Sebelum Teresa Mca Juga Terkam Isu Sijil Halal


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 9, 2024 2:15 PM
Beberapa jam sebelum Naib Pengerusi DAP Teresa Kok membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol, rakan sejawatannya dari MCA Wee Jeck Seng juga membuat perkara yang sama

Bagi ahli Parlimen Tanjung Piai itu, dasar Jakim berkenaan akan menyusahkan perniagaan bukan Islam dan pada masa yang sama mendedahkan ketidakberkesanan pemimpin DAP dalam menjaga hak masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, memandangkan kenyataan medianya pada 6 Sept, yang dikeluarkan sebelum Kok, hanya dalam bahasa Cina, media berbahasa Inggeris dan Melayu tidak menyerlahkannya, justeru dia terselamat daripada “serangan” yang diterima Kok.

Wee mengkritik kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dasar yang mencabuli kebebasan dan hak masyarakat bukan Islam.

Dia seterusnya mempersoalkan sama ada pemimpin DAP dalam kabinet ada mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan masyarakat bukan Islam.
Sambil mengingatkan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, Wee berkata langkah mandatori berdasarkan agama tertentu adalah tidak adil kepada masyarakat lain.

“Sama ada untuk memohon pensijilan halal atau tidak harus merupakan keputusan yang dibuat oleh perniagaan berdasarkan permintaan pasaran dan pertimbangan komersial mereka.

“Kerajaan tidak sepatutnya mengenakan syarat ini, lebih-lebih lagi restoran dan syarikat ini bukan untuk memenuhi keperluan pengguna Islam,” katanya.

Kedua-dua Wee dan Kok mengulas cadangan Jakim untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol.
Sama seperti pendirian pemimpin DAP itu, Wee juga berhujah bahawa tindakan tersebut akan meningkatkan beban operasi perniagaan.

Bagi Kok, tindakan itu akan mengundang cemuhan antarabangsa, Wee pula berhujah bahawa dasar sedemikian akan menghalang pembangunan pelbagai pasaran dan memberi kesan kepada imej antarabangsa negara.

Katanya, dasar itu juga boleh diperluaskan kepada restoran sayuran (vegetarian), dewan makan agama Buddha, dan juga kedai makanan kesihatan, yang pelanggan utamanya terdiri daripada bukan Islam. Ini, menjadikan pensijilan halal mandatori itu sebagai langkah yang tidak perlu.

Wee juga mengkritik proses pensijilan halal yang rumit dan memakan masa, yang akan meningkatkan kos operasi dan seterusnya memberi kesan kepada kebebasan perniagaan pengendali bukan Islam.

"Proses pensijilan yang menyukarkan semasa telah menyebabkan banyak perniagaan yang pening kepala, dengan sesetengahnya akhirnya berputus asa untuk memohon. Jika ini diwajibkan, akibatnya mungkin lebih teruk," katanya.

Wee juga memberi amaran bahawa jika kerajaan terus melaksanakan dasar berasaskan agama itu, ia boleh menjejaskan imej antarabangsa Malaysia, khususnya di kalangan pelancong dan pelabur asing.
"Pengumuman perbincangan atau rancangan yang kerap untuk dasar sedemikian akan memberi gambaran bahawa Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara satu agama, yang secara langsung akan menjejaskan pelaburan asing dan pelancongan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Wee menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan kepentingan semua rakyat semasa menggubal dasar dan mengekalkan intipati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya bagi memastikan keyakinan pelaburan domestik dan asing serta kestabilan sosial.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/sebelum-teresa-mca-juga-terkam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia lebih agresif menjelaskan kepada umum makna sebenar halal Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Othman berkata perkara tersebut penting agar orang ramai faham ...
Ppim Kecam Kenyataan Pemimpin Dap Dalam Isu Sijil Halal Sidang Media Ppim 11 09 2024

Ppim Kecam Kenyataan Pemimpin Dap Dalam Isu Sijil Halal Sidang Media Ppim 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 209 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengecam kenyataan oleh dua pemimpin DAP YB Teresa Kok dan YB Anthony Loke berhubung isu sijil halal baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata pihaknya mahu tindakan tegas diambil terhadap...
Before Teresa Her Mca Counterpart Pounced On Halal Cert Issue

Before Teresa Her Mca Counterpart Pounced On Halal Cert Issue

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 167 hits
A few hours before DAP vice chairperson Teresa Kok stirred the hornet s nest her counterpart from MCA Wee Jeck Seng had pounced on the halal certification issue This was a two pronged assault from the Tanjung Piai MP to point out that the p...
Dap Masih Mahu Tegak Benang Basah Isu Sijil Halal

Dap Masih Mahu Tegak Benang Basah Isu Sijil Halal

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 187 hits
harakahdaily netSeptember 9 2024Dr Zulkeflee YaacobKOTA BHARU Pemimpin DAP masih lagi dianggap mahu menegak benang basah biar pun ahli parlimen Seputeh Teresa Kok disiasat polis kerana kenyataannya menyentuh isu berkaitan raja agama dan kau...
Ertinya Selepas Ini Isu Sijil Halal Tak Perlu Dipanjangkan Lagi

Ertinya Selepas Ini Isu Sijil Halal Tak Perlu Dipanjangkan Lagi

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 175 hits
Mungkin Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin mengeluarkan kenyataan ini atas arahan Anwar Ibrahim tetapi yang nyata melalui apa dinyatakannya ini bantahan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkaitan isu sijil halal untuk restoran ...
Elak Ketegangan Agama Kerajaan Digesa Selesai Isu Sijil Halal Segera Kosmo 11 09 2024

Elak Ketegangan Agama Kerajaan Digesa Selesai Isu Sijil Halal Segera Kosmo 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin Kerajaan Perpaduan digesa untuk menyelesaikan persengketaan berhubung isu sijil halal yang dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi atau ketegangan terhadap agama dan kaum Presiden Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim J...
Isu Pensijilan Halal Pdrm Siasat Teresa Kok Ikut Sop 3r

Isu Pensijilan Halal Pdrm Siasat Teresa Kok Ikut Sop 3r

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 201 hits
bharian com myOleh September 8 2024 Tan Sri Razarudin Husain dan Teresa KokKUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan mengikut prosedur operasi standard isu agama bangsa dan institusi diraja terhadap Naib Pengerusi DAP Teres...
Not A 3r Case Guan Eng Defends Teresa Over Halal Cert Probe

Not A 3r Case Guan Eng Defends Teresa Over Halal Cert Probe

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 155 hits
DAP chairperson Lim Guan Eng has defended Seputeh MP Teresa Kok over the halal certification issue saying that this is not a case involving race religion and royalty as some quarters alleged This came after Kok remarked that making halal ce...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra