Seimbang Kuota Mm2h Jangan Tumpu China Saja Gesa Bekas Menteri


 
Rais Yatim berkata penambahbaikan inisiatif itu tidak harus tertumpu kepada keuntungan semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pembangunan teknologi, pendidikan dan sosiobudaya.
PETALING JAYA: Seorang bekas menteri menggesa kerajaan menyeimbangkan kuota kelulusan permohonan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dari pelbagai negara bagi mengelak dominasi pemohon dari China.
Bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim, mendakwa situasi di mana sebahagian besar pemegang pas MM2H adalah dari republik itu sebagai membimbangkan, dan dikhuatiri melenyapkan sedikit demi sedikit budaya dan identiti negara.
“Mengapa tak sama rata? Kita mahu cenderungan dan amalan mengutamakan (permohonan) dari China ini dihentikan dan program ini mesti lebih telus.
“Kalau ramai sangat orang luar datang begitu, maka habislah kita punya landasan. Identiti kita hancur. Bahasa kita habis. Budaya kita habis,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya termasuk oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing yang menyatakan tuduhan Rais bahawa program MM2H menyebabkan lebih 20,000 warga China sebagai penduduk tetap adalah tidak bertanggungjawab.
Rais turut dikritik Presiden Persatuan Perunding Program MM2H, Anthony Liew, yang menegaskan peserta dari China tidak akan bertukar menjadi penduduk tetap.
Menegaskan perkara itu, Rais berkata beliau hanya memberi respons kepada laporan sebuah media yang menyatakan lebih 22,000 rakyat China adalah peserta program MM2H.
“Punca berita itu dari sebuah portal, jadi saya komen kepada laporan itu dengan berkata ‘tahniahlah sebabkan orang China lebih ramai. Kenapa tak rakyat negara lain’. Itu saja,” katanya.
Pada 6 Mac, Malay Mail menyiarkan jawapan bertulis Tiong di Dewan Rakyat yang melaporkan 22,282 permohonan MM2H diluluskan antara 2015 hingga tahun lalu, dengan majoriti dari China.
Selasa lalu, agensi teknologi hartanah, IQI melaporkan pemohon dari China membentuk 1/3 daripada pemegang pas memperoleh visa tahun lalu yang menunjukkan MM2H menarik minat individu pelbagai negara.
Menurut laporan itu lagi, seramai 24,765 daripada 53,000 pemegang pas MM2H semasa adalah dari China, diikuti Australia (9,265), Korea Selatan (4,940), Jepun (4,733), Bangladesh (3,604), dan United Kingdom (2,234).
Manakala kurang daripada 1,000 dari Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan India.
Laporan itu mendedahkan MM2H yang ditambah baik menyaksikan RM455.8 juta diletakkan di bank tempatan dalam bentuk simpanan tetap sejak Jun 2024.
Bukan hanya soal untung
Mendakwa menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan yang merangka garis panduan program itu sebelum ini, Rais berkata penambahbaikan kepada inisiatif itu tidak harus tertumpu kepada aspek keuntungan semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pembangunan teknologi, pendidikan serta sosiobudaya.
“Tujuan kita (perkenal MM2H) dulu untuk beri peluang kepada pelabur sambil menikmati sosioekonomi, mengembangkan taraf hidup penduduk namun sekarang syarat ini sebagai laluan sahaja yang penting bawa modal untuk ‘ditanam’ di Malaysia,” katanya.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan peraturan baharu MM2H terbahagi kepada tiga kategori iaitu platinum, gold dan silver, dengan setiap satu mempunyai syarat kewangan serta manfaat berbeza.
Kategori platinum memerlukan simpanan tetap RM5 juta, manakala gold dan silver masing-masing RM2 juta serta RM500,000, selain tempoh visa dan syarat pembaharuan berlainan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/seimbang-kuota-mm2h-jangan-tumpu-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Perpaduan Gesa Pdrm Skmm Bertindak Terhadap Sesiapa Persenda Hina Agama

Menteri Perpaduan Gesa Pdrm Skmm Bertindak Terhadap Sesiapa Persenda Hina Agama

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 156 hits
K PRAGALATHMarch 6 2025Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memohon Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana mana pihak yang menghina dan mempersen...
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 147 hits
Hidir Reduan Abdul RashidBekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony hari ini mula menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kes dokumen palsu Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman...
Tular Gambar Sunting Sprm Lawat Bekas Pm Yang Palsu Tak Pasti Jangan Kongsi B

Tular Gambar Sunting Sprm Lawat Bekas Pm Yang Palsu Tak Pasti Jangan Kongsi B

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 169 hits
Tular gambar sunting SPRM lawat bekas PM yang palsu Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Jangan Gadai Keharmonian Kerana Emosi Gesa Ahli Dewan Negara

Jangan Gadai Keharmonian Kerana Emosi Gesa Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 162 hits
Sivaraj Chandran kata musuh sebenar rakyat adalah isu ekonomi kos sara hidup pendidikan dan masa depan anak anak yang perlu ditangani bersama PETALING JAYA Seorang ahli Dewan Negara mengingatkan semua individu tanpa mengira latar supaya tid...
Zahid Hamidi Nasihat Tengku Zafrul Tak Tergesa Gesa Buat Keputusan Keluar Umno

Zahid Hamidi Nasihat Tengku Zafrul Tak Tergesa Gesa Buat Keputusan Keluar Umno

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 129 hits
Minderjeet KaurKUALA LUMPUR Presiden Umno Zahid Hamidi berkata beliau menasihati Tengku Zafrul Aziz supaya tidak terburu buru dalam membuat keputusan berhubung masa depannya dengan parti itu Zahid mengesahkan bertemu menteri pelaburan perda...
Pastikan Keselamatan Data Pengguna Aplikasi Minyak Masak Bersubsidi Gesa Fomca

Pastikan Keselamatan Data Pengguna Aplikasi Minyak Masak Bersubsidi Gesa Fomca

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 99 hits
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia menggesa kerajaan memastikan data pengguna aplikasi memantau penjualan minyak masak bersubsidi tidak disalah guna atau terdedah risiko kebocoran PETALING JAYA Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia mengges...
Peguam Percaya 3 Dj Radio Difitnah Gesa Polis Siasat Dalang Tularkan Video Disunting

Peguam Percaya 3 Dj Radio Difitnah Gesa Polis Siasat Dalang Tularkan Video Disunting

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 189 hits
Tiga DJ radio didakwa menjadi mangsa fitnah selepas video berdurasi lima saat tersebar luas dan dimainkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer Menurut perkongsian dari Facebook peguam Mahmud Jumaat video yang tular itu dipercay...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topstar359 8 Topstar359 Top 86 By Leia

Fullslotpg 15 May Fullslotpg Top 38 By Kayla

Nakoya1688 27 Nakoya1688 Top 10 By German

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah