Sebanarnya Apakah Yang Ada Di Tengah Tengah Galaksi Bima Sakti
Sebelum kita teruskan dengan trivia ni, mari kita kenal serba-sedikit tentang galaksi tempat Bumi berad
1. Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang berusia 13.6 billion juta dan saiznya seluas 100 ribu tahun cahaya. Kiranya Sistem Suria yang kita anggap besar ni macam sebutir pasir je di dalam galaksi maha besa
2. Matahari sebenarnya tidak tetap di tempatnya. Ia mengorbit keliling Bima Sakti membawa Sistem Suria. Untuk lengkapkan satu pusingan, Sistem Suria mengambil masa 250 juta tahun! Kali terakhir Sistem Suria lengkapkan pusingan, zaman dinosaur baru bermula
3. Jumlah bintang dan planet dalam Bima Sakti ini ialah 100-400 billion butir. Jarak Sistem Suria dengan tengah Bima Sakti ialah 27,000 tahun cahay
4. Nama Bima Sakti diambil dari nama 'Bima' iaitu watak utama dalam kitab Mahabharata. Orang Jawa melihat susunan bintang-bintang dan apabila mengariskan susunan tersebut, wujud rupa Bima dililit oleh ular naga bernama Nemburnyawa. Dari sinilah wujud nama 'Bima Sakti
5. Masyarakat Melayu dulu memanggil Bima Sakti dengan nama 'Bintang Temabor' yang bermaksud bintang bertaburan. Nama Inggeris iaitu 'Milky Way' pula berasal dari mitos orang Yunani Kuno, di mana dewi Hera menaburkan susu di langit. Jadi rupa Bima Sakti seakan-akan susu melimpa
Baik, tentang apakah yang ada di tengah Bima Sakti itu sebenarnya sebuah lubang hitam gergasi yang diberi nama 'Sagittarius A*'. Berat lubang hitam ini ialah 4 juta kali ganda dari berat Matahar
Lubang hitam gergasi ini berada dalam keadaan 'dorman', tidak lagi berperanan untuk menyedut apa saja di sekelilingnya. Tapi, bintang masih mengorbit lubang hitam ini kerana gravitinya masih ad
Pada 12 Mei 2022, akhirnya pusat Bima Sakti ini ditangkap gambarnya (gambar ketiga) dengan menggunakan Event Horizon Telescope (EHT). Pencapaian ini begitu penting bagi para ahli astronomi kerana mereka akhirnya berupaya mengkaji lubang hitam ini lebih jelas hanya menggunakan kecanggihan teknolog
Oleh: Dans CKay
MORE feed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adsenseephoto.blogspot.com/2023/06/sebanarnya-apakah-yang-ada-di-tengah.html