Sebut Amin Ketika Khutbah Jumaat Adakah Dikira Lagha



Soalan:Adakah menyebut amin (آمين) ketika khutbah untuk mengaminkan doa khatib juga termasuk dalam pengertian lagha?
Jawapan:Kami mulakan dengan menyebut definisi lagha. Lagha bermaksud amalan seseorang itu menjadi sia-sia dan meluputkan pahalanya namun solat Jumaat yang didirikan tetap sah dan tidak perlu diulangi semula.
Pada asasnya terdapat hadith Nabi SAW yang menyebut larangan seseorang itu berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ“Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: Diam dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia).” [Riwayat al-Bukhari (934)]
Para ulama’ telah berijma’ bahawa afdhal (sebaik-baiknya) bagi sesiapa yang mendengar khutbah imam untuk diam dan dengar. Perbuatan itu lebih afdhal daripada dia menyibukkan diri dengan berzikir secara sendiri, membaca al-Quran atau berdoa. (Lihat Fath al-Bari, 274/8)
Berkenaan persoalan di atas, Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman Ibn Soleh Ali Bassam ada menyebut dalam kitabnya, Taisir al-‘Allam Syarh ‘Umdah al-Ahkam bahawa mengaminkan doa khatib itu dibolehkan. (Lihat Taisir al-‘Allam, 2/323)
Al-Malikiyah berpendapat bahawa dibolehkan mengucapkan alhamdulillah bagi orang yang bersin akan tetapi dengan suara yang perlahan. Demikian juga disunnahkan untuk mengaminkan khatib ketika berdoa akan tetapi dengan suara perlahan juga, dan jika dikuatkan maka hukumnya makruh dan menjadi haram jika perkara itu dilakukan berkali-kali. (Lihat al-Fiqh ‘ala Mazahib al-Arba’ah oleh Abd al-Rahman al-Jaziri, 1/360)
Al-Hanabilah juga membolehkan untuk mengaminkan do’a khatib semasa khutbah, dengan tanpa meninggikan suara, kerana do’a menurut mereka adalah tidak termasuk dalam rukun khutbah. (Lihat al-Fiqh ‘ala Mazahib al-Arba’ah, 1/362)
Kami berpendapat bahawa dibolehkan mengaminkan ketika imam berdoa semasa khutbah Jumaat kerana termasuk dalam umum perintah untuk mengaminkan doa. Antara hujahnya:
Syeikh Bakar Abu Zaid berkata dalam Tashih al-Du’a bahawa mengaminkan termasuk dalam khususiyyat atau keistimewaan umat ini berdasarkan hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الْيَهُودَ قَوْمٌ حُسَّدٌ ، وَهُمْ لَا يَحْسُدُونَا عَلَى شَيْءٍ كَمَا يَحْسُدُونَا عَلَى السَّلَامِ ، وَعَلَى آمِينَ“Sesungguhnya orang Yahudi kaum yang penuh dengan hasad dengki dan mereka tidak berhasad dengki kepada kami lebih daripada mereka berhasad dengki dalam isu amalan salam dan doa dengan amin.” [Riwayat Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (988),Ibn Khuzaimah (574), Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (2649)]
Mengucapkan amin (آمين) adalah disyariatkan ketika solat pada masa qunut termasuk qunut witir dan lainnya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا“Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua.” [Surah Yunus (89)]
Bahawa Nabi Musa AS berdoa sedangkan Nabi Harun mengaminkannya. Makanya Allah menamakan kedua-duanya (Nabi Musa dan Nabi Harun) sebagai yang berdoa.
Pendoa boleh juga menyebut amin (آمين) atas doa dirinya berdasarkan kepada hadis Abu Daud yang Nabi SAW menyebut wajib atau pasti diterima doa jika disudahi dengan perkataan amin (آمين). (Lihat Sunan Abi Daud, no. 938)
Justeru, menyebut amin (آمين) ketika khatib berdoa pada masa khutbah Jumaat adalah dibolehkan, bahkan dengan memahami himpunan hadis yang kami nyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa ia termasuk dalam adab doa dan salah satu asbab doa diterima.
Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/sebut-amin-ketika-khutbah-jumaat-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mati Lemas Adakah Dikira Mati Syahid

Mati Lemas Adakah Dikira Mati Syahid

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 834 hits
Kita sering mendengar tentang mati syahid biasanya orang yang mati di medan perang dipanggil sebagai mati syahid Namun adakah mati lemas atau mati terbakar juga dikira sebagai mati syahid Maksud Mati Syahid Syahid dari segi bahasa berasal d...
Ma Ruf Amin Sebut Pembuat Hoaks Itu Setan

Ma Ruf Amin Sebut Pembuat Hoaks Itu Setan

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 320 hits
Ketua MUI ini mengutip surah An Nas dalam Alquran Bahwa orang yang bikin was was adalah setan Ketum MUI itu juga mengimbau masyarakat Ciamis tidak ikut menyebarkan fitnah dan kabar bohong
Pemilih Muslim Pdip Meningkat Hasto Sebut Karena Kampanyekan Ma Ruf Amin

Pemilih Muslim Pdip Meningkat Hasto Sebut Karena Kampanyekan Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 266 hits
Survei terbaru LSI Denny JA menyatakan PDI Perjuangan unggul sebesar 18 4 persen di kantung suara pemilih muslim pada Pemilu Legislatif 2019 dibandingkan dengan partai politik lainnya
Ma Ruf Amin Sebut Pidato Ahy Sinyal Positif Demokrat Dukung Jokowi

Ma Ruf Amin Sebut Pidato Ahy Sinyal Positif Demokrat Dukung Jokowi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 437 hits
Kendati partai pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono itu mengusung pasangan calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno Ma ruf menyebut banyak kadernya yang mendukung Joko Widodo
Ma Ruf Amin Sebut Penghormatan Bagi Orang Banten Dipilih Jadi Cawapres

Ma Ruf Amin Sebut Penghormatan Bagi Orang Banten Dipilih Jadi Cawapres

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 281 hits
Ma ruf berharap ada tokoh Banten lain yang bisa mengikuti jejaknya Kalau bisa menduduki kursi RI 1
Pemandu Mahb Diserang Sakit Jantung Ketika Bertugas

Pemandu Mahb Diserang Sakit Jantung Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 365 hits
SYALMIZI HAMID 27 Februari 2019 9 29 PM BALIK PULAU Seorang petugas Malaysia Airports Holdings Berhad ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung selepas
Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 370 hits
Soalan Apakah dibolehkan bagi seorang yang ziarah akan kubur membaca Quran sebelum berdoa Adakah sampai menafaat bacaan tersebut kepada si mati Jawapan Berikut dikutip perkataan ulama dari empat mazhab untuk bagi jawapan persoalan di atas 1...
Timbalan Menteri Kerja Raya Yb Anuar Tahir Claim Credit Berbohong Ketika Berkempen Di Prksemenyih

Timbalan Menteri Kerja Raya Yb Anuar Tahir Claim Credit Berbohong Ketika Berkempen Di Prksemenyih

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 319 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190228 timbalan menteri jkr pembohong 600px jpg fit 600 2C400 ssl 1Menurut laporan SelangorKini Anuar Tahir ketika berucap di Semenyih malam tadi mendakwa beliau dan YB Baru Bian adalah...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul