Sebenarnya Bersatu Sudah Semakin Kuat Dan Mahathir Akan Kembali




Meskipun ada yang keliru dengan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kemelut yang melanda parti itu, tetapi hakikatnya parti tersebut semakin kuat selepas terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Buktinya, sebahagian pemimpin Bersatu yang tidak menyokong Muhyiddin kerana bersama Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada dalam parti tersebut.
Sebahagian lagi ahli-ahlinya, terutama Ahli- Ahli Parlimen UMNO yang lompat parti berada dalam Kabinet Muhyiddin.
Malah, Dr Mahathir juga kini bersama-sama Muhyiddin, kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau menyifatkan kemelut politik yang melanda Pakatan Harapan baru-baru ini adalah satu permainan politik yang dirancang untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.
”Ini permainan politik yang telah dirancang untuk pastikan supaya Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM. Tun Mahathir tak jadi PM pun tak apa. Asalkan Anwar berada jauh dari jawatan itu. Sebab itu Tun Mahathir akan balik bersama TS Muhyiddin,” menurut beliau dalam satu hantaran di Facebook.
Menjelaskan perkara tersebut, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu menambah, nada Dr Mahathir terhadap Muhyiddin pun sudah berubah sejak beliau mendakwa dikhianati Muhyiddin.
”Itu pada 1hb Mac. Hari ni, dia sudah kata kedudukan Muhyiddin kukuh dan akan mampu tolak undi tak percaya di dewan.
‘Sebenarnya, PPBM sudah semakin kuat. Kumpulan asas yang menyokong TS Muhyiddin adalah dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM (Bersatu).
”Kumpulan ini diketuai oleh Hamzah Zainudin dan namanya disebut jelas oleh TS Muhyiddin sebaik sahaja diketahui jawatan PM menjadi miliknya. Hamzah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Yang lain-lain juga dilantik ke beberapa jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
”PPBM dikuatkan juga dengan kemasukan Azmin Ali dan 9 lagi Ahli-Ahli Parlimen yang keluar dari PKR. Mereka juga mendapat jawatan-jawatan penting dalam Jemaah Menteri,” tambahnya.
Shahrir berkata, Gabungan Parti Sarawak juga tidak rugi menyokong Muhyiddin sebagai parti rakan strategik kerana seorang wakilnya memegang jawatan sebagai menteri kanan, sedangkan tiada wakil Pas untuk jawatan yang sama.
”Bagi UMNO pula, ianya suatu yang pelbagai rasa. Ada yang pahit, ada yang manis.
”Yang pahit ialah kesedaran bahawa walaupun seseorang pemimpinnya menjadi calon parti yang menang dalam pilihan raya, dilantik pula sebagai Menteri, tapi apabila UMNO tidak jadi pemerintah, soal taat setia kepada parti sudah tidak relevan lagi.
”Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN (Parti Amanah Negara) dan Pas tidak begitu. Mereka kekal dengan parti. Kejadian melompat keluar dari parti lebih sangat dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO.
”Dan walaupun BN memenangi setiap PRK semenjak Cameron Highlands sehinggalah Tg Piai, ahli-ahli UMNO di akar umbi masih terdengar cerita-cerita kemungkinan adanya sekumpulan Ahli-Ahli Parlimen yang masih hendak bersama Tun Mahathir untuk mengimbangi Anwar Ibrahim dan DAP.
”Kesimpulannya, tidak penting soal maruah dan prinsip dalam politik. Jawatan itu penting. Ada jawatan, adalah kuasa. Ada kuasa, baru boleh cakap pasal maruah dan prinsip,” katanya penuh makna. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/13/sebenarnya-bersatu-sudah-semakin-kuat-dan-mahathir-akan-kembali/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sebenarnya-bersatu-sudah-semakin-kuat-dan-mahathir-akan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Ramai Ahli Parlimen Bersatu Mungkin Kembali Ke Pakatan Kata Salahuddin

Lebih Ramai Ahli Parlimen Bersatu Mungkin Kembali Ke Pakatan Kata Salahuddin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 371 hits
Lebih ramai ahli Parlimen Bersatu mungkin kembali ke Pakatan kata Salahuddin Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pad
Bersatu Chairman Dr Mahathir Has Absolute Powers In Party Sec Gen

Bersatu Chairman Dr Mahathir Has Absolute Powers In Party Sec Gen

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 304 hits
Marzuki Yahya KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad as Bersatu chairman is the only individual who has absolute powers in the party its secretary general Datuk Marzuki Yahya said in a statement here today He said under Clause 16 2 1 of the p...
Setiuasaha Agung Bersatu Dipecat Apa Mahathir Akan Bertindak

Setiuasaha Agung Bersatu Dipecat Apa Mahathir Akan Bertindak

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 198 hits
Setiuasaha Agung Bersatu dipecatOleh March 20 2020Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin didakwa telah memecat Marzuki Yahya dari jawatan setiausaha agung Bersatu Menurut sumber dalaman Bersatu Muhyiddin melakukan tindakan itu melalui surat bert...
Orang Kuat Mahathir Terajui Media Prima

Orang Kuat Mahathir Terajui Media Prima

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 222 hits
Wartawan veteran yang selama ini dilihat dekat dengan Dr Mahathir Mohamad Firdaus Abdullah dilantik sebagai pengarah urusan rangkaian televisyen Media Prima Menurut sumber Firdaus memulakan tugasnya semalam untuk menggantikan penyandang Man...
Saya Tidak Akan Bersara Akan Kembali Jika Rakyat Masih Mahukan Saya Tun Mahathir

Saya Tidak Akan Bersara Akan Kembali Jika Rakyat Masih Mahukan Saya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan bersara dari arena politik sebaliknya bekas perdana menteri itu berjanji akan kembali sekiranya rakyat masih mahukannya Dr Mahathir 94 berkata sekiranya berlaku kepincangan dalam k...
Lebih Baik Mahathir Jangan Bertanding Serahkan Sahaja Bersatu Pada Muhyiddin

Lebih Baik Mahathir Jangan Bertanding Serahkan Sahaja Bersatu Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 235 hits
Tidak sampai dua minggu masa berlalu selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah Tun Mahathir Mohamad kini sudah mula menunjukkan tanda tanda ingin menyokong kepimpinan Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri Bermula dengan mengatakan u...
Sebenarnya Tun Mahathir Dengki Dengan Jawatan Datuk Seri Ismail Sabri

Sebenarnya Tun Mahathir Dengki Dengan Jawatan Datuk Seri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 398 hits
Tun Mahathir Mohamad seorang Insan yang jarang mengalah dan dia akan cuba yang terbaik Sejarahnya dia pegang banyak jawatan sebelum dia menjadi PM Malah dia cuba mengalahkan sesiapa sahaja yang nampak hebat Bila dia menjadi PM yang ke 7 men...
Mahathir Tahu Muhyiddin Tidak Akan Jadi Perdana Menteri Dan Bersatu Telah Berada Di Hujung Nyawa

Mahathir Tahu Muhyiddin Tidak Akan Jadi Perdana Menteri Dan Bersatu Telah Berada Di Hujung Nyawa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 363 hits
Mahathir telah mencadangkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri Ini kerana setelah mengadap DYMM SPB YDP Agong Mahathir tahu yang sokongan sebenar Ahli ahli Parlimen kepada dirinya adalah paling rendah jika diban...
Tun Dr Mahathir Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Dr Mahathir Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 249 hits
PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Bekas Perdana Menteri itu menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang Zulki...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan