Sehari Selepas Neeiofa Petik Pasal Meiayu Jatuhkan Meiayu Lni Jawapan Balas Dr Amaiina
Sedih orang MeIayu juga yang tutup peluang dan kalau tengok bangsa lain tepuk tangan. Anak MeIayu cuba bagi peluang tapi anak MeIayu juga nak jatuhkan… kita kena tukar attitude dan mindset ini!
Itu antara luahan pengacara NeeIofa yang mengakui terkilan dan bersedih dengan sikap segelintir orang MeIayu yang cuba menjatuhkan perniagaan orang lain dari bangsa yang sama.
NeeIofa menjelaskan, tindakan itu hanya akan merugikan dan menyekat kemampuan anak muda untuk menambah baik taraf hidup masing-masing.
Memang saya terkilan sebab bisnes (susu pisang) ini buka peluang kepada anak MeIayu muda berniaga, kebanyakan belum pernah berniaga dan mereka nak belajar meniaga.
Kalau macam ini pantang tengok anak MeIayu berjaya sampai bila kita tak akan kaya dan jadi orang berkuasa, semuanya bermula dengan kita, jangan tokok tambah dan memperbesarkan benda ni,” katanya.
NeeIofa berkongsi luahannya itu menerusi Instastory semasa ditemubual oleh wartawan pada Jumaat lalu.
Sebelum itu, pengacara program Meletop ini menjelaskan risalah berkaitan susu pisang yang menjadi salah faham dan mengelirukan pengguna sehingga menerima teguran daripada pakar bedah, Dr AmaIina Che Bakri.
NeeIofa berkata, risalah produk minuman yang diedarkan baru-baru ini tidak mendapat kelulusan daripada kilang atau agensi yang dilantik.
Malah, pihaknya juga akan mengambil langkah berhati-hati sebelum memuat naik perkongsian atau kenyataan di media sosial dan akan memperkemaskan lagi bungkusan susu pisang selepas susu itu diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mereka juga akan menghantar beberapa dokumen yang diminta KKM bagi memastikan produk itu dipromosikan sebagai susu berperisa pisang.
Pada Selasa lalu, Dr AmaIina menerusi Twitter peribadinya meminta penjelasan usahawan itu tentang khasiat susu pisang yang dianggap keterlaluan dipromosikan.
Gara-gara isu susu pisang ini, nama NeeIofa dan MeIayu menjadi trending di laman Twitter.
Sementara itu, Dr AmaIina pula meminta tiada pihak memainkan isu perkauman dalam sesuatu kesilapan yang dilakukan.
Perkongsian Dr AmaIina di Twitter dan nama NeeIofa dan MeIayu menjadi trending di laman tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus kepada siapa mesej tersebut ditujukan.
Saya harap orang menghentikan menggunakan bangsa sebagai alasan ‘MeIayu nak jatuhkan MeIayu’. Ini adalah tentang integriti, etika dan tanggungjawab.
Salah tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya akan bersuara tak kira siapa anda jika ia mendapat perhatian saya.
Saya tak dapat apa-apa faedah dengan berbuat demikian, saya menentang dan bercakap mengenai produk overclaim dan berbahaya untuk melindungi orang Malaysia,” tulisnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
The post Sehari Selepas NeeIofa Petik Pasal MeIayu Jatuhkan MeIayu, lni Jawapan Balas Dr AmaIina appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/sehari-selepas-neeiofa-petik-pasal-meiayu-jatuhkan-meiayu-lni-jawapan-balas-dr-amaiina/