Sedarkah Kan Fook Kaum Cina Paling Ramai Dibunuh Komunis


Prof Datuk Dr Ramlah Adam Ingat! Komunis dakyah pemikiran secara 'halus', pecah belah perpaduan
PADA 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.
Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri!
Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.
Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.
Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.
Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 
Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.
Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.
Namun, kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangganya telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.
Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.
“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.
Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.
Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM waktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela!
Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.
PKM yang banyak bergerak di kawasan hutan tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan pada mereka.
Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.
Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.
Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan. Justeru, kita hairan bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘mulia’ untuk membawa balik abu lelaki yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang bangsanya sendiri.
Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan sebegini. Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.
Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.
Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.
Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka.
Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum mencurigai antara satu sama lain.
Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara. Di akhirnya, PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita! Maaf hanya untuk renungan kita rakyat Malaysia yang bersatu daripada pelbagai kaum dan budaya.
*Prof Datuk Dr Ramlah Adam-Pakar sejarah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/sedarkah-kan-fook-kaum-cina-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negaraku Bahasa Cina Sila Pantau Sjkc Sarang Komunis

Negaraku Bahasa Cina Sila Pantau Sjkc Sarang Komunis

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 357 hits
Lambang negara tak boleh diterjemah ke bahasa lain Ridhuan TeeAPA sudah jadi dengan Malaysia Setiap hari ada sahaja berita dan isu yang mengejutkan yang teramat asing dan terlalu sensitif Apa tujuan semua ini Pasti ada sesuatu yang begitu k...
Anwar Tiada Unsur Kaum Sokongan Merosot Di Kalangan Cina Melayu

Anwar Tiada Unsur Kaum Sokongan Merosot Di Kalangan Cina Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 346 hits
BERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata tiada unsur kaum dalam keputusan PRK Tanjung Piai Sabtu lalu Ada perubahan sokongan di kalangan pengundi Cina dan juga perubahan sokongan Pengundi Melayu Jadi saya tak rasa ia berkaitan kaum Kita per...
Dulu Dikatakan Kaum Cina Malas Mandi Pagi Mereka Ambil Secara Positif

Dulu Dikatakan Kaum Cina Malas Mandi Pagi Mereka Ambil Secara Positif

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 399 hits
The former finance minister says everyone is equal under the constitution and in the eyes of God
Anak Lahir Cacat Sama Seperti Anjing Yang Dibunuh

Anak Lahir Cacat Sama Seperti Anjing Yang Dibunuh

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 550 hits
Masalah atau aduan mengenai anjing atau haiwan liar yang berkeliaran di tempat awam mungkin sudah biasa didengari dan telah pun diambil tindakan Sejak kebelakangan ini banyak pula kes anjing liar yang mengganas sehingga mendatangkan kecedar...
Kami Balun Tanpa Belas Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh

Kami Balun Tanpa Belas Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 898 hits
Korang pernah tak call majlis perbandaran dekat tempat korang sebab korang tengok banyak sangat anjing dan kucing jalanan berkeliaran Mungkin lepas korang dengar cerita dari bekas pekerja majlis perbandaran ni korang akan fikir dua kali seb...
Jamaluddin Tewas Diduga Dibunuh Dpr Ingin Hakim Dikawal Polisi

Jamaluddin Tewas Diduga Dibunuh Dpr Ingin Hakim Dikawal Polisi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 213 hits
Anggota Komisi III Dewan Perwakilan Rakyat Taufik Basari menekankan pentingnya meningkatkan pengamanan kepada Hakim di seluruh Indonesia Hal ini merupakan buntut dari kasus kematian Hakim PN Medan Jamaluddin
Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 635 hits
NOTA kemaskini Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng 25 466 Majoriti 15 086 Karmaine Sardin 10 380 Dr Badrulhisham Abd Aziz 859 Wendy 1 707 Bebas Ang Chuan Lock 380 Bebas Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32 KELMARIN dalam cat...
Data Terkini Cpns 2019 10 Instansi Paling Diminati Pelamar

Data Terkini Cpns 2019 10 Instansi Paling Diminati Pelamar

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 385 hits
Pendaftaran online CPNS diperpanjang berikut 10 instansi yang paling diminati pelamar
Ini Hal Paling Penting Yang Harus Dipahami Penderita Diabetes Dalam Memilih Makanan

Ini Hal Paling Penting Yang Harus Dipahami Penderita Diabetes Dalam Memilih Makanan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 360 hits
Dokter spesialis gizi Dr dr Fiastuti Witjaksono MS MSc SpGK mengatakan pasien diabetes tetap bisa makan seperti biasanya yang terpenting harus gizi seimbang yang mengandung karbohidrat baik dengan indeks glikemik rendah tinggi serat vitamin...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor