Sbdj Siri 198 Terkapar Di Halaman Rumah


SYAM tersentak. Dari gerak gerinya saya menduga, Syam memang tidak senang dengan katakata datuk itu. Tidak hairanlah, bila dia mempamerkan reaksi dengan menjeling tajam ke arah saya dan datuk.



Sesungguhnya, saya kurang senang dengan reaksi yang diperlihatkan oleh Syam itu.

"Apa sebab saya tak boleh balik?" Soal Syam garang. Demi untuk keselamatan kamu."

"Iya," angguk datuk.

Syam gigit bibir dengan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk, penuh dengan tanda tanya dan persoalan yang tidak terpecahkan.

DEDAUN

ANGIN yang bertiup berguguran dedaun tua, melayang-layang di udara sebelum tersadai di bumi. Peluh yang meruap di pangkal kening dan dahi segera saya kesat dengan telapak tangan.

Syam yang duduk di tanah segera melunjurkan sepasang kakinya. Dan saya larikan perhatian dari batang tubuh Syam kepada tanah milik arwah isterinya.

Saya terkejut, pemukaan tanah sudah tidak merekah lagi, tidak bergelombang, tidak ada barisan ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai beralun. Semuanya seperti biasa.

"Ulat dan anai-anai semuanya sudah masuk ke dalam rumah," demikian datuk membuat kesimpulan.

Ertinya semua milik saya akan hilang, pakcik."

"Tak berani nak cakap, kita berusaha dan berdoa, selebihnya kita serahkan kepada Allah."

"Kamu mesti..." datuk meneruskan kata-kata.

"Mesti apa Pakcik?" Sanggah Syam.

"Ikut kami ke rumah, cuma dengan cara itu saja kamu selamat."

"Sebabnya Pakcik?"

"Jangan tanya sebabnya, kalau kamu sayangkan nyawa sayangkan harta benda arwah isteri kamu, ikut cakapku." Datuk memperlihatkan sikap tegasnya, mukanya mula kemerah-merahan.

"Eehhhhh...." Syam tergagap"

"Aku mahu keputusan dari kamu. Mahu atau tidak, itu saja yang aku mahu," atuk minta kepastian.

Tidak ada jawapan pasti dari Syam. Dia memperlihatkan protes dengan menumbuk bumi sebanyak dua kali berturut-turut.

Tidak ada tindak balas dari datuk, barangkali dia (Datuk) malas melawan karenah Syam yang dianggapnya terlalu mengikut perasaan.

"Mari Tamar, biarkan dia di situ." Datuk segera menarik tangan saya.

Syam pun kami tinggalkan melayani perasaannya.

Memang pelik, datuk yang banyak bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan Syam, secara mendadak menjadi sebaliknya.

Barangkali, datuk sudah menghidu sesuatu yang kurang baik, kalau karenah Syam dilayani. Apa yang berlaku sungguh mengecewakan Syam.

Barang-barang kemas milik arwah isterinya tenggelam dalam timbunan anai-anai dan ulat-ulat makan bangkai. Lagi sekali Syam rebah dan pengsan di pangkuan datuk. Dan lagi sekali rawatan kecemasan terpaksa dilakukan hingga Syam pulih.

Keadaan sekeliling bertambah cemas, ulat-ulat makan bangkai dan anai-anai kian bertambah. Beberapa bahagian lantai yang tadi, tidak didekati ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai mula didatangi oleh serangga tersebut.

"Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kita mesti tinggalkan rumah ini," sepasang mata datuk merayap ke setiap sudut dan ruang dalam rumah.

Terpamer sekilas kecemasan di wajah datuk. Kerana belum merasa pulih, Syam tidak ambil kisah dengan apa yang datuk katakan.

"Kita bawa dia keluar dari rumah ini, Tamar."

"Baik tuk," jawab saya pendek.

"Ikut jalan kita datang tadi," arah datuk lagi.

Saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa, saya dan datuk terus memapah Syam turun dari perut rumah. Berhati-hati kami memijak anak tangga dan seterusnya menuju ke kaki lima rumah yang diturap dengan simen.

KHAYAL

"SEKARANG, kita ikut jalan tadi hingga sampai ke kawasan tanah sempadan, elakkan dari terkena ulat dan anai-anai."

"Baik Tuk."

"Mulakan sekarang."

Langkah untuk sebuah perjalanan yang penuh cabaran pun bermula. Syukur, kami selamat sampai ke kawasan tanah sempadan.

Kerana keadaan Syam tidak pulih sepenuhnya, (dia seperti orang khayal) datuk terpaksa melakukan rawatan untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri.

Setelah dibacakan beberapa potong ayat, lalu dihembuskan ke mukanya barulah keadaan Syam berubah. Dia kelihatan seperti orang baru bangun dari tidur. Termagu-magu, lupa dengan semua perkara yang pernah dilalumya.

"Di mana saya pakcik?"

"Di tanah orang, tanah yang bersempadan dengan tanah arwah bini kamu," jelas datuk.

"Hahhhh..." mulut Syam terlopong.

"Jangan bimbang kita selamat di sini," saya cuba memujuk.

"Hantarkan saya balik, pakcik."

"Tak boleh," suara datuk meninggi.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, berkali-kali datuk mengingatkan saya supaya jangan menoleh ke kiri, ke kanan atau menoleh ke belakang. Mesti berjalan dengan tunduk sambil bertasbih.

Arahan datuk itu saya patuhi hingga sampai ke kaki tangga.

"Syukur, anak dan cucu selamat balik." Saya segera panggungkan kepala, mencari arah suara datang.

Rupa-rupanya Haji Basilam menyambut kepulangan kami dengan wajah riang di tepi tingkap. Andi Kamarool yang bertenggek di bendul pintu, lambaikan tangan ke arah saya. Cepat-cepat saya membalasnya bersama segaris senyum.

"Kenapa tinggalkan Syam jauh sangat di belakang." Haji Basilam panjangkan leher, macam leher itik angsa melihat sesuatu dikejauhan.

Saya dan datuk segera menoleh ke belakang. Syam tercungap-cungap mengekori kami.

"Pelik budak ni, diajak tak mahu tetapi, mengikut dari arah belakang. Memanglah dia ni banyak karenahnya," datuk merungut.

Andi Kamarool dan Haji Basilam segera turun ke kaki tangga yang kemudiannya mendekati saya dan datuk.

Kami berempat (Datuk, Haji Basilam, Andi Kamarool dan saya) tumpukan perhatian pada Syam yang melangkah lemah.

"Saya mahu ikut pak cik," katanya sebaik sahaja sampai di hadapan kami.

Mungkin kerana keletihan, Syam tidak mahu berdiri dan dia terus rebah di kaki datuk.

"Sudah kamu fikirkan semasak-masaknya tentang perbuatan kamu ini, Syam," tanya datuk.

"Sudah," balas Syam tercungap-cunngap sambil menelentang tubuhnya merenung langit dan awan gemawan.

"Kau tak menyesal."

"Tidak pakcik, apa yang penting bagi saya, selamatkan rumah pusaka dan harta benda arwah isteri saya."

"Hummm..." suara datuk terkulum.

Syam masih terlentang dengan kedua belah tangan dan kakinya terkedang. Dari hujung bibir (kiri dan kanan ) meleleh air liur. Sesekali kaki dan tangannya tersentap-sentap. Panas yang menarik membuatkan badannya berpeluh-peluh.

"Kita naik," beritahu datuk pada Haji Basilam.

"Budak Syam ni macammana?"

"Biarkan dia di situ."

"Kejam membiarkan budak yang letih ni terkadang atas tanah di bawah matahari yang terik," Haji Basilam meluahkan keresahan hatinya.

"Ada sebabnya, saya berbuat macam tu, mari kita naik. Sampai di atas nanti kita bercerita panjang."

Tidak ada yang membantah arahan datuk, semuanya naik dan duduk bersila di ruang tamu rumah. Tidak ada sesiapa pun yang memikirkan tentang nasib Syam yang tekapar di halaman rumah.

Rasa belas dan kasihan muncul dalam hati saya. Tetapi, saya tidak berani menyuarakannya.

"Tamar."

"Iya tuk."

"Kamu berdiri dekat tingkap, tengok ke bawah perhatikan budak Syam tu, kalau lain macam aje, beritahu aku."

"Iya tuk." Saya segera berdiri di tepi tingkap.

Datuk pun berkisah tentang pengalaman yang dilaluinya semasa berada di rumah peninggalan arwah isteri Syam. Semua yang mendengar gelengkan kepala.

Malah, Andi Kamarool sendiri mencadangkan supaya datuk jangan campur dalam urusan Syam. Biarkan dia selesaikan sendiri.

"Aku tidak setuju, rasanya tidak berakal benar, kita membiarkan manusia seagama hidup menderita, sedangkan kita hidup senang. Padahal kita boleh berikhtiar dengan memohon pada Allah supaya sahabat kita tu terlepas dari bencana tersebut," datuk menumpahkan pandangan dan pendapatnya pada dua orang sahabatnya.

"Apa yang mahu kamu buat?" Haji Basilam merenung muka datuk.

"Kita berunding dengan ketua kampung, Pak Imam, Guru Agama, sepas sembahyang zuhur kita bincang, kamu boleh membantu."

"Aku?" Haji Basilam membeliakkan biji matanya.

"Iya," angguk datuk.

"Si Syam tu bagaimana? Kau nak biarkan dia mati kering di halaman rumah?" Soal Haji Basilam.

"Nanti aku suruh Tamar uruskan," Saya jadi termagu-magu bila nama saya disebut.

AIR

TIDAK lama berselang, datuk mengotakan kata-katanya. Dia menyuruh saya mengambil air satu baldi besar di perigi untuk disiramkan ke tubuh Syam yang terkapar.

Ada beberapa syarat yang mesti di patuhi, setelah air satu baldi itu dibacakan dengan seratus kali Fatihah oleh datuk, barulah saya disuruh menjirus air tersebut ke kepala Syam hingga ke kaki.

Perkara itu dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut. Apa yang di suruh oleh datuk saya lakukan dengan sebaik mungkin.

Selesai saja kerja itu saya buat, Syam terus bangun. Dia nampak gagah tidak lemah. Pergerakannya cergas.

"Bawa Syam ke perigi, mandikan dia Tamar."

"Baik tuk." Sebaik sahaja saya mahu melangkah, terdengar lagi suara datuk.

"Tukarkan pakaiannya dan bawa dia masuk ikut pintu belakang," Datuk mencampakkan kain sarung dan baju melayu ke arah saya. Dengan tenang saya menyambutnya.

Syam pun saya bawa ke telaga. Semua arahan datuk saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Tepat jam dua belas, lima minit tengahari, Syam yang sudah berpakaian rapi kemas duduk berhadapan dengan datuk di ruang tengah rumah.

Syam nampak tenang dan penuh keyakinan menyandarkan badan ke dinding. Saya dan Andi kamarool di suruh oleh datuk duduk di sebelah kiri dan kanan Syam.

Tanpa kehadiran Haji Basilam membuat saya bertanya ke mana dia menghilang.

"Aku agak kamu lapar Syam," tanya datuk.

Saya lihat Syam Syam mengangguk.

"Tunggu sekejap lagi makanan akan tiba, Syam."

"Terima kasih pakcik." Saya dan Andi kamarool saling berpandangan, masing-masing mencari jawapan siapakah yang akan membawa makanan untuk Syam.

Beberapa minit selang, Haji Basilam muncul membawa secawan kopi, sepiring rebus keledek dan sepiring kelapa parut.

"Jangan," datuk datuk bersuara lembut.

Syam tidak jadi menyuapkan keledek rebus ke dalam mulut.

"Minum air kopi dulu, lepas tu baru makan ubi keledek. Air tu untuk mencuci tekak dan melancarkan yang kamu telan," datuk memberikan kuliah pendek.

"Terima kasih pakcik."

Syam pun ikut nasihat datuk. Dia makan penuh selera, keledek rebus, kelapa perut dan air habis tanpa kesan.

Semasa Syam makan, saya nampak datuk dan Haji Basilam berbisik, macam ada sesuatu yang mereka bincangkan.

"Tamar, bawa cawan dan piring kosong ke dapur, bersihkan," arahan dari datuk yang kurang saya senangi tetapi, saya tidak boleh membantah.

Bila saya datang semula ke ruang tengah, saya lihat Pak Imam, Ketua kampung dan seorang lelaki tua dalam lingkungan usia lapan puluhan, memakai serban hijau berada di ruang tengah, mereka duduk dekat datuk sedangkan Haji Basilam mengambil tempat saya (disebelah Syam), keadaan ini memaksa saya duduk berhampiran dengan ketua kampung.

"Boleh kita mulakan," Ketua kampung ajukan pertanyaan pada datuk.

"Silakan," sahut datuk.

Saya lihat Haji Basilam anggukkan kepala, begitu juga dengan Andi Kamarool. Saya keresahan dan kebingungan, masih tercari-cari apakah perkara yang akan diperkatakan oleh mereka.

Agaknya, semasa saya menguruskan diri Syam tadi, mereka sudah pun menyusun agenda yang tersendiri. Semuanya berlaku secara mengejut dan diluar dugaan saya.

"Syam," datuk renung ke arahnya.

"Iya Pakcik."

"Bila kamu ikut aku, ertinya kamu masih mengharapkan pertolongan dari aku, Syam."

"Iya pakcik."

"Semasa kamu mandi tadi, aku suruh Haji Basilam berjumpa ketua kampung dan Pak Imam, berbincang dan mencari jalan untuk menolong kamu. Sekarang mereka ada di sini, saya minta ketua kampung sendiri menerangkannya," datuk berhenti bercakap, matanya renung muka ketua kampung yang mengangguk lemah, tanda setuju.

WAJAH

SEBELUM memulakan percakapan, ketua kampung menatap setiap wajah yang berada di ruang tengah. Renungannya agak lama tertumpu ke wajah saya. Tentu sahaja saya jadi resah.

"Terima kasih," ketua kampung memulakan percakapan.

"Kerana memanggil saya, terima kasih juga kepada Haji Basilam yang telah menerangkan tujuan sebenar menjemput saya kemari," ketua kampung berhenti bercakap sebentar, dia merenung ke arah Pak Imam dan seorang haji yang berada di sebelah Pak Imam.

Sejak tadi, Haji yang duduk di sebelah Pak Imam, tidak banyak cakap. Mudah tersenyum, air mukanya nampak bersih dan tenang.

"Orang di sebelah Pak Imam itu namanya Kiai Masruh," ketua kampung menyambung percakapan yang terhenti.

"Dia saudara saya, orang Tasik Malaya, bila mendengar masalah si Syam dia mahu pula menolong membantu, sekarang minta Syam mendekatinya."

Tanpa membuang masa Syam segera mendekatinya. Kiai Masruh meletakkan telapak tangan kirinya atas bahu kanan Syam.

Dia menyuruh Syam membaca Al-Fatihah dan Syam dapat membaca dengan lancar. Dia juga menyuruh Syam membaca ayatu-Kursi. Semuanya dapat dilakukan oleh Syam dengan baik dan lancar. Kiai Masruh tersenyum senang.

"Orang lain yang makan nangka, kamu yang kena getah," ucap kiai Masruh dengan nada suara yang perlahan sekali.

Semua yang ada di ruang tengah rumah menarik nafas lega. Malah saya lihat Haji Basilam tersenyum panjang.

"Tak mengapa, dengan izin Allah semuanya dapat kita selesaikan," sambung Kiai Masruh penuh keyakinan. Semua yang berada di situ anggukkan kepala.

Perlahan-lahan Kiai Masruh menjatuhkan tapak tangan kirinya dari bahu Syam. Hujung serbannya yang terjuntai di atas dada segera dibetulkan, diletakkan kembali atas bahu.

"Kita jumpa di masjid waktu maghrib, lepas sembahyang Isyak saya beritahu apa yang patut kita buat," begitu mengejutkan kiai Masruh menamatkan ucapannya, membuat yang hadir di situ terpinga-pinga.

Kiai Masruh segera bangun dan bersalaman dengan Datuk, Haji Basilam, Andi Kamarool, Syam dan saya. Dengan diiringi ketua kampung dan Pak Imam, Kiai Masruh menuju ke pintu.

"Kami balik," tutur Pak Imam dan ketua kampung serentak.

"Terima kasih kerana sudi datang," balas Haji Basilam.

"Jangan lupa, jumpa di masjid," Pak Imam tepuk bahu datuk.

"Dengan izin Allah, kami sampai," jawab datuk selamba.

"Saya yakin, awak boleh mengawal budak ni, berusahalah dengan sebaik mungkin. Jangan sampai dia lari ke rumahnya," bisik Kiai Masruh pada datuk.

Bersama senyum yang lebar, datuk anggukkan kepala. Datuk memanfaatkan segala kebolehan yang ada dalam dirinya untuk mengawal gerak-geri dan tingkah laku Syam.

Saya dilantik oleh datuk sebagai pengawal peribadi Syam. Di mana Syam berada, di situ saya berada.

Apa yang menguntungkan, gerak balas Syam terhad di dalam rumah sahaja. Dia tidak dibenarkan oleh datuk keluar rumah.

Bagi menghalang perbuatannya itu daun sirih bertemu akar dan daun buluh berbatang kuning, diletakkan bertindih tiga di muka pintu.

Tetapi, andainya Syam bertindak agak keterlaluan, Andi Kamarool bersedia membantu saya.

Apa yang merisaukan hati saya, bila datuk dan Haji Basilam pergi ke masjid untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Mujurlah, kerisauan atau kebimbangan itu tidak terjadi.

Bila sampai waktu zuhur, saya ajak Syam berjemaah, begitu juga sampai waktu Asar. Dia tidak menolak, malah bersikap baik dan ramah dengan Andi Kamarool yang turut berjemaah sama.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 198/284

BACA: SBDJ Siri 197: Rahsia 4 Peti Hitam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/05/terkapar-di-halaman-rumah-sbdj-siri-198.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sbdj Siri 199 Makhluk Halus Dalam Darah

Sbdj Siri 199 Makhluk Halus Dalam Darah

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 116 hits
WALAUPUN waktu solat maghrib masih jauh lebih kurang tiga jam lagi Tetapi saya dan Andi Kamarool sengaja pergi awal ke masjid kami berpendapat dari duduk di rumah terlentang tertiarap lebih baik duduk di masjid Boleh juga membelek belek kit...
Sbdj Siri 196 Dikejar Ulat Bangkai

Sbdj Siri 196 Dikejar Ulat Bangkai

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 117 hits
Bagi memastikan apa yang berada di dalam perut bumi datuk segera mengambil sepotong kayu yang panjangnya kira kira tiga kaki Pada pengamatan saya kayu tersebut adalah dahan pokok manggis yang patah Dengan dahan kayu manggis itu juga datuk m...
Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 175 hits
Pada mulanya saya tidak yakin Syam boleh menunaikan kata katanya itu Boleh kami buat ulang datuk yang meragui kemampuan Syam Boleh pakcik suaranya meninggi penuh semangat Saya senyum sinis mana mungkin dia boleh melakukannya bisik hati keci...
Profil Indra Iskandar Sekjen Dpr Ri Yang Ruang Kerjanya Digeledah Kpk Terkait Korupsi Rumah Dinas Rp120 M

Profil Indra Iskandar Sekjen Dpr Ri Yang Ruang Kerjanya Digeledah Kpk Terkait Korupsi Rumah Dinas Rp120 M

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 131 hits
Penggeledahan tersebut untuk mengumpulkan bukti kasus dugaan korupsi proyek pengadaan rumah dinas DPR RI
22 Rumah Hangus 146 Hilang Tempat Tinggal Di Sandakan

22 Rumah Hangus 146 Hilang Tempat Tinggal Di Sandakan

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 107 hits
Kebakaran di Kampung Mangkalinau Sandakan jejas ratusan penduduk SANDAKAN Seramai 146 tinggal sehelai sepinggang apabila 22 rumah musnah terbakar di kawasan setinggan di Kampung Mangkalinau Parti hari ini Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abd...
Polis Cari Lelaki Dalam Video Viral Ceroboh Rumah Wanita Curi Dua Telefon Bimbit

Polis Cari Lelaki Dalam Video Viral Ceroboh Rumah Wanita Curi Dua Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 126 hits
Nor Azizah Mokhtarbhnews bh com myTangkap layar rakaman CCTV ketika seorang lelaki menceroboh rumah seorang wanita dan mencuri dua telefon bimbit dalam kejadian di Damansara Damai kelmarin Foto PolisKUALA LUMPUR Polis sedang memburu seorang...
Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 197 hits
disebabkan hari rabu adalah hari buruh anisyah selaku rakan pejabat telah mengadakan rumah terbuka untuk rakan rakannya sebenarnya bukan rumah terbuka anisyah tetapi rumah terbuka anisyah afiqah dan najwa mereka duduk satu rumah hehhehe Ken...
Menjala Di Rumah Makan Di Kedai

Menjala Di Rumah Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum WBTHARI tu kononnya nak makan Roti Jala dengan tapi Pak Inche kata dia nak makan kat Restoran Al Anisah Sk balik kerja gigih eh menjala sebab nak bawa ke restoran tu Biarlah Pak Inche aja makan kita bawa bekal hehehe Jala kl...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator