Sejak Seminggu Lebih Separuh Kes Baru Covid 19 Jangkitan Tempatan



Dengan perancangan kerajaan untuk melonggarkan sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula Isnin depan, timbul kebimbangan langkah itu terlalu awal.

Data berkenaan kes Covid-19 di Malaysia sejak 25 April, iaitu dalam seminggu ini, menunjukkan lebih separuh daripada 380 kes baru adalah jangkitan tempatan atau daripada komuniti.

Secara khusus, 248 atau 65.3 peratus kes adalah penularan dalam komuniti, berbanding 132 kes dari luar negara (34.7 peratus).

Daripada jangkitan dalaam komuniti, 179 kes atau 72.2 peratus adalah di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pemerhatian lebih teliti terhadap data tersebut menunjukkan 73.4 peratus daripada kes di Kuala Lumpur dan Selangor berlaku di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan sekitarnya.

Bagaimanapun terdapat peningkatan jangkitan di kawasan yang tidak dikenakan PKPD hari ini, dengan 32 daripada 52 kes di Lembah Klang berlaku di situ.

Secara keseluruhan, 132 kes atau 54.4 peratus daripada jangkitan komuniti di seluruh negara sejak 25 April lalu berlaku di kawasan yang tidak dikenakan PKPD.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebanyakan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan bersambung semula bermula Isnin ini, termasuk restoran.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengeluarkan sejumlah prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan gelombang jangkitan baru.

Kementerian Kesihatan menyokong langkah itu, dengan berkata Malaysia kini masuk ke fasa pemulihan dan ada keperluan untuk menyeimbangkan tuntutan harian.

Bagaimanapun bekas perdana menteri Najib Razak antara pihak yang kurang setuju dengan pelonggaran tersebut.

Membangkitkan penularan dalam komuniti, Najib berkata kerajaan sepatutnya mengambil langkah secara beransur-ansur.

"Apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa keempat PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?

"Slow and steady. Sektor demi sektor, secara beransur-ansur. Tak perlu gelojoh sangat," katanya di Facebook.

Menurutnya, pelonggaran tersebut membawa risiko kenaikan kes yang akan menyebabkan sukar diuruskan petugas kesihatan.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya memberikan masa sehingga 11 Mei untuk perniagaan membuat persediaan.

Langkah melonggarkan sekatan dibuat ketika kadar kes sembuh Covid-19 di Malaysia hampir mencapai 70 peratus, dengan hanya 1,758 kes aktif daripada jumlah keseluruhan 6,071 kes.

Hari ini juga menandakan hari ke-17 berturut-turut bilangan kes baru tidak melebihi angka 100.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/sejak-seminggu-lebih-separuh-kes-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangkitan Covid 19 Kluster Pedas Catat 52 Kes Baru

Jangkitan Covid 19 Kluster Pedas Catat 52 Kes Baru

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 296 hits
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat pertambahan 52 kes baru positif Covid 19 yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas Negeri Sembilan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan kluster Peda...
Kkm 55 Kes Baru Covid 19 Tiada Kematian Direkodkan

Kkm 55 Kes Baru Covid 19 Tiada Kematian Direkodkan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 281 hits
Kes baru positif Covid 19 menurun kepada 55 pada 4 Mei 2020 kata KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA 4 Mei Kes baharu positif Covid 19 hari ini turun semula kepada dua angka dengan mencatatkan 55 kes ...
30 Kes Baru Covid 19 1 Kematian

30 Kes Baru Covid 19 1 Kematian

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 270 hits
Sebanyak 1 korban baru berkaitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 106 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 30 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa...
Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru Covid 19

Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 242 hits
Malaysia Belum Masuk Fasa Exit Strategy Masih Catatkan Kes Baru COVID 19Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan Negara belum memasuki exit strategy berikutan masih lagi mencatat kes baharu meskipun situasi semakin ...
Covid 19 55 Kes Baru Sahaja

Covid 19 55 Kes Baru Sahaja

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 265 hits
Tiada korban baru berkaitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan kekal 105 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 55 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini ...
Kp Kesihatan 69 Kes Baru Covid 19 Satu Maut

Kp Kesihatan 69 Kes Baru Covid 19 Satu Maut

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 316 hits
Kes baharu positif Covid 19 pada 1 Mei adalah 69 sebanyak 12 kes import manakala 57 lagi kes penularan tempatan Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA 1 Mei Kes baharu positif Covid 19 kekal pada dua angka dengan 69 kes baharu dicatatkan setakat ...
105 Kes Baru Covid 19 0 Kematian

105 Kes Baru Covid 19 0 Kematian

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 493 hits
May 2 2020 4 37 PMPUTRAJAYA Kes baru jangkitan Covid 19 melonjak ke 105 kes hari ini berbanding 69 kes semalam ketika negara bersiap sedia untuk sekatan yang lebih ringan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat Angka hari ini mendekati ...
Covid 19 122 Kes Baru 87 Sembuh 2 Lagi Terkorban

Covid 19 122 Kes Baru 87 Sembuh 2 Lagi Terkorban

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 305 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 122 kes Covid 19 baru di Malaysia setakat tengah hari ini menandakan hari kedua berturut turut kes baru melebihi melebihi 100 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dari...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly