Scabies Dan Dilema Ibu Menyusu Buat Hidup Ku Huru Hara


Sekecil-kecil binatang,kalau ditakdirkan Tuhan,boleh manjadi igauan  yang kita takutkan.Manakan mungkin hama boleh membuat kita risau,stress,rasa takut,serabut..kerana ia hanyalah sekecil-kecilnya makhluk ciptaan Tuhan.

Namun apa daya..bila Tuhan ingin menguji,binatang kecil pun buat kita tak senang hati.

Tak tahu puncanya dimana,malam sebelum tu dua sahabat datang melawat Mikhael.Mama masak udang ,Esoknya celah-celah jari keluar biji-biji berair,mama fikir biasa sahaja,mungkin sebab semalam tertusuk kepala udang jari ni.Sebab tu jadi biji-biji berair dan gatal.Lepas 3 hari biji-bi tu tak surut,jadi semakin gatal.Terus ke klinik Izham di sebelah Ong Tai Kim,Gombak.

Klinik Izham ni memang sentiasa ramai orang.Mungkin sebab ubatnya bagus ataupun doktornya bagus,Apapun untuk saya,agak malas sebenarnya hal kecil ke klinik juga.Tetapi bila ia melibatkan jari dan kulit,boleh dikatakan jari ni sahaja yang agak licin dan putih sikit.Nak harapkan kulit wajah ni takdelah putih dan licin sangat,jadi tangan nilah yang perlu dijaga,takut ia jadi alahan lepas bersalin dan jari jadi buruk.

Doktor di Klinik Izham masa tu seorang doktor lelaki.Bujang...mana tahu dia bujang?sebab dia sendiri ngaku.hahaha,masa sembang-sembang husband jeling je disebelah,boleh pulak doktor ini buat lawak..

Episod stress bermula,ingatkan gatal-gatal alergic biasa,tapi doktor suspek kena scabies atau pun kudis buta yang disebabkan hanya sejenis hama.Bukanlah stress dengar perkataan kudis buta tu,cuma bila doktor suruh google penyakit tu amat mudah mengjangkiti orang lain.

Tetiba jadi seriau bila memikirkan anak yang belum sampai 2 bulan pun usianya.Tak boleh bayangkan jika ia mengjangkiti mikhael,sebab tiada ubat yang sesuai untuknya.Tak boleh bayangkan juga dia menangis malam kalau gatal-gatal,sebab kudis buta ni hanya paling gatal waktu malam.fuh tak tidur nanti dibuatnya.
 Tak boleh bayangkan juga,sebab dia direct feeding,memang sah-sah orang pertama yang mudah dijangkiti adalah Mikhael.



scaboma lotion..
Doktor bagi saya satu ubat sapu,namanya SCABOMA,dan antibiotik cream.Ubat sapuan ni hendaklah disapu dari leher sampai hujung jari kaki,dalam 8-10 jam,dan ia tidak boleh digunakan oleh ibu mengandung mahupun ibu menyusu.Adoii..mana boleh,,saya kan full breastfeed anak,Kata doktor tu tiada lagi ubat lain yang sesuai,boleh bagi cream tetapi cream takkan bunuh hama yang sedang berumahtangga dalam kulit saya.Doktor cadangkan saya buat susu perahan dan simpan,selama 3 hari jangan susukan anak

Sampai di rumah,saya termenung sekejap.Adakah ini ujian ALLAH?Dia punya risau dan stress tu betul-betul buat saya tak senang hati.Takkan saya tak susukan anak selama 3 hari?Sakitlah nanti..dan kesian anak saya,memang saya tekad tak nak bagi dia susu formula.Bagaikan saya terkena satu penyakit yang tiada ubat rasanya.Tak tahu minta bantuan pada siapa hanya mampu berdoa supaya ia tidak menjangkiti anak saya.

Lepas magrib hari yang sama,saya cuba lagi pergi klinik yang lain,dia area Batu Cave pula.Saya minta pandangan doktor disana,saya mengharapkan jawapan doktor bukanlah scabies tapi alerfgic biasa,

"owhh,,ini macam scabies ni,sapu je cream gatal,insyaALLAH baik"

doktor waktu itu macam ala-ala ustazah.Bertudung labuh,dan terlalu perlahan bercakap.Klinik ni memang macam islamic sikit,tetapi kurang kemas.Selain kedudukan klinik di belakang bangunan dan bersebelahan kedai runcit,sususan kad pesakit belakang kaunter pendaftaran cukup buat nampak serabut klinik.Maaf cakap,bukankah islam pentingkan kekemasan,patut lah tak ramai orang sangat.

Bila saya minta kepastian doktor"Doktor boleh sembuhkan,tak perlu pakai lotion apa-apa untuk ibu menyusukan,cream sahaja cukupkan?"

Doktor"InsyaALLAH..."

"Doktor beberapa hari anggaran saya perlu pakai cream ni ya,,,"

Doktor"InsyaALLAH..boleh sembuh dengan cream ni "

Ya ALLAH..saya tahu doktor ni nampak baik,tetapi sebagai pesakit saya perlukan penjelasan yang lebih details,saya perlukan doktor yang konkrit jawapannya selain lemah lembut bicaranya,bukan semua pertanyaan jawaban sangat lemah"InsaALLAH.."Ya ALLAH stressnya aku.

Ketika  di kaunter,misi yang handle pendaftaran juga yang ambilkan ubat.Selain cream dia bagi satu lagi ubat lotion iaitu ascabs,saya cakap tadi kat doktor takde pun kata kena bagi ubat ni?dia kata cream saja..Saya ibu menyusu,dan saya tak nak ubat yang beri kesan pada susu ibu.Saya tanya lagi sekali pada kakak yang bagi ubat tu?

"Boleh ke saya pakai ni,sebab tadi doktor tak cakap pun akan bagi lotion ni,dia suruh bagi cream sahaja?"

"owh,menyusu..kalau macam tu tak bolehlah ubat ascab ni,amik cream sapu ni jelah"..kata nurse tadi.

Saya pulang masih lagi dalam was-was...aduhai

Seminggu pakai cream sapu tu,langsung tak nampak perubahan,gatal-gatal mula menjalar di kaki selain celah-celah jari,setiap kali bangun tidur saya lihat celahan jari saya,bila ada bintik-bintik naik,saya semakin stress,bila magrib je datang gatal-gatal bukan main lagi.Terdetik di hati perkara bodoh"Ni ada orang guna-guna aku kot,tak puas hati tengok jari aku yang runcinng dan halus ni:hahaha..boleh tak?

Sebab saya tak nak menggaru takut berbekas hitam,saya akan amik air panas coway masukkan dalam bekas,kadang-kadang saya letak garam,setiap kali rasa gatal datang'saya akan rendam jari dalam bekas berisi air panas:memang lega,dan jari saya akan memerah sebab kena air panas..

Bila tak puas hati dengan cream sapu tu,saya ke klinik IZHAM semula,tetapi kali ni klinik Izham di setapak.Bukan di sebelah ong tai kim.Sebab saya tak nak jumpa doktor yang bagi scaboma hari tu.Doktor tu beriya kata scaboma ni ubat dilarang di England,kalau tak sesuai pakai boleh kena sawan dan memang tak boleh untuk ibu menyusu.Jadi ko rasa?Confirmlah tak nak dah jumpa doktor tu sebab dia kata ubat tu je boleh guna..

Kelebihan klinik IZHAM ni,sistem dia memang simpan data pesakit dengan baik,walaupun lain cawangan ada info dalam sistem.Tak macam klinik di batu caves hari tu,masih lagi menggunakan kad merah yang berterabur di belakang bahagian pendaftaran.

Bila saya masuk je klinik,seorang doktor perempuan pula yang check,masa ni gatal-gatal sudah ada di bawah lutut dan peha juga,bila doktor ni tengok katanya macam allergic.Arghh sudah,bukan scabies?then doktor tu offer saya calamine lotion.Saya cakap ada doktor cakap ni scabies,dia offer pula SCABOMA lotion lagi.Saya cakap saya menyusu doktor.Ehh apa salahnya katanya,masalahnya doktor di klinik lagi satu kata tak boleh untuk ibu menyusu atau pregnant,walaupun ia sapuan luar.
 Takde ubat lain ke doktor yang kurang sikit risikonya,selain scaboma ni,ubat scaboma yang dari klinik izham gombak tu saya simpan je takut nak guna,doktor tu siap cakap ubat ni diharamkan di England dan boleh menyebabkan sawan dan blabla..

Doktor wanita ni terkejut,baru dia buka ubat tu dari kotak dan baca isi kanduangannya.DAN baru dia cakap"owh yalah ada tulis sini tak boleh for pregnant and lactin"

Adoiii..doktor owh doktor...sebab tulah jadi pesakit kena minta ramai pendapat doktor dan banyak juga membaca,ada hikmahnya lah hai jumpa doktor pertama tadi.kalau tak mesti saya dah guna sedangkan tak boleh digunakan untuk ibu yang menyusu bayi,doktor ni pula selamba kata boleh.Saya rasa kesal juga tetapi doktor ni cepat-cepat offer saya pergi specialist untuk minta pandangan pakar ubat apa yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi.

Stress dengan kulit gatal,lebih stress bila memikirkan anak takut dijankiti,kadang-kadang pegang anak pun rasa mahu tak mahu,kadang-kadang rasa nak pakai sarung tangan pegang anak,siap malam bangun tahajud supaya tak kena anak,tuelah manusiakan dah susah baru nak doa sungguh-sungguh.

Dengan surat referral,saya pergi ke tawakal.Saya google lah pakar kulit disana.Ada yang tulis doktor itu ini,saya walkin ke tawakal.Rupanya clinic bahagian dermatologi tiada doktor hari tu.Ada yang cadangkan saya datang lagi 2 hari dan refer saya dengan doktor pakar kulit doktor Noh.. Sempat lagi baca tentang doktor ni,ada yang suka ada yang kata doktor ni bagi nasihat ntah apa-apa,owhh ..saya tak boleh tunggu,terus google ampang putri specialist..lagi ada doktor wanita tapi tidak bertugas hari itu.

Esoknya saya walkin ke Gleanagles hospital.Hospital ni rasa tempat artis sakit,banyak pula jumpa artis dan pengacara TV3 masa saya tercari-cari kaunter pendaftara.Sana sini saya kena transfer,almaklum saya tak pernah datang pun kat Glenagles hospital.Sudahnya insurance company saya tak cover disitu,diorang refer saya ke hospital Pantai.

Ya ALLAH siksa juga rasanya nak cari specialist yang betul-betul bagus.Bagi saya hospital pantai memang bagus.Besar dan lengkap fasilitinya.Tapi malangnya doktor masa tu ramai yang tak ada di clinic.Masa mendaftar tu diorang refer saya dengan satu doktor pakar chinese ni.Mengharapkan servis dan advised terbaik...tapi malangnya,hehehe sama je macam clinic bukan pakar.

Saya google tentang doktor ni,rupanya bukan saya yang sahaja yang tak puas hati cara doktor ni bagi konsultansi.Ramai yang kata dia macam nak tak nak layan...siapa dia?tak perlulah saya tulis kat sini ya,lagipun saya dah lupa namanya.

Masa ni saya tunjuk gambar yang saya snap,dan celahan jari saya yang dah mula kering macam ranting kayu.Dia bagi beberapa ubat sapu,mandian dan pelembab.Saya tanya sakit apa,dia kata cuba 2 minggu kalau tak ok datang balik.saya tanya lagi ni scabies ke atau alergic?dia kata lagi cuba ubat 2 minggu,kalau tak ok datang balik.Ya ALLAH ,,,sabar je lah.Mem saya takkan datang dah..Dah lah bila bercakap saya tunjuk jari dia macam nak tak nak tengok je..macam saya ni kena jankitan yang harus dikaurantin je gaya doktor ni.

1 minggu pakai cream dari doktor specialist di Hopsital Pantai termasuk sabun mandian yang agak busuk baunya,sabun tu macam lotion dan warna hijau,bila pakai buat mandi macam jalan raya lepas diturap baunya,satu bilik air berbau macam jalan raya di turap,walaupun dah pakai 1 minggu,tangan saya masih gatal-gatal.Hari-hari doa jangan menjangkiti anak kesayangan.Sudahnya tak juga lega,saya pergi lagi sekali satu klinik di kepong,Dr Loh..doktor dulu yang selalu scan mikhael.

yang ni saya pakai sekali shj

Dia kata macam scabies dan suruh saya pakai loton ascabs,dia jelaskan lotion ni boleh untuk ibu mengandung mahupun menyusukan anak.Pakai 8 jam sahaja,jangan lama-lama sebab ia boleh meresap ke dalam darah,pakai malam esok pagi terus mandi bersih.sekali cukup.Jadi bila doktor dah cakap macam tu,takdelah saya ragu-ragu lagi.Kan bagus masa di clinic batu caves tempoh hari doktor tu bagi penjelasan macam tu,taklah huru hara hidup saya.

utk mandi saya pakai ini oleh doktorSemalaman saya pakai ubat tu,anak saya malam tu pun tak direct feeding,husband yang jaga,husband yang susukan dengan botol yang saya sudah siap-siap pam susu banyak-banyak,saya tidur berasingan dengan anak-anak,rasa terpejanra rasanya.Sedih pun ya juga.Cabaran betul menyusu kali ni.Tapi saya yakin pasti ALLAH simpan semua hikmahnya melalui ujian ni.

Lepas pakai lotion tu,saya mandi pula dengan sabun anti bakteria yang diberi oleh doktor seperti gambar diatas.

Kemudian bila gatal-gatal sikti,saya tak garu dah,saya rendam dengan air panas,kadang-kadang air susu saya sendiri saya campurkan dengan air panas.Lega..walaupun panas.

Alhamdulilah beberapa hari gatal-gatal tidak lagi terasa di celahan jari saya tu.Ya ALLAH sujud syukur rasanya,Jari saya yang hodoh hitam-hitam tu mula membaik.lama-lama hilang terus.Anak saya pun takde kena apa-apa jankitan dari saya.Syukur pada ALLAH..

Apa yang saya lalui dan kesusahana saya kesana kesini mengubati dan mencari doktor terbaik,sebenarnya adalah ujian ALLAH untuk tengok saya kuat atau tidak untuk menyusukan anak.Saya memang tekad kali ni anak saya akan saya susukan sampai 2 tahun walau apapun kesusahan dan kepayahannya.

Hikmahnya terkena gatal-gatal ni,kami buat pembersihan bilik.Baju-baju mikhael pun saya rendam dengan air panas,semua habuk-habuk disedut .Bila sakit macam tu hari-hari doa supaya tak jangkit anak dan boleh teruskan penyusuan dengan baik.Pernah juga tidur pakai sarung tangan getah tu dengan letak cream takut terkena mulut anak.Masa tu mikhael pun kuat nyusu.Akhirnya beberapa minggu dalam dilema..berakhir juga episod duka tersebut.

Nah kawan-kawan pembaca,bila kita fikir sejenak,hama yang paling kecil pun boleh buat hidup kita huru hara.Allah maha besar,kalau Dia hendak menjadikan apapun,akan jadilah ia..Apapun yang datang,sabar dan tidak mengeluh,lalui ujian dengan berfikir setiap hikmahnya,selebihnya ALLAH kan ada,minta Dia jaga kita.

Alhamdulilah,ketika entry ini disambung taip sudah sihat sepenuhnya,begitu juga anak,sudah 6 bulan usianya,tadi pun makan dengan berselera.Alhamdulilah syukur ya ALLAH,Irda sudah sembuh dari serangan hama.

Pengalaman menyusu untuk anak ke dua ini pasti tidak akan dilupa.Seumur hidup baru terkena,ternyata kepada ALLAH lah sebaik-baiknya mohon bantuan.

Dari cerita ini juga,apa jua yang doktor bagi,kita wajib baca betul-betul dan minta pandangan doktor lain.Lain doktor,lain kepakarannya,dan doktor juga manusia biasa.Dalam cerita ini saya maafkan semua terlibat,mana ada yang sempurna kan..dan suatu masa,kalau mikhael jadi doktor pakar...bantulah dengan hati yang ikhlas dan penuh senyuman setiap pesakit yang datang ya syg..


Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2019/03/scabies-dan-dilema-ibu-menyusubuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengah Sedap Anak Menyusu Tiba Tiba Susu Drop Ibu Mana Tak Panik

Tengah Sedap Anak Menyusu Tiba Tiba Susu Drop Ibu Mana Tak Panik

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 432 hits
Sesetengah wanita mengalami masalah penghasilan susu merudum daripada waktu ovulasi hingga hari pertama atau kedua haid Untuk makluman kalsium dalam darah perlahan lahan menurun sewaktu wanita mengalami haid Oleh yang demikian dalam seseten...
Tak Mampu Uruskan Diri Sendiri Wanita Hidup Seperti Patung Perlukan Ibu 24 Jam Disisi

Tak Mampu Uruskan Diri Sendiri Wanita Hidup Seperti Patung Perlukan Ibu 24 Jam Disisi

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 460 hits
Menghidap penyakit yang jarang ditemui seorang wanita berusia 37 tahun menghidap penyakit fibrodysplasia ossificans progressiva menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pergerakan seperti memakai baju menyikat rambut serta makan denga...
Sakit Kebas Sebelah Badan Ibu Baby Cuma Pilih Sebelah Waktu Menyusu

Sakit Kebas Sebelah Badan Ibu Baby Cuma Pilih Sebelah Waktu Menyusu

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 468 hits
Adalah normal apabila bayi mempunyai minatnya yang tersendiri Salah satunya payudara si ibu Ada bayi yang memilih untuk menyusu dari payudara dan hanya sukakan sebelah sahaja Hal ini akan membuatkan ibu merasa letih kerana posisi menyusu ya...
Jangan Mengeluh Kalau Baby Jenis Kerap Menyusu Malam Kelebihannya Mesti Buat Ibu Tersenyum

Jangan Mengeluh Kalau Baby Jenis Kerap Menyusu Malam Kelebihannya Mesti Buat Ibu Tersenyum

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 438 hits
Kalau baby anda jenis kerap menyusu malam jangan mengeluh sebab letih dan mengantuk Sebenarnya ibu patut bersyukur dan tersenyum kerana ada beberapa kelebihan yang akan dinikmati Untuk mengetahui apakah kelebihan tersebut baca penjelasan ol...
Ibu Balqis Tolak Bantuan Projek Perumahan Rakyat Amp Zakat Ini Sebabnya

Ibu Balqis Tolak Bantuan Projek Perumahan Rakyat Amp Zakat Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 305 hits
Sejak kisah pelakon cilik negara Puteri Balqis viral selepas dibongkar oleh Bersamamu kini lebih ramai yang memberi bantuan kepada pelakon itu Ibu Balqis tolak bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Namun begitu menurut ibu kepada Puteri Bal...
Kumpulan Pro Anti Zuraida Bertembung Di Ibu Pejabat Pkr

Kumpulan Pro Anti Zuraida Bertembung Di Ibu Pejabat Pkr

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 311 hits
Sekumpulan penyokong Zuraida Kamaruddin bertembung dengan kumpulan mendesak naib presiden PKR itu dipecat di ibu pejabat parti pagi ini Majlis Pimpinan Pusat mengadakan mesyuarat hari ini ketika khabar angin mendakwa Zuraida yang merupakan ...
I Asuh Mudahkan Ibu Bapa Cari Pengasuh Lebih Diyakini

I Asuh Mudahkan Ibu Bapa Cari Pengasuh Lebih Diyakini

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 243 hits
BANTING 18 JAN Program i Asuh diperkenal tahun lalu memberi keyakinan kepada ibu bapa mencari pengasuh berpengalaman dan sah kata EXCO wanita dan keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata ia bertujuan memudahkan penjaga serta mengelak kejadian...
Ibu Puteri Balqis Tolak Bantuan Ramai Lagi Lebih Layak

Ibu Puteri Balqis Tolak Bantuan Ramai Lagi Lebih Layak

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 571 hits
Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis yang kini berdepan kesempitan hidup bersama ibunya Sejak kisah kehidupannya The post appeared first on
Pilih Ibuprofen Vs Paracetamol Duel Obat Demam Anak Yang Wajib Ibu Tahu Bedanya

Pilih Ibuprofen Vs Paracetamol Duel Obat Demam Anak Yang Wajib Ibu Tahu Bedanya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 430 hits
Meski sama sama bisa menurunkan demam tapi kamu harus paham bedanya Ada yang nggak cocok buat lambung sensitif lo
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids