Scammer Bill Collector Court Mammoth


Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi 1 post tentang penipuan dari scammer bill collector. Boleh baca dan ambil iktibar

*******Assalamualaikum

Aku nak share kisah aku dengan seorang lawyer yang di ‘appointed’ oleh pihak COURTS

Kisah aku agak panjang. Dan maaf sekiranya olahan bahasa aku cacamarba.- Jika sudi bacalah

Sedikit info, aku mempunyai 2 akaun kotrak dengan COURTS bermula 2017- 2020
Akaun 1 – TVAkaun 2 – Sound bar
Dan adat meminjam, adakalanya aku terlewat bayar dan ada lompat bulan. Itu memang kesilapan yang aku akui. Ini kerana, aku menangung ibu aku kidney failure stage 4. Dan ada beberapa komitmen sbg anak tunggal dalam keluarga. Berkahwin menetap di utara. Sedangkan ibubapa di selatan

Ok. Cerita nya bermula, masa aku dekat office…

Khamis (21/2/2019)2.55pm
Aku terima panggilan dari seorang cina (Mr. Lim 016-3899856), mengatakan bahawa dia dh otw ke rumah aku dari Changkat Jering

Katanya, dia diarahkan oleh seseorang untuk mengambil barang kt rumah aku. So dia suruh aku standby. Aku terkejut, tanya dia,
Aku: “eh…u nk amik barang apa? I x tau apa2 pun…I xde terima apa2 surat pun!…”
Cina: “ eh….u xda terima surat meh? I mau angkat barang ni….u call this no 03-58703631 cakap sama En. Johari” 
Automatik dalam kepala aku ingat COURTS. Kerana aku cuma skip dan lewat bayar COURTS je

3.00pm
Aku terus call no yg diberikan dan dapat bercakap dgn En. Johari

Aku kenalkan diri Axxxxxx xxxxx dan tanya ada cina otw nk ke rumah aku nak ambil barang. Kenapa aku tak dapat apa2 surat pun sebagai warning? 
En. Johari mengesahkan kejadian tersebut.  Dia search nama aku dan bacakan semua info2 termasuk nama suami aku dan juga alamat tetap rumah mertua aku beserta nama bapa mertua.  Katanya, “Akaun agreement di antara puan dan pihak COURTS telah dibatalkan sebab puan telah melanggar syarat2 yang ada dalam agreement. Maka dengan itu puan akan diberikan saman dimana cina td diupah untuk mengambil semula barang2 yg disewa

Aku cakap, “ kenapa boleh terbatal, sedangkan saya tak dapat apa2 surat pun. Dan betul saya mengaku yang saya ada beberapa bulan yang tak bayar, sb saya ada masalah keluarga. Tapi tak kan se agresif ini saya terima?”
En. Johari terangkan,” COURTS dah taknak ada apa kaitan dengan puan. Itu sebab kes diserahkan pada pihak guaman untuk di audit. Bila dah macam ni pihak COURTS dah tak menerima sebarang PEMBAYARAN. Nak taknak puan kena melalui FASA 1 – PENYERAHAN AFIDAVIT.”
Sambungnya “Cina tu akan ambil barang. Selepas tu dia akan serahkan satu surat acknowledge minta puan sign. Itu bereti puan telah menerima dan faham surat saman. Maka akan berlaku FASA 2 – PERBICARAAN.”“Dalam FASA 2 – PERBICARAAN – puan akan menerima surat dalam tempoh 7 - 14 hari, puan beserta suami dan juga bapa mertua diminta untuk hadir ke KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA, bagi proses perbicaraan. Dan jika didapati puan serta penama diatas bersalah. FASA 3 – PEMBAYARAN akan terus dijalankan. Puan diminta untuk menjelaskan jumlah tuntutan sebanyak RM20,000++ tidak termasuk kos guaman RM5,000.++. Puan perlu menyelesaikan baki dalam tempoh 7 – 14 hari. Jika puan gagal berbuat seperti yang diarahkan…FASA 4 – JATUH DALAM WARAN SALES mahkamah akan melelong semua asset yang ada di dalam alamat pertama dan alamat kedua. Setiap asset tidak lebih dari RM10,000 untuk sebuah rumah”

“Untuk makluman puan, COURTS tidak linked dengan BNM. So tiada istilah CTOS disini. COURTS adalah syarikat Korporat swasta. Jadikan tindakan mahkamah yang akan diambil. Puan punya agreement di Sungai Petani ya. Di SP ada dua branch sebelum ni kan? Tapi satu dah tutup. COURTS bukan sahaja tutup di SP. Malah COURTS akan menutup seluruh cawangan di MALAYSIA. Sebelum COURTS tutup, mereka ingin dapatkan kembali duit mereka.”
Bila dia terangkan semua nya dekat aku…aku jadi lagi gementar…sebab ini melibatkan nama bapa mertua aku. Aku dah start nangis. 
Siapa yang tak takut, selama 35 tahun hidup, ini pertama kali jadi kat diri sendiri. 
Terus aku kenang mak bapak aku macam mana lah nanti

Bila aku dah diam…. En. Johari ni sambung lagi. “Macam ini lah puan, saya boleh bantu puan sebaik yang mungkin….puan call semula cina tadi dan tanya kan dia 2 soalan ini. 2 soalan ini yang akan merubah kes puan. Tapi jika salah satu soalan ini, cina tu dapat kemukan bukti, menangis air mata darah sekalipun saya dah tak boleh buat apa2 pada puan. Cuma nasihat saya, jangan bagitahu cina tu yang puan telah berbincang dengan saya.”
Soalan 1 – Tanya sama ada cina tu ada buat laporan polis ke x? kalau ada minta no kes
Soalan 2 – Anggaran masa untuk sampai dari Chqngkat Jering ke rumah pukul berapa

3.55pm
So, aku pun call cina tu tanya dia, ada bawak report polis x? Cina tu cakap takde
Dan cina tu akan sampai dalam pukul 6.30pm. 
4.00pm
Aku contact semula En. Johari dan bagitau yg cina tu tak de laporan polis dan akan sampai rumah aku dalam pukul 6.30pm

En. Johari tu kata, “ Ok saya ada 1 berita baik dan 1 berita buruk. Berita baik, puan ada 1 point, sb cina tu tak buat laporan. Cina tu tak boleh masuk rumah puan, kalua dia masuk dh jadi pecah rumah. So puan boleh bertindak. Dan tadi saya dah discuss dengan COURTS pasal kes puan, saya cadangkan puan buat full settlement RM5010.00 untuk tutup akaun 1. Berita buruknya, puan kena jelaskan RM5010.00 sebelum pukul 6.30pm sebelum cina tu sampai ke rumah puan. So, puan dah boleh bertindak mencari duit mulai sekarang la ya. Sebab dah lewat dah ni.”
Habis sembang dengan En. Johari pun dah pukul 5.10pm

RM5010???!!! Kena settlekan sebelum 6.30???
Bila aku dengar macam tu…..aku lagi terus berdebar. Sb aku taknak melalui semua FASA2 yang di bagitahu tadi. Aku taknak drag bapa mertua aku ke mahkamah. Kalau nak kena biarlah atas aku sorang

Jadi, lepas dah dapat info aku kena bayar tu…aku terpaksa loan dengan boss aku. Dipendekkan cerita boss aku bagi loan RM 2,500. Itu pun aku dah bersyukur.  
Aku call suami aku cerita dari A to Z. Dia dah sound….tu scammer! Jgn layan. Buat x tau

Tapi aku tetap kata itu betul…sb dia suruh bayar direct ke akaun COURTS

Dalam masa yang sama, mak & bapa saudara suami pun call….bgtau juga, jgn layan…tu scammer
Tapi aku still takut. Aku tetap nk dapatkan lg RM2500. 
Aku tengah oncall dengan suami…En. Johari dah call aku…dalam masa yg sama…cina pun dok call aku

Aku stress sangat. Tapi semua call aku x jawab
Dapat pula wasep dari staff En. Johari, dia kata…macam mana keadaan. Siap push aku suruh segera

Long story short

6.30pm
Aku tak balik rumah lagi. Aku call suami tanya dia ada tak lori sampai depan rumah. Suami kata, mana ada…kalau dia datang…meh sini, dia tunggu

Suami aku cadangkan aku pergi Branch COURTS direct
Aku pergi ditemani kawan

Sampai COURTS Sg. Petani. Aku terus pergi Bahagian Tunggakan. Jumpa Kak Mira (015-48721720)Aku bagi no ic…Kak Mira tu cek akaun aku…lepas tu dia tanya kenapa? Maka, aku pun cerita lah dekat dia ada org call aku bagitau, akaun COURTS aku dah kena block, tanpa aku mention amount RM5010! 
Terus Kak Mira ni cek.  Dia kata, memang betul akaun 1 aku dah hantar audit peguam. So peguam yang handle kes aku ni. Jadi aku dikehendaki bayar RM5010 dengan segera. Kak Mira kata, sebab aku dah 6 bulan tertunggak! Aku tunjuk resit akhir aku… 31/10/18….tak sampai pun 6 bulan….. 
Aku terus tergamam. Yelah dah pihak dalam COURTS pun mengesahkan benda yang sama

Kak Mira tanya aku, berapa aku mampu bayar. Aku cakap, aku mampu bayar RM2500 ni je. Ini je yg ada dan jangan paksa aku untuk aku cari cara lain
Kak Mira terus call peguam nama Tn. Iskandar (011-13125230). Tn. Iskandar ni boss kepada En. Johari tadi. 
Pendek cerita, Tn. Iskandar MEMAKSA aku untuk jelaskan RM3000 sahaja dengan COURTS dalam tempoh 30 minit!!! Settlekan untuk akaun 1 sahaja. 
Semua rekod suara diantara aku dan kak Mira ada bagi tujuan post-mortem aku

Aku dah makin gementar. 
7.45pm
Suami aku amik aku, dia bagitahu mak sedara dapat pinjamkan RM500. Maka aku dapat RM3000.00
Tapi aku x bayar on the spot di COURT SP. Sb aku dpt wasep dr staff En. Johari, dia kata aku bleh jelaskan semua hari esok (Jumaat). 
Dalam kereta, hati aku kuat kata…ESOK PERGI COURTS BUKIT MERTAJAM

Jumaat (22/2/19)
10.30amCOURTS BUKIT MERTAJAM

Selangkah aku nk masuk pintu COURTS, En. Johari call aku. Tanya aku....macam mana? Dia dah tahu yang aku nk bayar RM3000. So dia kata nnti bagi slip. Aku tanya, pasal cina semalam tu apa cerita…dia cakap, takpe cina tu dia dah handle

Masuk COURTS
Aku terus jumpa SA nama Kak Julia. Aku bagi IC untuk cek akaun. 
Kak Julia tanya aku, “Ok nak bayar berapa?”. Aku kata aku nak bayar RM3000
Kak Julia pandang aku (dengan mata aku yg bengkak) – pandang monitor….dia pandang aku – pandang monitor. Dia soal aku “ Betul ke nak bayar RM3000?” Aku terus meleleh air mata….ya, aku DIPAKSA untuk bayar RM3000 hari ni. Dari ayat yang keluar dari mulut Kak Julia…..buatkan aku lagi bertambah meraung!!!

Kak Julia kata “ Merepek apa kena bayar RM3000?? Tunggakan adik RM1000 je…tak payah nk byar RM3000! Siapa yg suruh?” 
Maka aku cerita lah dekat dia, apa yg peguam dan juga Kak Mira (COURTS SP) sahkan yang COURTS dah block akaun saya….sambil nagis tersedu2

Kak Julia kata “ PENIPU!!! ITU SEMUA DAH BERKOMPLOT! Untuk pengetahuan Debt Collector memang dekat COURTS SP! Itu sebab dia berani buat macam tu….diorang bg info dkt peguam! Sb dorang akan dapat komisyen!. Benda ni dah bnyak kali kena…ni ha nmpak (dia tunjukkan report) ni semua dari kes Debt Collector SP!...bila akak tengok je akaun adik….nama mamat ni…akak dah agak, adik dah kena game dengan dia!!. Dahh…bayar yang tunggakan je….mana lepas ni yang peguam ke , lori cina ke….blocked no dia xyah layan! Kepala hotak dia buat macam ni…takut-takutkan pembeli. Ni kalau dia kacau….pergi report polis terus!”
“Nah…tulis kat sini cerita adik….nanti akak submit pada manager…biar dia handle kes macam ni. Dah bg warning, pun x serik2 lagi!  Ni nak habaq…..COURTS nak saman orang pun amik masa berbelas tahun tau….bukan 7-14 hari. ” – Kata Kak Julia

Maka pendek cerita, aku jelaskan semua tunggakan aku RM2800 bagi kedua2 akaun. Siap ada advance bulan lagi. Jadi aku tak perlu bayar sampai bulan 5!

Settle semua. Kak Julia yakinkan aku….jangan percaya dengan COURTS SP punya staff. 
Keluar dri COURTS, aku block semua no2 tel yg call aku sblum ni. 
Dan, patutlah hati aku beriya suruh datang COURTS Bukit Mertajam. Rupanya, ada jawapan di sebalik semua ni
Aku mengaku silap aku tak bayar. Tapi kalau kena drastic macam ni….sape tak gabra oiiii…
So, itulah cerita aku….aku share ni supaya korang yg mana kena macam aku ni, refer lah dekat banyak2 tempat. Jangan percaya pada satu saluran je. 
Kalau lah aku ni orang berada, aku xde nafsu nak berhutang. Baik aku bayar cash. Sebab tak mampu lah aku berhutang, setiap bulan aku mampu bayar seperti yang dijanjikan. Cuma dengan kealpaan yg sedikit, terus merebak jadi besar

Allahuakbar….penat otak aku. Aku nak rehat

Assalamualaikum

Nota tambahan: bila aku kenang balik kes aku ni kalau masuk mahkamah... alahaiiii pasal tv ja pun😑. Ni aku kt rumah, tengah menatap muka tv ni setiap inci. Hurmmmm.

22.43


010-238 7552Dari semakan True Caller
03-5870 3631Dari semakan True Caller

017-945 1180
Dari semakan true caller


******Nasihat aku,tak payahlah berhutang untuk barang rumah lebih-lebih lagi yang hanya untuk kepuasan diri. Adalah lebih baik kumpul duit dulu dan beli tunai. Bila dah mula berhutang dengan Court Mammoth ni, ada pulak pihak lain nak ambil kesempatan. Adat berhutang,mesti bayar. Dan macam along berlesen dah bila jadi macamni. Apapun, sebelum membeli,ukurlah baju dibadan sendiri. Penyangak sentiasa bersedia untuk menyamun

PEN BIRU...menulis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2019/02/scammer-bill-collector-court-mammoth.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Court Of Appeal Judge Says Senior Judges Have Been Helping Thieves Steal Taxpayers Funds Through Consent Judgements

Court Of Appeal Judge Says Senior Judges Have Been Helping Thieves Steal Taxpayers Funds Through Consent Judgements

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 234 hits
Well another shocker affidavit filed by Court of Appeal judge Hamid Sultan Abu Backer about misconduct in judiciary gone viral causing waves in the legal fraternity65 page affidavit filed in support of lawyer Sangeet Kaur Deo s court applic...
Election Court Throws Out Marzuki S Polls Petition

Election Court Throws Out Marzuki S Polls Petition

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 226 hits
The Election Court in Penang today struck out a petition by Deputy Foreign Minister Marzuki Yahya to challenge the Tasek Gelugor polls results in GE14 The court presided by judge Hashim Hamzah also ordered Marzuki a senator appointed by his...
Pensiangan Mp Retains Seat After Federal Court Dismisses Appeal

Pensiangan Mp Retains Seat After Federal Court Dismisses Appeal

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 181 hits
Arthur Joseph Kurup retains his position as the Pensiangan MP after the Federal Court upheld the decision of the Election Court to strike out the appeal by the PKR Pensiangan candidate Raymond Ahuar The five judge bench made the ruling in P...
No Disruption To Ongoing Court Cases Despite Rci

No Disruption To Ongoing Court Cases Despite Rci

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 200 hits
All cases in the superior and subordinate courts will continue despite the cabinet s decision to form a Royal Commission of Inquiry into the judiciary said attorney general Tommy Thomas He explained that the establishment of an RCI did not ...
Tajuddin Apologises For Outbursts Says It S His First Time In Court

Tajuddin Apologises For Outbursts Says It S His First Time In Court

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 323 hits
Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman today apologised for his outbursts during the trial of his defamation suit at the Kuala Lumpur High Court I apologised to the court as this is my first time in court I m not accustomed to it he said afte...
Court Denies Temple Taskforce S Bid For Interim Stay On Adib Inquest

Court Denies Temple Taskforce S Bid For Interim Stay On Adib Inquest

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 211 hits
The ongoing inquest into the death of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim will proceed unimpeded with the Court of Appeal today denying an application to temporarily stay the proceedings Judge Umi Kalthum Abdul Majid who chaired a three j...
Rosmah S Defence Team Objects To Transfer Of Case To High Court

Rosmah S Defence Team Objects To Transfer Of Case To High Court

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 202 hits
The Sessions Court in Kuala Lumpur was today told that lawyers representing former prime minister s wife Rosmah Mansor in the graft charges involving solar energy projects in rural schools in Sarawak objected to the prosecution s applicatio...
Art Harun Denies Ec Appointments Due To Court Action

Art Harun Denies Ec Appointments Due To Court Action

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 250 hits
Election Commission chairperson Azhar Azizan Harun has denied that the of commissioners were made in response to questions about its Earlier this week Semenyih voter Sabariah Mohd Shariff filed an originating summons against the EC federal ...
Court Dismisses Bid To Stop Developer From Entering Seafield Temple Site

Court Dismisses Bid To Stop Developer From Entering Seafield Temple Site

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 225 hits
The High Court here today dismissed with costs an application for an interlocutory injunction by 50 devotees of the Sri Maha Mariamman Temple in Subang Jaya to restrain One City Development Sdn Bhd the developer owner of the temple site fro...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


New Environment

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru