Sebenarnya Pm Tak Boleh Arah Pdrm Sprm Jalankan Siasatan



Walaupun mempunyai kuasa eksekutif, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai arahan kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang seperti siasatan terhadap kes jenayah atau salah laku rasuah.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menyifatkan kenyataan amaran dikeluarkan sebanyak tiga kali oleh Perdana Menteri di Kelantan semalam, menjurus salah guna kuasa dan berlaku campur tangan pemimpin kerajaan itu dalam agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, meskipun Anwar mempunyai bidang kuasa eksekutif, ia tidak tertakluk dalam perihal pelaksanaan tindakan perundangan negara.
"Sekiranya salah laku jenayah dikesan, ia akan dimulakan dengan aduan pertama oleh mangsa atau pihak terbabit (seperti agensi, kementerian) kepada pihak berkuasa. Bagi jenayah kekerasan, aduan itu kepada PDRM, manakala jenayah rasuah pula, aduan terhadap SPRM.
"Pihak berkuasa sama ada PDRM atau SPRM harus melakukan siasatan tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak termasuk kerajaan pada masa itu.
"Apabila seorang Perdana Menteri memberi amaran (kata dua, pulang semula harta atau sedia disiasat), maka ia dilihat sebagai salah satu campur tangan dan boleh mencabuli kedaulatan undang-undang, sekali gus boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa. Dalam Akta SPRM sekali pun, ia boleh disiasat mengikut Seksyen 23," katanya kepada BH, semalam.
Anwar pada Program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan, semalam memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik, sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.
Dalam ucapannya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata jika pemimpin terbabit yang tidak dinamakannya, gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
PEMAHAMAN SILAP
Mohamed Haniff berkata, adalah satu pemahaman yang silap apabila mengatakan sesuatu jenayah diselesaikan dengan melakukan pemulangan harta kerana ia dilihat mengabaikan kedaulatan undang-undang negara serta prinsip jenayah itu sendiri.
"Jenayah adalah jenayah. Ambil RM1 juta dan pulang RM1 juta, tidak boleh menyelesaikan perlakuan jenayah rasuah itu.
"Jika pemulangan harta yang dicuri itu berlaku, ia tidak membebaskan penjenayah, tetapi mungkin boleh mengurangkan hukuman yang akan dikenakan di mahkamah nanti dan hanya boleh ditentukan apabila perbicaraan berlangsung.
"Kes jenayah sedemikian juga tidak boleh diselesaikan seperti kes jenayah sivil seperti batal saman apabila tanah dipulangkan.
"Apa yang saya lihat menerusi kenyataan yang disiarkan, Perdana Menteri seperti tidak memahami elemen penting ini dan kenyataan itu juga seperti jelas menunjukkan hasrat campur tangannya," katanya.
Mohamed Haniff berkata, ucapan Anwar itu turut menimbulkan persoalan mengenai kenyataan beberapa bulan lalu terhadap seorang ahli perniagaan terkemuka negara berhubung pengecualian cukai yang diterimanya ketika kerajaan diterajui Perikatan Nasional dan perlunya dikembalikan kepada pesawah tempatan.
"Adakah ketika itu berlaku satu campur tangan yang salah terhadap ahli perniagaan berkenaan kerana kenyataan terbaharu Perdana Menteri mempamerkan konsistensi beliau membuat salah laku dalam urusan pihak berkuasa," katanya.
Mengulas isu sama, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, menyifatkan kenyataan berulang kali yang dikeluarkan Perdana Menteri boleh membawa persepsi tidak baik terhadap kerajaan.
Katanya, kenyataan itu juga memberi tekanan kepada agensi penguatkuasaan yang melakukan siasatan apabila menunjukkan, tindakan yang dilakukan mereka seperti di telunjuk oleh pemimpin utama kerajaan.
"Kenyataan itu boleh dikira sebagai campur tangan politik dan bayangkan apabila beliau asyik mengulang perkara sama pada setiap waktu, seolah-olah siasatan dilakukan disebabkan arahan Perdana Menteri.
"Persepsi ini tak boleh lagi lari kerana 'arahan' diulang-ulang dan adanya campur tangan dalam SPRM, walaupun kemungkinan itu tiada.
"Ia bukan sahaja memberi tekanan kepada pihak berkuasa, malah persepsi seolah-olah agensi itu dijanakan untuk dendam politik," katanya.
Beliau berkata, Anwar sendiri perlu mengetahui hukum rule of law negara iaitu jika kesalahan dilakukan, yang perlu menyiasat adalah agensi penguat kuasa.
"Sebagai contoh dalam kes Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau sendiri menyatakan sedia disiasat tetapi skrip yang sama berulang khususnya ketika tempoh pilihan raya ini. Ia sepatutnya dihentikan dan siasatan diteruskan dengan membiarkan proses mahkamah berjalan," katanya.
Sementara itu, peguam, Datuk Adnan Seman, melihat kenyataan Perdana Menteri itu boleh ditafsirkan sebagai bersifat umum dan dalam konteks politik.
Tegasnya, pendakwaan kes jenayah dan rasuah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara serta tidak diputuskan oleh arahan pegawai pentadbir kerajaan termasuk menteri.
"Kenyataan sebegitu bukan hanya dilontarkan Anwar, sebaliknya pemimpin terdahulu juga pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu sebelum ini. Kita boleh katakan ia adalah kenyataan bersifat politik.
"Kita perlu ingat siapa sahaja boleh disiasat tidak kiralah bekas menteri, siasatan boleh dijalankan tiada hak kuasa.
"Saya faham ia mungkin kenyataan balas daripada kenyataan dikeluarkan pihak tertentu yang berdasarkan anggapan ada berlaku salah laku. Jadi kenyataan itu dikeluarkan sebenarnya boleh jadi asas kepada SPRM untuk mulakan siasatan dengan laporan," katanya.
Bagaimanapun, Adnan mengakui, kenyataan Perdana Menteri itu akan memberi tekanan kepada SPRM untuk segera melakukan siasatan.
"Kita kena faham lantikan berprofil tinggi seperti Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Polis Negara, walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong, namun ia adalah berdasarkan cadangan dikemukakan Perdana Menteri," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/sebenarnya-pm-tak-boleh-arah-pdrm-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Arah Buat Penilaian Risiko Kemudahan Di Sekolah

Kpm Arah Buat Penilaian Risiko Kemudahan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 132 hits
NIBONG TEBAL Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah melakukan penilaian risiko bagi memastikan semua infrastruktur dan kemudahan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan selain mengelak kejadian tidak diingini berlaku Menteri ...
Gvf23 Fahmi Nafi Arah Cipta Naratif Jahat Terhadap Pas Selar Sebaran Poster Fitnah

Gvf23 Fahmi Nafi Arah Cipta Naratif Jahat Terhadap Pas Selar Sebaran Poster Fitnah

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 133 hits
KUALA LUMPUR 24 Julai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan poster mengandungi fitnah kononnya beliau mengarahkan tentera siber penyokong kerajaan mencipta naratif jahat untuk menyalah...
Mendapan Besar Di Km 66 1 Arah Timur Dan Barat Lebuhraya Kuala Lumpu Karak

Mendapan Besar Di Km 66 1 Arah Timur Dan Barat Lebuhraya Kuala Lumpu Karak

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 134 hits
BENTONG Pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada susulan mendapan tanah besar di KM66 1 arah timur dan barat Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur Karak malam tadi Lebuhraya Pantai Timur dalam hantaran di Twitter kejadian mendapan telah menghal...
Tanah Mendap Laluan Arah Kuantan Dibuka

Tanah Mendap Laluan Arah Kuantan Dibuka

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 96 hits
Anih Berhad sebelum ini memaklumkan penutupan sebahagian lebuh raya itu di kedua dua arah susulan tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong KUANTAN Sebahagian laluan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap ...
Setahun Aku Sah Kahwin Dengan Suami Tapi Masih Belum Disentuh Aku Mula Hilang Arah Sebab Masih Dara Lepas Kahwin

Setahun Aku Sah Kahwin Dengan Suami Tapi Masih Belum Disentuh Aku Mula Hilang Arah Sebab Masih Dara Lepas Kahwin

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 161 hits
Setahun aku sah kahwin dengan suami tapi masih belum 8216 disentuh 8217 aku mula hilang arah sebab masih dara lepas kahwin 8221 Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun Aku tidak tahu bagaimana nak mulak...
Definisi Kiblat Dan Cara Semak Arah Kiblat

Definisi Kiblat Dan Cara Semak Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 218 hits
Definisi Kiblat Dan Cara Semak Arah Kiblat Pengetahuan dan ilmu dalam menentukan arah kiblat adalah sangat penting kerana jika kurang pengetahuan arah kiblat boleh jadi tersasar daripada kedudukan nya yang tepat Arah kiblat ini juga bukan t...
Menteri Pertanian Arah Siasat Memo Naik Harga Telur

Menteri Pertanian Arah Siasat Memo Naik Harga Telur

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 120 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan bahawa arahan telah diberikan agar siasatan dilakukan terhadap dakwaan berlaku kenaikan harga telur oleh beberapa pembekal Mohamad berkata pihak kementerian akan...
Kerajaan Berjaya Memangkin Ekonomi Ke Arah Lebih Baik

Kerajaan Berjaya Memangkin Ekonomi Ke Arah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 218 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyangkal dakwaan Perikatan Nasional yang mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai hala tuju ekonomi Menurut Rafizi pertumbuhan ekonomi yang sihat sejak beberapa bulan lalu selain kadar inflasi yang mereda m...
Anwar Arah Beli 40 Peralatan Internet Starlink Untuk Sekolah Universiti

Anwar Arah Beli 40 Peralatan Internet Starlink Untuk Sekolah Universiti

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 151 hits
Sistem Starlink merangkumi antena piring satelit kecil dan pelayan WiFi Signal internet diterima daripada satelit di orbit bumi rendah PETALING JAYA Kerajaan merancang perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan di universiti kolej...
Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Setan Menyukai Musik

Six Mps Who Back Pm Anwar No Longer Bersatu Members Says Party Deputy President

Vaksin Si Bulus Seawal Usia Dua Bulan

Biodata Alif Syukri Usahawan Berjaya Dan Terkenal Di Malaysia

Politics Should Not Be Game Of Winners And Losers

Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap

Hazamacho House By Tatsuya Kawamoto Associates In Japan



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Selepas Tesla Microsoft Google Pula Akan Melabur Di Malaysia

Drama Bara Jiwa

Zaleha Hamid Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku Chord

Suami Hannah Yeoh Ceo Malaysiakini Selangkah Selangor Asia Mobility

Lights Camera Action Attending The Lisbon Motorcycle Film Festival

Art Lompat Dari Rumah Majikan Di Karawaci Tangerang Penyalur Tenaga Kerja Jadi Tersangka