Segera Tangani Lambakan Kuil Hindu Sebelum Terlambat


Penguatkuasa tak berani kerana ada orang politik, jangan bermain api
PERGILAH ke mana-mana saudara akan dapat melihat kuil-kuil yang bertutup dengan kain, maknanya ia dalam proses pembinaan dan diperbesarkan. Asalnya dahulu, kecil sahaja di tanah kerajaan.

Perjalanan menyelusuri jalan keretapi utara selatan, keretapi bandar, LRT dan MRT, tidak termasuk kawasan bandar dan luar bandar, menyaksikan begitu banyak kuil hindu haram sedang diperbesarkan di kawasan tanah kerajaan.

MRT Serdang Raya – UPM, sebuah kuil Hindu skala besar, sebelah tasik, sedang dibina. Saya hampir pasti, itu bukan tanah kuil, tetapi tanah kerajaan. Di kawasan Serdang sahaja, UPM, hospital UPM kiri kanan, bawah jejantas UNITEN dan banyak lagi, berderetan.

Ini tidak termasuk kawasan lain seperti di Kajang, kes bantahan terbaharu di Taman CUEPACS. Difahamkan di Kajang sahaja begitu banyak kuil Hindu sedang dibina tanpa mendapat kebenaran. Jika ianya dibiarkan berterusan, tidak lama lagi, negara ini akan dipenuhi dengan kuil-kuil Hindu yang dibina di kawasan haram, menenggelamkan masjid dan surau, meskipun Islam adalah agama persekutuan.
Cuba lihat sepanjang perjalanan keretapi utara selatan. Ini tidak termasuk keretapi dari KL Sentral- Subang-menuju ke Kelang. Apa sudah jadi dengan negara kita, terutama Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan lain-lain, penduduk tidak ramai, tetapi lambakan kuil hindu ini amat membimbangkan

Kalau dibina dikawasan persendirian milik mereka sendiri tidak mengapa lagi, tetapi rata-rata dibina di kawasan tanah kerajaan, termasuk swasta. Tanah ini seolah-olah telah menjadi tanah dan hak mereka. Apabila penguatkuasa mahu mengambil tindakan, maka menjadi isu sensitif dan perkauman. Kalau masjid dan surau senang sahaja dirobohkan untuk memberi laluan kepada Pembangunan. Tetapi bila tiba giliran kuil dan tokong, terlalu payah sangat. Di Jalan Ampang, LRT terakhir (Ampang), tiba-tiba jalan menjadi sempit, tokong seolah-olah seperti pulau di Tengah-tengah jalan raya. Tidak boleh dirobohkan meskipun membahayakan

Persoalannya, kenapa begitu banyak. Kalau mengikut perancangan mereka, kalau boleh setiap taman ada kuil hindu, walaupun bilangan mereka sangat sedikit

Jika terus menerus begini, negeri-negeri yang terkenal dengan panggilan darul Ehsan, Darul Ridzuan, akan menjadi darul kuil.

Islam tidak pernah menghalang hak bukan Islam untuk beribadat, atau mendirikan kuil atau tokong. Tetapi kena berpada-pada. Kena ikut peraturan, bukan memaksa pihak berkuasa, menghalalkan yang haram.

Kes nyawa arwah Adib masih terkorban, akibat ‘rusuhan’ kuil di Subang Jaya masih belum mendapat pembelaan. Paling malang, arwah Adib menjadi korban, kuil yang sepatutnya dirobohkan tetap kekal di situ, tempat gantian baharu, pun mereka dapat juga. Dalam kata lain, makan kiri kanan. Adakah ini dinamakan keadilan? Pergilah ke mana-mana pun, kawasan Ampang sahaja, penuh dengan kuil haram. Dahulunya kecil sahaja, tetapi dibiarkan, akhirnya menjadi besar, dan langsung tidak boleh sentuh meskipun itu bukan tanah miliknya, tetapi milik kerajaan.

Saya pernah dipanggil oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) suatu ketika dahulu untuk membincangkan secara serius mengenai Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), suatu ketika lama dahulu, nak beritahu semua, bahawa isu RIBI ini adalah isu keselamatan negara, bukan main-main. Malangnya, hari ini, kerana terlalu kemarukkan undi, kita biarkan isu yang melibatkan keselamatan negara tidak dipedulikan.

Kita amat berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin hindu yang sedar akan masalah ini, tetapi sejauh ia didengari dan dipatuhi. Keadaan semakin hari semakin membimbangkan.

Presiden MIC, SA Vigneswaran, misalnya pada April 2021, pernah mengingatkan penganut Hindu di negara ini mengenai pembangunan kuil-kuil mereka. Katanya, struktur baru kuil tidak boleh berisiko dirobohkan kerana status tanah yang dipertikaikan.

Vigneswaran dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-74 berkata isu-isu mengenai tapak kuil Hindu tidak boleh menjadi faktor pemisah antara masyarakat India dan yang lain.

Perkara ini perlu diselesaikan dengan tuntas. Untuk masa depan kuil, kita tidak boleh menghina Dewa kita dengan membuatkannya pecah. Siapa yang menghina Dewa kita? Kita sendiri. Kerana kita tidak mengikuti prosedur (dalam pembinaan) dan kemudian menyalahkan orang lain untuk itu. Untuk bersikap adil, bahkan di India kita tidak memiliki patung Dewa Muruga sebesar di sini. Komuniti Hindu, kata Vigneswaran, mesti berhenti membina kuil tanpa mempertimbangkan status tanah berkenaan, dan kemudian mengharapkan bantuan ketika menghadapi masalah yang sering menyebabkan perobohan atau pemindahan secara paksa (Malaysiakini 3 April 2021).

Saya tidak pasti sama ada penganut agama Hindu mendengar atau tidak nasihat Presiden MIC ini, tetapi itulah hakikat sebenarnya, jika mahu hidup aman harmoni dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Satu lagi persoalan, kenapa begitu banyak kuil dibina di kawasan majoriti penduduknya 80 peratus beragama Islam? Jika nak bina sekalipun, bukan tidak boleh, tetapi pastikan ia berada di kawasan majoriti hindu.

Sebagai pengkaji politik, saya telah selalu sangat mengingatkan perkara ini, kita dianggap sebagai budak nakal yang suka mencetuskan masalah. Jangan selalu dicabar peribumi dengan isu-isu sensitif sebegini, takut buruk padahnya. Ini isu keselamatan negara. Pemimpin-pemimpin, jangan tutup sebelah mata, hanya kerana mahukan undi. Ingat masa depan negara kita, masa depan cucu cicit kita.

Sama juga isu lain seperti dengan mudahnya menurunkan pangkat pegawai tertinggi agensi pelancongan, dengan menggantikannya dengan orang yang pelik-pelik, tanpa sebab munasabah.

Tidak semena-mena, pegawai tertinggi perkhidmatan awam, dalam agensi berkaitan perlancongan negara, ‘diturunkan’ pangkatnya kepada pangkat yang lebih rendah, atas arahan menteri. Tindakan ini sudah tentu cukup memalukan pegawai terbabit. Orang politik datang dan pergi, penjawat awam tetap kekal. Mereka tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.

Kebiasaannya, apabila Menteri atau pegawai yang lebih kanan tidak suka kepada pegawai bawahannya, hanya akan berlaku pertukaran sahaja kepada jawatan lain. Jawatan dan gaji hakikinya tetap sama. Ini tidak, kasihan dia, diturunkan pangkat.

Kata Tan Sri Rais Yatim, ahli politik yang begitu lama, juga merupakan bekas Menteri, bekas Yang DiPertua Dewan Negara, tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam, Menteri begitu berani berbuat sedemikian. Tetapi kali ini berlaku.

Malah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Persatuan-persatuan perkhidmatan awam, seperti PPTD, senyap sunyi, kecuali CEUPACS antara berani bersuara.

Teramat malang sekali, ketua perkhidmatan awam tertinggi negara pun sama bersetuju dengan tindakan menteri. Katanya, ia dibawah bidang kuasa menteri. Bidang kuasa menteri apa yang dimaksudkan? Kecualilah pegawai awam tersebut terlibat dalam salah guna kuasa, sehingga menyebabkan tindakan disiplin boleh dikenakan.

Menteri perlu sedar, bahawa penjawat awam beragama Islam, tidak boleh terus bersubahat, dengan memastikan mereka mesti mengikuti program menteri yang melibatkan aktiviti mungkar dan maksiat.

Apakah menteri tersebut tidak sedar bahawa penjawat awam beragama Islam, tidak sesuai dibawa ke sana ke mari dalam majlis-majlis haram? Tidak mungkin dia tidak tahu sebab dia hidup dalam sebuah negara Islam.

Besar sungguh kuasa menteri, sehingga dapat menurunkan pangkat pegawai perkhidmatan awam. Saya harap pegawai kanan pelancongan tersebut saman menteri tersebut.

Jika benarlah maklumat yang disampaikan kepada saya, penjawat awam diturunkan pangkat atas beberapa perkara berikut, bermakna menteri berkenaan sedang bermain dengan api, sama seperti isu kuil, meskipun isunya berbeza.

Dengar cerita, penjawat awam ini tidak disukai kerana, pertama, menolak cadangan untuk iktiraf kampung Cina sebagai tapak warisan UNESCO. Kedua, cadangan supaya inapdesa (homestay) di Malaysia dihapuskan (kerana homestay adalah pendapatan orang Islam (orang tempatan). Ketiga, menentang arahan supaya memberi keutamaan dan keistimewaan kepada pelancong Cina. Keempat, ingkar supaya memberi kelulusan geran pelancongan kepada Syarikat orang Cina. Kelima, Menteri difahamkan tidak suka kepada hotel patuh syariah.

Difahamkan juga, baru-baru ini ada lawatan ke luar negara, menteri minta dihidangkan babi. Tindakan ini ditentang oleh penjawat Islam kerana bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri.

Jika benar inilah alasannya, saya menyeru kepada umat Islam di negara ini, bangun menentang kemungkaran dan kemaksiatan ini. Termasuk juga isu kuil-kuil haram yang boleh menimbulkan masalah dan telah pun menimbulkan masalah.

Akhirnya, saya inginkan bahawa negara ini, adalah negara majoriti Islam. Islam adalah agama Persekutuan. Kedudukan Islam mesti dihormati. Jangan sampai negara ini dipenuhi dengan kuil, arak dan babi, kerana ia adalah suatu yang amat sensitif, meskipun ia adalah hak bukan Islam, tetapi perlu berpada-pada. Adil itu bukan sama rata dan sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jika bilangan kuil hindu (tokong) itu lebih sedikit, dengan penganut yang sedikit, berbanding dengan masjid surau, itu adil namanya, kerana ia telah meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. Ini negara Islam, penganut islam majoriti, Islam agama Persekutuan. Bantuan untuk pembangunan syiar Islam pun disebut jelas dalam Perlembagaan.

Sama juga isu, jika penjawat awam Islam tidak menyertai majlis penuh kemungkaran dan kemaksiatan bukan Islam, yang penuhi dengan arak, judi dan zina, meskipun melibatkan pembesar dan menteri, itu adil namanya.

Persoalannya, kita diminta menghormati agama lain, tetapi masalah kenapa agama lain yang asal-usul ‘menumpang’ di bumi ini tidak sedar semua ini? Atau adakah ini suatu perancangan, buat-buat tidak sedar untuk menenggelamkan identiti sebenar negara ini?

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Segera Tangani Lambakan Kuil Hindu Sebelum Terlambat Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2024/03/segera-tangani-lambakan-kuil-hindu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Terlambat Dah Capai Had Jang Geunseuk Dedah Ingin Berkahwin Secepat Mungkin

Sebelum Terlambat Dah Capai Had Jang Geunseuk Dedah Ingin Berkahwin Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 239 hits
Jang Geun seuk meluahkan keinginannya untuk berkahwin ARTIKEL BERKAITAN Pada 3 Mac Jang Geun seuk telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan My Little Old Boy di mana dia dan Lee Hong ki F T Island telah pergi ke rumah Hee chul SUPER JUNIO...
2 Individu Bertengkar Sebelum Terbakar

2 Individu Bertengkar Sebelum Terbakar

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 123 hits
BernamaAnggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan kereta dan motosikal hingga menyebabkan dua individu melecur dalam kejadian di Ipoh pagi tadi IPOH Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki warga emas dan wanita yang melecur dalam...
Pernah Marah Kecewa Buka Cerita Byul Dedah Tak Pernah Bercinta Dengan Haha Sebelum Kahwin

Pernah Marah Kecewa Buka Cerita Byul Dedah Tak Pernah Bercinta Dengan Haha Sebelum Kahwin

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 204 hits
Pejam celik pejam celik sudah 12 tahun sejak Haha dan Byul membina rumah tangga mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Byul dan Haha telah muncul dalam rancangan di YouTube milik penyanyi Sung Si kyung di mana pasangan itu ada berkongsi mengenai ...
Realme 12 Dapat Sijil Sirim Sebelum Dilancarkan

Realme 12 Dapat Sijil Sirim Sebelum Dilancarkan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 167 hits
realme dijangka akan melancarkan realme 12 Plus dan 12 Pro Plus di Malaysia tidak lama lagi tetapi sebelum ini syarikat tersebut telah menyenaraikan peranti lain dari keluaran mereka realme 12 yang belum diumumkan telah dikesan di pangkalan...
Paramount Catat Pertumbuhan Untung Sebelum Cukai Rm130 2 Juta Pada 2023

Paramount Catat Pertumbuhan Untung Sebelum Cukai Rm130 2 Juta Pada 2023

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 213 hits
PETALING JAYA Paramount Corporation Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM130 2 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 naik 24 peratus berbanding RM105 12 juta tahun sebelumnya Bagi tempoh sama hasil Syarikat m...
Putusan Mk Anggota Parpol Harus Mundur Minimal 5 Tahun Sebelum Jadi Jaksa Agung

Putusan Mk Anggota Parpol Harus Mundur Minimal 5 Tahun Sebelum Jadi Jaksa Agung

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 134 hits
MK menyatakan pengurus parpol yang akan diangkat menjadi Jaksa Agung harus lebih dulu berhenti dari kepengurusan parpol sekurang kurangnya 5 tahun
Doa Dibaca Dalam Sujud Terakhir Sebelum Salam

Doa Dibaca Dalam Sujud Terakhir Sebelum Salam

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 213 hits
Doa Dibaca Dalam Sujud Terakhir Sebelum Salam Sebelum ramadan menjelma saya nak tambah lagi perkongsian tentang doa doa pilihan yang boleh di rujuk di dalam blog ini Kalau korang nak cari doa doa ringkas yang lain boleh cari pada pautan Dis...
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 295 hits
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan Siapa geng Sebenarnya aku ambil pengajaran dari tahun lepas bila baju yang aku nak saiz habis Yang ada saiz pula sisa sisa baki yang tak laku sebab kurang lawa Yang lawa dan ada saiz mestilah harga pula leve...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat