Sedikit Pesanan Kepada Yang Baru Nak Mula Hiking


Assalamualaikum...
Hi korang...
Aktiviti hiking sekarang dah menjadi ikutan dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Salah sorang nya SA la...SA kan cintakan alam semulajadi...Last SA hiking kat Bukit Batu Sawa awal tahun hari tu..lepas tu PKP 2.0 sampai la PKP 3.0 . Sejak tu tak hiking dah...baru- baru ni kawan- kawan semua dah naik mana- mana bukit kat Seremban ni cumanya SA masih belum strat sebab SA masih x complete vaksin. Tak nak la SA membahayakan diri dan orang lain kan...so SA plan nanti dah complete vaksin SA nak start hiking semula memandangkan SA dah comel sangat..walau x nampak pun kat mana yang naik spare tyre tu...tapi SA tau la ada part- paet yang perlu dikecikkan inch dia...hahahaha..macam biasa salahkan la PKP yang terlalu lama...
Sebelum menceburi bidang Hiking kena tau peraturan- peraturan di hutan. Tak kisah la mana hutan yang korang pergi...gunung or bukit mana..etika kena jaga...tak boleh buat sesuka hati ye....

Etika 
Persediaan dah mantap, harapnya hiking pun akan mantap. Etika masa hiking ni subjektif, prinsip masing2 pun berbeza. Sama2 kita pikirkan dan buat yang terbaik. SA ada a few ideas yg teringat la ni, kadang- kadang ada yang terlampau seronok..tak alert pun pantang larang atau apa je...sesuka hati jer buat benda yang tak sepatutnya...apa yang tak patut tu? jom teruskan pembacaan.




Kebersihana perlu dijadikan perkara penting. Segala jenis buangan perlu dispose secara betol. Kalau boleh, semua elok bawa balik tapi kalau buang air besar, perlu bawa container khas yg tak ramai ada. Kena buang jauh dari trek, korek lobang satu kaki dan timbus balik. Kalau pakai tissue, make sure bukan wet tissue sebab dia ada plastik yg tak decompose. Sisa makanan pun elok bawa balik tapi dimaafkan kalau korek lobang juga dan kambus, make sure tak ada plastik sekali ngan sisa. Sisa makanan walaupun biodegradable akan menyebabkan binatang datang dan nanti ada risiko penyakit kencing tikus. Benda lain, puntung rokok pun bawa balik. Jangan dispose sampah secara membakar. Nampak secebis kertas pun kalau boleh ambil, masukkan dalam plastik atau dalam poket..kebersihan penting untuk kita jaga
Jangan tinggalkan apa2 dan jangan bawa balik apa2. Kita hanya melawat dan semua tu bukan hak kita. Kalau jumpa benda menarik pun, tak usah ambik atau kacau dan berilah peluang orang lain juga merasa nikmatnya. Kena jaga tangan kita...jangan sesuaka petik atau patahkan apa aje flora yang cantik...

Hormatilah pelawat lain ke alam semula jadi. Orang pergi ke alam semuladi banyak tujuan dan salah satu tujuan besar ialah nak menikmati alam semula jadi. Jangan kita kurangkan pengalaman semulajadi mereka dengan buat bising, pasang lagu kuat2, buang sampah atas trek dan apa apa sahaja yg tidak mengekalkan keaslian suasana semula jadi. 
Ada orang jalan slow sebab katanya nak menikmati alam semula jadi, ada orang jalan laju dan katanya dia nikmati juga. Ada orang yg berlari pun. Kita lapangkan dada kalau cara orang lain dari kita. Kalau slow, beri lah orang potong. Kalau laju, minta la orang kat depan beri laluan. SA suka kalau orang yg sedang turun beri laluan kepada yang tengah naik. Yg sedang naik masa dia suntuk sikit daripada yg sedang turun yang dah kurang jauh nak sampai bawah. Lagi pun kita jangan kacau rythm berjalan orang yg sedang naik. Turun senang dan tak perlu rythm pun.



Kita masuk hutan jer, ada impak sebenarnya jadi kita kurangkan impak kita seminima yang boleh. Sebolehnya jangan buat trail baru sebelah trail lama walaupun trail lama becak. Nanti trek akan jadi highway. Jangan gi buka tempat lain sebab camp site lama dah ada orang. Jangan suka2 cantas pokok2 kecil walaupun pokok rotan yang berduri. Paut saja duri dia ketepi supaya tak kena orang lain.
Tebang pokok tak boleh, tanam pokok pun tak boleh, melainkan dapat kebenaran jabatan hutan. Pokok asing bagi sesuatu tempat boleh jadi intrusive species dan rosakkan ecosystem setempat.
Interaksi dengan hidupan liar perlu dielakkan. Tengok dari jauh jer. Memberi makan kepada hidupan liar tak elok sebenarnya. Anda mungkin rasa anda pemurah hati bagi makan kat hidupan liar tapi makanan kita tak sesuai untuk dorang dan akan tukar habits dorang dari cari makan kepada tunggu orang bagi makan. Sama la contohnya macam kita tak ada nak bagi bayi makan roti manis tapi kita boleh bagi pula kat tupai.

Jangan cantas akar kayu ni semua...jangan ubah kejadiannya

Nampak cantik kan?jangan cabut bawak balik rumah..

Bawa binatang peliharaan juga ke alam semula jadi juga perlu dielakkan. Jangkitan penyakit boleh terjadi kepada hidupan liar dan daripada hidupan liar. Bau binatang pemangsa sahaja cukup untuk buatkan sesetengah hidupan liar dok dalam lubang berhari2 sebab takut.
Pergi hiking ni ada risiko yang perlu kita hadapi. Ada trek risikonya lebih dari yang lain. Yg pentingnya jangan ambil risiko yg tak perlu untuk kita sampai ke puncak dan balik dengan selamat macam gi posing tempat yang berisiko. Nak posing boleh..pastikan tidak berbahaya dan mengancam nyawa..jangan susahkan orang lain terutamanya.



Utamakan keselamatan dan perlu focus pada trek..


Hiking ni bagus, ia bagus untuk kesihatan. Ia bagus untuk ukhwah dan kita belajar darinya untuk jadi manusia yang lebih baik. Tapi sebenarnya kesihatan dan jadi manusia yang lebih baik bukan the ultimate objective. Sebagai insan, ultimate objektif kita ialah untuk berjaya di akhirat, bukan berjaya sampai ke puncak gunung sahaja. Jadi kalau kita hanya hiking kosong, untuk suka2 sahaja, dan tinggalkan kewajipan kita sebagai hamba, kita tak berjaya sebenarnya. Kena ingat tu...kat mana kita berada..kewajipan perlu ditunaikan...
Itu dia sedikit sebanyak yang SA nak share...SAa x pandai sanagt..masih menuntut ilmu..ni la dia..masa muda- muda tak nak hiking...dah tua baru sibuk nak hiking. At least SA jumpa aktiviti yang sesuai dengan SA...nak hiking boleh tapi perlu pastikan kesihatan adalah terbaik dan fit. Kalau tak fit..oksigen tak cukup seterusnya akan membahayakan diri kita...
Tak sabarnya nak hiking, jungle trekking...ya allah rindunyaaaaaa....kaki dah gatal ni uiiiii....sabar ye SA...sabar.....settlekan dose vaksin dulu...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/09/sedikit-pesanan-kepada-yang-baru-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Sampai Sebulan Baru Nak Buat Lawatan Baik Tunggu Setahun

Kah Kah Sampai Sebulan Baru Nak Buat Lawatan Baik Tunggu Setahun

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 145 hits
Selepas hampir sebulan krisis air di Terengganu menteri umum buat lawatanOleh FAZLI RADZI September 2 2021Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan akan bertolak ke Pantai Timur untuk lawatan kerja dua hari di Ter...
Isu Jemaah Solat Sudah Lama Dipersoalkan Menteri Agama Baru Nak Bincang

Isu Jemaah Solat Sudah Lama Dipersoalkan Menteri Agama Baru Nak Bincang

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 197 hits
September 11 2021 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengambil tindakan membuat deraf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard berkaitan solat berjemaah ...
Rindunya Zaman Budak Hingusan Baru Nak Belajar Kenal Game Online

Rindunya Zaman Budak Hingusan Baru Nak Belajar Kenal Game Online

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 302 hits
Rindunya Zaman Budak Hingusan Baru Nak Belajar Kenal Game Rindunya zaman masa mula mula mama beli komputer untuk kegunaan beliau siapkan tugasan kerja Tapi saya waktu tu curi curi guna sebab ada game solitaire dan minesweeper dalam tu Siapa...
Boleh Tak Dapat Duit Dari Youtube I Tips Buat Orang Baru Nak Buat Channel Youtube

Boleh Tak Dapat Duit Dari Youtube I Tips Buat Orang Baru Nak Buat Channel Youtube

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 320 hits
Mulanya aku ingat nak tulis keperluan asas nak buat channel YouTube Tapi pikir pikir balik rasa tak payah lah Apa saja yang korang ada yang boleh rekod video dan suara gunakan dulu Upgrade sikit demi sedikit Oklah jom pergi kepada topik Kis...
Tak Berbaloi Guna Paksaan Nak Anak Belajar Teknik Kena Tepat Baru Anak Tarik Minat Nak Belajar

Tak Berbaloi Guna Paksaan Nak Anak Belajar Teknik Kena Tepat Baru Anak Tarik Minat Nak Belajar

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 295 hits
Ibu dan bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya dan mampu menguasi pelbagai ilmu dengan baik Namun semua kemahuan dan keinginan kita pastinya tidak dapat bergolek tanpa usaha dari kita sendiri dan anak Namun paksaan bukanlah jalan...
Hiburan Nak Jadi Ibu Baru Jebat Kena Lalu Saya Dulu Noor Nabila

Hiburan Nak Jadi Ibu Baru Jebat Kena Lalu Saya Dulu Noor Nabila

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 206 hits
Sempena hari kelahiran anak sulung pelakon Sharnaaz Ahmad ada menitipkan ucapan buat Jebat Jayden yang kini sudah mencecah umur tiga tahun ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNamun apa yang menarik perhatian peminat adalah komen yang ditinggalka...
Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak

Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 322 hits
Penantian penyampai radio Issey Fazlisham selama sembilan bulan untuk bergelar ayah akhirnya membawa kegembiraan bila mana isteri tercintanya Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki mereka semalam Lebih manis lagi bila mana anak pert...
Hiburan Baru Feeling Nak Kahwin Anak Raja Fizo Omar Panik Bila Mama Jatuh Buai

Hiburan Baru Feeling Nak Kahwin Anak Raja Fizo Omar Panik Bila Mama Jatuh Buai

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 236 hits
Seperti kebanyakan selebriti yang lain pelakon Fizo Omar sering berkongsi aktiviti harian dengan para pengikut di Instagram Selain perkembangan kerjaya Fizo gemar memuat naik ragam lucu ahli keluarga terutama anak tunggalnya Wan Maryam ARTI...
Baru Nak Bertiktok Dah Dat0 K B4lik Comel Betul Part Last Tu

Baru Nak Bertiktok Dah Dat0 K B4lik Comel Betul Part Last Tu

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 233 hits
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik video mengenai kehidupan seharian menerusi saluran Youtube rasmi Mempunyai hampir 291 000 pengikut di Youtube penyanyi yang mesra disapa Tokti itu berkongsi pelbagai video me...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus