Seawal Usia 3 Tahun Dibius Jalani Pembedahan Gigi Pula Perlu Dicabut Hingga Berbelas Batang
Penjagaan mulut dan gigi anak sangat penting dan perlu diambil berat seawal usia anak 1 hari. Kenapa penting? Kerana jika tidak dijaga dengan betul, ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kerosakkan gigi yang teruk.
Menurut perkongsian doktor, ada beberapa kes yang memerlukan pembedahan akibat penjagaan yang mulut yang salah. Isu seperti ini perlu dipandang serius oleh ibu bapa supaya penjagaan gigi anak di ambil berat.
Masuk hari ni, hampir setiap minggu ada sahaja kes budak yang dimasukkan ke Dewan Bedah disebabkan karies gigi.
Kasihan sungguh kanak kanak sebegini. Seawal usia 3 tahun perlu dibius dan menjalani pembedahan besar serta pembersihan nanah dan mulut serta cabut gigi sehingga berbelas batang.
Karies gigi ini lah menjadi punca berumahnya bakteria sehingga menjadi nanah yang menjadikan muka mereka bengkak.
Tolong ye parents semua.
Jaga kebersihan mulut dan gigi. Kurangkan manis- manis dan tidur dengan botol susu.
Paling penting sila berus gigi anak anda. Mereka kecil lagi. Tak boleh biar ikut suka hati mereka nak berus atau tidak. Tangkap dan berus gigi mereka. Mula mula mereka marah, lama lama mereka okay sahaja.
Kalau dah jadi macam ni, anak nak makan pun tak boleh. Sakit , menderita, demam, kebuluran dan kurus kering. Seluruh yang rosak perlu dicabut.
Bayangkan anak sekecil 3 tahun habis tak bergigi. Bagaimana nak makan sementara nak tunggu umur 6 tahun untuk gigi kekal mula tumbuh? Nak kunyah macam mana?
Kasihanlah anak itu.
Untuk ibu bapa yang dah tersedar dari lamunan, sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi. InshaAllah doktor gigi boleh bantu anak anda. Tahan sahajalah telinga dengar leteran doktor bagi nasihat.
Bukan senang nak jaga anak.
Kredit: Dr Nurilyani Bujang
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Seawal Usia 3 Tahun, Dibius & Jalani Pembedahan. Gigi Pula Perlu Dicabut Hingga Berbelas Batang appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/seawal-usia-3-tahun-dibius-jalani-pembedahan-gigi-pula-perlu-dicabut-hingga-berbelas-batang/