Sebenarnya Kerajaan Hampir Boleh Dikatakan Melalui Mof Sedang Bail Out Tabung Haji Melalui 2 Instrumen Ini


APA SEBAB SPV KEMENTERIAN KEWANGAN PEGANG ASET TABUNG HAJI 

Saya akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung Tabung Haji kepada SPV bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.

Menurut standard laporan kewangan FINANCIAL REPORTING STANDARDS IMPLEMENTATION COMMITTEE (FRSIC) Consensus 14 sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan, penurunan 20 % dianggap significant.

Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.PWC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja. PWC berkata penyembunyian kerugian ini bertujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi. PWC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.
Bagi mengadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, Tabung Haji dilihat berusaha mengemaskini aset tidak menguntungkan yang dimiliki ketika yang bernilai lebih RM 19.9 billion (berbanding asset yang bagus iaitu dari kalangan aset dalam kategori liabilities bernilai RM 57.1 bil).

Ertinya aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil kepada Tabung Haji bagi tahun kewangan terkini dan kewujudannya di dalam buku Tabung Haji hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan Tabung Haji yang akhirnya akan menyekat pemberian dividen kepada pendeposit.

Justeru, bagi merawat hal terbabit dengan segera, pihak Tabung Haji memilih untuk memindahkan atau menukarkan aset tidak untung masa ini (termasuk Tanah TRX sebagaimana klasifikasi yang ditetapkan oleh Tabung Haji sendiri dan kaedah perakaunan) itu semuanya kepada SPV di bawah MOF, ia perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yang ingin membeli aset kurang bagus itu pada waktu ini, maka MOF adalah entiti yang tepat mewakili Kerajaan Malaysia bagi tujuan penerima pemindahan dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan RCPS-i untuk dimiliki oleh Tabung haji.

Pegangan Sukuk bertempoh matang 7 tahun terbabit akan memberikan jangkaan pulangan sebanyak 5 % setahun  kepada Tabung Haji berbanding aset tidak bagus sedia ada yang tidak memberikan apa-apa. Bagaimanapun Redeemable Convertible Preferences Share (Islamic) yang bernilai RM 9.9 bil tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi sentiasa terbuka untuk ditebus kembali oleh TH. Jika digabungkan kedua-duanya beerti untuk aset bernilai RM 19.9 b, TH bakal mendapat pulangan 2.5 % setahun.

Saya juga tidak lihat bagaimana mungkin MOF akan ‘merampas’ aset tiada hasil itu di masa akan datang, MOF Inc sifatnya berbeza seperti syarikat yang sifatnya hanya mengejar keuntungan, ia membawa agenda kerajaan. Kecuali jikalau SPV di bawah MOF inc itu menjualnya kepada pihak ketiga, itupun perlu diputuskan oleh kerajaan dan bukannya keputusan satu dua orang sahaja, khususnya jika aset terbabit adalah aset strategik.

Semua wang pendeposit turut dijamin oleh kerajaan. Sebenarnya kerajaan Malaysia ‘hampir’ boleh dikatakan melalui MOF sedang ‘bail out’ Tabung haji melalui dua instrumen ini. Orang yang tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sebagai pelik.
Aset tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua kriteria. Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, nilai rosot nilai melebihi 20 peratus. Justeru jumlah nilai asset tersebut mencecah RM19.9 billion.

Sefaham saya, tindakan pemindahan kepada SPV dan menerbit instrument pelaburan Sukuk dan RCPS-i tersebut boleh memberi kebaikan kepada TH iaitu :


Menjadikan Tabung Haji mungkin berpeluang mendapat keuntungan dari pegangan Sukuk sebanyak 5 % setahun berbanding terjerat dengan aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti dengan membesarkan jumlah ‘impairment loss’ dalam laporan kewangan Tabung Haji. Memastikan Tabung Haji mampu memberikan dividen kepada pendeposit kerana tanpa pemindahan melalui terbitan dua instrument patuh shariah itu; Tabung Haji akan dikira dalam keadaan defisit dengan liabilitinya melebihi aset justeru tidak boleh membayar dividen menurut akta Tabung Haji.  

Adalah hal biasa SPV di bawah MOF Inc  bertindak untuk tujuan-tujuan spesifik memegang aset kerajaan atau institusi kerajaan. Dahulu pun kerajaan merawat non-performing loans melalui Danaharta Nasional Bhd yang berfungsi seperti SPV pada waktu itu. Kini model yang digunakan dan dibentuk di bawah MOF bagi mengambil milik asset dengan ’bayaran’ sukuk dan RCPS-I sebagai balasan kepada Tabung Haji. Juga, aset di bawah di bawah MOF itu tidak sama sekali beerti ia dimiliki oleh Menteri kewangan atau timbalannya atau mana-mana individu politik, tetapi ia adalah dipegang oleh kerajaan Malaysia sendiri. Mungkin menjadi sebahagain GLC pada masa akan datang juga.

Sebaiknya isu ini tidak dipolitikkan berlebihan (sikit-sikit adalah natural kerana tiada apa yang dapat lari dari politik) kerana pihak TH sedang berusaha sungguh-sungguh membaik pulih Tabung Haji yang sebelum ini dipegang oleh orang politik khususnya (dari kalangan ahli Lembaga Pengarah) sehingga kelihatan wujud campur tangan yang akhirnya mengurangkan kredibiliti dan TH, hari ini semua ahli Lembaga Pengarahnya bukan orang politik dan cadangan pemindahan ke SPV di bawah MOF juga sefaham saya adalah datang dari perbincangan lembaga Pengarah, PWC dan pengurusan tertinggi lalu dibentang cadangan tersebut di kabinet Malaysia.

Kita sama-sama berdoa Tabung amanah untuk tujuan mulia Haji ini semakin baik. Sudah tentu pihak pengurusan baru mereka sedang melaksanakan tugasan mereka sebaik mungkin bagi mengembalikan zaman keuntungan bagi TH sebagai contoh tahun 2013 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bil setelah ditolak segala liabiliti dan adjustment.

Jikalau apa yang dijangka tidak berlaku malah Tabung haji telah menjadi semakin teruk dan dicerobohi pula secara politik, maka bolehlah dianjurkan bantahan ala Himpunan Kesyukuran Penolakan ICERD sekali lagi atau boleh juga diubah kerajaan yang ada melalui Pilihanraya ke-15 kelak.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
Adj. Prof Faculty of Business & Accountancy UNISEL
12 Di 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/sebenarnya-kerajaan-hampir-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 20 000 Tandatangan Petisyen Bantah Tabung Haji Bawah Kementerian Kewangan

Hampir 20 000 Tandatangan Petisyen Bantah Tabung Haji Bawah Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 520 hits
ISMA WEB Agenda letak TH bawah BNM ibarat halalkan pengawalan Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Satu petisyen yang membantah tindakan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah Kementerian Kewangan telah berjaya mengumpul hampir 20 000 tandatangan Pet...
The Disaster Called Tabung Haji And Many More To Come

The Disaster Called Tabung Haji And Many More To Come

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 385 hits
This government backed get rich quick scheme that started almost 50 years ago can only last as long as they can continue getting shares at below market price and sell them at double or triple the cost price Once that ends such as companies ...
Anwar Putting Tabung Haji Under Bank Negara S Supervision A Good Move

Anwar Putting Tabung Haji Under Bank Negara S Supervision A Good Move

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 318 hits
Placing Lembaga Tabung Haji under the supervision of Bank Negara Malaysia is crucial towards refocusing on its original purpose says Port Dickson Member of Parliament Datuk Seri Anwar Ibrahim However he said more needed to be done in terms ...
Why No Protest Over Tabung Haji Raja Kamarul Bahrin Asks

Why No Protest Over Tabung Haji Raja Kamarul Bahrin Asks

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 308 hits
Deputy Housing and Local Government Minister Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad has questioned why PAS and Umno supporters are not staging a protest over the Tabung Haji scandal as they had against the International Convention on the Elimi...
Rci Untuk Tabung Haji

Rci Untuk Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 408 hits
JANGAN JADI ISU GST PUNG PANG PUNG PANG AKHIRNYA NAJIB BN FREE TIADA KOMPROMI SOAL TABUNG HAJI ITU RAKYAT MARHAIN PUNYA MENTERI JANGAN BANYAK BUAT KENYATAAN AKHBAR PUNG PANG PUNG PANG BERTINDAK SEGERA JANGAN JADI MACAM GST SEBAB TAK TAHU BU...
Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 273 hits
Langkah TH sebagai tukaran kepada penerbitan sukuk RM10 bilion dan saham Islamik RM9 9 bilion bagi mengimbangi liabiliti RM77 bilionKUALA LUMPUR 3 Rabiulakhir 1440H Selasa Lembaga Tabung Haji akan memindahkan asetnya bernilai kira kira RM19...
Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Penutup Kelemahan Ph

Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Penutup Kelemahan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 283 hits
Diterbitkan 11 Dis 2018 12 01 tengah hariAnggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan agar pendedahan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji semalam tidak menjadi bisikan halus untuk menumbangkan institusi utama uma...
Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 358 hits
Langkah kerajaan PH semalam untuk mempolitikkan Tabung Haji dengan mendakwa TH telah terlebih bayar dividend untuk 4 tahun berturut turut sehingga mengalami defisit RM4 1 bilion serta aset TH sedang dijual bukan satu langkah yang bijak Lebi...
Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 330 hits
Umno vice president Mohamed Khaled Nordin is backing the call for the establishment of a Royal Commission of Inquiry to investigate the real financial status of Lembaga Tabung Haji Khaled said in a statement today that this is because the p...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Hari Ke 29 Rezeki Datang

Fast Paced Roulette Action Spin Win At 389sports Login

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Bahan Kimia Pengganggu Endokrin Dan Kesuburan Anda

Pn Belum Habis Mengigau

Don Did Chinese Emperor Reveal Pas Hypocrisy Or Newfound Tolerance