Sebab Nak Manjakan Teman Lelaki Perempuan Ini Sanggup Pinjam Along Dan Terjerat Sekarang


HANYA kerana cinta, remaja berusia 17 tahun terjebak pinjaman along berjumlah RM12,000, menjadi peminjam termuda yang direkodkan Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini.
Meminjam dengan tujuh along, semua wang itu dibelanjakan untuk teman lelakinya termasuk ansuran bulanan motosikal serta duit poket menyebabkan dia menghadapi masalah untuk melunaskan pinjaman yang dibuat sejak lima bulan lalu.
Mangsa berkata, dia bekerja sebagai pembantu di kedai serbaneka di ibu negara dan mengenali lelaki terbabit tahun lalu sebelum menjalin hubungan cinta tidak lama selepas itu.
Katanya, sebaik tamat persekolahan, dia mengenali lelaki itu yang tidak bekerja dan sering memberikannya wang setiap kali diminta kerana sayang.
“Selepas itu, dia minta untuk memberikannya wang lebih kerana ingin membeli motosikal. Tanpa berfikir panjang, saya kemudiannya membuat pinjaman along berjumlah RM2,000 dan bantu bayarkan ansuran bulanan.
“Saya memang tidak fikirkan apa kesannya kerana sayangkan dia dan ingin menjalani hidup bersama. Tidak lama kemudian, saya pinjam lagi kerana nak gunakan wang. Gaji saya sebagai pembantu di kedai tidak seberapa,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang.
Dalam tempoh beberapa bulan, dia membuat tambahan pinjaman daripada tiga lagi along antara RM2,000 hingga RM4,000 dengan tuntutan keseluruhan berjumlah RM12,000 menyebabkan dia buntu memikirkan masalah itu.
“Atas nasihat keluarga, saya rujuk masalah ini kepada PPIM dan cuba berunding dengan teman lelaki. Malangnya dia seperti ingin mengelak dan tidak menjawab pertanyaan yang dibuat,” katanya.
Sementara itu, Azman berkata, pihaknya cuba berbincang dengan lelaki terbabit untuk mencari jalan penyelesaian, namun setakat ini masih belum berhasil.
Katanya, ia menjadi agak rumit kerana pinjaman dibuat atas nama mangsa menyebabkan dia perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu seperti mana dipersetujui sebelum ini.
“Setakat ini, berdasarkan rekod kita, dia adalah peminjam termuda kerana sebelum ini kita terima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun. Apa yang berlaku, pada usia semuda ini, dia tidak dapat mempertimbangkan baik buruk tindakannya itu.
“Bukan mudah untuk berurusan dengan ramai along, apatah lagi dia baru saja tamat sekolah tahun lalu. Unit ini akan cuba membantu dan kita akan jadualkan semula pembayaran yang dipersetujui bersama antara keluarga dan along.
“Nasihat saya supaya dia tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan dan jangan mudah percaya kepada janji manis orang baru dikenali. Kita terima banyak kes penipuan dalam urusan pinjaman along ini dan ia memberi kesan seperti ancaman serta ugutan kepada peminjam dan ahli keluarga,” katanya.
The post Sebab Nak Manjakan Teman Lelaki, Perempuan Ini Sanggup Pinjam Along Dan Terjerat Sekarang appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/sebab-nak-manjakan-teman-lelaki-perempuan-ini-sanggup-pinjam-along-dan-terjerat-sekarang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Pizza Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah

Nak Makan Pizza Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 384 hits
Nak Makan Pizza Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah Assalamualaikum wbt happy saturday Hari sabtu adalah hari malas CH memasak sebab CH akan tumpukan mengemas dan membersihkan rumah Seminggu sekali saja sebab hari hari ya...
6122 Terdesak Pinjam Along Untuk Tampung Belanja Kool Fm 01 12 2020

6122 Terdesak Pinjam Along Untuk Tampung Belanja Kool Fm 01 12 2020

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 300 hits
Terdesak pinjam along untuk tampung belanja Apa yang patut anda lakukan Dengarkan Kool FM AG Haiza Muaz bersama Datuk Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Catch Up Kool sekarang Artikel oleh Kool FMTERDESAK PINJAM ALO...
Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak Budak Sekarang Dah Jatuh Cinta

Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak Budak Sekarang Dah Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 501 hits
Pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah Raissuddin sering kali berkongsi momen romantis mereka berdua di Instagram mereka Kejayaan demi kejayaan diraih tidak sedikit pun memudarkan kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga malah mereka be...
Annuar Kita Keliru Siapa Teman Siapa Lawan

Annuar Kita Keliru Siapa Teman Siapa Lawan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 210 hits
MALAYSIAKINI Sebahagian dari kita keliru siapa teman siapa lawan siapa zimmi siapa harbi siapa sejati siapa munafik yang mana kepentingan nasional yang mana agenda personal kata Setiausaha Agung BN Annuar Musa Mengulas lanjut Annuar berkata...
Youtuber Ditahan Kerana Menyebabkan Kematian Teman Wanita Sedang Hamil Ketika Live

Youtuber Ditahan Kerana Menyebabkan Kematian Teman Wanita Sedang Hamil Ketika Live

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 736 hits
Zaman sekarang ni sosial media memang menakutkan lagi lagi kalau terlalu asyik melayan sampai boleh membahayakan nyawa orang lain Ini yang berlaku apabila seorang Youtuber di Rusia ditangkap kerana menyebabkan kematian teman wanitanya yang ...
Lirik Lagu Terakhir Buat Teman Hazama Siti Sarah

Lirik Lagu Terakhir Buat Teman Hazama Siti Sarah

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 631 hits
Engkau rentak ku melodiBersatu di dalam rasaMeresap jiwa sang pemujaMembuai seluruh raga Pada garis nota iramaKita nyanyi lagu merduAkulah suara mengiringiMelodi yang kau mainkan Kita sering berbicaraKan bersama mencipta berkaryaNamun keten...
8 Bukti Kamu Yang Nggak Suka Ikut Ikutan Teman Adalah Pribadi Yang Mengagumkan

8 Bukti Kamu Yang Nggak Suka Ikut Ikutan Teman Adalah Pribadi Yang Mengagumkan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 219 hits
Di saat yang lain demam warna lilac kamu justru masih setia dengan hitam dan navy
Hazama Feat Siti Sarah Terakhir Buat Teman Chord

Hazama Feat Siti Sarah Terakhir Buat Teman Chord

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 527 hits
D E F m F m F m E EmEngkau rentak ku melodi D ABersatu di dalam rasa Bm F mMeresap jiwa sang pemujaG C Membuai seluruh ragaG m F Pada garis nota irama E BKita nyanyi lagu merdu C m G mAkulah suara mengiringi E F G mMelodi yang engkau mainka...
Sabah Umno Chief Confident In Party S 34 Year Struggle And Revival

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

Penerangan Jenis Jenis Gangguan Seksual Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Alyph Feat Ziana Zain Gerak Chord

Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

Alyssa Dezek Ara Aziz Qadejah Aliff Syukri Cik B Raya Genz Chord

Indonesia Cuts Domestic Airfares For Aidilfitri Travel

Ikan Taucu Sedap Kredit Dapur Kecik Naza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat