Seekor Demi Seekor Pergi Gadis Luah Rasa Sedih 7 Ekor Kucing Mati Kerana Parvo
Bagi pembela, peminat, penyayang kucing dan seangkatan dengannya, menatap kucing kesayangan yang mati di depan mata akibat sakit adalah detik paling sedih dalam hidup.
Makhluk comel berbulu yang selama ini bermanja dengan kita, setia jadi peneman siang malam serta tempat kita berkongsi cerita walaupun sepatah perkataan dia tidak faham, pergi buat selama-lamanya.
Kematian kucing kebanyakannya berpunca dengan dibunuh (akibat khianat), dilanggar kenderaan secara tidak sengaja, sakit akibat keracunan mahupun sakit kerana dijangkiti virus.
Virus Parvo adalah sejenis virus yang membawa penyakit kepada kucing, lebih-lebih lagi sangat berisiko kepada anak kucing.
Sumber: Themamamiaow
Memetik kenyataan di Themamamiaow, jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan kematian. Daya tahannya juga sangat kuat dan boleh hidup di persekitaran luar pada tempoh masa yang lama.
Ia turut menyebabkan kadar kematian yang tinggi dengan wabak ini masih boleh dilihat pada sekumpulan kucing yang tinggal bersama-sama dengan kucing yang tidak divaksin. Virus parvo boleh hidup di persekitaran selama setahun dan memerlukan kuman yang khas untuk membunuhnya.
Kebanyakan kucing mudah diserang virus Parvo dari kawasan yang tercemar (terkena najis yang ada virus Parvo) berbanding dari jangkitan secara terus oleh kucing yang dijangkiti virus Parvo. Virus ini tersebar dengan pantas melalui kucing dan kebanyakan kucing mengeluarkan virus parvo melalui najisnya hanya untuk beberapa hari sahaja, walaupun kadang-kadang boleh menjangkau sehingga enam minggu. Walaubagaimanapun virus ini juga boleh tersebar melalui pergaulan terus dengan kucing yang dijangkiti, terutamanya di persekitaran yang mempunyai banyak kucing.
Seorang warga Twitter yang dikenali sebagai @airore0, berkongsi mengenai kejadian seekor demi seekor kucing kesayangannya mati akibat dijangkiti virus Parvo baru-baru ini.
Simpan sini buat kenangan. Jaga lah kucing korang elok elok. Sekarang musim virus Parvo. Kena tengok selalu, jangan lepas keluar sangat. Sekali kena virus ni, susah nak ada harapan.
Tuhan je tahu perasaan aku sekarang.
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
3am Grey mati. Tak dapat bertahan. Tinggal Jekfer sekor lagi.
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Pagi ni Jekfer pun tak dapat bertahan. Peritnya nak terima.
Dan kucing aku masih ada lagi 8 ekor yang tinggal. Doakan diorang tak sempat berjangkit. Aku dah cukup perit nak terima kenyataan 7 ekor kucing aku mati sebab virus ni..
Gambar: Twitter
Nak tahu macam mana kuatnya virus ni? Lepas ada kucing dalam rumah mati sebab Parvo, kau takleh bela kucing selama setahun. Melainkan kau Clorox satu rumah. Baru boleh bela lagi.
Bapak aku punya sayang sampai buat jadual.
Gambar: Twitter
Dua kucing aku Parvo survivor dua tahun lepas. Cuma Isabella dia cacat tapi Alhamdulillah dia okay sangat. Cuma doktor nasihatkan Clorox rumah. Jangan tak Clorox sebab virus still ada. Terima kasih semua. Sekarang aku mampu jaga yang baki je. Dan aku takkan tambah kucing dah.
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Sementara itu, beberapa netizen yang turut pernah mengalami perkara sama terhadap kucing mereka berkongsi beberapa tips kesihatan untuk kucing yang dijangkiti virus berkenaan.
Katanya, boleh gunakan rumput jenis seperti dalam gambar dan rebuskannya untuk diberikan kepada kucing.
Ada juga yang berkongsi alternatif memberi minum kucing tersebut air kelapa segar tanpa gula.
Alhamdulillah lepas bagi air kelapa tu dia makin baik. Tapi mase yang sama jangan skip ubat doktor bagi. Ikut time. And paling penting tiap 30 minit bagi dia minum pakai syringe. Sebab kucing kena Parvo selalu cirit-birit & banyak loss water dalam badan. So air kena sentiasa cukup. Saya doakan kucing-kucing awk selamat.
Semoga gadis ini tabah menghadapi pemergian kucing-kucing kesayangannya.
Dan juga semoga pemilik-pemilik kucing yang turut sedang mengalami masalah yang sama dipermudahkan urusan.
Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tapi yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT.
Simpan sini buat kenangan. Jaga lah kucing korang elok elok. Sekarang musim virus parvo.
Kena tengok selalu, jangan lepas keluar sangat. Sekali kena virus ni, susah nak ada harapan 🙂🙂🙂🙂
Tuhan je tahu perasaan aku sekarang. pic.twitter.com/UqhOwJs3Rm
— airasa aistay at home (@airore0) June 3, 2020
Sumber: Twitter, Themamamiaow
The post Seekor Demi Seekor ‘Pergi’, Gadis Luah Rasa Sedih 7 Ekor Kucing Mati Kerana Parvo appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/05/seekor-demi-seekor-pergi-gadis-luah-rasa-sedih-7-ekor-kucing-mati-kerana-parvo/