Sebab Dengki Macam Macam Kes Sihir Baby Wanita Ingatkan Ibubapa Hati Hati Upload Gambar Anak Ke Media Sosial
Sudah menjadi trend pada hari ini bila mana ibu bapa gemar berkongsi gambar dan video anak kecil mereka ke media sosial.
Tujuan mereka yang dikenal pasti adalah untuk berkongsi kepada rakan-rakan berkenaan situasi semasa, karenah, gelak tawa, kecomelan dan sebagainya.
Bagaimanapun, daripada sudut pandang berbeza, perbuatan itu dipercayai mungkin boleh menimbulkan masalah lain yang tidak dijangka, misalnya risiko berkaitan perkara syirik.
Seorang pengamal rawatan Islam, Ustazah Nazirah Abdul Rahim baru-baru ini berkongsi nasihat tentang bahayanya perbuatan berkongsi gambar anak kecil ke media sosial.
Ikuti penjelasan ini.
Ustazah pesan betul-betul.
Gambar baby, anak-anak kecil usahlah rajin share di FB. Pakaikan baju cantik-cantik, share. Biarlah kita saja lihat gambar anak-anak kita sesama kita. Minta doakan bukan minta dipuji.
Anak-anak memang cantik. Usah ditunjuk-tunjuk, kesian anak kecil. Bimbang. Mata-mata yang lihat, mulut memuji, hati ada ‘ain’ (dengki).
Di sini ingat, syaitan bekerja keras menyesatkan manusia yang mula ada ‘ain’ (dengki) untuk sesatkan manusia bertuhankan jin dan syaitan.
Jin dan syaitan musuh nyata manusia. Kita jangan lupa. Rasulullah SAW amat ingatkan kita.
Dengki manusia, sangat halus. Ia tipu daya syaitan. Mata manusia tak akan nampak.
Kadang mulut memuji-muji, mata menangis seolah sayang kawan ambik berat. Hari-hari jumpa tanya khabar, seolah-olah sayang ambil berat. Rupanya dengki.
Diberi makan selalu, disihir kawan dan bahkan anak-anaknya satu keluarga, hati sayang, tapi dengki makin menjadi-jadi sebab nampak kawan lebih, anak lebih baik, cantik dan macam-macam.
Mulalah anak dapat penyakit, sikit-sikit lama jadi bukit. Ada penyakit jahatnya ‘diam-diam’. Tak nampak. Lama-lama nampak ‘pelik dan luar biasa’.
Ada kejahatan nampak, anak makin teruk, makin pelik, lain dan sakit itu dan ini. Tak boleh bercakap. Degil, tantrum, taknak tidur, cakap seorang-seorang dan macam-macam penyakit yang tak mampu ustazah senaraikan.
Suami isteri mula membenci satu sama lain, bercakaran dan memberontak.
Sihir boleh berlaku sejak baby. Dan banyak kes pesakit ustazah baby disihir sejak dalam kandungan. Allahuakbar.
Sebab dengki, macam-macam kes sihir baby. Allahuakbar.
Ustazah pesan, jaga-jagalah. Nanti susah, macam-macam masalah timbul pada anak. Sedih ustazah.
Kesian anak-anak, dah macam-macam masalah, nanti baru susah hati.
Jauh lebih bimbang, mata ‘ain’ (dengki) tak dengki anak saja, (tapi) dengki mak ayah sekali. Satu keluarga tak sihat kena ‘ain’.
Jauhilah sifat menunjuk-nunjuk apa sahaja. Banyakkan bersederhana.
Banyakkan manfaatkan masa dengan didik anak-anak sebut nama Allah seawal baby dan Al-Quran.
Sebarkan. Sampaikan pesanan ini. Ramai yang masih tak kisah.
Kredit gambar: Google
Sumber: Ustazah Nazirah Abdul Rahim
The post “Sebab Dengki, Macam-macam Kes Sihir Baby…”, Wanita Ingatkan Ibubapa Hati-hati “Upload” Gambar Anak Ke Media Sosial appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2020/11/sebab-dengki-macam-macam-kes-sihir-baby.html