Scholarship Malaysia 2023 Best For Degree Master Phd
Senarai permohonan Scholarship Malaysia 2023: Best For Degree Master PHD
Scholarship atau dengan nama lain, biasiswa merupakan tajaan pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat pengajian mereka.
Pelajar akan menerima tajaan kewangan bagi pengajian mereka tanpa perlu membuat membuat bayaran balik. Ia bukannya sebuah pinjaman kewangan.
Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah dan peringkat tinggi.
Biasiswa bukan hanya merangkumi tajaan yuran pengajian, namun ianya juga termasuklah dengan elaun sara diri, elaun tiket penerbangan, elaun makan dan banyak lagi elaun-elaun yang berkaitan.
Senarai Scholarship Malaysia 2023 For Degree Master & PHD
Terdapat banyak biasiswa yang ditawarkan di Malaysia bertujuan menggalakan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
BACA SINI >> Biasiswa 2023 ijazah sarjana muda degree
BACA SINI >> Senarai biasiswa lepasan spm 2023
BACA SINI >> Biasiswa mara scholarship
1. Stipendium Hungaricum Scholarship
Biasiswa Stipendium Hungaricum merupakan tajaan pengajian ke universiti di Hungaria. Ia merupakan biasiswa bagi pengajian luar negara.
Ianya diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Hungaria. Tajaan ini meliputi bayaran yuran pengajian, elaun sara diri secara bulanan, elaun kediaman dan insurans kesihatan.
Individu yang layak untuk membuat permohonan biasiswa ini, mereka boleh membuat permohonan di portal https://stipendiumhungaricum.hu scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
Biasiswa Sunway merupakan tajaan pengajian bagi pelajar Sunway untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi lepasan SPM dan STPM.
Antara program yang ditawarkan di bawah biasiswa ini ialah Sunway-ICAEW Global Accountant Scholarship Scheme, Sunway-ACCA Global Leader Scholarship, Sunway University Postgraduate by Research Scholarship dan Sunway University Taught Masters Scholarship.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga khusus yang ditaja di bawah program-program ini.
Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Universiti Sunway boleh cuba membuat permohonan biasiswa ini di portal https://my.sunway.edu.my scholarships seperti pada Rajah di bawah ini
2. Sunway Scholarship
3. Google Scholarship Malaysia 2023
Biasiswa Google merupakan satu inisiatif yang ditawarkan oleh syarikat Google kepada pelajar-pelajar seluruh dunia di peringkat global.
Matlamatnya adalah bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
Google bukan hanya menyediakan bantuan biasiswa berbentuk kewangan semata-mata, namun ianya merangkumi pembelajaran amali dan praktikal.
Terdapat tujuh (7) jenis biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat Google untuk pelajar-pelajar seluruh dunia termasuklah biasiswa Udacity-Google Developer, Women Techmakers Scholars Program, Google Venkat Panchapakesan Memorial Scholarship, Google Conference and Travel Scholarships, Doodle 4 Google India Contest, Google India Code to Learn Contest dan Generation Google Scholarship.
Permohonan biasiswa Google ini boleh dibuat menerusi portal https://buildyourfuture.withgoogle.com scholarships seperti pada Rajah di bawah ini
4. Asean Scholarship 2023 Malaysia
Biasiswa ASEAN merupakan biasiswa yang dikhususkan kepada pelajar Malaysia yang ingin menyertai sekolah peringkat menengah rendah, sekolah peringkat menengah tinggi atau pra-universiti di sekolah menengah atau univerisiti terpilih di Singapura.
Pelajar yang mempunyai kelayakan seperti fasih dalam bahasa Inggeris, mempunyai percapaian terbaik di sekolah dan mempunyai rekod penglibatan kokurikulum yang aktif akan terpilih dalam menerima biasiswa ini.
Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar di bawah biasiswa ini termasuklah elaun rumah, elaun perjalanan, elaun seklah, elaun peperiksaan bagi A-Level dan banyak lagi.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan permohonan biasiswa ini boleh dipohon di portal https://www.moe.gov.sg scholarship secara atas talian dengan mengisi borang pendaftaran seperti pada Rajah di bawah ini
5. Biasiswa Petronas Scholarship 2023 Malaysia
Biasiswa Petronas merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh syarikat minyak dan galian, PETRONAS.
Biasiswa petronas scholarship ini dibuka kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia, kejuruteraan, sains computer, minyak dan galian dan banyak lagi.
Pelajar yang memenuhi kriteria yang dinyatakan wajib menduduki dua (2) fasa temuduga iaitu fasa ujian atas talian dan temuduga secara atas talian bagi melayakkan pelajar untuk menerima biasiswa ini.
Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://educationsponsorship.petronas.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
6. Yayasan Khazanah Scholarship Malaysia 2023
Biasiswa Yayasan Khazanah merupakan biasiswa peringkat global yang menawarkan peluang pelajaran yang cerah kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di universiti-universiti terpilih di seluruh dunia.
Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan dibekalkan dengan kursus dan latihan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang pelajaran dan pekerjaan yang mereka pilih.
Biasiswa yang ditawarkan ini adalah biasiswa yang merangkumi pembelajaran sepenuh masa.
Rekod pencapaian pembelajaran pelajar mestilah seiring dengan rekod pencapaian kokurikulum pelajar bagi melayakkan mereka menerima biasiswa ini.
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.yayasankhazanah.com.my scholarship.
7. Shell Malaysia Scholarship 2023
Tawaran biasiswa Shell adalah dikhususkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di university tempatan atau luar negara.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada percapaian persekolahan pelajar dari semasa ke semasa.
Biasiswa ini dibiayai bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, sains dan komersial.
Proses permohonan yang merangkumi empat (4) tahap seperti permohonan atas talian, penilaian atas talian, temuduga menerusi video atas talian dan temuduga akhir akan melayakkan pelajar untuk menerima biasiswa ini.
Namun, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan biasiswa ini, permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.shell.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
8. Permodalan Nasional Berhad PNB Scholarship
Biasiswa Pemodalan Nasional Berhad (PNB) disediakan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara.
Pelajar mestilah mengikuti pengajian di kolej persediaan yang telah ditetapkan oleh PNB sebelum boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Banyak syarat kelayakan dan syarat tawaran yang perlu dipatuhi oleh penerima biasiswa jika berjaya menerima biasiswa ini.
Permohonan biasiswa PNB ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.pnb.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini jika pelajar memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan oleh PNB.
9. Karangkraf Scholarship
Biasiswa Karangkraf merupakan bantuan pembelajaran yang diwujudkan untuk membantu pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Program biasiswa ini dibuka pada orang awam dengan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke SEGI, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), UNITAR, UNISEL, KUIS, UNITEN dan banyak lagi sepertimana yang diiktiraf oleh Karangkraf.
Matlamatnya adalah untuk membantu pelajar yang kurang cemerlang tetapi mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penerima biasiswa Karangkraf layak untuk bekerja di bawah syarikat Karangkraf setelah tamat tempoh pembelajaran.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada tawaran pekerjaan mengikut prestasi dan percapaian pelajar sepanjang dibiayai oleh Karangkraf.
Permohonan biasiswa Karangkraf ini boleh dipohon dengan menghantar emel ke
[email protected].
10. Ocbc Scholarship
Biasiswa OCBC bank ditawarkan kepada pelajar tahun pertama yang mempunyai keputusan yang cemerlang di peringkat STPM dan Matrikulasi.
Bidang pelajaran yang layak dipohon bagi mendapatkan biasiswa ini ialah bidang pelajaran yang berkaitan dengan perbankan di Malaysia.
Pembiayaan biasiswa sebanyak RM12,000 setahun bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan RM23000 setahun bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan di laman sesawang https://www.ocbc.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
11. YDP Yang Dipertuang Agong Scholarship
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini merupakan bantuan kewangan yang dibiayai kepada rakyat Malaysia yang layak untuk mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD).
Bidang pengajian yang layak menerima biasiswa ini ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Kewangan Islam dan Udang-undang.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan dengan mendapat keputusan yang cemerlang dengan minimum CGPA 3.75 di peringkat Ijazah Sarjana Muda layak untuk menerima biasiswa ini.
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
12. Heriot Watt Scholarship
Biasiswa Heriot Watt menawarkan tajaan pembiayaan pelajaran bagi program sarjana dan pascasiswazah dalam bidang kursus sains aktuari, perniagaan dan kewangan, alam sekitar, psikologi, kejuruteraan dan ukur bahan.
Setiap pelajar atau pemohon biasiswa ini wajib mengekalkan 70 peratus kadar julat Gred A bagi setiap tahun pengajian.
Permohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal https://www.hw.ac.uk scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
13. Sarawak Energy Scholarship
Biasiswa Sarawak Energy merupakan biasiswa yang disediakan khusus bagi rakyat Sarawak.
Program biasiswa ini bertujuan membantu menggalakkan perkembangan dan pembangunan masa depan tenaga di negara kita.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, informasi dan komunikasi teknologi, undang-undang, perakaunan dan kewangan layak untuk memohon biasiswa ini.
Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.sarawakenergy.com scholarship seperti pada Rajah di bawah ini.
14. Insurance Etiqa Scholarship
Program biasiswa Etiqa ini merupakan tajaan pendidikan dengan kerjasama Yayasan UMP.
Tawaran biasiswa ini dikhaskan kepada pemohon para pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Permohonan biasiswa ini adalah terhad kepada golongan pemohon yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah sebulan.
15. Insuran Great Eastern Scholarship
Great Eastern merupakan syarikat insurans milik Singapura. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga ada menyediakan biasiswa kepada para pelajar.
Biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar dikenali sebagai Great Eastern Supremacy Scholarship.
Terdapat 17 universiti yang tersenarai di bawah pembiayaan biasiswa ini termasuklah Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan banyak lagi.
Pelajar yang menerima biasiswa ini akan ditaja dengan kadar pembiayaan biasiswa sebanyak RM15000 setahun bagi setiap tahun akademik.
Individu yang layak dan tersenarai dalam kursus yang layak menerima biasiswa ini boleh membuat permohonan dengan menghantar emel ke
[email protected].
16. Al Bukhary Scholarship
Pelajar yang cemerlang dalm bidang akademik dan kokurikulum layak untuk membuat permohonan dan menerima biasiswa Albukhary.
Penerima biasiswa ni layak menyambungkan pelajaran mereka ke Albukhary International University (AIU).
Permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang https://aiu.edu.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini mestilah dibuat bagi menerima biasiswa ini.
Sumber Asal Yang Rasmi : Scholarship Malaysia 2023: Best For Degree Master PHD
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/scholarship-malaysia