Sebab Itulah Dia Dikenali Sebagai Mahazalim Dan Mahafiraun


 
BURUKNYA PERANGAI MAHATHIR, SIKAP BAIK HATI ANWAR TAK DIHARGAI TAPI KERJA JAHAT PAS YANG DIALU-ALUKANNYA


Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen, Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh diperolehi bakal penggantinya di Dewan Rakyat.


Katanya, walaupun beliau berjanji dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, kuasa muktamad akhirnya terletak kepada Parlimen.


“Korner baring” kenyataan Tun Mahathir itu dengan jelas membuktikan beliau berhasrat ingin berkuasa dengan lebih lama dan memungkiri janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya sejak sebelum PRU14 lagi.


Hari ini pula, apabila ditanya wartawan mengenai usul percaya yang bakal dibawa Pas itu, Tun Mahathir dengan rasa gembira yang tidak terselindung, mengucapkan terima kasih kepada “parti Islam yang tidak berwatak islam” itu.


Menurut Tun Mahathir, walaupun tidak tahu menahu mengenai usul itu, beliau tetap mengalu-alukannya.


“Saya tidak tahu apa yang akan mereka (PAS) lakukan.


“Saya sudah menjadi Perdana Menteri. Jika mereka mahu menyokong saya, terima kasihlah,” katanya ringkas.


Benarkah Tun Mahathir tidak tahu menahu mengenai usul Pas itu?


Tidak mungkinkan tindakan Pas membawa usul percaya itu merupakan perkara yang dirancangnya bersama parti Islam itu?


Bukankah beliau beberapa kali berjumpa dengan pemimpin Pas sebelum ini?


Jika tidak tahu menahu, mengapa rentetan peristiwa yang berlaku seolah-olah diatur dengan sempurna?


Dari segi logiknya, sebagai parti pembangkang, Pas sepatutnya mengemukan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan bukannya usul undi percaya.


Usul percaya sebaliknya mesti dikemukakan oleh parti kerajaan yang sedang mendokong Perdana Menteri apabila terdapat sesuatu keadaan yang menyebabkan kerajaan tidak stabil atau kedudukan ketua kerajaan dipertikaikan oleh pembangkang.


Tetapi, apa yang berlaku sekarang memperlihatkan keadaan jadi terbalik kerana pembangkang yang beria-ia memberi sokongan kepada Perdana Menteri.


Dalam hal ini, harus difahami tujuan Pas membawa usul percaya itu hanyalah untuk memecah-belah dan memporak-perandakan PH menjelang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.


Sebaik saja usul percaya itu berjaya dibentangkan, maka disitulah bermulanya PH akan berpecah di mana Pas yang bekerjasama dengan UMNO percaya hanya dengan cara itu mereka lebih mempunyai harapan untuk menumbangkan kerajaan dalam PRU akan datang.


Mesti difahami, Pas hanyalah menyokong Tun Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan ia adalah semata-mata kerana parti itu takut, dengki dan iri hati kepada Anwar yang bakal menjadi pengganti selepas itu.


Walhal, kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui oleh PH dan tidak perlu campurtangan pihak luar mengenainya.


Selepas usul itu diluluskan dan PH berpecah kerana dengan sendirinya janji peralihan kuasa terbarai,!Pas akan tetap meneruskan kerjasamanya dengan UMNO untuk mengalahkan PH dalam PRU akan datang.


Dalam keadaan PH yang sudah berpecah, sudah tentulah Pas yang bekerjasama dengan UMNO dan BN mempunyai peluang lebih baik memenangi PRU15 nanti.


Maka, adalah teramat bodoh jika PH, khususnya Tun Mahathir terpedaya dengan permainan politik jahat Pas yang berselindung di sebalik agama itu.


Selain itu, tindakan Tun Mahathir mahu menyerahkan kepada Parlimen berhubung perlantikan Perdana Menteri selepasnya dan berterima kasih kepada Pas berkaitan usul undi percaya yang mahu dibentangkannya adalah jelas menunjukkan beliau tidak menghagai sikap baik hati dan tolak ansur Anwar dalam soal peralihan kuasa.


Meskipun sebelum ini telah dijanjikan dengan kata-kata Tun Mahathir akan menyerahkan kuasa kepadanya dalam tempoh dua tahun dan kemudian Perdana Menteri meminta lanjutan enam bulan lagi sehingga Sidang Apec pada November, Anwar secara terbuka telah menunjukkan sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaan itu.


Kata Anwar, kalau beliau boleh menunggu selama 20 tahun, apalah sangat dengan tempoh enam bulan itu.


Tetapi, apakah reaksi Tun Mahathir terhadap sikap baik hati Anwar itu?


Beliau bukan saja memberi dalih baru dalam soal peralihan kuasa dengan mengatakan kedudukan Anwar sebagai penggantinya bakal ditentukan oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen, malah mengalu-alukan usul undi percaya Pas yang mahukannya kekal sehingga habis penggal.


Sikap dan perangai Tun Mahathir itu jelas membuktikan beliau mahu memungkiri janji peralihan kuasa dan ingin kekal bertakhta di singgahsana jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal.


Perangai buruk Tun Mahathir ini menunjukkan beliau sudah lupa akan jasa dan pengorbanan Anwar serta keluarganya sehingga beliau dapat diterima dengan baik oleh PH dan seterusnya berjaya beroleh kedudukan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.


Bolehkah manusia seperti ini terus kita sokong lagi? (ShahbudinHusin 10/02/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/sebab-itulah-dia-dikenali-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tanda Haji Mabrur Dan Keutamaan Umrah Sebagai Penebus Dosa

5 Tanda Haji Mabrur Dan Keutamaan Umrah Sebagai Penebus Dosa

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 280 hits
Apa saja keutamaan umrah Umrah adalah penebus dosa Sedangkan haji mabrur itu balasannya surga Namun haji mabrur memiliki tanda tertentu
Elemen Masyarakat Temui Ketua Dprd Usulkan Lalu Niqman Zahir Sebagai Pj Gubernur Ntb

Elemen Masyarakat Temui Ketua Dprd Usulkan Lalu Niqman Zahir Sebagai Pj Gubernur Ntb

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 130 hits
Lalu Niqman Zahir juga dinilainya memiliki kecakapan dan kemampuan dalam mengatur dan mengelola sistem administrasi pemerintahan khususnya dalam aspek tata kelola pemerintahan
Perak Calon Mujahid Sebagai Senator

Perak Calon Mujahid Sebagai Senator

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 139 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dicalonkan untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dari Perak Nama pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga naib presiden Amanah itu dikemukakan Menter...
Baru Tahu Planet Pluto Kini Tidak Dianggap Sebagai Planet Tapi Kenapa Ya

Baru Tahu Planet Pluto Kini Tidak Dianggap Sebagai Planet Tapi Kenapa Ya

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 154 hits
Baru tahu planet Pluto kini tidak dianggap sebagai planet tapi kenapa ya Sejak sekolah rendah kita mengenali Pluto sebagai planet terkecil dan merupakan salah satu daripada 9 buah planet dalam Sistem Solar Namun pada Ogos 2006 Kesatuan Astr...
Aziz Bari Nafi Pernah Cuba Jatuhkan Peja Sebagai Mb Perak

Aziz Bari Nafi Pernah Cuba Jatuhkan Peja Sebagai Mb Perak

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 191 hits
Martin VengadesanPemimpin DAP Perak Abdul Aziz Bari menafikan dakwaan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu bahawa DAP cuba menjatuhkannya semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan selepas menang pilihan raya 2018 Aziz memberitahu Mala...
Kylian Mbappe Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Ligue 1 Buat Kali Ke Empat

Kylian Mbappe Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Ligue 1 Buat Kali Ke Empat

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 160 hits
Kylian Mbappe dipilih sebagai pemain terbaik Ligue 1 musim ini buat kali keempat berturut turut selepas membantu Paris Saint Germain mencatatkan rekod memenangi kejuaraan Perancis ke 11 Bintang Perancis itu menjaringkan 28 gol dalam liga mu...
Fakta Fakta Kota Vrindavan Yang Dikenal Sebagai Rumah Bagi Ribuan Janda

Fakta Fakta Kota Vrindavan Yang Dikenal Sebagai Rumah Bagi Ribuan Janda

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 184 hits
Kota Vrindavan di India mendapat julukan sebagai kota janda oleh masyarakat luas Alasannya karena di sana banyak sekali janda yang melarikan diri dan memilih tinggal di kota tersebut Simak ulasan selengkapnya
Tugasan Harian Sebagai Usahawan Kedai Kopi

Tugasan Harian Sebagai Usahawan Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 357 hits
Sebagai seorang usahawan kedai kopi tugasan harian anda mungkin akan melibatkan beberapa perkara berikut 1 Membuka Kedai Datang ke kedai awal pagi untuk membuka kedai memeriksa stok kopi dan bahan bahan lain yang diperlukan untuk menyediaka...
Tottenham Siap Pindah Untuk Bos Feyenoord Arne Slot Sebagai Manajer Baru Paper Talk Berita Pusat Transfer

Tottenham Siap Pindah Untuk Bos Feyenoord Arne Slot Sebagai Manajer Baru Paper Talk Berita Pusat Transfer

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 161 hits
Semua berita utama dan rumor transfer dari surat kabar hari Rabu SURAT HARIAN Arne Slot akan menjadi manajer baru Spurs jika agennya Rafaela Pimenta dapat menegosiasikan keluar dari kontraknya di Feyenoord besok Raheem Sterling bisa menjadi...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults