Sedapnya Dengar Lagu Rakyat Lemak Manis Roslan Madun
Sedapnya Dengar Lagu Rakyat Lemak Manis Roslan Madun. Zaza memang suka dengar radio. Bila kat dapur tu sekali sekala memang akan pasang radio sambil memasak..tapi tak boleh tukar channel sebab radio tu mak punya..so channel kesukaan memang mak dah tetapkan..tak boleh ubah-ubah..
Dan adalah beberapa kali tu zaza terdengar lagu-lagu lama..memang sedap sampai terikut-ikut menyanyi..
Jiwa zaza ni lebih kepada lagu-lagu lama era 90an kebawah..so kalau belah malam tu memang zaza selalu buka channel Suria Fm dengan Gegar Pantai Timur sebab selalu putarkan lagu-lagu lama..
Dan yang buat zaza tertarik nak dengar berulang kali adalah lagu rakyat Lemak Manis yang dinyanyian oleh Roslan Madun. Begitu juga dengan satu lagi lagu beliau iaitu Menghilir Ke Sungai Pahang.
Tengok liriknya pun betapa indahnya lagu dulu-dulu kan..
Sopan-santun, Anak melayuSenyum terukir, senyum terukir bila disapa
Dalam pantun, Ku kirim rinduRindu mengalir, Rindu mengalir di dalam kata
Lemak manis, Alah amboi-amboiSantan kelapa, Alah amboi-amboiKu pandanglah manis, Alah amboi-amboiAnak siapa
Pohon sena, Pohon merantiDi tengah-tengah, Di tengah-tengah buluh perindu
Adik di sana, Abang di siniDi tengah-tengah, Di tengah-tengah rindu menderu
Hujan di hulu, Tak reda-redaRibutlah turun, Ributlah turun bertalu- talu
Abang di hulu, Adik di kualaKu hanyut rindu, Ku hanyut rindu dalam perahu
Kalau siapa ada yang tengok drama Mak Nak Peluk Boleh..ada part masa kat kampung si budak Nelly dan Nasha Aziz nyanyi lagu Lemak Manis ni tapi lirik mula-mula je la.. Zaza ada juga cari dekat youtube tapi tak ada video official..yang ada editing dari orang lain..tapi tak apalah..janji boleh dengar kan..Roslan Madun antara penyanyi lagu rakyat Pahang. Selain Malaysia, beliau juga dikenali di Brunei dan Indonesia. Beliau berasal dari Kampung Durian Tawar dan kini berusia 68 tahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/01/sedapnya-dengar-lagu-rakyat-lemak-manis.html