Segelintir Pihak Tolak Jawi Sebab Mereka Sudah Biasa Budaya Barat


Perkasa Jawi di papan iklan, telefon pintar, pengangkutan dan bangunan awam
Kerajaan perlu bertegas dalam usaha memperkasakan tulisan Jawi – warisan peradaban bangsa – bagi mendidik masyarakat menghargai tulisan yang menjadi identiti orang Melayu.

Tidak hanya pada buku, pemerkasaan tulisan Jawi boleh dilakukan melalui papan iklan, komputer, telefon pintar, nama jalan, pengangkutan awam, nama bangunan serta premis-premis perniagaan, kata Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut menyarankan tulisan Jawi diguna pakai pada kereta nasional di negara ini.

“Dalam hal ini, pendidikan awam antara perkara paling penting bagi memperkasakan Jawi – bagi mendidik masyarakat melalui pembentukan persekitaran.

“Malah, pendidikan berterusan tidak formal ini juga tangungjawab masyarakat, badan bukan kerajaan, dan sebagainya.

“Untuk fasa awal, kita perlu guna kedua-dua tulisan Jawi dan rumi. Ini mungkin untuk satu atau dua generasi lamanya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan mengesyorkan tulisan Jawi disertakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu seperti dilaksanakan kerajaan pada awal kemerdekaan dahulu.

Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berkongsi pengalamannya berkata, ketika memasuki tahun satu pada tahun 1960, kesemua murid diajar tulisan rumi dan Jawi sehingga cekap membaca dan menulis kedua-dua tulisan itu.

Manakala pada 1970-an, katanya, Jawi dimasukkan dalam sukatan bahasa Melayu namun tidak diajarkan di dalam kelas.

“Dalam tahun 1970-an hingga 1980-an Jawi boleh diterima dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), khususnya untuk bahagian karangan,” katanya.

Menyambut baik cadangan berkenaan, Prof Ahmad Murad mengakui tiada salahnya akhbar tulisan Jawi dikembalikan semula.

Katanya, akhbar Jawi tidak semestinya mempunyai muka surat tebal atau mengaut keuntungan semata-mata, namun yang lebih mustahak adalah tanggungjawab kerajaan dan agensi-agensi awam memberi pendidikan berterusan.

“Perlu ada pendekatan semula bahasa Melayu dalam huruf Jawi dengan memperkenalkan semula tulisan Melayu dalam huruf Jawi sebagai satu persekitaran di Malaysia,” sarannya.

JAWI TIDAK KUNO
Dalam perkembangan sama, Prof Ahmad Murad menolak persepsi segelintir pihak yang menyifatkan bahawa tulisan Jawi adalah kuno atau ketinggalan zaman, selain menegaskan pihak yang berpendapat demikian perlu membuka minda lebih luas.

Beliau berkata, hal itu terjadi disebabkan negara kita didedahkan dengan budaya Barat di Eropah yang mengamalkan bahasa-bahasa Anglo Saxon seperti Inggeris, Jerman, Sepanyol, Denmark, Sweden dan Itali yang menggunakan tulisan rumi.

“Bahasa Jerman, Perancis dan Belanda ditulis dalam skrip rumi. Kita telah terbiasa dengan pemikiran bahawa semua bahasa di Eropah guna skrip rumi. Namun, bahasa Slavic, Greek tidak guna skrip rumi.

“Ini bukan soal budaya Barat, tetapi kognitif dan budaya kita telah terbiasa dengan aksara dan skrip rumi. Sebab skrip dan aksara yang didedahkan itu mempengaruhi kita.

“Jangan sebab kita didedahkan dengan huruf rumi, maka kita anggap seluruh dunia menggunakan huruf rumi sebagai huruf universal,” katanya.

Pada peringkat antarabangsa, katanya, bahasa Arab yang ditulis dalam aksara Arab atau Jawi tersenarai dalam lima bahasa paling terkenal serta mempunyai jumlah pertuturan tertinggi di dunia selain bahasa Perancis, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Beliau memberi contoh bahawa terdapat segelintir kaum yang menggunakan bahasa Tamil atau Urdu di India dengan tulisan Jawi atau Arwi dalam penulisan termasuk dunia perfileman.

“Kalau kita pergi ke Iran atau mereka yang cakap (bertutur) Parsi, huruf atau aksara yang ditulis adalah menggunakan tulisan Arab atau Jawi.

“Ini termasuk bahasa Swahili juga menggunakan aksara Arab yang kita sebut sebagai Jawi. Jawi bukan hanya untuk Melayu, cuma nama di setiap tempat adalah berbeza. Dalam bahasa Tamil kita panggil tulisan Arwi, manakala dalam bahasa Hindi, kita gelarnya sebagai tulisan Urdu,” jelasnya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/segelintir-pihak-tolak-jawi-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jurnalis Jepang Minta Junta Militer Myanmar Bebaskan Rekan Mereka Yang Ditangkap

Jurnalis Jepang Minta Junta Militer Myanmar Bebaskan Rekan Mereka Yang Ditangkap

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 205 hits
Kelompok jurnalis tersebut memulai petisi daring pada Senin yang ditujukan kepada junta Myanmar dan pemerintah Jepang untuk meminta pembebasan Kitazumi Sejauh ini sekitar 2 000 orang telah menandatangani petisi tersebut
Risau Batuk Anak Makin Teruk Ini 7 Jenama Ubat Batuk Terbaik Untuk Mereka

Risau Batuk Anak Makin Teruk Ini 7 Jenama Ubat Batuk Terbaik Untuk Mereka

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 347 hits
Gejala batuk dan selsema sering terjadi kepada anak anak kecil Oleh itu anda perlu bijak mengatasi batuk ini dengan pemilihan ubat yang betul Sistem ketahanan tubuh anak anak yang masih belum kuat mendorong mereka mudah dijangkiti sebarang ...
11 Gambar Ketika Mereka Masih Muda

11 Gambar Ketika Mereka Masih Muda

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 321 hits
nbsp Gambar ketika mereka masih muda siapa mereka ini mereka ini adalah orang yang sangat popular dan terkenal di seluruh dunia Anda pasti mengenali mereka ini tetapi sekirannya tidak jangan risau sedikit maklumat mengenai diri mereka bagi ...
Bukannya Saya Peluk Mereka Pun Pu Amin

Bukannya Saya Peluk Mereka Pun Pu Amin

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 174 hits
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY KUALA LUMPUR Bergambar bersama dua wanita seksi menampakkan aurat di bulan Ramadan Pencetus Ummah Amin 31 menganggap perkara tersebut tidak ada salahnya memandangkan dirinya bukan sedang berpelukan atau menyentuh...
Saya Tak Peluk Mereka Pun Lain Kali Jangan Hadir

Saya Tak Peluk Mereka Pun Lain Kali Jangan Hadir

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 206 hits
Betul pakaian mereka tidak menutup aurat Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata tak boleh awak ahli neraka Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar tak akan saya nak cakap begitu UTUSAN COM MY
Pkp Biasa Je Bagi Warga Selangor Kl

Pkp Biasa Je Bagi Warga Selangor Kl

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 299 hits
Samuel ChuaKUALA LUMPUR Pada hari pertama pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di Selangor dan Kuala Lumpur kehidupan berjalan macam biasa bagi warga kota Dari Kuala Lumpur ke Petaling Jaya dan Subang Jaya tidak banyak yang berubah di ke...
Sabah Selesa Benam Uitm Fc Kurniawan Nyatakan Sebab Mereka Kian Lega

Sabah Selesa Benam Uitm Fc Kurniawan Nyatakan Sebab Mereka Kian Lega

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 193 hits
Sabah FC menang selesa 4 0 ke atas UiTM FC dan pengendali Kurniawan Dwi Yulianto berkata yang barisan kejurulatihan mereka semakin berasa lega pada ketika ini Bukanlah semata mata mengenai tiga mata tersebut Ya mereka berdepan pasukan yang ...
Saat Ibu Ayah Penat Tengoklah Wajah Anak Mereka Kekuatan Waktu Kita Rasa Gagal

Saat Ibu Ayah Penat Tengoklah Wajah Anak Mereka Kekuatan Waktu Kita Rasa Gagal

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 341 hits
Anak anak memberikan cabaran yang berbeza pada setiap peringkat usia mereka Ketika bayi kita diuji dengan kepenatan fizikal menguruskan anak yang bergantung sepenuhnya kepada kita Tidur sering terganggu dan tidak cukup Kitaran menyusukan an...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient