Sebelum Indonesia Lima Negara Ini Juga Pilih Pindah Ibu Kota
Pada beberapa hari yang lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan rasminya telah mengumumkan bahawa ibu negeri bagi Indonesia akan dipindahkan dari Jakarta ke Kalimantan Timur. Perpindahan ibu negeri ini dibuat berikutan beberapa faktor seperti keadaan ekonomi yang tidak memuaskan.
Keputusan untuk memindahkan ibu negeri bagi sesuatu negara bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara ini kerana ianya sudah pasti akan memakan belanja yang besar dan akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Namun begitu, terdapat juga faedah yang boleh dikecapi menerusi keputusan ini.
Indonesia dilihat bukanlah satu-satunya negara yang telah memindahkan ibu kotanya, namun terdapat beberapa negara yang telah berbuat demikian terlebih dahulu.
Brazil
Pihak kerajaan Brazil telah memindahkan ibu negeri bagi negara tersebut dari Rio de Janeiro ke Brasilia pada tahun 1960. Kawasan tersebut terletak di pedalaman Amazon yang luas dan ianya terkenal sebagai seni bina moden. Tambahan lagi, Brasilia juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987.
Gambar: WhatsAnswer
2. Nigeria
Negara Afrika yang mempunyai penduduk yang ramai ini telah memindahkan ibu negerinya pada tahun 1991. Pada awalnya, ibu negeri bagi Nigeria ialah Lagos dan telah ditukarkan ke Abuja. Abuja dikenali sebagai bandar yang lebih strategik dan kurang kesesakan.
Gambar: Villa Afrika Realty
3. Myanmar
Myanmar telah memindahkan ibu negerinya dari Yangon ke pusat Naypyidaw pada pertengahan 2000-an. Bandar ini mempunyai keluasan hampir enam kali kawasan tanah New York. Bandar tersebut juga mempunyai replika Shwedagon Pagoda Yangon dan lebuhraya 20 lorong walaupun bandar ini kekurangan penduduk.
Gambar: WorldAtlas.com
4. Russia
Russia telah menukarkan ibu negerinya daripada St Petersburg ke Moscow. St Petersburg yang telah menjadi ibu negeri bagi Russia dari tahun 1712 hingga 1918 sebelum ianya ditukar ke Moscow.
Gambar: queserialaantigua.com
5. Kazakhstan
Pihak kerajaan Kazakhstan telah mengambil keputusan untuk memindahkan ibu negerinya dari Almaty ke Astana pada tahun 1997. Almaty dianggap sebagai kawasan yang komersial dan merupakan pusat penduduk terbesar di negara itu.
Gambar: Lonely Planet
Sumber: Mental Floss / BBC
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/27/sebelum-indonesia-lima-negara-ini-juga-pilih-pindah-ibu-kota/