hits
Kisah Mengejutkan Dari Mahkamah Malaysia Menggugurkan pendakwaan ke atas majikan Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kematian seorang pembantu rumah Indonesia adalah keputusan yang mengejutkan kata Eric Paulsen yang merupakan wakil Malays...
Tourism Malaysia Travel Mart Negeri Sembilan 2019

Tourism Malaysia Travel Mart Negeri Sembilan 2019

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 373 hits
Assalammualaikum Salam SejahteraThe Deputy Minister of Tourism Arts and Culture YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik officiated the Tourism Malaysia Travel Mart Negeri Sembilan 2019 programme organised by Tourism Malaysia at Lexis Hibiscus Ho...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago