Sebab Sebab Perempuan Suka Suami Orang
Hey girls.. Keluar makan dengan suami perempuan mana hari ni? Makan di restoran mewah ke? For sure dia yang belanjakan.. Oh! Bestnya jadi korang.. Aku nak join jugak boleh? Hihi..
Ok, berbalik kepada tajuk entry aku sebab perempuan suka suami orang.. Aku tahu ada girls di luar sana yang suka dengan suami orang.. Aku harap tiada siapalah yang akan terasa sehingga berguling-guling menuju ke dalam tandas untuk menangis mahu pon cuba terjun dari katil kononnya nak bunuh diri.. Pehhliss! Tak thrill tahu kalau setakat terjun katil, jom terjun KLCC nak?
Nak elakkan lelaki jatuh cinta
Well, seperti yang aku pernah cakapkan sebelum ni lelaki sangat-sangat-sangat mudah perasan dan terjatuh cinta.. Tapi tak boleh lah nak salah kan lelaki kalau macam tu.. Yelah, perempuan ni kan makhluk penggoda.. Hihi..
Perempuan akan berfikiran "Baik aku kawan dengan lelaki yang dah kahwin atau pon yang in relationship, takde lah dorang jatuh cinta dengan aku nanti." Ye tak? But I dont think this is good idea.. Why? Sebab kalau difikirkan lebih jauh, tak ke lelaki tu akan curang pula dengan korang? Ahh! Perempuan memang celik tapi fikirannya tak jauh.. Bullshit! Bukan lah aku nak blame perempuan je.. Lelaki pon sama je.. Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyikan..
Lelaki single takde ciri-ciri Prince Charming korang
Lelaki yang dah berkahwin dia akan tahu skill-skill nak mengorat perempuan.. Ataupon mungkin dia nak cuba skill lain selain dari skill yang dia buat masa nak ngorat wife dia dulu.. Lelaki dah kahwin akan lebih romantik layan, belai dan lebih mengambil berat.. Selain itu, dia pon ada sifat sabar yang lebih dan pandai memberi nasihat serta sifat matang yang lebih.. Tapi aku rasa aku ada semua tu.. Tak terpikat dengan aku?
Oleh kerana perempuan ni naif dan lurus terus terpikat dengan lelaki tu.. Damn it! Aku yang single dan baik ni kan ada.. Nak jugak yang dah kahwin..
Semakin tua, semakin kacak
Yess! Ini adalah fakta.. Tahu kah korang semakin berumur lelaki tu semakin kacak, macho, matang dan diminati.. Agree? Perempuan amat tertarik dengan lelaki yang matang.. Even lelaki tu tak kacak, tak macho tapi kejantanan dan kematangan lelaki membuatkan perempuan melting.. Tu baru yang tak kacak dan tak macho, kalau yang sebaliknya macam aku dah tua nanti for sure aku macho, kacak dan bergaya.. Agak-agak time tu wife aku ada empat tak? Hihi.. Tak lah, aku baik tahu.. Setia! Memang susah nak cari lelaki single yang matang, rata-rata kahwin pada umur 25-35 tahun..
Tapi bagi perempuan, semakin senior atau tua perempuan tu semakin rendah market nya.. Itu lah hakikatnya.. Tak boleh win-win situation hocayy! Hihi..
Pengalaman
Aku tahu apa yang otak kuning korang fikirkan, Sex-sex-sex, segala dalam kelambu dan berapa besar organ reproduktif lelaki tersebut.. Fuuu!! But this is not about seks semata-mata tapi pasal perlakuan dan layanan.. Lelaki dah kahwin ni lebih romantik.. Bila bergaduh takde nya jerit "Hantar I balik rumah mak I!!" Nak balik pergilah balik sendiri ye tak? Nak suruh orang pulak hantar dia.. Baik jangan merajuk.. Hihi.. Lelaki dah kahwin ni suka mengalah bila bergaduh.. Aku yang tak kahwin lagi ni pon macam tu tahu..
Kaya
Money-money-money.. Perempuan mana yang tak suka duit ye tak.. Biar lah tak kacak macam aku pon orang tu, still nak jugak.. Itu semua sebab duit lah.. Bullshit! Why the hell korang nak yang tak kacak.. Ramai je lelaki single yang banyak duit lagi-lagi anak datuk.. Kenapa nak yang dah berkahwin jugak? Sebabnya, lelaki-lelaki kaya yang muda ni suka berfoya-foya.. Thats why perempuan pilih lelaki kaya yang dah berkahwin sebab lebih secure dan boleh terus ajak kahwin..
Test market
Kadang-kadang tu lelaki saja je nak test market bila dia rasa "aku dah tua ke? Takde market lagi? Agak-agak aku test market awek comel depan tu lepas tak?" Kalau dia berjaya ngorat korang, dia akan berasa secure sikit takde lah takut kena tinggal wife dia sebab dah tua.. Tapi kalau kantoi dengan wife dia macam mana? Aku tak tahu.. Aku tak tahu..
Aku bukan nak salahkan perempuan je.. Yang jatuh cinta dan yang memberi cinta, dua-dua sama je.. Bullshit! Nampak tak aku cuba bela kaum perempuan jugak.. Baik kan aku? Dan aku nak kaum perempuan berfikir, bagus ke bercinta dengan suami orang ni? Tak rasa bersalah? Sanggup ke bermadu walau pada awalnya kena baling periuk dan kuali dari isteri pertama? Apa guna aku yang single, baik dan lagi baik ni?
Terlajak perahu pon boleh undur walaupon takde gear reverse.. Why korang tak boleh undur untuk suka kat aku pulak kan? Hihi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://notadijari.blogspot.com/2012/03/sebab-sebab-perempuan-suka-suami-orang.html