Sejadah Madinah Dari The Prayer Mat Seumpama Di Haramain
SEJADAH MADINAH DARI THE PRAYER MAT SEUMPAMA DI HARAMAIN | Assalammualaikum semua! Ruby ada sesuatu ingin kongsi dengan anda semua. Kisah usahawan Sejadah yang Ruby dapat ambil semangat dan kegigihan beliau. Walaupun pada awalnya seperti sebagai Personal Shopper yang memenuhi permintaan tempahan Sejadah kerana beliau bekerja sebagai Penyarah di Universiti terkemuka di Arab Saudi.
Namun, dari percubaan membantu membeli, terdetik niat ingin kenalan yang memiliki Sejadah juga berpeluang ke Tanah Suci. Sebagai umat Islam, pastinya Umrah dan Haji adalah impian sepanjang usia kita. Ingin ke Madinah dan Mekah menunaikan ibadah adalah cita-cita kita semua. Selain itu, niat beliau juga meinginkan para jemaah yang sedang menunaikan ibadah Umrah dan Haji fokus beramal ibadah dan tidak kelam kabut mencari hadiah untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sebab The Prayer Mat kan ada? Mudah kan?
JATUH CINTA DENGAN THE PRAYER MATRuby teringat pertama kali memiliki Sejadah Eznik. Boleh baca di sini https://www.ruby.my/2021/04/shop-with-ikhlas-laman-e-dagang-mesra-muslim.html. Sejadah yang Ruby terima tertera nama The Prayer Mat dikotaknya! MasyaAllah tidak sangka langsung ia adalah dari syarikat anak Malaysia yang berpengkalan di Changlun, Kedah, Malaysia.
Rupa-rupanya, ramai pengedar dan syarikat yang menyertai The Prayer Mat sebagai reseller. Alhamdulillah asas perniagaan usahawan ini yang ingin berkongsi rezeki dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Hanya dengan menjual Sejadah berkualiti dan selesa. Berganda pahala. InsyaAllah.
DR SITI NORWAHIDA SHUKERI PENGASAS THE PRAYER MATDr Siti Norwahida Shukeri merupakan seorang pensyarah perakaunan di Universiti Ha’il, Arab Saudi memulakan perniagaan menjual sejadah dengan niat hanya ingin membantu kenalan di Malaysia yang ingin membeli Sejadah di Madinah.
Pada itu tahun 2019, pengasas membawa pulang Sejadah Madinah dan ramai membeli dan hanya bermula dari rumah. Konsep pra pesanan bermula pada March 2020 semasa pandemik dan itu adalah kontena pertama di bawa ke Malaysia. Kemudian pada bulan Julai terus beroperasi Changlun, Kedah.
Ia bermula pada bulan Ramadan 2020. Siapa sangka dengan tempahan sikit-sikit terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Permulaannya, beliau hanya memuat naik gambar sejadah Raudhah di Instagram miliknya kerana ia kelihatan cantik, selesa dan menarik. Setelah itu, beliau menerima lebih 100 tempahan melalui rakan-rakan di media sosial. Jiwa usahawan di dalam diri tidak dapat dipisahkan. Niat utama ingin perniagaan yang mampu berkembang dan menjadi satu perniagaan bertaraf global.
Sejadah-sejadah memang menjadi buruan mereka yang datang ke Masjid Nabawi untuk membeli dan dijadikan sebagai kenangan ataupun cenderahati apabila dibawa pulang ke Malaysia. The Prayer Mat mula mengambil pra pesanan sebanyak 1,000 helai sejadah bermula November 2020 dan lama-kelamaan permintaannya juga semakin bertambah pada bulan-bulan seterusnya.
Khidmat kontena digunakan oleh The Prayer Mat apabila permintaan melonjak dalam tempoh enam bulan pertama. Daripada tiga pekerja, mereka menambah kepada 12 orang pekerja dalam tempoh enam bulan bagi menguruskan tempahan yang semakin meningkat.
The Prayer Mat memiliki, jumlah ejen juga meningkat kepada 500 di seluruh negara dan mahu memfokuskan pasaran dan jenama The Prayer Mat di dalam negara sebelum meluaskan ke pasaran antarabangsa.
Perbezaan harga Sejadah sama ke dengan harga di Madinah? Harga tidak banyak berbeza sebab The Prayer Mat membeli by bar dan kontena. Boleh cari di Malaysia, tidak perlu beli semasa menunaikan Umrah.
Beliau bersyukur usahanya itu mendapat sokongan penuh daripada suami, Dr Wan Mohd Khairy Adly Wan Zaimi, yang juga merupakan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi.
“Apabila jumlahnya semakin bertambah, kami mula menempah menggunakan perkhidmatan kontena untuk menghantar terus sejadah dan minyak wangi dari kilang di Arab Saudi ke Malaysia. Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, syarikatnya yang dilantik sebagai pengedar tunggal kepada kilang terbabit memfokuskan kepada 180 daripada lebih 500 reka bentuk sejadah. Antara sejadah yang mendapat permintaan tinggi adalah jenis sejadah imam Makkah, Kaabah dan Raudhah.
40 MINIT, 12 RIBU TERJUALThe Prayer Mat sudah menembusi pasaran United Kingdom, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Australia, Maldives, Jerman, Nigeria, Pakistan dan beberapa lagi, namun kami mahu menstabilkan dulu permintaan tempatan kerana kami sentiasa kehabisan stok,” katanya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Ditubuhkan ketika pandemik, cabaran adalah kekangan untuk kemana-mana dan kekurangan tenaga kerja. Namun, pelanggan, ejen, dropship setia menanti. 3 bulan kontena masuk ke Malaysia. Mereka sabar dan tunggu.
Lebih 1000 design. Di The Prayer Mat terdapat lebih 300 pilihan corak. Terdapat tiga jenis ketebalan iaitu 4mm, 6mm, 8mm yang anda boleh dipilih. Permintaan dari luar negara seperti UK, Singapore, US, Arab Saudi dan bakal menembusi pasaran Indonesia. Maklumbalas dari dropship yang nak warna-warna trendy. Warna gelap, warna pastel. The Prayer Mat akan bawa rekaan yang mendapat sambutan.
PROGRAM CSR THE PRAYER MAT Koleksi Medina Rose dengan kerjasama Puan Seri Normala Samsuddin bermula pada Oktober 2021. 10% dari hasil jualan disalurkan kepada pembinaan semula rumah yang di landa banjir di Shah Alam, rumah daif, rumah terbakar di Changlun, Kedah. Banjir di Yan, Kedah. Surau dan masjid yang telah di ditenggelami air. Sumbangan Sejadah Banjir di Yan, Kedah. Surau dan masjid yang telah di ditenggelami air. Sumbangan sejadah The Prayer Mat terus kepada penduduk.
Dengan setiap pembelian koleksi Medina Rose, kami akan menyumbang kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan. #TabungWeCare telah dimulakan sejak 2 November yang lalu. Seterunya anda boleh membeli Koleksi Medina Rose pada harga RM359 sahaja!
Ramadan 2022 kali ini, The Prayer Mat juga mengadakan majlis berbuka puasa di kawasan Changlun. Meraikan asnaf dan anak-anak yatim.
KEDAI FIZIKAL PERTAMA DI AMAN CENTRAL, KEDAHBoleh cari sejadah cantik2 utk buat hadiah, guna sendiri di The Prayer Mat yang baru di buka di Aman Central. Lot 3-41, 3rd Floor, Aman Central, Alor Star
PRODUK-PRODUK THE PRAYER MATMedina Rose CollectionMedina CollectionMecca CollectionCallighraphy CollectionElegance CollectionAqsa CollectionZam zam CollectionAl Quran Bookmark With Engrave Al Quran Al KareemAl Mushaf Quran King Fahad MadinahTravel Prayer MatPerfume & FreshenerSyawal New CollectionAl-Quran dari kilang King Al Fahad. Belakang Quran ada cop dan nombor siri. EDP frehshenerTasbihKurma AjwaSELEBRITI MAT DAN SEBAGAI DUTA THE PRAYER MAT
MENGENAI THE PRAYER MATThe Prayer Mat Sdn Bhd diasaskan oleh Dr Siti Wahida. Muslim Malaysia yang berhijrah mengajar di Arab Saudi. Idea tercetus adalah apabila Sejadah Madinah menjadi pilihan buah tangan pulang dari Umrah / Haji.
Ditubuhkan pada 2019, The Prayer Mat Sdn Bhd adalah pengedaran dan peruncitan barangan dagangan dari Madinah dan Makkah, Arab Saudi khususnya sejadah. Beroperasi dengan menerima tempahan prapesanan pada dua bulan awal penubuhannya. 87 helai Koleksi Sejadah Rawdha dari Madinah ke Malaysia, permintaan terus meningkat.
The Prayer Mat pernah menghantar lebih daripada 1000 helai sejadah setiap bulan dan sehingga kini telah membekalkan hampir 15,000 helai sejadah setiap bulan. Kemudian, The Prayer Mat terus komited memenuhi permintaan pelanggan dalam menyediakan sejadah dengan stok sedia ada agar pelanggan tidak perlu menunggu lagi.
Sehingga kini, The Prayer Mat mempunyai kira-kira 500 penjual semula termasuk dropship dan ejen yang komited untuk bersama The Prayer Mat sejak hari pertama. The Prayer Mat sentiasa menginginkan setiap pemilik sejadah mencipta pengalaman berdoa yang khusyuk semasa menunaikan ibadah.
Menawarkan pelbagai jenis sejadah buatan Madinah yang direka dengan baik pada harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh setiap umat Islam. Semoga semua yang memiliki sejadah The Prayer Mat Seumpama Di Haramain berpeluang ke Tanah Suci. InsyaAllah.
THE PRAYER MAT | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/06/sejadah-madinah-dari-prayer-mat.html