Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya


 


Viral isu pakcik teksi (Maxim) terlanggar belakang kereta saga putih dan ditampar oleh perempuan mungkin pemilik kereta yang dilanggar

Perlanggaran sudah berlaku, kenapa perlu ada serangan fizikal?
Perkara sudah jadi, bawa kereta ke tepi. Bincang apa yang patut dan buat laporan polis untuk tuntutan insurans

Semasa saya cuti sambung belajar dulu, 3 kali saya terlibat dalam perlanggaran. Berlaku sekitar tahun 2018, 2019

Entahlah kenapa cuai sangat padahal mula memandu sejak umur 18 tahun, macam - macam size kereta dah saya pandu. Tapi dengan MyVi ini kerap benar saya berlanggar

Kali pertama saya keluar simpang dalam kawasan rumah, sungguh saya tak nampak lansung kereta Perodua Kancil pakcik India itu.
Tiba - tiba sudah bercalar dan kemek badan kereta dia.
Saya mohon maaf, esok bawa ke bengkel, jumlah kerosakannya saya bayar terus ke bengkel

Siap dibaiki dia asyik minta duit dari saya, alasannya tak dapat bekerja beberapa hari.
Tak lama kemudian saya nampak keretanya remuk lagi

Beberapa minggu tambah lagi kemek dibahagian lain

Suami kata hobi dia dilanggar orang agaknya. Mujur sekarang kereta itu sudah tak ada lagi.
Tiap - tiap hari saya lalu depan rumahnya, dah tak nampak pula uncle ini keluar menjemur kain. Mana dia pergi agaknya?
Kali kedua, pun dalam kawasan rumah, balik dari hantar Akhil ke tadika dan nak hantar Nazran ke taska

Sedar - sedar terlanggar motosikal auntie berbangsa Cina dihadapan saya. Entah bila masa dia potong kereta saya pun tak sedar. Sebelum itu saya nampak dia semasa berhenti di lampu isyarat

Yang ini jiran saya kebetulan lalu, dia bantu angkatkan motosikal, dia suruh saya balik rumah. Biar dia uruskan semua.
Dia bantu bawa auntie ke klinik, auntie itu pula walaupun warganegara tapi tak tahu berbahasa melayu langsung. Hmmm..

Jiran saya ini orang India, badannya besar, suara kuat. Auntie itu asyik bising marah dan membebel itu ini, ditempik sekali dengan jiran saya, terus senyap

Malamnya suami dan jiran saya berjumpa suami auntie tersebut. Dia minta duit nak baiki motosikal, minta duit nak jumpa tabib.
Kami beri jumlah yang sepatutnya

Esok lusa telefon minta duit lagi. Ah sudah, nak peras ugut pula.
Mujur saya buat laporan polis. Kata sarjan yang terima laporan, kalau terlibat dengan kemalangan, tak kira teruk atau tidak, nak tuntut insurans atau tidak, wajib buat laporan

Bimbang nanti pihak yang dilanggar melapor dulu dan buat laporan palsu, kita dapat masalah

Kata sarjan itu lagi, "Ada satu kes ni puan, orang ini langgar belakang, sikit saja tak ada apa - apa dan mereka selesai sendiri. Esoknya orang yang dilanggar itu meninggal atas sebab lain, keluarga itu buat tuduhan terhadap lelaki yang langgar belakang pada hari sebelumnya. Naya dia kena naik turun mahkamah."
Jadi berhati - hatilah ya

Kali ketiga, ini saya langgar belakang kereta budak lelaki Melayu pula

Cukup 1 Malaysia kata suami saya

Yang ini berlaku semasa jalan sesak, depan Astro. Memang salah saya pun tak perasan dia sudah brek, saya terlewat menekan brek.
Kami berhenti di tepi jalan, saya cepat - cepat minta maaf. Budak lelaki itu nampak kalut, nak ke Seri Pentas, dia pemain muzik sambilan. Mujur dia tak marah, tapi nampak dia gelisah

Rupanya antara sebab dia gelisah adalah kerana dia tak ada lesen memandu

Patutlah dia ajak saya 'settle tepi' saja. Tapi tak bolehlah, kereta saya kemek teruk. Kereta Ford dia tak seteruk MyVi saya

Semasa tu tunggu tow truck insurans sampai, geng tonto yang datang lebih awal sibuk nak tawarkan bantuan itu ini. Baru 5 minit kejadian mereka sudah tiba.
Hebatkan

Jangan layan, tunggu saja yang pihak insurans hantarkan

Dasyatnya mereka ini, semasa tow truck insurans sampai mereka ugut nak belasah pemandunya

Mujur ada polis peronda lalu ditempat kejadian, cepat - cepat mereka lari

Jadi apa perlu buat bila berlanggar?
Bertenang, bawa kereta ke tepi supaya tak ganggu lalu lintas

Tak perlu bergaduh, minta maaf dan telefon pihak insurans segera. Kalau kereta tak boleh bergerak minta hantarkan kereta tunda

Ambil nombor telefon dan butir - butir pemandu yang dilanggar

Buat laporan di balai terdekat. Kena semak kawasan tersebut di bawah jagaan balai kawasan yang mana.
Selesai buat laporan, tunda kereta ke bengkel yang dipilih. Ada orang suka dekat rumah, ada juga yang tak kisah kalau dihantar ke mana pun.
Kita boleh pilih nak hantar ke mana, cuma perlu semak jarak dalam kilometer dan berapa adakah jarak tersebut dilindungi oleh insuran atau perlu bayaran tambahan

Perkara yang sama perlu dibuat oleh kereta yang dilanggar, hubungi insuran sendiri. Nanti pihak insuran kita akan selesaikan segala tuntutan

Kereta sudah selamat sampai ke bengkel, jangan lupa ambil barang - barang berharga

Untuk proses tuntutan insuran pula, sediakan semua dokumen ini

Salinan kad pengenalan pemanduSalinan lesen memandu pemanduSalinan 'cover note' insuranSalinan geran keretaSalinan laporan polis
Kalau kereta tu bukan milik kita, sediakan juga Salinan kad pengenalan pemilikSalinan lesen memandu pemilik
Sudah serahkan semuanya, tunggu pihak penilai nilai kerosakan, tunggu pula bengkel baiki.
Kadang ambil masa berbulan, ikut nasib masing - masing

Kes saya dengan budak lelaki itu, dia minta juga duit pampasan sebab mahu betulkan gitar.
Gitar tersebut ada dalam bonet dan rosak sedikit sebab perlanggaran itu

Kami jumpa di studio muziknya, suami saya periksa, betul ada kerosakan. Mujur suami saya juga bermain muzik

Tapi, tak lama kemudian dia hubungi suami minta duit lagi. 2, 3 kali dia meminta, suami kata cukup sebab kami sudah bantu yang sepatutnya

Dari simpati timbul geram pula

Itulah kisah perlanggaran 1 Malaysia saya.
Tak lama lepas itu saya jual MyVi tersebut, kembali pandu SUV. Dah bertukar kereta 2 kali, 
Alhamdulillah tak ada berlanggar. Mohon Allah pelihara, tak sanggup terkena lagi

Mungkin nasib saya kurang baik dengan MyVi atau mungkin saya terikut gaya 'king of the road' waktu itu

Credit goes to Dr. Fara Hamidi, UniKL
 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/04/scammer-dari-kalangan-mangsa-kemalangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Maut Kemalangan Ketika Berlumba Di Litar

Guru Maut Kemalangan Ketika Berlumba Di Litar

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 100 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang guru meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika menyertai satu perlumbaan kereta di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka Durian Tunggal Alor Gajah pada petang semalam Zafran Saad 48 yang...
Seorang Wanita Maut Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan

Seorang Wanita Maut Suami Dan Tiga Anaknya Cedera Selepas Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 97 hits
KUANTAN Seorang wanita maut manakala suami dan tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki lima sekeluarga itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Pertanian Jubli Perak pada Selasa Dalam k...
Pengantin Perempuan Maut Kemalangan 2 Hari Sebelum Naik Pelamin

Pengantin Perempuan Maut Kemalangan 2 Hari Sebelum Naik Pelamin

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 122 hits
Alias Abd RaniKereta dinaiki Nur Syamira yang terbabit kemalangan di Kilometer 93 3 Lebuhraya Utara Selatan pagi tadi nbsp BATU PAHAT Persiapan majlis sudah lengkap dan hanya menunggu hari untuk melangsungkan perkahwinan namun bakal pengant...
Polis Cari Dua Penunggang Motosikal Terbabit Kemalangan Di Karak

Polis Cari Dua Penunggang Motosikal Terbabit Kemalangan Di Karak

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 80 hits
Polis kini sedang mengesan dua daripada tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 43 4 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak arah timur dekat Bentong pagi semalam Memetik laporan Berita Harian Ketua Polis ...
22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 230 hits
Seorang pelajar perempuan dari Universiti Utara Malaysia telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dua bas di hadapan hentian bas berhampiran Jalan Persiaran Perdana UUM pada hari Sabtu Manarina Hasya Muhamad Karim 22 yang men...
148 Maut Dalam Kemalangan Bot Di Sungai Dr Congo

148 Maut Dalam Kemalangan Bot Di Sungai Dr Congo

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 124 hits
KIGALI 19 April Angka kematian akibat insiden bot terbakar di Republik Demokratik Congo awal minggu ini meningkat kepada 148 orang lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan seorang pegawai pada Jumaat Insiden tragis itu berlaku lewat malam Sel...
Kemalangan Maut Dalam Kampus Penuntut Uum Maut Dihimpit Bas

Kemalangan Maut Dalam Kampus Penuntut Uum Maut Dihimpit Bas

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 151 hits
Zuliaty ZulkiffliManarina Hasya maut akibat kemalangan bas ketika berjalan untuk menaiki kenderaan itu dalam kampus UUM di Sintok hari ini Foto ihsan polis dan Facebook UUMSINTOK Seorang penuntut perempuan Universiti Utara Malaysia maut aki...
Hilang Rm10 000 Guru Mangsa Beli Harumanis Secara Online

Hilang Rm10 000 Guru Mangsa Beli Harumanis Secara Online

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 80 hits
Tak sangka hanya kerana ingin menikmati keenakan mangga harumanis seorang guru berusia 46 tahun terpaksa menelan kepahitan apabila wang simpanannya sebanyak RM9 998 52 lesap begitu sahaja Rahsia pembelian dalam talian yang didakwa menyediak...
300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Many Malaysian Graduates Are Earning Just Enough To Survive Says Report

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Untunglah Ada En Tunang

Kepakaran Abdul Kadir Mampu Mantapkan Pengurusan Air Negara Berita Harian 22 05 2025

Drama Si Bakhil Dengan Bunganya

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Rahsia Bancuhan Sirap Tradisional Rasa Asli Dari Dapur Mak Su

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini