Secebis Kisah Indah Hebat Rezeki Tauladan Berpoligami
Muhammad Faiz Hashim bersama kedua isterinya, Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd. Idris (kiri) dan Nik Noor Syuhada Kamarudin di Kuantan, Pahang, semalam. utusan/AHMAD ZAKKI JILAN
20 Julai 2016 1:38 AM
7.8KKasih sayang, rezeki bertambah selepas berpoligamiKUANTAN 19 Julai – Seorang wanita tidak menyangka foto bersama suami dan madunya yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook baru-baru ini menjadi viral termasuk dijadikan sebagai bahan berita di portal-portal dalam dan luar negara.Foto itu memaparkan Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd. Idris, 35, dan madunya, Nik Noor Syuhada Kamarudin, 30, mencium suami mereka, Muhammad Faiz Hashim, 35, ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.Syarifah Nor Fadhilah berkata, dia terkejut dengan maklum balas orang ramai dengan foto yang dimuat naik suaminya yang tersebar luas di laman sosial.‘‘Sebelum ini banyak juga gambar saya bersama Nik Noor Syuhada dikongsi suami kami di Facebook.‘‘Gambar itu (semasa hari raya) pula menjadi viral sedangkan tiada apa yang berbeza dengan sebelum ini. Banyak mesej yang saya terima daripada rakan-rakan lama dan ahli keluarga yang mana saya menerimanya dengan hati terbuka,’’ kata anak kelahiran Kuantan itu kepada Utusan Malaysia di sini semalam.Menurut Syarifah Nor Fadhilah, dia juga berperasaan yang sama seperti wanita lain ketika suaminya memohon izin untuk berpoligami tujuh tahun lalu.‘‘Saya perlukan masa dan berfikir lebih baik saya memberi izin daripada suami melakukan perkara tidak elok di belakang. Dengan sendirinya saya reda dan ikhlas.‘‘Alhamdulillah, selepas berpoligami kasih sayang suami bertambah di samping rezeki kami sekeluarga sentiasa melimpah ruah,’’ ujarnya.Tambahnya, satu perkara yang membuatkannya terhutang budi kepada madunya adalah ketika mereka melahirkan anak pada hari sama enam tahun lalu.‘‘Saya tak boleh lupa sehinggakan doktor yang menyambut bayi-bayi lelaki kami juga tertawa. Kami melahirkan anak pada 31 Ogos 2010.‘‘Ketika usia bayi tiga bulan, saya dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan. Nik Noor Syuhada bersengkang mata menjaga dan menyusukan bayi saya. Seolah-olah dia mendapat bayi kembar. Saya sangat menghargai pengorbanannya itu,’’ katanya yang pernah bekerja sebagai pelukis pelan sebelum mendirikan rumah tangga pada 2002.Sementara itu, bagi Nik Noor Syuhada pula, dia hanya mengetahui penyebaran foto berkenaan dalam laman sosial menerusi kakaknya kerana tidak mempunyai akaun Facebook.Wanita kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu berharap masyarakat dapat menerimanya dari sudut positif.‘‘Sebagai isteri kedua, kena banyak mengalah dan hormat. Saya tidak menganggap Syarifah Nor Fadhilah sebagai madu tetapi lebih kepada seorang kakak. Pergi ke mana-mana bersama, membeli belah dan rasa seperti kawan-kawan sahaja,” katanya.‘‘Perkara yang jadi keutamaan adalah menjaga sensitiviti antara satu sama lain dan tidak perlu hendak tunjuk kemesraan bersama suami di hadapan khalayak,’’ katanya.Sementara itu, Muhammad Faiz yang juga Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota berkata, perkara paling dibimbangi isteri pertama untuk berpoligami adalah kekurangan kasih sayang daripada suami dan diabaikan.‘‘Saya berjanji pada diri sendiri tidak akan abaikan amanah Allah SWT ini dan sentiasa melakukan yang terbaik walaupun dalam kesibukan tugas seharian.‘‘Walaupun beristeri dua, tugas mencari rezeki biar saya seorang yang usahakan kerana itu adalah tanggungjawab saya. Tugas isteri adalah menguruskan anak-anak dan menjaga rumah tangga,’’ ujarnya.Ditanya apakah dia berhasrat untuk melengkapkan ‘kuota’ lelaki Islam iaitu dibolehkan beristeri empat, Muhammad Faiz berkata, cukup baginya beristeri dua namun tidak menolak jika ditakdirkan begitu. (Utusan Online)
Komen Fatimah Syarha Mohd Noordin: Seorang penulis pendakwah dan penulis buku. Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 MyMetroPoligami: Kreatif Dakwah Rasul. Rasulullah SAW sangat kreatif menggunakan pelbagai strategi dakwah sesuai dengan konteks semasa pada zamannya.Antaranya adalah strategi dakwah melalui pernikahan. Pada usia 25 tahun, Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah pada fasa Makkiyah.Dalam 10 tahun di Madinah, barulah Baginda berpoligami demi dakwah. Pernikahan itu tidak dibuat secara sembunyi.Ia dilakukan secara terhormat dan berjaya memenangi serta menyatukan hati banyak kelompok yang suka bermusuhan sehingga tertanam rasa kekerabatan dengan Baginda.
Poligami yang memecah-belahkan itu bukan mengikut sunah. Matlamat yang jelas dan kebersihan niat Baginda menggunakan strategi pernikahan untuk dakwah semakin diterima apabila seseorang memahami tafsir Surah al-Nisa’, ayat 3 yang diajarkan Rasulullah SAW.Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menjelaskan mengenai tafsir Surah al-Nisa’, ayat 3 berkenaan:l Seseorang yang memahami roh Islam dan matlamatnya tidak akan berkata, “Berkahwin lebih daripada seorang dituntut dan digalakkan...”l Al-Quran mengemukakan pelbagai bimbingan dan perundangan untuk melindungi wanita khususnya anak yatim perempuan yang masih kecil dan perempuan yang lemah dan menjaga hak mereka sekalian dalam harta pusaka dan pencarian serta memelihara hak dan menyelamatkan mereka daripada kezaliman jahiliah dan adat tradisi yang penuh aniaya dan menghina.Islam datang bukan untuk memberi kebebasan beristeri lebih daripada seorang, malah untuk membataskan bilangannya.Ia datang bukan untuk membiarkan perkara itu kepada kehendak hawa nafsu lelaki, malah meletakkan keadilan sebagai syarat perkahwinan lebih daripada satu. Jika tidak, maka kebenaran yang diberikan itu akan tertahan.
Mengapa Islam mengharuskan perkahwinan lebih daripada seorang? Sayyid Qutb memberi contoh poligami menjadi penyelesaian realistik dalam situasi perempuan lebih ramai daripada lelaki, isteri tidak sukakan hubungan kelamin, isteri sakit dan isteri mandul.Syarat keadilan menjamin keadilan bagi membolehkan wanita menghadapi keadaan darurat dan tuntutannya yang pahit.Seseorang yang memahami roh Islam dan matlamatnya tidak akan berkata, berkahwin lebih daripada seorang dituntut dan digalakkan.Tiada motif lain kecuali untuk menikmati kelazatan haiwaniah dan kenikmatan berpindah-pindah daripada seorang isteri kepada isteri lain sebagaimana perpindahan dilakukan seorang lelaki dalam kalangan teman wanitanya.Di istana raja ditempatkan isteri raja, gundik dan pelayan wanita. Amalan itu bukan anjuran Islam.Masyarakat itu yang pertama bertanggungjawab terhadap sistem bebas berkahwin lebih daripada seorang dalam bentuk yang rendah dan meragukan.Keadilan yang dituntut ialah keadilan dalam mua’malah, nafkah, tinggal bersama dan hubungan kelamin. Keadilan dalam soal hati di luar kemampuan manusia.Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat.Itulah langkah lebih dekat supaya kamu tidak berlaku zalim. Ia juga adalah soal keprihatinan, ketakwaan dan takut kepada Allah apabila dia tidak dapat berlaku adil terhadap wanita di bawah jagaannya.Diberikannya rukhsah (kelonggaran) untuk melakukan poligami. Islam tidak memperkenalkan poligami kerana ia sudah ada dalam budaya terdahulu.Islam datang untuk membatasi dan tidak menyuruh berpoligami melainkan hanya memberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah tertentu.Ia diperteguhkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya), oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan), dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 129)
Merujuk tafsir sahih Ibnu Kathir:“Wahai sekalian manusia, kalian tidak akan mampu berlaku adil antara isteri-isteri kalian daripada segala sisi. Kerana sekalipun kalian memberi giliran malam yang sama kepada mereka, namun kalian pasti berbeza dalam rasa cinta, syahwat dan jimak.” Perkara itu disebut oleh Ibnu Abbas, Ubaidah as-Salmani, Mujahid, Hasan al-Basri, al-Dhahak bin Muzahim. (Al-Thabari - IX/285-287)Imam Ahmad dan penulis kitab sunan meriwayatkan bahawa Aisyah berkata, Baginda memberi giliran mereka dengan adil.Baginda memohon: “Ya Allah, inilah pembahagian yang aku mampu, maka janganlah Engkau cela diriku pada apa yang Engkau miliki dan tidak aku miliki.”(Aisyah berkata), ‘Iaitu hati.’ “Sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.”Ibnu Abbas, Mujahid, Said bin Jubair, al-Hasan, al-Dhahak, al-Rabi’, al-Suddi dan Muqatil bin Hayyan berkata, keadaan itu seperti tiada suami dan tidak juga diceraikan.Islam juga memahami realiti yang banyak berlaku sehingga ayat selepas itu berbunyi, “Dan jika kedua-duanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing daripada limpah kurnia-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Bijaksana.”(Surah al-Nisa’, ayat 130)
Menurut tafsir sahih Ibnu Kathir, apabila sepasang suami isteri bercerai, Allah akan memberikan kecukupan kepada kedua-duanya dan memberikan kepada masing-masing mereka ‘pengganti’ yang lebih baik.Allah SWT Maha Luas kurnia-Nya, besar pemberian-Nya serta bijaksana dalam setiap perbuatan dan ketentuan-Nya baik yang bersifat kauni atau syar’i.Begitulah realistik dan adilnya ajaran Baginda yang meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Bukan seperti kata-kata negatif yang tersebar tanpa asas ilmu.Antara pernikahan yang menatijahkan kejayaan besar buat dakwah ialah menerusi perkahwinan Baginda dengan Juwairiyah binti al-Harith.Juwairiyah adalah puteri bangsawan kepada al-Harith bin Dirar iaitu pemimpin Bani al-Mustaliq.Dengan pernikahan itu, Bani al-Mustaliq yang asalnya membenci dan sampai tahap memerangi umat Islam, akhirnya ramai yang masuk Islam.Nabi SAW sudah melihat potensi pernikahan itu untuk dakwah iaitu ia boleh meredakan kebencian kaum Bani al-Mustaliq kepada Islam, bahkan mencintai kebaikannya.Sekian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/secebis-kisah-indah-hebat-rezeki.html