Sehingga Meninggal Dunia Dia Tak Jual Ramai Tak Tahu Perihal Rumah Degil Dekat Jalan Chow Kit Ini Kisah Di Sebaliknya
Korang pernah dengar pasal Rumah Degil?
Ini kisah daripada seorang individu mengenai cerita tentang sebuah rumah pusaka terletak di Chow Kit yang popular dengan gelaran ‘Rumah Degil’.
Berdiri sejak 1926
Menurut Cari, rumah itu telah dibina sekitar tahun 1926 di sebuah kawasan yang lapang. Rumah itu didiami oleh seorang nenek bernama Norma Manjawali sejak dilahirkan pada tahun 1932.
Siapa tahu ini rumah siapa? Jika tidak tahu, inilah Rumah Degil yang berada di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur. Nenek Norma adalah tuan Rumah Degil ini.
Banyak versi cerita berkenaan rumah ini yang tuan rumahnya ‘degil’ tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk Nenek Norma menjual rumah itu bertahun-tahun lamanya sehingga beliau meninggal dunia. Pada tahun 2013 akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan.
Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.
Pemaju tetap berusaha, tapi gagal
Macam-macam usaha dilakukan pihak pemaju memandangkan hanya rumah itu yang berdiri di celah bangunan lain.
Namun, usaha mereka gagal untuk memujuk nenek Norma supaya menjual rumahnya. Sehinggalah nenek Norma dilaporkan menlnggal dunia dan pada tahun 2013 rumah tersebut terpaksa dilepaskan.
Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.
Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.
Sementara itu, portal Berita Harian pernah melaporkan Rumah Degil yang sedang dibina di perkarangan Balai Seni Negara Jalan Tun Abdul Razak telah siap sepenuhnya pada November 2019.
Rumah itu bercirikan tradisional Melayu dan dibina pada 1926 di Jalan Chow Kit. Ia adalah kediaman yang dibina oleh Jaafar Sutan Sinomba juga dikenali dengan nama Sutan Mengatas Sutan Sinomba, iaitu keturunan Sutan Puasa, saudagar dari Mandailing, Sumatera dan kawasan tersebut adalah penempatan mereka.
Menurut laporan tersebut, rumah berusia 92 tahun itu telah menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga ke 13 Mei 1969. Namun malangnya ia terpaksa dijual pada tahun 2013 kerana keluarga Jaafar tidak lagi mampu menampung kos penjagaan rumah tersebut.
Al Fatihah untuk Nenek Norma…
Sumber: Oh Bulan, Berita Harian
The post “Sehingga meninggal dunia dia tak jual” – Ramai Tak Tahu Perihal ‘Rumah Degil’ Dekat Jalan Chow Kit. Ini Kisah Di Sebaliknya… appeared first on My KMU NeT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/08/30/sehingga-meninggal-dunia-dia-tak-jual-ramai-tak-tahu-perihal-rumah-degil-dekat-jalan-chow-kit-ini-kisah-di-sebaliknya/