Sbdj Siri 191 Kubur Di Panah Petir


Saya segera melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Andi Kamarool. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya rasa kurang yakin dengan apa yang saya lihat.


"Apa yang mereka buat Andi?"

Andi Kamarool gelengkan kepala.

"Mereka korek kubur?" Soal saya lagi.

"Barangkali," Andi Kamarool menjawab lemah.

Bau busuk terus menusuk lubang hidung. Saya jadi resah tidak menentu.

"Jangan bimbang Tamar, kita tunggu dan lihat."

Saya akur dengan saranan Andi Kamarool itu. Sepasang mata ditujukan ke arah beberapa orang lelaki yang berbadan tegap. Mereka sedang mengerumuni sebuah kubur.

Hampir dua puluh minit kami menanti tindakan selanjut dari kumpulan lelaki berbadan tegap.

Saya menghitung jumlah mereka. Enam orang semuanya, dua daripada mereka mengais-ngais tanah kubur dengan cangkul, sementara yang lain bercakap sama sendiri dalam nada suara yang perlahan.

Apakah kami wajar menunggu atau terus mendekati kumpulan lelaki tersebut? Fikir saya sendirian.

Andi Kamarool terus termenung bagaikan orang mengelamun.

"Kita jumpa saja," bisik saya pada Andi Kamarool.

"Merbahaya."

Saya terdiam seketika. Alasan Andi Kamarool memang ada kebenarannya, kalau kami terus mendekati mereka, mungkin kami dibelasah sampai setengah mati.

Tetapi, kalau kami berterusan mengintip dari jarak jauh mungkin lebih berbahaya. Seandainya kami disergap. Kami menghadapi masalah yang amat sulit.

Saya dan Andi Kamarool harus merumuskan keputusan yang jitu sebelum melakukan sesuatu. Tersilap bertindak celaka akan menimpa diri.

Di bawah rimbunan dedaun dan pokok, kami memerah otak. Setelah dikaji dengan sehalus-halusnya, kami mengambil keputusan keluar dari tempat persembunyian untuk memperkenalkan diri kepada kumpulan tersebut. Dan kami bersedia menerima apa saja risiko.

Dengan penuh keyakinan, kami melangkah keluar dari tempat persembunyian menuju ke arah kumpulan lelaki yang berbadan tegap.

Mereka menyedari kedatangan kami tetapi, berpura-pura tidak tahu. Kami terus melangkah mendekati mereka.

"Assalamualaikum," kata kami serentak.

"Mualaikum salam," jawab mereka, batang tubuh kami menjadi sasaran biji mata mereka.

Hati kecil saya merasa cemas dan Andi Kamarool nampak tenang sekali. Dan kehadiran kami tidak dipedulikan.

"Ada orang meninggal?"

Saya memberanikan diri. Mereka membisu dan saling berpandangan sama sendiri.

"Siapa yang meninggal?" Susul saya lagi.

"Huh, menyibuk pula," salah seorang daripada mereka merungut.

"Sabar, biar aku uruskan," lelaki yang berkulit agak cerah menepuk bahu kawannya dua tiga kali dan terus berdiri berdepan dengan saya.

"Tak ada orang yang meninggal," sepasang biji matanya dijegilkan ke arah saya.

Andi Kamarool segera menendang betis kiri, memberi syarat supaya saya berhati-hati.

"Kalau tak ada orang mati, kenapa kerumun kubur, bawa cangkul dan datang ke sini," cara bersahaja sekali Andi Kamarool menyoal.

Saya lihat muka lelaki yang berkulit agak cerah itu segera berubah,nampak bengis dan marah. Jelingannya cukup tajam menikam ke wajah Andi Kamarool.

Saya lihat dia menggenggam penumbuk, saya jadi cemas kalau dia melepaskan penumbuk ke muka Andi Kamarool.

"Balik saja Andi," bisik saya.

"Tunggu dulu," nada suara Andi Kamarool keras.

Saya tidak ada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaannya. Dalam erti, kata lain, saya harus menghadapi atau menerima risiko yang akan terjadi.

"Kenapa kamu berdua sibuk urusan orang lain," cukup keras suara lelaki yang berkulit agak cerah itu.

Dia bergerak ke kiri dan ke kanan, bagaikan mencari tempat berdiri yang sesuai dan selesa untuk membuka silat.

"Kamu nak tahu ceritanya?" sergahnya.

Serentak kami anggukkan kepala.

"Aku ingat, kamu berdua orang luar."

"Iya," cepat sekali aku dan Andi Kamarool menjawab.

Dalam sekelip mata saja mereka terus mengelilingi kami. Beberapa orang daripada mereka sengaja menolak badan kami dengan bahu. Malah,ada yang cuba mengutuk dan memaki kami.

Sudah tentu perbuatan itu membuat hati jadi panas. Mujurlah saya masih ingat dapat mengawal perasaan.

PANAS

Di tengah suasana yang serba panas itu. Maki berkulit cerah bertindak menyuruh kawan-kawannya yang mengelilingi saya dan Andi Kamarool beredar.

Arahan itu segera dipatuhi, barulah hati saya merasa aman dan tenteram.

"Kamu berdua nak tahu ceritanya kenapa kami ada di sini," ujar lelaki berkulit cerah.

Wajah karni direnung penuh dengan perasaan geram.

"Iya, kami sekadar nak tahu," kata saya.

"Kubur ni dipanah petir petang semalam. Bau busuk dan hangit yang kamu berdua hidu, datangnya dari kubur ini."

"Sekurang kamu dah dengar ceritanya. Aku nasihatkan kamu berdua berhambus dari sini, jangan nak siasat, ini urusan kami, bukan urusan kamu berdua."

"Kalau kamu tak pergi, kamu berdua susah nanti."

Saya dan Andi Kamarool terlopong mendengar cerita yang agak pelik dan ganjil. Saya renung wajah lelaki yang bengis itu sejenak. Dia menjegilkan biji mata. Tidak memperlihatkan tanda-tanda persahabatan.

"Ada hubungan keluarga dengan awak?", tanya Andi Kamarool.

"Saya suruh awak berdua berambus dari sini, bukanya bertanya lagi. Fahammmmmmm..." jerit lelaki berkulit cerah.

"Maafkan kami," saya mohon.

"Pergi sekarang, sebelum batang cangkul kena kepala," lelaki itu merampas cangkul dari salah seorang kawannya lalu mengacukan ke arah kepala kami.

Setelah diusir, kami tidak ada pilihan dan terpaksa meninggalkan kawasan perkuburan.

Sebelum berangkat, kami sempat melihat keadaan permukaan tanah kubur. Di bahagian tengah kubur terdapat lubang besar akibat dipanah petir.

Tanah sekeliling lubang nampak hitam, kain kafan dan papan keranda bertaburan. Tulang dan daging si mayat yang sudah rentung kelihatan di sekitar kubur.

Batu nisan di bahagian kepala patah dua manakala bahagian kaki tidak kelihatan langsung. Kesan petir yang hebat dan kuat itu masih kelihatan.

Tanaman dan pepokok yang terdapat di kawasan perkuburan terbakar hangus. Dedahan pokok yang patah menimpa beberapa kubur lain batu nisan yang patah bergelimpangan.

"Cepatlah, jangan renung sana, jangan renung sini."

Andi Kamarool terus menarik tangan saya. Sesungguhnya, saya masih belum puas melihat keadaan sekitar.

Memang diharapkan semasa merenung itu, saya akan terlihat batu petir yang dikatakan mempunyai seribu kegunaan. Saya ingin memilikinya.

"Cepatlah Tamar, kau lihat itu," Saya segera melihat ke arah yang disebutkan oleh Andi Kamarool. Hati menjadi kecut. Kumpulan manusia yang mengerumuni kubur masih merenung ke arah kami.

Di tangan mereka tersedia dahan kayu.

"Kita lari Andi."

"Ayuh."

Dan kami pun memulakan langkah seribu. Terus berlari tanpa mahu menoleh ke arah mereka. Akibat takut, bau busuk dan hangit terus hilang.

PERHATIAN

Apa yang dialami, kami ceritakan pada datuk dan Haji Basilam. Ternyata, mereka seperti ambil peduli. Apa lagi untuk memberikan sebarang komentar.

Dan saya terus berusaha menarik perhatian mereka dengan mengulangi dan menyebut kisah tersebut berulang kali. Ternyata usaha saya itu berhasil membuka mulut datuk.

"Kamu berdua masih bernasib baik, tidak dipukul." Datuk terus sandarkan tubuh ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

Saya dan Andi Kamarool yang duduk berdepan dengannya (datuk) berbalas senyum.

Malangnya, setakat itu sahaja datuk bersuara. Kami kembali dibelenggu perasaan hampa.

Haji Basilam yang baru pulang dari warung, membeli kuih untuk sarapan pagi tersenyum melihat kami membatu di depan datuk.

Haji Basilam terus ke ruang dapur. Dan dia datang kembali menghampiri kami membawa sedulang air kopi dan kuih.

"Minum."

Dia pun meletakkan secangkir kopi di depan saya dan Andi Kamarool.

"Terima kasih, aku tak mahu kopi, bagi aku air suam." Haji Basilam mengenepikan cawan kopi dan meletakkan segelas air suam di hadapan datuk.

"Memang sudah dijangkakan, fasal tu saya buat satu cawan kopi dan segelas air suam," ujar Haji Basilam, penuh kemesraan.

"Terima kasih, sahabat yang memahami tingkah laku, perangai serta kegemaran kawan seperjuangan," balas datuk tenang bersama senyum yang memanjang di kelopak bibir.

Suasana kembali tenang seketika. Masing-masing menghirup air minuman.

Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga yang Andi Kamarool masih mengharapkan datuk menyambung kata-kata yang sudah terputus agak lama itu.

"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu memang benar, kamu berdua sungguh bernasib baik," hujung jari-jemari Haji Basilam menggosok-gosok badan cawan perlahan-lahan.

Cawan diangkat lalu air kopi diteguk. Kerana terlalu lama duduk membuat bahagian pinggang saya terasa lenguh. Saya menggeliat dua tiga kali ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh hilang.

"Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam meletakkan cawan di lantai.

Kali ini, wajah kami berdua menjadi sasaran biji matanya.

"Haji."

"Iya, ada apa sahabat," Haji Basilam renung muka datuk.

"Aku fikir eloklah kamu selesaikan perkara budak berdua ini."

"Maksud sahabat?"

"Eloklah kamu ceritakan, biar mereka tahu betapa berbahaya kerja yang mereka buat. Mengintip kerja orang lain bukan perbuatan yang baik," nada suara datuk lembut sekali.

Selesai saja dia mengakhiri kata-kata tersebut, datuk pun menarik nafas dalam-dalam. Sisa air angin dalam cawan segera dihirupnya.

Entak mengapa, tiba-tiba saja datuk menggelengkan kepalanya berkali-kali, macam ada sesuatu yang dikesalinya dan akhirnya, wajah kami menjadi sasaran biji matanya.

"Syukurlah kamu berdua tidak di apakan-apakan," ulang datuk lagi.

Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan. Hati kecil terus merumuskan yang datuk seolah-olah menyindir kami.

Saya pun melahirkan protes dengan menggenggam penumbuk serta menekankannya ke permukaan lantai.

Andi Kamarool melahirkan rasa kurang senangnya dengan merenung ke arah tingkap yang mula dimasuki sinar matahari.

Bila rasa marah mula menurun saya bersedia mendengar kata-kata yang bakal diungkapkan oleh datuk. Tidak kira sama ada ungkapan itu menggembirakan atau menyakitkan perasaan.

Ternyata datuk tidak mengungkapkan sepatah kata pun. Dia lebih banyak termenung. Sekali-kali mengedutkan dahi.

Suasana terasa agak damai. Masing-masing membatu melayani perasaan.

PECAHKAN

Haji Basilam memecahkan suasana damai dan hening. Dia sengaja melagakan punggung cawan dengan bibir piring.

Datuk tersentak dari lamunan dan segera menoleh ke arah Haji Basilam tanpa memberikan sebarang komen.

Haji Basilam segera melunjurkan kaki kiri serta memicit buah betis berkali-kali. Agaknya, dia mahu menghalau rasa lenguh yang bersarang di kaki kirinya.

"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu Tamar, memang benar. Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam bersuara dengan tenang.

Datuk segera angkat muka dan senyum ke arah Haji Basilam.

"Kamu teruskan Haji."

"Saya cuba."

Dengan segera saya cubit bahu Andi Kamarool.

"Kita tunggu Tamar," bisik Andi Kamarool.

"Cakap kamu betul," saya berharap misteri kubur kena panah akan segera tersingkap.

Andi Kamarool memang ingin mengetahui mayat siapakah yang dikuburkan di situ.

"Haji."

"Ada apa hal," Haji Basilam menyoal datuk.

"Uruskan," sahut datuk sambil bangun lalu meninggalkan kami.

"Kenapa dengan dia tu, Pak Aji?" Tanya Andi Kamarool.

Dengan senyum, Haji Basilam mengangkat kedua belah sayap bahunya. Perasaan saya mula kurang tenteram, rasanya macam ada sesuatu yang t1dak kena.

Barangkali, antara datuk dengan Haji Basilam sudah terjalin permuafakatan. Segala soalan yang kami ajukan harus dijawab oleh Haji Basilam, demikian hati kecil membuat kesimpulan.

"Kerana datuk kamu suruh aku terangkan, biarlah aku terangkan," begitu bersahaja nada suara Haji Basilam.

Dan ungkapan itu, bagaikan menguatkan lagi kata hati saya. Haji Basilam bingkas dari tempat duduk. Berjalan ke arah jendela, berdiri di situ merenung pepohon dan awan di langit.

Dan apa yang dilakukan oleh Haji Basilam menimbulkan tanda tanya dalam diri saya dan mungkin juga di hati Andi Kamarool.

Tanpa diduga, secara mendadak Haji Basilam duduk bersila di depan kami. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

"Sebelum kamu berdua bercerita tentang apa yang kamu alami pada kami, perkara tu sudah ada dalam kepala kami. Semuanya kami tahu," wajah Haji Basilam nampak serius sungguh.

"Huuuuuhhh," keluh saya dan Andi Kamarool serentak dengan mulut terlopong.

Otak terus dihujani dengan seribu persoalan. Haji Basilam ketawa terkikih melihat kami agak terkejut.

"Kamu berdua terkejut?" ulangnya lagi. Kali ini, kami mengangguk serentak.

Entah kenapa secara spontan Haji Basilam menepuk bahu kami. Barangkali, dia cuba memujuk atau menenangkan perasaan kami.

"Tiga hari sebelum kamu berdua tiba, rumah ni didatangi oleh seorang lelaki yang berumur kira-kira tiga puluhan," Haji Basilam mengaru hujung hidungnya. Kedua belah tangannya didepangkan.

"Apa hal orang tu datang?" Andi Kamarool yang tidak mahu kisah itu terputus begitu saja, terus bertanya.

"Dia mengajak kami berdua datang ke rumahnya."

"Sebabnya?" Saya mencelah.

"Katanya, jirannya sakit tenat." Saya lihat haji Basilam begitu berhati-hati sekali meluahkan kata-kata.

Sepasang anak matanyamerenung liar ke kiri dan ke kanan. Dia bagaikan terasa ada sesuatu yang memerhatikan gerak gerinya.

"Kemudian bagaimana Pak Aji?" Andi Kamarool terus mendesak.

"Kami pun pergi dan sesudah melihat muka pesakit," Haji Basilam menelan air liur dan berhenti bercakap.

Lagi sekali dia bangun dan menuju ke tingkap, meninjau keadaan di luar. Dia kembali duduk bersimpuh di hadapan kami.

"Setelah muka pesakit tu direnung, datuk kamu terkejut besar dan mengucap panjang.

"Dia tidak menyangka sama sekali orang yang sakit dihadapannya, adalah orang yang di carinya selama ini," sambung Haji Basilam.

DEBAR

Penjelasan itu sungguh mendebarkan hati. Penuh misteri dengan seribu teki-teki yang sukar diramalkan jawapannya. Haji Basilam kelihatan seperti tidak mahu meneruskan cerita.

"Pak Aji, saya nak tanya satu perkara?"

"Silakan Tamar."

"Apa hubungkaitnya datuk saya dengan si pesakit tu?"

"Tak ada apa-apa hubungan, saudara dekat pun tidak, saudara jauh pun bukan tapi," Haji Basilam berhenti bercakap.

"Tapi, apa pula Pak Aji?"

Agak tinggi nada suara Andi Kamarool yang tidak dapat menahan perasaan ingin tahu.

"Suaminya," wajah saya mula direnung dengan tajam oleh Haji Basilam. Bibirnya nampak bergerak-gerak.

"Arwah suaminya dulu kenalan rapat datuk kamu Tamar. Anak jati Kampung Tualang Sekah dekat Malim Nawar. Datuk neneknya berasal dari Tanah Kerinchi.

"Semasa hayatnya arwah semasa hidupnya bertugas sebagai imegrisen beribu Pejabat di Pulau Pinang," Haji Basilam mula menyingkap masa lampau yang penuh misteri.

Saya dan Andi Kamarool terus pasang telinga dan berdoa semoga Haji Basilam akan meneruskan ceritanya hingga tamat. Tidak setakat separuh jalan sahaja.

"Bila bersara, dia dilantik oleh pihak istana menjadi orang bergelar. Semuanya itu, kerana mengenangkan jasanya yang banyak pada pemerintah," sambung Haji Basilam dengan wajah yang berseri.

Kali ini, dia kelihatan tidak takut-takut atau cerhas lagi.

"Bila dah jadi orang bergelar, mesti banyak benda dan wang ringgit," Andi Kamarool mencelah.

Haji Basilam anggukkan kepala, membenarkan kata-kata Andi Kamarool.

"Masa dalam kerja lagi, dia terkenal sebagai pegawai kerajaan yang rajin membuat harta. Kata orang, dia memang hidup mewah, macam orang kaya.

"Tidak mengambarkan yang dirinya itu seorang pegawai kerajaan, dia layak dipanggil jutawan."

"Dia tak ada anak ke Pak Aji?" Saya cuba merisik.

Haji Basilam mengedutkan dahinya, merenung permukaan lantai. Kemudian menarik nafas dalam-dalam. Macam ada sesuatu yang menyentuh hati nuraninya.

"Itulah malangnya," suara Haji Basilam amat perlahan sekali.

"Seorang anak lelakinya di hantar ke Australia, belajar di sana. Bila tamat pengajian, tidak mahu balik, menetap terus di sana. Akhirnya, mati kemalangan jalanraya," kepiluan tergambar diwajah Haji Basilam. Buat beberapa detik dia diam terharu.

"Itu saja anaknya?" tanya Andi Kamarool setelah melihat Haji Basilam dapat mengawal emosinya.

"Ada seorang lagi, anak perempuannya di hantar belajar ke England. Kahwin dengan orang putih beranak cucu disana, tidak mahu balik ke Tanah Semenanjung.

"Mungkin kerana kecewa berdepan dengan keadaan yang tidak menyenangkan itu, orang bergelar jatuh sakit, puas berubat ke mana-mana sakitnya tidak juga sembuh," Haji Basilam berhenti lagi dan kembali termenung.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 191/284

BACA: SBDJ Siri 190: Ayah Perkosa Anak Kandung
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/06/kubur-di-panah-petir-sbdj-siri-191.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Nasihat Kubur Untuk Kita Yang Masih Hidup

7 Nasihat Kubur Untuk Kita Yang Masih Hidup

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 222 hits
7 Nasihat Kubur Renungkanlah dengarkanlah Kita belum terlambat untuk mengubah hidup Kita tak pernah terlewat untuk taubat seikhlasnya sampai Allah terima rayuan kita Sementara masih bernyawa inilah nasihat KUBUR untuk kita yang masih hidup ...
Hiburan Tak Tutup Aurat Ziarah Kubur Keluarga Kak Km Ditegur Hormatlah Orang Yang Dah Tak Ada

Hiburan Tak Tutup Aurat Ziarah Kubur Keluarga Kak Km Ditegur Hormatlah Orang Yang Dah Tak Ada

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 149 hits
Menziarahi kubur adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam dan telah menjadi budaya yang sering dilakukan oleh masyarakat Melayu Namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang beberapa adab yang perlu diperhatikan ketika menziara...
Teringin Tinggal Dalam Kubur Prank Challenge Dalam Kubur Akhirnya Makan Diri

Teringin Tinggal Dalam Kubur Prank Challenge Dalam Kubur Akhirnya Makan Diri

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 236 hits
Mempersendakan kubur adalah tindakan yang sangat tidak menghormati dan tidak sopan terhadap orang yang telah meninggal dunia Terdapat sebuah video yang dimuat naik oleh ar rayyan channel di halaman TikTok memaparkan dua orang lelaki mengebu...
Nampak Gayanya Dusuki Petir Ini Merendahkan Intelek Ydpa Polis Tak Ndak Kutip Kah

Nampak Gayanya Dusuki Petir Ini Merendahkan Intelek Ydpa Polis Tak Ndak Kutip Kah

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 220 hits
Jelas merendahkan intelek YDP Agong Apakah dia anggap YDP Agong tak mampu berfikir Kalau Tuanku tak berkenan Baginda dah reject awal dah nama Kim Kit Siang Tapi Baginda perkenan maknanya Baginda sendiri iktiraf sumbangan Lim Kit Siang terha...
Ikuti Kehidupan Watak Utama Sebelum Jadi Doktor Hospital Playlist Bakal Kembali Dengan Siri Prekuel

Ikuti Kehidupan Watak Utama Sebelum Jadi Doktor Hospital Playlist Bakal Kembali Dengan Siri Prekuel

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 157 hits
Penonton pastinya amat menantikan kesinambungan cerita untuk Hospital Playlist kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Hospital Playlist dilapor telah memulakan persiapan untuk siri prekuel yang akan memfokuskan kepada watak Lee Ik joon Chae Song hwa...
Kbs Siri 1 2023

Kbs Siri 1 2023

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 178 hits
AssalamualaikumTugasan di teruskan lagi untuk tahun 2023 Sebagai Penyelaras KBS SKI 2023KBS SIRI 1 2023 Sabtu 17 6 2023 Sasaran Semua muirid Islam tahap 1 2Buku Program Anjuran Panitia Pendidikan Islam bersama Panitia Bahasa Arab SKI KE ARA...
Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick The Continental

Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick The Continental

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 190 hits
Peacock telah mendedahkan beberapa gambar terbaru The Continental siri prekuel tiga bahagian dari francais aksi popular John Wick Gambar gambar tersebut memberikan kepada peminat pandangan pertama watak watak dalam siri prekuel itu termasuk...
Meski Siri Lakonan Pertama Dikritik Jennie Bp Dilamar Terajui Naskhah Marvel Studios

Meski Siri Lakonan Pertama Dikritik Jennie Bp Dilamar Terajui Naskhah Marvel Studios

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 195 hits
Baru sahaja memulakan karier sebagai pelakon sepertinya semakin cerah peluang Jennie dalam bidang ini ARTIKEL BERKAITAN Meskipun siri pertama lakonannya iaitu The Idol menerima tentangan hangat kini dek plot ptovokatif namun khabarnya idola...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport