Sedapnya Nama Cik Som Unik Cukup Indah Budi Kalsom Pilihan Nad Zainal Buat Puterinya
Selepas berehat seketika sebaik melahirkan anak keduanya, pelakon Nad Zainal akhirnya tampil berkongsi mengenai jantina bayi keduanya itu.
Bukan hanya jantina, bahkan pada hari ketujuh kelahiran bayinya itu, pelakon drama bersiri Takdirnya Yang Tertulis ini turut mengumumkan nama cukup klasik buat bayi keduanya itu. Nad selamat melahirkan bayi sulungnya pada 30 Mac lalu melalui kaedah pembedahan.
Menerusi Instagramnya semalam, Nad tampil berkongsi nama indah penuh klasik itu kepada seluruh pengikutnya di Instagram.
Sebuah nama yang cukup klasik namun cukup indah didengar malah disertakan dengan makna yang sempurna.
“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya.
“Budi Kalsom, nama diberi,” kongsi Nad ringkas melalui Instagramnya.
Gabungan nama unik yang sudah semestinya dekat dengan diri ibu beranak dua ini yang sememangnya amat cintakan gaya klasik dan kemelayuan.
Dalam pada itu, melalui entri yang sama juga, Nad turut meluahkan rasa terharunya di atas kehadirannya dalam keluarga kecil itu.
“Selamat hadir dalam hidup kami #BudiKalsom #anakku,” luah Nad ringkas.
Meninjau di ruangan Instastorynya, Nad turut berkongsi sekeping gambar bayinya namun tidak mendedahkan wajah si comel Kalsom. Lengkap dibedung kemas, wajah comel Budi Kalsom dinantikan seluruh peminatnya.
Malah Nad juga turut berkongsi nama penuh anaknya itu dalam tulisan Jawi dengan penuh gaya klasik.
Melalui entri kedua Nad selepas mengumumkan nama itu, kedengaran suara pemilik nama Budi Kalsom yang ternyata amat menarik perhatian semua.
Memuat naik video review satu produk, ternyata tangisan adik Yem ini amat menarik perhatian semua. Malah panggilan Cik Som yang ditulis Nad pada kapsyennya juga membuatkan pengikut Nad terhibur. Comel!
“Haaa ada la time nak jaga muka kejap, nasib Kak Wati tolong mandikan Cik Som.. kena bagitau, nanti orang ingat kita biar anak menangis,” kongsi Nad sambil berkongsi nama panggilan manja buat Baby Kalsom.
Dalam pada itu, nama indah dan klasik lagi unik itu turut dipuji wargamaya sambil mengucapkan tahniah buat Nad.
“Ya Allah sedapnya nama som.. semoga menjadi anak yg solehah buat ibu dan ayah..
Budi Kalsom.
“Uwaaa che som belanja suara uolls”
“Cutenya panggil cik som. Tak sabar nak tengok baby”
View this post on Instagram
A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)
Terdahulu, Nad selamat melahirkan bayi keduanya itu pada 30 Mac lalu menerusi pembedahan. Nad turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Fahad Ibrahim yang kini sudah pun berusia lima tahun.
Artikel berkaitan: Tahniah Nad Zainal, Selamat Bersalin Anak Kedua, Akui Gementar, 5 Tahun Tak Ada Baby
Yem Tak Boleh Simpan Rahsia, Siap Nama Penuh Dia Sebut, Nad Zainal Tunggu Hari Lahir Anak Kedua
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nad.zainal
The post “Sedapnya Nama ‘Cik Som’, Unik & Cukup Indah, Budi Kalsom Pilihan Nad Zainal Buat Puterinya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/sedapnya-nama-cik-som-unik-cukup-indah-budi-kalsom-pilihan-nad-zainal-buat-puterinya/