Sehari Di Selangor Jom Lawati Daerah Kuala Langat



Salam Ramadan,

Dalam tempoh kita dalam PKP and PKPB ni, tetu kita dan rindu nak travel ke mana-mana kan? Seri Wangi pun macam tu jugak dah mula terbayang-bayagkan selepas keadaan dah reda dan kembali normal..dah plan nak pegi trip dengan hubby, tak kiralah dalam negeri ke...atau luar negeri. Tapi...rasanya buat masa ni duk fikir kita travel dalam negeri dulu. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik dalam negeri yang belum habis diterokai. Jom Seri Wangi bawak korang jalan-jalan tempat menarik ni...manalah tau nanti korang teringinlah pulak nak bawak family. Seri Wangi bawak korang meninjau keindahan, keunikan dan menjamu selera di Selangor, Daerah Kuala Langat. Sebenarnya Seri Wangi pun belum lagi sampai ke tempat-tempat ni menarik ni...jadi nak ucapkan terima kasih kepada Hanis Yasmin Hamdan dari Tourism Selangor yang sudi share artike tentang lawatan ke Daerah Kuala Langat.

Terokailah Bandar-bandar utama di Daerah Kuala Langat seperti Bandar Banting, Pulau Carey, Jugra, Morib dan juga Teluk Datok yang sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Rebutlah peluang untuk mengembara ke destinasi yang terkenal di Daerah Kuala Langat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Negeri Selangor! Oleh kerana ianya terkenal dengan hasil pertanian serta mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan dan sejarah, pastikan anda kunjungi setiap lokasi yang kami cadangkan kepada anda!

9.00 a.m.    : Sarapan pagi di Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan 
10.00 a.m.    : Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
11.00 a.m.    : Lawati Mah Meri Cultural Village untuk mempelajari budaya Orang                                 Asal Negeri Selangor12.00 p.m.    : Dapatkan makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh
1.00 p.m.    : Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal 
2.00 p.m.    : Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding 
4.00 p.m.    : Lawati Kuan Wellness Eco Park 
5.00 p.m.    : Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum petang 
6.00 p.m.    : Saksikan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib
7.00 p.m.    : Makan malam di Assam Batu Laut
1.  Sarapan pagi di Kedai Kopi dan Makanan Phua Kian Guan
Mulakan hari anda dengan menikmati sarapan pagi di salah sebuah Restoran Cina pilihan ramai di Daerah ini. Dekorasi dalaman restoran ini yang bercirikan gaya lama semestinya akan membawa anda kembali ke zaman dahulu! Anda sudah tentu akan berasa kagum dengan pilihan kuih dan mi mereka yang pelbagai. Lebih lebih lagi, Kuih Chai dan ubi keledek goreng oleh Phua Kian Guan yang tiada tandingannya. 

2.  Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
Terletak di Jenjarom, kuil yang berkeluasan 16 ekar serta dibina pada tahun 1994 ini turut merupakan rumah bagi semua mercu tanda utama seperti Waterdrop Teahouse, taman Lumbini dan Galeri Seni Fo Guan Yuan. Selain itu, pemandangan yang menakjubkan di kuil ini akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang ke sini! Tambahan pula, tiada bayaran masuk dikenakan dan anda boleh kunjungi kawasan ini bermula jam 10 pagi setiap hari.


3.  Pelajari Budaya Orang Asal Negeri Selangor di Mah Meri Cultural Village
Adakah anda diselubungi dengan rasa ingin tahu tentang budaya Orang Asal yang sebenar? Jangan buang masa anda dan lawatilah Mah Meri Cultural Village yang terkenal ini sekarang! Anda dapat melihat dan merasai sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka dengan menyertai pakej lawatan yang ditawarkan. Semasa anda berada di sini, jangan lupa untuk kunjungi bengkel Mah Meri untuk mendapatkan pengetahuan tentang seni kraf tangan yang tentunya memberikan pengalaman lawatan yang lebih mengujakan!

4.  Dapatkan makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk makan tengah hari di Restoran Selera Tujuh yang terletak di Bandar Banting ini! Terdapat pelbagai jenis makanan Malaysia yang terdiri daripada Nasi Ayam, Nasi Ambeng, Asam Pedas, Ikan Bakar dan bermacam-macam lagi pilihan yang patut anda cuba! Sekiranya anda adalah seorang rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan kepelbagaian budaya, anda sudah pasti akan menyukai setiap hidangan lazat di restoran ini. 


5.  Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal
Setuju ataupun tidak, membeli-belah adalah salah satu perkara yang paling seronok untuk dilakukan ketika melancong! Adalah sangat merugikan sekiranya anda melawati Daerah Kuala Langat tanpa menjejakkan kaki ke Kedai Kerepek Ros yang terkenal di sini. Terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual di sini antaranya Ubi Masin, Pisang Tanduk, Kuih Siput dan macam-macam lagi!

6,  Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding
Tidak dapat dinafikan lagi, Bukit Jugra adalah antara tarikan yang sangat popular di Kuala Langat! Meskipun ianya akan mengambil sekitar 1 jam pendakian, setiap tempat di kawasan ini adalah sangat berbaloi untuk dilawati! Di bahagian atas bukit, anda akan dapat menikmati sebuah pemandangan yang indah. Juga, sekiranya anda adalah seseorang yang sukakan cabaran, anda bolehlah menempah sesi paragliding yang mengambil masa selama 10 minit! Layari pautan ini untuk informasi lanjut: https://selangor.travel/listing/paragliding-at-jugra-hill/




7.  Lawati Kuan Wellness Eco Park
Oleh kerana Daerah ini terkenal sebagai antara destinasi pengeluar sarang burung yang terbaik di Malaysia, pastikan anda tidak ketinggalan untuk datang ke Kuan Wellness Eco Park yang berhampiran dengan Pantai Batu Laut Ketika berkunjung ke sini. Di dalam Taman tersebut, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis tarikan seperti Swiftlet Home, Eco Park, Bird's Nest Gallery dan juga Eco-Café! Anda juga dapat menyaksikan bermacam-macam spesis burung, ikan dan reptilia lain di zoo mini mereka.


8.  Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum petang
Setelah menerokai seluruh Bandar sepanjang hari, anda pasti memerlukan sedikit gula untuk mendapatkan tenaga anda semula! Oleh itu, kunjungilah kafe bergaya vintaj ini untuk dapatkan pencuci mulut dan kopi mereka yang enak untuk menghilangkan tekanan anda. Semasa anda berada di sana, jangan lupa untuk memuat-naik gambar-gambar menarik di kafe estetik ini di laman media sosial anda!

9.  Saksikan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib 
Tiada ada yang lebih menenangkan selain daripada berjalan-jalan di sekitar Pantai Morib untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Sebilangan besar pengunjung singgah ke pantai ini semata-mata untuk menikmati pemandangan pantai yang indah serta udaranya yang segar sudah pasti akan membuatkan anda berasa selesa! Terdapat juga medan selera berhampiran yang menawarkan seleksi menu Ikan Bakar dan Sotong Goreng Tepung yang sangat enak!

10.   Makan malam di Assam Batu Laut
Salah satu cara yang terbaik untuk menamatkan hari anda adalah dengan menikmati makan malam di restoran makanan laut yang terbaik di Kuala Langat! Menawarkan anda dengan sejumlah menu yang enak seperti Ikan Merah Stim Asam dan Ikan Kerapu Stim yang disajikan dengan halia yang telah dicincang; anda perlu mencuba kebanyakan darinya! Kesemua sajian yang mereka jual di sini adalah sangat segar dan ianya tidak akan mengecewakan anda.


Adalah tidak dapat dinafikan, Daerah Kuala Langat merupakan salah sebuah Daerah yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Negeri Selangor. Sekiranya anda menginginkan sebuah penggembaraan yang indah, pastikan anda tidak ketinggalan berkunjung ke tempat-tempat luar biasa yang telah disertakan di dalam jadual perjalanan ini. Bermula dari menerokai lokasi-lokasi terkenal sehinggalah mengakhiri hari anda di restoran makanan laut yang tersohor, ini benar-benar menunjukkan betapa hebatnya Dearah Kuala Langat ini!
Okaylah Seri Wangi dah pun share tempat-tempat menarik di Daerah Kuala Langat, Selanor yang patut korang lawati nanti bila korang terasa nak bawak family makan angin selepas PKP kelak.
Untuk Maklumat lanjut:
WEBSITEwww.selangor.travel
#SplendidSelangor, Take Me Anywhere!"





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2020/05/sehari-di-selangor-jom-lawati-daerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Langat Daerah Pertama Zon Hijau Selangor

Kuala Langat Daerah Pertama Zon Hijau Selangor

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 390 hits
Oleh Norzamira Che Noh Data daripada amirudinshari com SHAH ALAM Kuala Langat menjadi daerah pertama diisytiharkan zon hijau COVID 19 di Selangor selepas tiada lagi pertambahan kes aktif di kesan di sehingga jam 12 tengah hari semalam Daera...
Kuala Langat Becomes Selangor S First Green Zone District

Kuala Langat Becomes Selangor S First Green Zone District

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Kuala Langat has become the first district in Selangor to be designated as a Covid 19 green zone with zero active cases A health ministry infographic showed a drop of four active cases in the area There are now 111 green zone ...
Dayve S Destination A Day In Selangor Let S Visit Kuala Langat District

Dayve S Destination A Day In Selangor Let S Visit Kuala Langat District

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 373 hits
Step into Southwestern Selangor where the ultimate towns of Banting Carey Island Jugra Morib as well as Teluk Datok are located Take this chance to travel around the iconic landmarks in Kuala Langat once you step foot in Selangor Since it i...
Semua Daerah Di Selangor Bebas Zon Merah Covid 19

Semua Daerah Di Selangor Bebas Zon Merah Covid 19

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 473 hits
SHAH ALAM 19 MEI Sembilan lagi daerah di Selangor hari ini bebas daripada zon merah apabila semua kes aktif Covid 19 berada bawah 41 kes Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor memaklumkan dua mukim iaitu Hulu Bernam dan Hulu Yam juga bersih d...
Semua Daerah Di Selangor Diramal Hujan Ribut Petir Hingga Selasa

Semua Daerah Di Selangor Diramal Hujan Ribut Petir Hingga Selasa

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 386 hits
SHAH ALAM 6 MEI Semua daerah di negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula hari ini hingga Selasa depan lapor Jabatan Meteorologi Malaysia Jangkaan dalam tempoh seminggu itu membabitkan Hulu Langat Kuala Langat Petalin...
Covid 19 Selangor Catat 53 Kes Baharu Wp Kuala Lumpur Tertinggi

Covid 19 Selangor Catat 53 Kes Baharu Wp Kuala Lumpur Tertinggi

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 324 hits
SHAH ALAM 25 MEI Selangor mencatatkan 53 kes baharu Covid 19 hari ini daripada jumlah keseluruhan 172 kes seluruh negara Jumlah itu membabitkan tiga kes import sekaligus menyaksikan jumlah kes keseluruhan setakat ini adalah 1 829 kes Wilaya...
Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor Kl Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah Tak Perlu Kebenaran Polis

Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor Kl Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah Tak Perlu Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 546 hits
Mungkin sesetengah daripada anda keliru adakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke mana mana daerah negeri Selangor atau Putrajaya dikira sebagai rentas negeri Malaysia Government Call Centre dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kuala Lumpur...
Jom Join Kelas Online Imbas

Jom Join Kelas Online Imbas

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 461 hits
Jom Join Kelas Online IMBaS Alhamdulillah KakYa dah selesai Kelas Online IMBas Batch 49 pada harini Kelas selama 7 hari bermula 5 5 2020 sehingga 11 5 2020 berjaya dilalui Syukur Ya Allah dapat join kelas ini walaupun belum dapat ingat lagi...
Jom Exchange Link Cepat

Jom Exchange Link Cepat

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 329 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini Aisyhah nak buat entry khas untuk exchange link sesama blogger Korang hanya perlu isi dekat ruang yang disediakan Dulu Aisyhah pernah dah buat sekitar tahun 2015 Tapi bila Aisyhah start blogwalki...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand