Seafood Segar Di Pasar Parit Jawa Muar
Hi korang..
Selamat berhujung minggu...SA bersiaran dari Muar..semalam SA sampai sini berkunjung ke rumah adik lelaki SA. Pergi melawat mak mertua dia yang tak sihat dan melawat dia satu family juga...gerak dari Seremban dalam pukul 9 pagi dan sampai pukul 11am. Perjalanan lancar cuma banyak kereta...selalunya kalau datang ke Muar ni memang tak sah kalau tak pergi Pasar Parit Jawa..rasanya dah banyak kali SA share kat blog pasal ni...SA suka pi sini cari ikan yang fresh...walau harga ikan yang baru naik ni agak mahal tapi sangat-sangat berbaloi sebab fresh ..jangan tak tau ramai Singaporean beli ikan fresh kat sini...sekali beli sampai beberapa box diorang bawak balik..compare currency kita ngan diorang for sure murah bagi diorang kan...
Eh jom la tengok gambar yang sempat SA snap..
Aktiviti peraih ..memang kat mana-mana pasar di tepi kuala memang macam ni situasinya..ikan-ikan di lambak atas lantai dan dipilih serta ditimbang...lepas setuju dengan harga..peniaga akan ambil ikan bawa ke gerai mereka untuk di jual..so jangan fikir bukan-bukan kalau nampak ikan tu semua di lambak atas simen
sayur-sayur fresh
Ikan pari besar
Ikan mayong & ikan duri
ikan yg di jual sepiring2
Ikan bawal putih seekor RM58
sotong kecik2
Ikan sebelah atau ikan sisa nabi.
Udang fresh
Sotong besar
Best kan...
Untuk kaki masak macam SA ni..bila tengok semua seafood fresh mcam ni sure teruja..kalau pergi sini memang kena bawak duit banyak-banyak...paling best tgok orang Singapore borong seafood...berkepuk2 bawak duit ..rupanya kat sini memang jadi tumpuan orang Singapore...aebab tu harga boleh tahan mahal..setakat ikan2 biasa yang kita selalu tengok kat pasar besar tu murah la kat sini...Udang, Sotong or Ketam memang mahal...tapi kalau dh teringin...pejam mata je la beli...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/03/seafood-segar-di-pasar-parit-jawa-muar.html