Sbdj Siri 216 Raja Susuk Mati Di Masjid


Suasana dalam Masjid Raya terasa damai. Di luar bunyi hon kereta masih galak, begitu juga dengan bunyi loceng dan hon motosikal saling meningkah mengusik gegendang telinga. Cuaca beransur cerah. Datuk kelihatan cukup berminat untuk mengikuti ceramah, yang disampaikan oleh ulama berbadan kecil itu.


Secara jujur si ulama berbadan kecil itu mengaku tidak tahu bagaimana budaya susuk menguasai Kepulauan Melayu. Dia juga tidak menolak kemungkinan pengamal susuk kurang pengetahuan agama. Tidak tahu yang perbuatan mereka salah dan dilarang.

Boleh jadi juga mereka tidak tetap iman, sering berubah-ubah dan ragu-ragu. Dan bukan mustahil mereka yang tahu perbuatan itu salah, sengaja buat tidak tahu kerana wang atau mahu hidup senang atau mengambil kesempatan dari orang yang sememangnya jahil.

Ertinya mempergunakan dan memperalatkan kelemahan, kebodohan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

"Perbuatan begini, bukanlah perbuatan terpuji. Agama tidak mengalakkannya dan orang-orang yang nipis iman sanggup melakukannya." tutur ulama berbadan kecil dengan wajah serius.

Datuk dan para jemaah nampak mengangguk kepala, setuju dengan apa yang diluahkan oleh si ulama tersebut.

Ulama berbadan kecil terus menyebut, bahawa orang yang tetap pegangan keimanannya dianggap sebagai ladang yang subur bagi syaitan untuk menabur benih kesesatan.

Bila sesaorang mengalami putus asa, tidak percaya pada diri, mungkin disebabkan putus tunang, susah mendapat jodoh, kerjaya terhalang atau merasai dirinya dikhianati kawan sekerja dan sebagainya. Masa itulah iblis menjalankan peranannya.

"Iblis melakukan peranannya sebagai penggoda anak adam, sesuai dengan janjinya di depan Allah, bahawa syaitan akan menggoda umat manusia hinga hari kiamat. Jampi-jampi sihir ajaran syaitan. Ilmu syaitan (sihir) sudah ujud sejak zaman para nabi lagi. Contohnya, zaman Nabi Musa alaihi salam. Jadi dalam hal ini yang salah, manusia itu sendiri atau iblis?"

Saya lihat wajah para jemaah nampak serius. Ada yang tunduk dan ada yang menarik dan melepaskan nafas. Ulama bertubuh kecil terus menatap wajah para jemaah satu demi satu, termasuk wajah saya dan Harun.

"Jawap pertanyaan saya," Ulang si ulama dalam nada suara yang tinggi.

"Syaitan salah tuk guru," sahut seorang jemaah yang berada di bucu masjid.

Si ulama berbadan kecil gelengkan kepala.

"Manusia yang salah," sahut jemaah di belakang saya.

Si ulama segera anggukan kepala.

"Betul, syaitan itu kerjanya. Manusia pula harus mempertahankan diri dengan iman. Kalau tak tau hal-hal agama manusia disuruh belajar dan berfikir. Tahu membezakan yang buruk dan baik. Itulah sebabnya manusia dikurniakan akal fikiran."

Macam tadi juga, para jemaah terpaku. Akur dengan penjelasan yang diluahkan oleh si ulama.

TARIK

Dengan wajah yang bersahaja bersama nada suara lembut tetapi bertenaga, si ulama berbadan kecil terus menyebut yang sihir itu boleh mengubah perkara yang tidak menjadi wajar atau terlihat wajar dari penglihatan orang yang tidak tetap hati atau sentiasa berada dalam keraguan, goyang imannya.

Sesungguhnya daya tarik atau kecantikan lahiriah tidak begitu diutamakan, apa yang diutamakan ialah kecantkan batiniah.

Bila batin cantik kerana iman, maka rupa buruk dan kulit yang hitam akan memancarkan cahaya wajah yang cantik dan menarik.

"Ingin saya mengingatkan kepada meraka yang mengamalkan susuk, segeralah bertaubat. Macam saya katakan tadi, kecantikan itu bukan terpancar dari lahiriah tetapi dari batiniah. Jika batiniahnya cantik, sudah pasti lahiriahnya cantik. Soalnya sekarang, bagaimana mahu cantik lahir batin," sepasang anak mata hitam si ulama tertumbuk ke arah wajah para jemaah.

Tiada seorang pun yang berani memberikan pendapat. Semuanya membatu.

"Mudah saja," kata si ulama.

"Bagaimana caranya Tok Guru?" Dengan mendadak saja seorang jemaah memberanikan diri bertanya. Duduk paling hujung, dekat dinding tidak jauh dari pintu. Semua biji mata para jemaah merenung kearahnya.

"Bagus awak berani bertanya, bila kita belajar kita mesti kerap bertanya dengan itu dapat mengasah daya berfikir, banyak perkara dapat kita ketahui. Awaklah 'hero' kuliah subuh kali ini," si ulama berbadan kecil berjenaka sambil menegakkan ibu jarinya ke arah orang yang bertanya.

Dan ruang Masjid Raya pun dipenuhi dengan suara orang ketawa, menghalau rasa bosan dan membelakkan biji mata para jemaah yang mengantuk.

"Cantikkan batin dengan cara beriman, bertawakal, berdoa dan menjalankan segala syariat Islam yang telah digariskan. InsyaAllah Tuhan akan mengkabulkan segala hajat kita. Bagi Pak Dukun, Pak Kiai yang masih menjalankan pasang susuk, segeralah bertaubat. Amalkan ilmu kejalan Allah agar dapat pahala yang baik, sebabnya dunia ini adalah fana," si ulama berbadan kecil menarik nafas lalu berhenti bercakap.

Hampir lima minit masa berlalu begitu sahaja. Semuanya bagaikan terpukau mendengar nasihat dari si ulama berbadan kecil.

Dari wajah yang terpamer, saya dapat menduga bahawa para jemaah masih mengharapkan si ulama menyambung percakapan yang terhenti.

Tetapi dari gerak geri yang diperlihatkan seolah-olah si ulama itu memberitahu yang dia tidak berminat mahu menyambung percakapan yang terhenti. Dia seperti mengelamun macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Para jemaah mula resah semacam. Si ulama berbadan kecil tetap seperti tadi, terus mengelamun dan berkhayal. Para jemaah yang tertonggok bagaikan tidak wujud didepan matanya.

Akibatnya menimbul bermacam macam keraguan dalam hati para jemaah termasuk diri saya dan Harun.

"Oh ya..."

Si ulama berbadan kecil seperti terkejut dari sebuah lamunan yang panjang. Dia toleh kiri, toleh kanan. Beberapa orang jemaah yang sedar atas perbuatan si ulama tersenyum panjang.

"Cukup sampai di sini saja, kalau umur saya panjang dua minggu lagi kita berjumpa di sini, kita bincangkan pula topik keimanan dan ketakwaan. Maafkan saya kalau semasa bercakap tadi, ada kata-kata yang boleh menyinggung perasaan kamu semua," ungkap si ulama berbadan kecil, senyum terus berlari di kelopak bibirnya.

PENUTUP

Sebagai penutup majlis, Pak Imam pun membaca doa kesyukuran dan kesejahteraan untuk para jemaah yang hadhir.

Selesai doa dibaca, si ulama berbadan kecil segera berdiri. Para jemaah pun bersalaman sambil mengucapkan terima kasih.

Ada jemaah yang cuba membongkokkan seluruh badan sambil cuba mencium telapak tangan si ulama berbadan kecil. Si ulama terus menegah perbuatan itu.

"Jangan sampai begitu, mendewa-dewakan sesama manusia perbuatan yang dilarang oleh ajaran yang beriman dan bertakwa," ungkap si ulama berbadan kurus.

Bahu orang ang membongkok dan mencium telapak tangannya ditepuk manka berkali-kali.

"Tegakkan badan kamu," tambahnya.

Orang itu segera menegakkan tubuhnya.

"Assalaamualaikum ahli masjid," jerit seorang lelaki di muka pintu.

"Ada apa hal?" tanya Pak Imam seraya meluru kearahnya.

"Mahu jumpa tuan guru," jawap lelaki itu.

"Apa halnya," menusul pertanyaan dari Pak Imam.

"Awak siapa? Banyak soal dan tanya," tanya lelaki itu sinis.

"Saya Pak Imam."

Lelaki di pintu masjid terdiam seketika. Matanya liar menatap muka para jemaah yang merenung ke arahnya. Datuk yang tadi berdiri terus duduk di salah satu sudut. Beberapa orang jemaah segera meniru perbuatan datuk.

"Apa halnya kamu nak jumpa, tuan guru," cukup lembut nada suara Pak Imam.

"Itu urusan aku dengannya," nada suara lelaki mula meninggi. Dia mula memperlihatkan wajah yang bengis.

"Ha..." wajah Pak Imam cemas.

Lima enam orang jemaah yang tadi cuba mendekati lelaki itu segera berundur, mencari tempat yang baik untuk bertahan. Takdirnya, terjadi sesuatu yang tidak diingini, mereka sudah bersedia.

"Ganji orang ni," terdengar komen dari seorang jemaah.

"Orang gila agaknya," balas yang lain.

"Aku mahu jumpa Tuk Guru. Orang lain yang aku cari, orang lain pula yang sibuk," lelaki di muka pintu masjid menyuarakan rasa tidak senangnya.

"Jangan halang dia, biarkan dia jumpa Tuk Guru, dia mau bertaubat tu," terdengar suara dari luar masjid.

Beberapa detik kemudian seorang anak muda dalam usia sekitar empat puluhan berdiri di kanan lelaki yang mahu berjumpa si ulama. Kehadiran anak muda itu membuat keadaan menjadi bertambah kacau.

Si ulama berbadan kecil berdiri tenang di tengah ruang masjid, dikelilingi oleh para jemaah yang bertubuh tegap.

Anak muda awal empat puluhan itu memakai kemeja lengan pendek, berjalur biru putih, tidak bersongkok. Rambut lebatnya di sikat berat kekanan. Seluar yang dipakai berwarna kelabu.

"Sabar," Anak muda awal empat puluhan, menenangkan perasaan lelaki yang mahu menemui tuan guru.

"Mana boleh sabar, orang lain mahu kita temui, orang lain pula yang sibuk, mahu tunjuk kuasa bagaikan rumah Allah ini dia yang punya," Lelaki di muka pintu menyindir Pak Imam.

Saya lihat Pak Imam menarik nafas sambil menelan air liur. Para jemaah mula memperlihatkan rasa geram dan meluat terhadap lelaki di muka pintu masjid.

MUNCUL

Secara tidak diduga, saya dapati datuk sudah berada tidak jauh dari saya dan Harun. Dia memberi isyarat dengan tangan agar kami berada jauh dari Pak Imam.

Perintah itu kami patuhi, perlahan-lahan saya dan Harun beredar dari sisi Pak Imam. Kami memilih tempat agak tersorok dari pandangan para jemaah yang lain.

"Jangan halang dia, biarkan dia jumpa tuan guru," tutur datuk dengan wajah tenang.

Pak Imam jadi terkejut, perasaan para jemaah berbelah bagi. Ada yang menyokong, ada yang menentang.

"Macam mana kalau dia bertindak kasar pada tuan guru?" Wajah Pak Imam nampak cemas.

"Dengan izin Allah perkara itu tak akan berlaku," datuk mempertahankan cadangannya.

"Terpulang," Pak Imam mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Niatnya baik, dia mahu bertaubat," anak muda awal empat puluhan bagaikan menyokong pendapat datuk.

Di luar, matahari sedikit demi sedikit menyibarkan cahayanya. Dan para jemaah dalam perut masjid begitu ingin mengetahui kisah selanjutnya. Tidak seorang pun diantara mereka mahu keluar.

"Bertenang," Ulama berbadan kecil bersuara.

Dan para jemaah yang mengelilinginya disuruh bersurai dan duduk. Dengan gaya langkah penuh keyakinan, si ulama menjemput lelaki di muka pintu masjid yang memakai baju melayu cekak musang, warna biji kundang, berkain pelikat kotak-kotak.

Di kepalanya terlekap, songkok (ketayap) manakala di bahu kanan tersangkut kain berwarna putih dan bahagian tepinya dijahit rapat-rapat menyebabkan warna putih itu menyerlah.

Silakan masuk ke tengah masjid, ceritakan apa masalah kamu, mari..." si ulama berbadan kurus menghulurkan tangan dengan tenang lelaki di muka pintu masjid menyambutnya.

"Mari..." si ulama menarik tangan lelaki tersebut.

"Ehhh..." Lelaki di muka pintu masjid bersuara Dia tidak mahu bergerak dari tempat dia berdiri.

"Kenapa?" terpamer rasa kecewa di wajah si ulama berbadan kurus.

"Tak payah masuk ke dalam, di sini saja sudah cukup, lagi pun saya tak mahu apa yang saya mahu sampaikan kepada tuan di ketahui ramai," itu alasan yang diluahkan oleh lelaki di muka pintu masjid.

Para jemaah berpandangan sama sendiri dan berbisik. Anak muda awal empat puluhan diam membatu, tidak memberi sebarang komentar.

"Kalau niat awak baik dan ikhlas, saya rasa tidak salah orang yang berada dalam masjid ini mendengar apa yang mahu kamu katakan," balas si ulama berbadan kecil.

Dan lelaki yang memakai baju cekak mUsang berkain pelikat menarik nafas. Wajahnya tidak segarang tadi.

"Tapi tuk guru..." Cuma setakat itu saja kata yang terluah.

"Kamu malu, jangan malu kalau niat kita baik kerana Allah," pintas si ulama berbadan kecil.

SETUJU

Lelaki berbaju cekak musang anggukan kepala perlahan-lahan tanpa mahu menatap wajah si ulama dan para jemaah.

Tanpa di sangka-sangka datuk mendekati lelaki berbaju cekak musang. Bahu lelaki itu ditepuknya sambil membisikkan sesuatu ke telinga lelaki tesebut.

"Iya, saya setuju dengan cadangan tuk guru dan orang ini..." Lelaki itu menoleh ke arah datuk saya seraya menyambung kata-kata.

"Menasihati saya supaya ikut cakap tuk guru..."

Sebaik saja menamatkan pertuturan, lelaki berbaju cekak musang segera melangkah dengan penuh keyakinan menuju ke tengah ruang masjid. Para jemaah segera memberikan tepukan gemuruh.

Mereka (para jemaah) segera mengekori sambil membentuk bulatan mengelilingi si ulama berbadan kecil, lelaki berbaju cekak musang dan pemuda berusia awal empat puluhan.

"Duduk," kata si ulama.

Semua para jemaah duduk, begitu juga dengan si ulama itu sendiri. Si ulama duduk bersila sambil merenung wajah para jemaah.

Lelaki berbaju cekak musang dan pemuda berusia empat puluhan bersedia mahu duduk.

"Jangan, kamu berdiri di situ," Si ulama berbadan kecil menuding jari telunjuk ke arah lelaki berbaju cekak musang.

"Saya?" anak muda awal empat puluhan bertanya.

"Kamu duduk."

Dengan penuh sopan anak muda empat puluhan terus duduk.

"Sekarang kamu katakan apa yang mahu kamu katakan pada aku," sepasang anak mata si ulama berbadan kecil tertampar ke wajah lelaki berbaju cekak musang yang nampak resah dan serba tidak kena.

"Tapi..." lelaki yang memakai baju cekak musang tidak meneruskan kata-kata.

"Apa lagi..." bersama segaris senyum si ulama berbadan kecil menyoal kembali.

"Tentu tak manis. Tuk guru yang berilmu duduk, saya yang jahil berdiri. Ertinya saya tidak menghormati orang berilmu," itu alasan yang dikemukakan oleh lelaki yang memakai baju cekak musang. Matanya merenung permaidani masjid.

Para jemaah yang duduk bersila, tidak berkata apa-apa. Mereka hanya memerhatikan saja gerak-geri lelaki berbaju cekak musang dan si ulama berbadan berbadan kecil.

Saya menarik nafas dan mula bosan dengan suasana yang dihadapi. Dari pintu masjid yang terdedah saya merenung keluar. Sinar matahari pagi kian marak. Saya kira kegelisahan itu, turut juga dirasai oleh orang lain.

"Bosan."

Keluhan saya di dengar oleh Harun.

"Sabar Tamar, kita akan melihat peristiwa besar pagi ini. Aku kenal lelaki yang datang tu, salah seorang pelanggan kedai kain aku berasal dari daerah Bilah, suka menikah dengan 'pucuk muda' yang cantik. Peliknya ramai pula yang bersedia menjadi isterinya."

"Orang kaya?"

"Itu aku tak tahu Tamar, boleh jadi orang ternama di daerah Bilah," tambah Harun.

BILAH

Bila Harun menyebut perkataan 'BILAH' secara sepontan saya teringatkan Istana Raja BILAH di Papan, tidak jauh dari pekan Pusing Perak.

Malah beberapa orang saya kenali ada kaitannya dengan Raja Bilah terbayang di kepala, terutama dengan beberapa keluarga yang tinggal di sekitar Mukim Selama-Perak.

"Kamu tahu kerjayanya Harun?" Saya menyoal.

"Tak tahu Tamar. Tetapi beberapa orang kenalan memanggilnya Raja Susuk."

"Raja Susuk?" Ulang saya.

Harun angukkan kepala. Kami tidak dapat meneruskan bisikan bila mendengar suara datuk berdehem panjang sebagai signal atau isyarat menyuruh kami menumpukan perhatian ke arah lelaki berbaju cekak musang dan si ulama berbadan kecil.

"Kalau itu permintaan kamu, saya perkenankan. Sebelum duduk terangkan nama kamu dan tujuan kamu berjumpa dengan aku."

Ungkapan dari si ulama berbadan kecil membuat wajah lelaki berbaju cekak musang ceria dan senyum. Cemas dan bimbang tidak lagi terpamer di muka. Semua penghuni masjid memusatkan perhatian kepadanya.

"Nama saya Shamsuddin Muammad Nor, beranak di Pondok Tanjung dekat Taiping. Ayah saya anak Pengkalan Beranda, emak saya orang Bagan Serai," Lelaki berbaju cekak musang berhenti bercakap.

Tangan kirinya menekan pangkal belikat kiri. Dia kelihatan seperti menahan rasa sakit.

"Kamu sakit?"

Pertanyaan dari si ulama berbadan kecil dijawap oleh lelaki berbaju cekak musang dengan geleng kepala.

"Masa kecil saya selalu berpindah randah – maklumlah ayah saya peniaga buah-buahan, masa itu saya berkenalan dengan bermacam orang."

"Orang tua kamu tak ajar asas agama?" tingkah si ulama berbadan kecil.

"Ada tapi, tidak diberatkan. Sayangnya, saya merasa terlalu pandai dalam bidang itu. Pada ilmu agama yang ada tidak sejauh mana, mengaku pandai, akhirnya saya tersalah langkah."

Semua orang ada dalam masjid terdiam, setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lelaki berbaju cekak musang diikuti dengan penuh teliti.

"Masa berumur tujuh belas tahun ayah membawa saya dan emak ke Sumatera ke kampung halamannya di Pengkalan Beranda. Masa di sinilah saya menuntut atau memilih jalan yang silap kemudian saya kembangkan ke Tanah Semenanjung. Ilmu dunia dan akhirat saya satukan. Aduh..."

Lelaki berbaju cekak musang tidak dapat meneruskan percakapan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 216/284

BACA: SBDJ Siri 215: Lembaga Hitam Tanpa Kaki
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/11/raja-susuk-mati-di-masjid-sbdj-siri-216.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Youtuber Terkenal Raja Ular Afrika Selatan Mati Dipatuk Ular Tedung

Seorang Youtuber Terkenal Raja Ular Afrika Selatan Mati Dipatuk Ular Tedung

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 118 hits
KOSMO Dingo sering melakukan pelbagai aksi berbahaya bersama reptilia NewsflashPIETERMARITZBURG AFRIKA SELATAN Seorang pesohor YouTube yang dikenali ramai disebabkan pelbagai aksi berbahaya bersama reptilia berbisa meninggal dunia selepas d...
Lebih 1 000 Jemaah Imarahkan Program Subuh Macam Raya Di Masjid Imam Ash Shafie Kotasas

Lebih 1 000 Jemaah Imarahkan Program Subuh Macam Raya Di Masjid Imam Ash Shafie Kotasas

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 79 hits
KUANTAN Lebih 1 000 penduduk dari 16 taman perumahan di Kotasas di sini memeriahkan dua program serentak iaitu Subuh Macam Raya dan 5 Kilometer Rentas Kota With 1001 Neighbourhood Program anjuran Masjid Imam Ash Shafie dengan kerjasama Kota...
Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 137 hits
Khatib tertinggal rukun khutbah Jumaat solat kariah 16 masjid di Rembau tak sahMohd Amin Jalilam metro com mySeremban Solat Jumaat bagi kariah 16 buah masjid di Rembau dekat sini ditafsirkan tidak sah susulan khatib dikatakan tertinggal sat...
Saman Road Tax Mati Kadar Denda Cara Pembayaran Saman

Saman Road Tax Mati Kadar Denda Cara Pembayaran Saman

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 81 hits
Siapa di antara kita yang pernah kena saman disebabkan road tax atau cukai jalan telah mati atau tamat tempoh tapi tak tahu nak buat apa Haa kalau anda pernah atau sedang berada di situasi tersebut pastikan anda teruskan membaca artikel ini...
Buaya Terbesar Di Dunia Mati Diusia Lebih 110 Tahun

Buaya Terbesar Di Dunia Mati Diusia Lebih 110 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 74 hits
KOSMO GAMBAR fail buaya terbesar dunia yang berada dalam kurungan Foto AFPSYDNEY Buaya air masin terbesar di dunia yang hidup di dalam sebuah kurungan di Australia dilaporkan telah mati demikian menurut saluran berita ABC hari ini Buaya jan...
Peanut Si Tupai Fred Si Rakun Mati Dibunuh Selepas Dirampas Agensi Alam Sekitar

Peanut Si Tupai Fred Si Rakun Mati Dibunuh Selepas Dirampas Agensi Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 83 hits
BANDAR RAYA NEW YORK Seekor tupai yang menjadi sensasi internet mati dibunuh oleh pegawai alam sekitar selepas ia dirampas daripada pemiliknya Rabu lalu lapor saluran berita NBC News kelmarin Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New Yor...
Demokrasi Dalam Bersatu Sudah Mati Apakah Pn Akan Di Heret Sama

Demokrasi Dalam Bersatu Sudah Mati Apakah Pn Akan Di Heret Sama

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 73 hits
Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati Apakah PN Akan Di Heret Sama Pemilihan parti PPBM telah menelanjangkan wajah sebenar kepimpinan PPBM di setiap peringkat Bermula dari penggantungan PPBM Bahagian Jasin kerana didakwa memberikan lapuran pal...
Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 134 hits
Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang Masjid Kota Iskandar ialah masjid negeri kedua yang terletak di Kota Iskandar Iskandar Puteri Masjid moden ini dibuka secara rasmi pada 16 Jun 2015 dan dinamakan sempena Sultan Johor keempat Almar...
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik Titah baginda masjid seharusnya menjadi tempat penya...
Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Cara Kumpul Duit Untuk Melancong

Ter Untuk Anak Bonda

Pgslot 30 24 Pgslot Top 93 By Corine Pgslot Hongkong456 Co

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal