Sedikit Rambut Ternampak Selepas Solat



Soalan:
Adakah sah solat seorang muslimat sekiranya dia menyedari seurat rambut terkeluar daripada kain telekung selepas selesai solat.

Jawapan:
Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika aurat terdedah semasa solat maka wajib untuk segera menutupnya. Jika orang yang solat itu lalai dan membiarkan auratnya terbuka tanpa segera ditutup, maka batal solatnya dan hendaklah dimulakan semula. Namun jika dia sempat menutup aurat yang terdedah tadi dengan segera maka tidak batal dan dia boleh meneruskan solatnya. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/124); al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 206)]

Aurat bagi lelaki di dalam solat adalah bahagian di antara pusat dan lutut, manakala bagi wanita yang merdeka ialah keseluruhan tubuh badannya melainkan muka dan tapak tangan. Rambut wanita juga adalah aurat yang wajib ditutup ketika solat. Dalilnya ialah hadis Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ الحَائِضِ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Tidak diterima solat seorang wanita yang sudah berhaid itu melainkan dengan memakai khimar (tudung).” [Riwayat Abu Daud, al-Tirmidzi, al-Hakim. Al-Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan dan al-Hakim mengatakan hadis ini sahih atas syarat Muslim]

Berkata Imam al-Syirazi selepas menyebut hadis ini: “Maka jika terdedah suatu pun daripada jenis aurat, sedangkan dia mampu untuk menutupnya, maka tidak sahlah solat.”

Imam al-Nawawi kemudian mengomentar dengan katanya: “Tidak sah solatnya sama ada banyak atau sedikit yang terdedah itu.. dan jika seseorang itu solat dengan suatu penutup (auratnya) kemudian selepas senggang (daripada solat) dia mengetahui bahawa terdapat kesan koyak yang jelas menampakkan aurat, maka wajib ke atasnya untuk mengulangi solat itu mengikut mazhab (al-Syafie) sama ada dia tahu atau terlupa atau dia belum tahu. Dalam hal ini terdapat khilaf yang terdahulu bagi orang yang solat dengan najis dalam keadaan tidak tahu atau terlupa. Jika terdapat kemungkinan (ihtimal) bahawa berlakunya koyak itu selepas senggang daripada solat maka tidak perlu i`adah (mengulang solat) tanpa khilaf, sama kes dengan hukum najis.” [Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (3/166)]

Daripada kenyataan Imam al-Nawawi di atas, terdapat tiga perkara yang boleh diambil faedah:

Batal solat seseorang yang terdedah aurat secara banyak atau sedikit.Orang yang mendapati auratnya terdedah selepas solat hendaklah mengulangi balik solatnya.Orang yang mendapati auratnya terdedah selepas solat tetapi selepas senggang masa yang menerima kemungkinan aurat itu terdedah selepas solat, maka solatnya tetap sah, diqiaskan dengan kes najis.
Manakala dalam mazhab-mazhab, terdapat khilaf dalam bab ini. Kami rujuk al-Majmu’ pada menyebut khilaf tersebut:

Mazhab Abu Hanifah: Jika suatu suatu anggota yang aurat itu terdedah hingga satu perempat, maka solat itu masih sah. Jika lebih daripada satu perempat maka tidak sah. Namun jika anggota aurat tersebut ialah alat sulit (qubul dan dubur) dan kadarnya yang terdedah ialah sebesar satu dirham (kira-kira sebesar duit 20 sen) maka batal solatnya. Jika kadar yang lebih kecil, maka tidak batal. Di sisi Abu Yusuf, jika terdedah kadar separuh anggota pun masih lagi sah solat.Mazhab Malik: sebahagian ulama mereka mengatakan menutup aurat itu bukan syarat sah solat tetapi hanya kewajipan sahaja, sama ada pendedahan aurat berlaku secara sengaja atau terlupa. Majoriti ulama mereka mengatakan menutup aurat adalah syarat jika dia ingat (tidak lupa) dan mampu untuk menutup. Jika lupa dan tidak mampu, maka tetap sah solat. Inilah pendapat yang sahih di sisi mereka.Mazhab Hanbali: Mereka membezakan aurat kepada ringan dan berat (dua alat sulit). Jika kadar yang terdedah itu sedikit maka sah solatnya.Mazhab al-Syafie: Mereka berdalilkan hadis Aisyah di atas. Penutupan aurat itu berlaku pada semua jenis aurat, justeru tidak boleh diterima suatu hukum khusus yang memberi kelonggaran, melainkan perlu ada dalil yang zahir lain.
Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa mazhab al-Syafie menganggap aurat itu keseluruhannya perlu ditutup semasa solat, dan jika terdedah, sama ada sedikit atau banyak, wajib segera ditutup; jika tidak, maka batal solatnya. Justeru, jika terdedah rambut wanita walaupun sedikit tetap membatalkan solat. Inilah pendapat yang lebih berhati-hati dan keluar daripada khilaf.

Manakala pendapat jumhur ulama, bahawa rambut wanita yang sedikit jika terdedah tidak membatalkan solat. Kami cenderung kepada pendapat bahawa sekiranya bahagian yang terdedah aurat itu terlalu sedikit pada uruf maka tidak membatalkan solat jika tidak disengajakan, apatahlagi jika sukar untuk dielak. Kami berdalilkan dengan hadis Amr bin Salamah RA yang berkata:

وَكُنْتُ غُلَامًا حَافِظًا فَحَفِظْتُ مِنْ ذَلِكَ قُرْآنًا كَثِيرًا فَانْطَلَقَ أَبِي وَافِدًا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَفَرٍ مِنْ قَوْمِهِ فَعَلَّمَهُمُ الصَّلَاةَ فَقَالَ يَؤُمُّكُمْ أَقْرَؤُكُمْ وَكُنْتُ أَقْرَأَهُمْ لِمَا كُنْتُ أَحْفَظُ فَقَدَّمُونِي فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَعَلَيَّ بُرْدَةٌ لِي صَغِيرَةٌ صَفْرَاءُ فَكُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَكَشَّفَتْ عَنِّي فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنَ النِّسَاءِ وَارُوا عَنَّا عَوْرَةَ قَارِئِكُمْ فَاشْتَرَوْا لِي قَمِيصًا عُمَانِيًّا فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بَعْدَ الْإِسْلَامِ فَرَحِي بِهِ فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَأَنَا ابْنُ سَبْعِ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ
“Aku adalah seorang pemuda yang sangat kuat hafalan dan aku telah menghafal banyak ayat-ayat al-Quran. Ayahku pernah datang menghadap Rasulullah ﷻ bersama beberapa orang sebagai utusan kaumnya, lalu baginda mengajarkan kepada mereka tentang solat. Baginda bersabda: “Yang berhak menjadi imam kalian adalah yang paling baik dalam membaca al-Quran di antara mereka.” Oleh kerana aku sudah dapat menghafalnya, lalu mereka mengajukan aku (untuk menjadi imam). Maka akupun menjadi imam mereka dengan memakai kain yang kecil berwarna kuning, sehingga kalau aku sujud terbuka auratku (sedikit), lalu salah seorang wanita dari mereka berkata: “Tutuplah dari kami aurat qari kalian.” Lalu mereka membelikan untukku baju buatan Oman, sehingga tidak pernah saya bahagia seperti masuk Islam seperti bahagiaku dengannya. Saya menjadi imam mereka sedangkan usia saya baru tujuh atau lapan tahun.” [Riwayat Abu Dawud (585) dan al-Bukhari (4302)]

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman dan panduan kepada kita untuk beramal. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/sedikit-rambut-ternampak-selepas-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 426 hits
Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda SAW sahabat baginda SAW serta orang orang yang mengi...
Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut Gugur Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 498 hits
Mommies Aku sekarang mengalami fasa rambut gugur selepas bersalin Dulu masa mengandung rambut aku cantik dan shining Tak tipu Masa tu tak ada pun kisah rambut gugur Tak ada langsung Tapi sekarang Haih Murung jap Rambut aku lebat tapi kerap ...
Sukar Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amalkan Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

Sukar Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amalkan Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 787 hits
Sukar Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amalkan Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan ...
Hanya Cebisan Rambut Dan Tengkorak Aisyah Di Temui Terbongkar Selepas Ibu Buat Laporan Polis

Hanya Cebisan Rambut Dan Tengkorak Aisyah Di Temui Terbongkar Selepas Ibu Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 329 hits
Menyedihkan Itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi hari ini Mangsa Nur Aisyah Aleya Abdullah sebelum ini dilaporkan hilang ketika di...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Rakyat Malaysia Rahimi Selamat Selepas Berpura Pura Mati

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Rakyat Malaysia Rahimi Selamat Selepas Berpura Pura Mati

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 411 hits
RAKYAT Malaysia Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insi den tem bakan rambang di sebuah masjid di Christchurch New Zealand dilaporkan selamat Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali Rahimi hanya mengalami kece ...
Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Selepas Solat Untuk Meminta Hajat Insyaallah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Selepas Solat Untuk Meminta Hajat Insyaallah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 773 hits
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat Al Fatihah merupakan surah yang pertama tama diturunkan...
Sangatlah Besar Ganjarannya Bila Amalkan 2 Zikir Ini Selepas Solat Subuh Maghrib

Sangatlah Besar Ganjarannya Bila Amalkan 2 Zikir Ini Selepas Solat Subuh Maghrib

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 594 hits
Sangatlah Besar Ganjarannya Bila Amalkan 2 Zikir Ini Selepas Solat Subuh Maghrib Rupanya ada 2 zikir yang sangat digalakkan dibaca selepas solat Subuh Maghrib Selain ia merupakan satu amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi SAW ia mam...
Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang

Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 1815 hits
Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang Ya siapalah yang tak nak hidup bebas dari hutang keliling pinggang Rasanya hampir kebanyakan dari kita pernah berhutang dan sedang menanggung hutang Ada ketika k...
Wanita Ini Tak Pernah Solat Sehari Dalam Hidupnya Ketika Dia Pergi Allah Swt Tunjukkan Janjinya

Wanita Ini Tak Pernah Solat Sehari Dalam Hidupnya Ketika Dia Pergi Allah Swt Tunjukkan Janjinya

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 787 hits
Sudah menjadi kebiasaan saat ini jika kita lihat para wanita umumnya tidak solat Seringkali kita berfikiran positif mungkin mereka sedang dalam haid Wahai para suami selidik lah amalan solat isterimu Kadang mereka letih dengan urusan harian...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities