Sejak Bila Kurikulum Pendidikan Perlu Restu Politik




Banyak yang telah dibahaskan tentang khat Jawi di Malaysia akhir-akhir ini. Yang jelas, isu ini telah begitu dipolitikkan sehingga tersasar dari perkara sebenar.
Kita mesti jelas kenapa khat diperkenalkan. Yang pasti bukan untuk tujuan Islamisasi. Islamisasi tidak memerlukan khat untuk dilaksanakan.
Ia juga bukan persoalan tiada rundingan antara Kementerian Pendidian dengan semua parti politik. Sejak bila kurikulum pendidikan kebangsaan harus digubal melalui konsultasi dan restu politik? Biarkan penggubal kurikulum kita dengan tugas mereka. Mereka punya kearifan yang kita tidak miliki.
Khat juga bukan tentang ilmu yang lapuk. Mereka yang menganggap khat tiada manfaat ilmu adalah mereka yang tidak memahami makna ilmu.
Yang pasti, polemik dan isu ini memaparkan dengan jelas satu perkara penting. Betapa di Malaysia, kita masih tidak jelas tentang dasar pendidikan bagaimana yang diperlukan oleh negara ini.
Kita mesti mengembalikan pendidikan kepada landasan sebenarnya, iaitu merangsang rasa ingin tahu (sheer curiosity). Apabila kita mendedahkan pelajar di sekolah vernakular tentang khat, ia dilakukan bukan untuk menjadikan mereka mahir dalam khat. Apatah lagi menjadi pakar jawi.
Ia dibuat untuk merangsang rasa ingin tahu dalam diri mereka agar mereka berfikir dan mencari jawapan, kenapa khat dan jawi itu sedemikian rupa. Apa kepentingan dan nilainya. Kita mesti menanam dalam diri mereka, semangat ingin tahu ini. Kerana sains terbaik dan teknologi termaju hanya terhasil dari rasa ingin tahu yang mendalam.
Episod khat ini menggambarkan perjalanan jauh kita untuk menjadi negara maju, apatah lagi bangsa maju. Lihat sahaja naratif negara maju yang kita digunakan – ‘negara berpendapatan tinggi’, ‘Harimau Asia’ dan pelbagai lagi. Namun bukan ‘a highly developed society”
Kepada kebanyakan pihak, hanya coding, sains dan teknologi, matematik dan Bahasa Inggeris akan menjadikan Malaysia dan rakyatnya kompetitif. Tetapi mereka lupa, pembangunan Malaysia yang moden dan terkehadapan menjangkaui spektrum sains dan teknologi.
Apakah kita lupa bahawa kekuatan sebenar Malaysia adalah kemajmukan negara ini, bukan wibawanya dalam sains dan teknologi.
Pelabur ingin melabur di Malaysia bukan kerana Malaysia mempunyai bakat terbaik dunia. Tetapi keyakinan mereka terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum yang unik malah teruji dek zaman.
Telah tiba masanya Malaysia memikirkan kewajaran memperkenalkan pendekatan pendidikan liberal (liberal education) seawal usia pembelajaran. ‘Liberal education’ bukan bermaksud pendidikan tanpa pedoman agama dan norma hidup. Tetapi, ia adalah sistem yang mengintegrasikan ilmu kemanusiaan dan sastera dengan disiplin sains dan teknologi.
Rasionalnya kerana kita hidup dalam zaman ledakan maklumat. Anak-anak hari ini menjalani kehidupan harian dengan gajet untuk tweeting, googling ataupun e-mailing dan sebagainya.
Mereka celik teknologi. Tetapi mereka juga mesti faham bahawa sains dan teknologi mesti bermanfaat untuk masyarakat. Kerana itu ilmu berkaitan kemanusiaan, bahasa, kepercayaan agama, kerencaman budaya dan pelbagai yang lain itu penting. Ia akan memberikan sains dan teknologi itu dimensi manusiawinya.
Bayangkan kelak ‘manuskrip’ yang didigitalkan hanya menjadi pameran kerana sudah tidak ada sesiapa yang mampu membaca dan memberi makna kepada kandungannya. Bayangkan jika sejarah Malaysia diajar menggunakan sains multimedia termaju tetapi tiada siapa berminat mempelajarinya kerana bukan subjek kompetitif. Bayangkan bahasa Melayu menjadi bahasa picisan kerana bahasa global bukan sahaja bahasa Inggeris, tetapi kod-kod pengaturcaraan dalam komputer.
Kalau ini bukan tragedi kepada sebuah bangsa, dan kepada sebuah negara, maka saya tidak tahu apa lagi makna ancaman kepada sebuah peradaban.
Lalu, cabaran sebenar hari ini ialah membangunkan sistem pendidikan terbaik untuk masa depan Malaysia. Sehingga saat ini, Menteri Pendidikan, Dong Jiao Zong dan pelbagai pihak berkepentingan, masih tidak memahaminya.
Datuk Seri Mohamad Hasan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/14/sejak-bila-kurikulum-pendidikan-perlu-restu-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Sebatang Kara Sejak Sd Siswa Sma Ini Jual Tisu Sepulang Sekolah Demi Lanjutkan Pendidikan

Hidup Sebatang Kara Sejak Sd Siswa Sma Ini Jual Tisu Sepulang Sekolah Demi Lanjutkan Pendidikan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 317 hits
Sekolah merupakan impian bagi anak anak untuk mendapatkan pendidikan yang layak demi masa depan Namun sayangnya di Indonesia masih banyak ditemui anak anak yang kesusahan untuk bersekolah Hal ini disebabkan karena beberapa faktor salah satu...
Gerindra Tentukan Arah Politik September Mendatang

Gerindra Tentukan Arah Politik September Mendatang

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 199 hits
Posisi Gerindra masih 50 50 ya di tengah posisinya di tengah belum memutuskan Nanti pada saatnya beliau akan mengadakan event nasional untuk minta pendapat Mudah mudahan bulan September ini nanti kita akan putuskan kata Riza
Pemimpin Politik Kaum Gesa Zakir Tinggalkan Malaysia

Pemimpin Politik Kaum Gesa Zakir Tinggalkan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 261 hits
Pemimpin politik kaum gesa Zakir tinggalkan MalaysiaOleh August 17 2019Beberapa pemimpin tempatan tegas menyuarakan pandangan agar pendakwah kontrovesi Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia Mereka mendapati Zakir tidak faham budaya rakyat ber...
Pemimpin Politik Salah Petik Ceramah Dr Zakir Undang Ketegangan Kaum Pemuda Ph

Pemimpin Politik Salah Petik Ceramah Dr Zakir Undang Ketegangan Kaum Pemuda Ph

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 279 hits
Astro Awani Adi Ikmal bersama beberapa pimpinan Pemuda PH membuat laporan polis mengenai isu Dr Zakir Naik di Putrajaya pada Jumaat Gambar AMK Putrajaya KUALA LUMPUR Tindakan beberapa pemimpin politik yang memetik sedutan ceramah pendakwah ...
Zaman Pemimpin Dan Ahli Politik Hilang Kepercayaan

Zaman Pemimpin Dan Ahli Politik Hilang Kepercayaan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 369 hits
1 Ahli politik dan pemimpin kerajaan ini kadang kadang rasa macam hebat dan banyak sokongan padahal dia naik dan dapat jawatan sebab kena carry je 2 Pemimpin BN selama ini memerintah kerajaan pun sebab kena carry dengan sentimen parti Melay...
Ketepikan Retorik Politik Bina Semula Negara

Ketepikan Retorik Politik Bina Semula Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 216 hits
Ketepikan retorik politik bina semula negara Oleh August 17 2019Situasi politik Malaysia yang harmoni kian bergolak akibat kebencian berasaskan perkauman yang ditimbulkan oleh parti pembangkang dan kumpulan kumpulan tertentu yang mahu menan...
Kepala Biro Politik Ulmwp Bersama Puluhan Orang Lainnya Masih Ditahan

Kepala Biro Politik Ulmwp Bersama Puluhan Orang Lainnya Masih Ditahan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 230 hits
Port Numbay Kepala Biro Politik United Liberation Movement for West Papua Logo Bazoka ditangkap di Abepura Kamis ketika hendak memimpin aksi demonstrasi damai mendukung pertemuan Pacific Island Forum di Tuvalu Bazoka ditangkap oleh satuan i...
Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 380 hits
Isu khat Lynas Pertimbangan politik perlu diutamakan PenganalisisOleh August 14 2019Kontroversi sisa radioaktif buangan kilang nadir bumi Lynas dan pengajaran khat Jawi di sekolah vernakular wajib dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan deng...
Menakar Peta Politik Di Dprd Dki Dan Tantangan Anies Baswedan

Menakar Peta Politik Di Dprd Dki Dan Tantangan Anies Baswedan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 239 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan akan memiliki mitra kerja baru di DPRD DKI Jakarta periode 2019 2024 Tercatat ada 106 anggota DPRD baru
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions