Sebelum Masuk Usia 40 Korang Mesti Baca Ni
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah. Kaw kaw punya
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri
Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun
Pang
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu
Kesihatan
Keluarga
Sahabat
Kerjaya
Ibubapa
Adik-beradik
Kebendaan
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari
You have to face it!
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal
Masa inilah ada yang hilang kerjaya
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal
Masa inilah diuji dengan masalah kewangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat
Menguji keimanan
Menguji kesabaran
Melatih diri dengan reda dan ikhlas
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan
Mengajar diri menjadi lebih beriman
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku
Tak lain tak bukan, jawapannya adalah ALLAH SAYANG
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat
Gambar sekadar hiasan.
Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW
Hati lebih sabar
Hati lebih tenang
Hati lebih ikhlas
Hati lebih tawaduk
Hidup lebih bahagia
Hidup lebih sempurna
Hidup lebih nampak arah tujunya
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh
Semua urusan diniatkan ibadah
Sudah mula ke rumah Allah
Sudah mula perbaiki diri
Sudah mula perbaiki solat
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40'
Take a second to think about how blessed you are.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar.
Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik
Jangan tak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang.
Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas.
Segalanya tak lain tak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian
Baik kan Allah
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul tak
Kredit : Unknown Writer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/07/sebelum-masuk-usia-40-korang-mesti-baca.html