Scam Online Rakyat Rugi Rm2 Bilion


 
Scam online: Rakyat rugi RM2 bilionPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 31, 2022
ShareBank Negara Malaysia (BNM) perlu lebih bertanggungjawab terhadap jenayah penipuan atas talian yang melibatkan akaun pelanggan bank bank komersial.
Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, beliau kecewa dengan respons terkini Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam Persidangan Penipuan Kewangan dan Tajaan Terrorisme baru-baru ini.
Katanya, BNM seharusnya menyatakan pendirian yang jelas dan tegas tentang peranan bank-bank komersil untuk menanggung sebahagian tanggungjawab dalam kes penipuan atas talian, dan bukan sekadar membuat kenyataan yang separuh masak.
“Sebagai badan penyeliaan dan pengawalan tertinggi kepada institusi kewangan, BNM sedar akan kerugian sebanyak RM2.23 bilion dalam jenayah atas talian dari tahun 2017 hingga Julai 2021. Namun saya kesal ianya mengambil masa lima tahun untuk BNM betul-betul menyedari betapa kritikal isu ini dalam menjejaskan dan memusnahkan kehidupan puluhan ribu rakyat.
“Kumpulan Sokongan Mangsa-Mangsa Penipuan Kewangan Online yang saya berikan khidmat nasihat menerima perkongsian kes-kes daripada rakyat hampir setiap hari.
“Jumlah kerugian tercatat daripada anggota kumpulan ini sudah mencecah RM2 juta. Terdapat mangsa yang hilang kesemua simpanan seumur hidup mereka, sehinggakan ada yang mengalami masalah kemurungan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, tidak cukup Nor Shamsiah menyatakan tindakan mengubah prosedur penghantaran (OTP) melalui (SMS) kepada kaedah pengesahan pelbagai faktor yang lebih selamat sahaja.
Ujarnya, BNM sepatutnya menempatkan bank-bank komersil di satu kedudukan yang lebih adil kepada pengguna dan para pencarum.
“BNM perlu wajibkan bank-bank komersil merangka kod industri supaya mereka wajib memberikan pampasan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa tersebut.
“Jikalau Bank OCBC Singapura di bawah penyeliaan Money Authority of Singapore (MAS) boleh membayar ganti rugi “kemurahan hati” sebanyak RM44.4 juta kepada 790 pelanggan mereka yang dijadikan mangsa, mengapa tidak Malaysia?
“Saya juga kurang bersetuju dengan kenyaatan Nor Shamsiah yang hanya menyeru mangsa melaporkan kepada bank dan polis sahaja. Sangat jauhnya tanggapan pihak atasan berbanding dengan apa yang berlaku di bawah,” katanya.
Situasi sekarang, menurut Chean Chung, kebanyakan mangsa-mangsa dijadikan bola antara agensi PDRM dan bank, dan ramai telah hilang keyakinan terhadap keupayaan agensi penguatkuasaan untuk bertindak.
“Adakah BNM bersedia mengumumkan bilangan mangsa berjaya mendapatkan semula wang tersebut daripada RM2.23 bilion kerugian tersebut? Berapakah orang dalaman bank-bank komersil yang berjaya didakwa dan dihadap ke mahkamah?
“Atas jumlah mangsa yang bertambah setiap hari dan kesemua kekecewaan yang ada, saya berpendapat hanya BNM yang boleh mempertanggungjawabkan bank-bank komersil untuk mengatasi kemelut ini.
“Ini juga merupakan pegangan dan kepercayaan pihak kumpulan sokongan yang menghantar memorandum kepada ahli-ahli parlimen dan Kementerian Kewangan pada 26 Julai lepas. Saya menggesa BNM di bawah pimpinan Nor Shamsiah agar segera bertindak,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/scam-online-rakyat-rugi-rm2-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Syarikat Rugi Rm5 29 Juta Ditipu Love Scam

Pengarah Syarikat Rugi Rm5 29 Juta Ditipu Love Scam

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 221 hits
Kuala Lumpur Pengarah syarikat kerugian RM5 29 juta selepas menjadi penipuan sindiket Love Scam melalui perkenalan dengan seorang lelaki di sebuah laman sesawang Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menerima lapor...
Rakyat Rasa Rasuah Tidak Ditangani Kenapa Sprm Tidak Dakwa Pesalah Dalam Skandal Rm1 5 Bilion Bank Pembangunan

Rakyat Rasa Rasuah Tidak Ditangani Kenapa Sprm Tidak Dakwa Pesalah Dalam Skandal Rm1 5 Bilion Bank Pembangunan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 236 hits
Dari Rafizi Ramli22 Julai 2022RAKYAT RASA RASUAH TIDAK DITANGANI KENAPA SPRM TIDAK DAKWA PESALAH DALAM SKANDAL RM1 5 BILION BANK PEMBANGUNAN Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki baru baru ini dilaporkan...
Pendedahan Rakyat Penang Yang Pasti Buat Anda Terkejut

Pendedahan Rakyat Penang Yang Pasti Buat Anda Terkejut

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 228 hits
PENDEDAHAN RAKYAT PENANG YANG PASTI BUAT ANDA TERKEJUT KERANA RAMAI YANG MEMBERIKAN KENYATAAN BAHAWA KERAJAAN PULAU PINANG MENINDAS RAKYAT MARI TONTON
Ismail Sabri Sah Menerima Mandat Rakyat

Ismail Sabri Sah Menerima Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 204 hits
Hanya 160 000 ahli parti Conservative dari jumlah 46 juta pengundi berdaftar dan 67 juta rakyat Britain akan memilih perdana menteri Britain yang baru Ini cara sistem parlimen Westminster yang sama digunakan di Malaysia Sokongan majoriti ah...
Rakyat Merana Adun Sabah Naik Gaji

Rakyat Merana Adun Sabah Naik Gaji

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 235 hits
Rakyat merana ADUN Sabah naik gajiPosted By on July 21 2022Keperitan ekonomi rakyat Malaysia seharusnya menjadi fokus utama untuk diatasi bukan menaikkan gaji kalangan ahli politik yang mentadbir negeri Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia D...
Usul Tuntutan Sulu Yang Dipertua Dewan Rakyat Perlu Yakin Ahli Parlimen

Usul Tuntutan Sulu Yang Dipertua Dewan Rakyat Perlu Yakin Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 255 hits
Isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu bersifat kepentingan awam dan Dewan Rakyat merupakan platform terbaik untuk mendapatkan penjelasan
Suara Rakyat Penduduk Asli Di Kampung Om Tiada Kemudahan Asas

Suara Rakyat Penduduk Asli Di Kampung Om Tiada Kemudahan Asas

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 228 hits
Tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih apatah lagi talian telekomunikasi Inilah hakikat yang dihadapi lebih penduduk Orang Asli di Kampung Om Pos Blau Gua Musang Kelantan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube
Hormati Penilaian Rakyat

Hormati Penilaian Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 184 hits
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Najib untuk lebih fokus kepada tarikh rayuan nya di mahkamah persekutuan Wajar berhenti berkicau tentang isu negara yang kadangkala tiada siapapun minta pandangan nya Negara ini ada PM dan kabinet unt...
Orang Tak Kena Takkan Faham Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

Orang Tak Kena Takkan Faham Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 213 hits
Baru baru ini pelakon Fizo Omar berkongsikan tentang cuti haid yang diperkenalkan di dewan rakyat melalui entri di Instagram miliknya bertanyakan pendapat orang ramai berkenaan perkara tersebut Ramai yang memberikan pendapat berbeza beza be...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force