Sbdj Siri 163 Mayat Dalam Guni


Osman Garing tunduk merenung lantai. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kotak fikirannya. Apa yang pasti, dia tetap menyesali diri sendiri kerana kurang bertanya dengan guru yang terdahulu. Kalau dia bertanya lebih terperinci, tentu dia tidak terjebak dalam ilmu yang tidak menguntungkan.


Mata mahaguru terus tertumpu ke wajah Osman Garing bersama senyum sinis. Tentu saja perbuatan itu kurang menyenangkan hati Osman Garing.

Walau bagaimanapun hati kecilnya tetap mengharap mahaguru memberi penjelasan tanpa menunggu pertanyaan darinya.

Mata mahaguru masih lagi memandang tajam ke arahnya. Osman Garing keresahan.

"Sebab dikatakan ilmu itu panas," mahaguru menyambung kembali percakapan yang terhenti.

"Kerana orang yang mengamalkan ilmu itu, tidak akan dapat mengumpulkan harta sampai ke mati. Hidupnya sentiasa dalam kesempitan, bila berbini jodoh tak panjang. Walau macam manapun ilmu itu ada kelebihannya..."

Mahaguru berhenti bercakap dan senyum panjang segera terukir di kelopak bibirnya. Senyuman itu membuatkan Osman Garing resah dan gelisah, tidak menentu.

"Apa kelebihan ilmu yang saya tuntut itu?" Osman Garing tidak sabar.

"Haa. Kamu nak tahu kelebihannya?"

"Iya, sudah tentu. Selama ini saya tidak tahu kelebihannya, saya tengok orang belajar, saya ikut belajar."

"Kelebihannya, orang perempuan mudah jatuh hati pada orang yang mengamal ilmu tu, rela jadi isteri walaupun hidup susah," sambil menggaru hujung dagu mahaguru bersuara.

Osman Garing ketawa kecil. Dia tidak menafikan kebenaran dari kata-kata itu kerana dia sendiri sudah mengalaminya.

"Ada lagi rahsia?" desak Osman Garing.

"Ada Osman, kau jangan terkejut," Mahaguru membetulkan kedudukannya.

"Apa dia mahaguru?"

"Orang yang mengamalkan ilmu ini, bila dapat anak tidak kira lelaki atau perempuan, mesti kena penyakit sawan babi.

"Biasanya si anak mati muda, kerana penyakit kurang darah," mahaguru telan air liur.

Buat beberapa saat, mahaguru melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Kemudian mengosok-gosok pangkal hidungnya hingga merah.

"Kenapa kurang darah tok guru?"

"Darah si anak dihisap oleh makhluk halus yang dipuja oleh tuannya. Nafsu berahi si bapa cukup ganas, tak kira anak bini orang, semuanya nak disapu.

"Kadang-kadang jadi haruan makan anak. Ilmu tu cukup panas, elok saja kamu buang," satu saranan yang baik dari mahaguru.

Osman Garing termenung panjang. Hati kecilnya mengakui nafsu seksnya cukup panas. Pantang tengok perempuan dia terus berahi. Meskipun pada saat itu dia sudah mempunyai empat isteri.

Semasa menjadi buruh ladang getah di kawasan batu Gajah dulu, dia menggoda isteri mandor Maniam yang periang.

Tidak memadai dengan itu, dia juga menggoda anak Ah Siung, peniaga kedai runcit yang terletak tidak jauh dari kawasan ladang getah tersebut.

Kebiadapannya itu dapat dikesan oleh Maniam dan Ah Siung dan Osman Garing dinasihati supaya beredar dari tempat itu sebelum sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya.

SENYAP

Secara senyap-senyap Osman Garing menghilangkan diri (berhenti kerja) dari ladang getah tersebut.

Beberapa orang pekerja pernah terserempak dengan isteri mandor mendatangi rumah Osman Garing waktu malam.

Biasanya, isteri mandor berbuat demikian disaat suaminya (mandor) mabuk di kantin pekerja atau di kelab pekerja.

Walaupun Osman Garing ada membuat hubungan sulit dengan anak gadis Ah Siung tetapi, perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh para pekerja ladang kecuali Ah Siung sendiri.

Apa yang pasti, kira-kira sebulan setelah Osman Garing menghilangkan diri, anak gadis Ah Siung didapati menggantung diri di pokok getah.

"Kamu mesti buang ilmu tu Osman, ilmu tu panas," ulang mahaguru.

"Susah tok, ilmu tu dah sebati dengan saya. Maklumlah, sudah berbelas-belas tahun saya amalkan."

Jawapan yang diluahkan oleh Osman Garing itu memaksa mahaguru mengerutkan dahi. Ia termenung sebentar.

Kemudian toleh kiri dan kanan. Dongakkan wajah ke dada langit, melihat awan dan bintang.

"Aku tahu Osman," mahaguru bersuara lemah.

"Perkara itu memang susah, hanya mati saja yang boleh menceraikan kamu dengan ilmu panas tu. Tak mengapa, kamu lalui ujian ini dulu. Kalau kamu lulus ujian, dengan sendiri ilmu yang ada pada kamu tu jadi tawar," mahaguru berhenti bercakap.

"Bila ujian itu mahu diadakan tok?"

"Sekarang juga. Kamu ikut dan dengar perintah dari orang suruhan aku. Jangan bantah cakapnya. Kamu bersedia?"

"Saya bersedia."

"Aku harap kamu lulus ujian," nada suara mahaguru agak gementar.

Dia bagaikan dapat membaca sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas anak muridnya itu.

Mahaguru angkat tangan kanan melepasi kepalanya. Perempuan suruhan faham dengan isyarat yang dibuat oleh mahaguru.

Dia pun anggukkan kepala sebagai tanda dirinya bersedia menjalankan tugas, yang dibebankan ke atas bahunya.

Perempuan suruhan segera berdiri dekat Osman Garing. Senyum sinis dihamburkan untuk orang yang bakal menjalani ujian. Senyum itu disambut oleh Osman Garing dengan rasa hambar.

"Kamu silap," kata perempuan suruhan.

"Maksud kamu?"

"Kamu manusia bodoh sombong, kenapa tidak berterus terang dengan mahaguru yang kamu ada menuntut ilmu di tempat lain.

"Kalau kamu cakap awal-awal, ilmu tu boleh dibuang dulu sebelum kamu jadi anak muridnya," perempuan suruhan mula berleter.

"Saya fikir mahaguru dapat kesan, lagi pun saya memang tidak tahu bila mahu jadi anak murid mahaguru mesti buang ilmu yang lain."

"Bukan tak tahu, kamu yang tak jujur."

"Sumpah saya tak tahu, lagi pun awak tak tanya saya,"

"Sudahlah aku tak mahu cakap apa-apa. Kamu dah tengok apa yang dibuat oleh Maziah dan Deraman. Sekarang kamu kena buat, macam dia orang buat. Apa kamu boleh buat?"

"Boleh, saya boleh buat."

"Kalau begitu mulakan sekarang."

Osman Garing pun melangkah menuju ke baldi berdarah. Gerak-geri dan tingkah lakunya terus jadi perhatian mahaguru.

Ternyata biji mata perempuan suruhan dan orang kanan mahaguru juga tertumpu kepada Osman Garing.

Keresahan dan kegelisahan terpamer di wajah mereka. Dan mereka mengharapkan, Osman Garing tidak akan membuat kesilapan semasa melakukan upacara ujian itu.

Osman Garing rapat ke baldi. Sapu darah ke muka dan kedua belah lengan. Akhirmya meneguk darah penuh selera.

"Ah..." Mahaguru mengeluh sambil menggelengkan kepala.

Osman Garing telah melakukan kesilapan. Sepatutnya dia minum darah dulu sebelum menyapu muka dan kedua belah lengan dengan darah.

Kesilapan itu juga dapat dikesan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.

Semuanya sudah terlambat. Kesilapan yang dilakukan oleh Osman Garing tidak boleh diubah atau diperbetulkan.

Padah dari kesilapan itu, risikonya cukup tinggi. Rasa hiba, sayu dan hampa terpamer di wajah mahaguru.

Dan Osman Garing yang merasakan apa yang berlaku sudah sempurna, segera mendekati perempuan suruhan untuk mempamerkan kesan darah di muka, di mulut dan kedua belah tangan.

Semasa Osman Garing berdiri kaku di depan perempuan suruhan, orang kanan menarik keluar sebilah keris berluk tujuh dari bawah paha kirinya.

Cepat-cepat keris itu dicampak ke arah mahaguru yang bersedia menyambutnya dengan tangan kiri.

Keris ditarik dari sarungnya ditilik, ditatang dan ditimbang berkali-kali. Sepasang bibir mahaguru bergerak-gerak, macam ada sesuatu yang dikatakan kepada keris.

"Kewajipan."

Terdengar suara mahaguru meninggi serentak dengan itu keris di balingkan ke arah rusuk kiri (bahagian perut) Osman Garing.

Mata keris terbenam di situ. Darah bersemburan. Mulut Osman Garing separuh ternganga. Mukanya berkedut menahan kesakitan. Mungkin bisa keris sudah meresap ke dalam urat sarafnya.

"Jangan, biarkan dia."

Maziah yang mahu membantu Osman Garing segera membatalkan niat, akibat ditegah oleh mahaguru.

Osman Garing berjalan dalam keadaan hoyong hayang sambil mengangkat kedua belah tangannya seolah-olah minta tolong kepada rakannya Wan Deraman dan Maziah.

Apakan daya, kawan sendiri tidak berani melanggar perintah mahaguru. Dan akhirnya Osman Garing tersembam di bumi.

Kaki dan tangannya menggelitik. Dia mengeruh macam lembu kena sembelih, bergolek-golek di bumi.

Saya kira dia akan bangun kembali. Saya pun menghitung satu hingga sepuluh. Ternyata Osman Garing tidak juga bangun. Dia sudah menjadi mayat.

"Balut tubuhnya."

Orang kanan segera mencampak segumpal guni ke arah perempuan suruhan. Dalam keadaan yang tergesa-gesa kain guni pun disambung dan mayat Osman Garing pun dibungkus dengan kain tersebut.

Orang kanan segera melangkah mayat Osman Garing sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum berdiri di hujung kepala mayat.

"Kamu berdiri di situ."

MAYAT

Orang kanan menyuruh perempuan suruhan berdiri di hujung kaki mayat. Perintah itu segera dipatuhi. Suara burung hantu bersahut-sahutan, bagaikan berdendang keriangan.

"Kita letakkan mayat ini, atas kayu mayat. Suruh Maziah lapah perutnya macam melapah perut lembu.

"Kamu bagi tahu dia apa yang mesti diambil dari perut mayat itu. Beritahu betul-betul, jangan silap bagitahu, silap ambil buruk padahnya," orang kanan terus luahkan petunjuk. Dia terus membongkok.

"Aku angkat kepala, kamu angkat kaki," kata orang kanan.

"Baik," jawap perempuan suruhan.

Mereka pun mengangkat dan mengusung mayat Osman Garing, lalu diletakkan atas batang kayu yang dipanggil 'Kayu Mayat'.

"Buka kainnya?" tanya perempuan suruhan.

"Nanti dulu, tunggu perintah aku. Jangan pandai sendiri!"

"Maafkan saya."

"Hum..."

Suara burung hantu terus bergema. Angin terus bertiup lembut. Sesekali terdengar ngauman harimau sayup-sayup.

Darah dari mayat Osman Garing terus meleleh atas kayu mayat dan menitik ke atas bumi.

Orang kanan kembali duduk ke tempat asalnya, begitu juga dengan perempuan suruhan.

Mahaguru kelihatan resah ditempatnya, renung kiri, renung kanan. Renung langit dan bumi. Mahaguru menggigit bibir sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Semuanya mesti di selesaikan dengan segera," bisik batin mahaguru.

Tanpa membuang masa dia terus tepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tergesa-gesa perempuan suruhan mendekati mahaguru.

"Apa yang patut saya buat?"

"Kamu ambil kapak, gergaji, parang dan serahkan barang-barang itu kepada mereka," jari telunjuk mahaguru menghala kepada batang tubuh Maziah dan Deraman yang berdiri kaku macam patung.

"Baik."

Perempuan suruhan pun bergerak ke kanan. Dalam cahaya lampu minyak tanah yang samar-samar itu, sekujur tubuh perempuan suruhan hilang dari pandangan saya.

Mahaguru dan orang kanannya terus membisu, masing-masing termenung. Barangkali, sedang melayani perasaan yang berbunga di hati.

Perempuan suruhan muncul kembali di hadapan mahaguru dengan gergaji dan kapak di tangan.

"Kapak untuk lelaki," tutur mahaguru.

Kapak pun diserahkan kepada Deraman. Orang kanan mahaguru melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali.

"Gergaji berikan pada si perempuan. Parang kau pegang sendiri. Faham."

"Saya faham."

Perempuan suruhan pun menghulurkan gergaji kepada Maziah. Parang panjang ditangannya. Perempuan suruhan segera cacakkan parang ke bumi.

Maziah dan Deraman terpinga-pinga. Mereka tidak tahu untuk apa barang-barang itu diserahkan kepada mereka.

Orang kanan bangun dan terus melangkah menghampiri mayat Osman Garing yang berada diatas kayu mayat.

"Bawakan kepada aku perasap, cepat," orang kanan tenung wajah perempuan suruhan.

"Tempat perasap yang baru atau yang lama?"

"Yang baru, taruh bara dan kemenyannya sekali. Pergi cepat, jangan banyak tanya lagi."

"Baik."

Perempuan suruhan menyelinap ke sebelah kiri saya. Kalau saya tidak mengelak pasti saya dilanggarnya.

Kira-kira lima minit kemudian, perempuan suruhan muncul di sisi orang kanan. Dupa yang mengeluarkan asap kemenyan segera diserahkan kepada orang kanan.

Bau kemenyan menguasai seluruh ruang. Dupa terus ditatang. Dibawa bergerak ke kiri dan kanan.

Dari mulut orang kanan keluar jampi mantera dalam bahasa yang tidak saya fahami.

Sebaik saja berhenti membaca mantera, mayat Osman Garing segera diperasap oleh orang kanan, bermula dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.

Perbuatan sedemikian dilakukan sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Saya kira perbuatan orang kanan yang aneh itu, bukan sahaja menjadi perhatian saya malah mungkin mencolek perasaan Wan Deraman dan Maziah.

Tiba-tiba secara mengejut orang kanan merentap kain guni yang membalut mayat Osman Garing dengan kasar sekali.

Kain guni itu dihumban ke sebelah kanan dinding buluh, pada saat itu, watak orang kanan sungguh berbeza sekali.

Gerak-gerinya kasar, macam orang lelaki. Rambutnya menggerbang menutup wajah, nampak kasar dan mempunyai dua warna.

Sebelah kiri berwarna kuning-kekuningan manakala sebelah kiri berwarna putih macam kapas.

Bila rambut menutup wajah itu ditolak ke kiri dan ke kanan, kelihatan sepasang mata yang bulat dan besar memancarkan cahaya kemerah-merahan dengan gigi yang menyeringai. Macam gigi kucing hutan.

Orang kanan itu melompat sambil mengeluarkaan suara seperti suara harimau menderam untuk menangkap sesuatu.

Setiap muka yang berada di ruang itu ditatapnya.

MENGGIGIL

Saya menggigil bila sepasang mata besarnya tertumpu ke wajah saya. Dia menjelirkan lidahnya dengan wajah yang menakutkan.

Dia sudah kemasukan syaitan, cara kebetulan pula pada masa itu saya terdengar suara asing berlegar-legar di udara, iaitu suara perempuan mengilai dan ketawa, seiring dengan terdengar lolongan anjing sayu dan memanjang.

Burung hantu yang tadinya berehat, kembali aktif, bersahut-sahutan dengan pelbagai gaya dan nada yang boleh meremangkan bulu tengkok.

"Ya Allah," kata saya, bila melihat orang kanan dengan lidah terjelir menjilat seluruh muka Osman Garing yang sudah menjadi mayat itu.

Dengan tidak semena-mena dia terus menjerit dan rebah ke bumi terus tidak sedarkan diri.

Pelik sungguh, perempuan suruhan yang berada dekatnya tidak bertindak. Malah melihat sahaja orang kanan yang terbujur kaku di situ.

Suara perempuan menjerit dan ketawa di udara terus hilang. Tetapi lolongan anjing masih berterusan. Suara burung hantu mula mengendur.

Darah sudah pun berhenti keluar dari mayat Osman Garing.

Kerana menyedari orang kanannya terbaring agak lama, mahaguru segera bangun dan mendekatinya.

Dengan belakang tangan kiri mahaguru menepuk belakang orang kanannya dengan sekuat hati.

Orang kanan segera sedar dan seperti kilat pula di bangun lalu menggamit Maziah dan Deraman mendekatinya.

Sebaik sahaja Maziah dan Deraman berdiri di depannya, mereka terus ditampar oleh orang kanan dengan kuat.

Berpandukan dari orang kanan itu menampar, ternyata bukan tampar sebarangan tetapi, tampar yang berbuah.

Maksudnya, bahana dari kena penampar tersebut, boleh membuat seseorang itu jadi bodoh atau terus lena (tidur sambil berdiri) paling kurang boleh buat orang itu gagap seumur hidup.

Andaian saya tepat sekali, tampar yang dilepaskan oleh orang kanan itu berbuahkan PUKAU.

Buat beberapa minit selepas ditampar, Maziah dan Deraman terhoyong hayang, macam orang khayalan. Setelah itu barulah mereka berdiri dengan betul. Tegak kaku macam tunggul kayu.

Bagi menguji PUKAU yang dilepaskan (tampar) tadi menjadi atau tidak, orang kanan segera menjalankan ujian dengan menyuruh Maziah dan Deraman duduk bertinggung, kemudian disuruh makan tanah. Ternyata arahan itu dipatuhi.

"Menjadi," beritahu orang kanan kepada mahaguru.

"Mulakanlah, keluarkan perintah."

"Baik."

Orang kanan mendekati perempuan suruhan. Berbisik sesuatu dan perempuan suruhan anggukkan kepala.

Orang kanan segera mendekati mahaguru. Bercakap sesuatu sambil berjalan menuju ke tempat duduk.

Saya terbongkok macam patung tetap mengikuti setiap peristiwa dengan teliti di samping mencari kesempatan untuk melarikan diri.

Apa yang pasti peluang sedemikian sukar untuk diperolehi. Dan saya harus terus bersabar.

"Hei, kamu berdua. Gunakan apa yang ada ditangan kamu, potong mayat tu," jerit perempuan suruhan.

Maziah dan Deraman anggukkan kepala.

"Kerat lapan tau."

SENYUM

Macam tadi juga, Maziah dan Deraman terus anggukkan kepala. Tidak berani bersuara. Sentiasa tunduk renung bumi. Tidak berani tatap wajah perempuan suruhan.

Mahaguru dan orang kanannya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku dengan penuh sopan. Sesekali mereka berbalas senyum. Seolah-olah puas dengan apa yang terjadi.

"Mulakan sekarang."

Tanpa bertangguh-tangguh, Maziah dan Deraman meluru kearah mayat Osman Garing diatas kayu mayat.

Tugas mereka pun bermula dan saya tak sanggup melihat mereka mengerat-ngerat tubuh Osman Garing, macam memotong ayam. Tidak sampai dua jam, kerja-kerja itu selesai seperti yang dihajati.

Bahagian tubuh yang sudah dipotong-potong dimasukkan ke dalam guni beras oleh perempuan suruhan lalu diikat dengan tali rapia.

Dibiarkan di atas kayu mayat, perempuan suruhan ambil sebatang kayu sepanjang lima kaki dan ukuran bulatnya sebesar lengan kanak-kanak berusia dua tahun.

Di kedua belah bahagian hujung kayu ditajamkan. Dengan hujung kayu itu, perempuan suruhan membuat garisan empat segi di tanah.

"Sekarang kamu Deraman, korek lubang ikut tanda yang aku buat, faham?"

"Faham!"

"Mulakan."

Perempuan suruhan menyerahkan cangkul dan pencebak (alat penggali lubang) kepada Deraman.

Lelaki yang sudah bodoh, akibat dipukau itu pun memulakan tugasnya.

"Kamu Maziah, pergi bancuh simen. Semua barang-barang sudah disediakan, faham?"

"Saya faham."

"Kalau dah faham mulakan, jangan berhenti selagi belum dapat perintah."

Maziah anggukkan kepala dan memulakan tugas yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Kerana perintah terpaksa juga dibuat.

Dalam waktu yang tidak sampai satu jam lubang sedalam enam kaki dan lebarnya lebih kurang empat kaki siap digali oleh Deraman.

Perempuan suruhan segera membuat pemeriksaan, bagi memastikan sama ada lubang itu dikorek mengikut tanda yang ditetapkan atau sebaliknya.

Semuanya beres dan perempuan suruhan angkat tangan kiri ke arah orang kanan, memberitahu acara selanjutnya boleh dimulakan.

Orang kanan pun angun berjalan menuju ke arah mayat dalam guni di atas kayu mayat. Dia pun mengheret mayat dalam guni ke bibir lubang.

Mahaguru bangun dari tempat duduknya mengawasi setiap kerja yang dilakukan oleh orang kanannya.

Mahaguru tidak ingin melihat sebarang kesilapan yang kecil atau besar. Semuanya mesti berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Mahaguru menuju ke bibir lubang. Berdiri di sebelah orang kanannya yang masih memegang muncung guni beras.

"Tanam sekarang," tanya orang kanan.

"Nanti dulu," balas mahaguru sambil mengangkat tangan kiri serta mengembangkan lima jarinya.

Matanya tertumbuk ke wajah perempuan suruhan yang berada disebelah lubang (sebelah kanan).

"Sudah kamu ambil darahnya untuk disimpan dalam baldi," pertanyaan untuk perempuan suruhan.

"Sudah tok guru."

"Sudah kamu asingkan kulit dan sebahagian anggota tubuhnya untuk kamu dan orang kanan aku? Mungkin juga untuk perempuan yang baru ditauliahkan?"

Sudah."

"Termasuk jantung, hati dan bahagian dalam anunya?"

"Sudah tok guru."

"Bagus."

Buat beberapa ketika mahaguru termenung panjang. Kemudian mundar-mandir ditepi lubang, macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Bila dia berhenti melangkah, sepasang biji matanya menghala ke arah Maziah dan Deraman.

"Sudah kamu minum darah kawan kamu?"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Maziah dan Deraman.

Mahaguru renung muka orang kanannya dengan renungan yang tajam dan penuh tanda tanya.

Ketika itu terdengar bunyi gemersik angin menyetuh dedaun di luar kawasan pagar buluh. Juga terdengar bunyi suara kucing mengiau yang dituruti dengan bunyi tapak kaki orang berlari.

Pagar buluh bergoyang sendiri dan ada imbasan seperti kain batik berlegar-legar diudara. Semuanya tidak berapa jelas.

Sayup-sayup kedengaran lolongan anjing liar entah dari mana datangnya, tidak dapat dipastikan.

"Jangan bimbang, semuanya aku uruskan," begitulah dalam keadaan suasana serba seram, orang kanan mahaguru memberikan jawapan.

"Bila?"

Darah untuk diminum sudah ada, selesai semua kerja ini, aku suruhlah dia orang minum. Jangan bimbang, ini kerja aku, ini tugas aku," lantang sekali suara orang kanan penuh keyakinan.

Mahaguru anggukkan kepala sambil tersenyum lebar. Timbunan tanah di kiri kanan lubang di jelingnya.

TIMBUS

"Tanam mayat dalam guni ni cepat-cepat, timbus dan simen rata-rata. Biar orang tak dapat kesan dibawah simen ini ada kubur," satu perintah dalam nada suara yang kasar dan keras dari mahaguru untuk orang kanan dan perempuan suruhan.

"Buat dengan cepat, sebelum awan yang bergerak tu menutup bulan, kerja ni mesti selesai," mahaguru luruskan jari telunjuk ke arah gumpalan awan hitam yang berarak perlahan menuju ke bulan.

"Kalau kamu gagal kita semua ditimpa celaka, jangan berlengah-lengah," sambung mahaguru.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 163/284

BACA: SBDJ Siri 162: Senafas Dengan Guru
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/mayat-dalam-guni-siri-163.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sbdj Siri 159 Terpenjara Di Ruang Mayat

Sbdj Siri 159 Terpenjara Di Ruang Mayat

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 274 hits
Dalam rasa cemas yang tidak bertepi itu saya hanya mampu melihat si jubah kuning mundar mandir di depan sesuka hati Adakalanya dia membongkok dengan kedua belah tangannya menjamah bumi Pergerakan ke depan dan ke belakang macam orang merangk...
Sbdj Siri 158 Bertangankan Kaki Harimau

Sbdj Siri 158 Bertangankan Kaki Harimau

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 290 hits
Aku tahu dari mana darah itu datang Tamar Dari mana Andi Darah kelawar atas kepala kita tadi Pelik sungguh keluh saya sambil menarik dan melepaskan nafas Suara kelawar luar biasa dan suara lolongan anjing terus bergema Hari kian gelap Seben...
Sbdj Siri 166 Lelaki Dari Kerinci

Sbdj Siri 166 Lelaki Dari Kerinci

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 201 hits
Apa yang didengar dan dilihat ternyata menghadiahkan kegembiraannya yang tiada taranya Dan saya buat tidak kisah dengan tingkah laku anak buah Haji Bagus Biarlah mereka bersiul atau menyanyi semahu mahunya Apa yang dapat saya kesan di sebal...
Sbdj Siri 160 Menghadapi Ujian Mahaguru

Sbdj Siri 160 Menghadapi Ujian Mahaguru

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 299 hits
Api dari pelita tersebut memancarkan cahaya yang samar samar Setiap sudut bilik terdapat tengkorak diletakkan dalam dulang berkaki kayu yang diukir kepala ular dan naga berjuang Terdapat sebuah katil usang yang dipenuhi sarang labah labah A...
Sbdj Siri 157 Wanita Bermata Syaitan

Sbdj Siri 157 Wanita Bermata Syaitan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 274 hits
Perkara yang nak saya sebutkan tadi ialah tentang perangai orang kita yang suka mendampingkan senjata dengan benda benda ghaib atau benda halus Perbuatan begini banyak buruk dari baiknya nada suara datuk amat perlahan Dia nampak begitu cema...
Sbdj Siri 161 Baldi Berdarah

Sbdj Siri 161 Baldi Berdarah

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 229 hits
Suasana yang bungkam itu membuat otak saya memikirkan perkara yang bukan bukan Saya juga membayangkan bagaimana datuk dan kawan kawannya berusaha dengan susah payah mengesan jejak saya yang hilang Tergambar bagaimana cemasnya wajah Andi Kam...
Sbdj Siri 165 Dikejar Makhluk Aneh

Sbdj Siri 165 Dikejar Makhluk Aneh

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 249 hits
Dalam keadaan yang gawat itu apa yang saya lakukan semua tidak kena Kematian dirasakan terlalu hampir Hujan terus turun dan badan terus mengigil Semuanya menakutkan dan mencemaskan Saya tidak mahu memikirkan tentang mahaguru dan anak buahny...
Sbdj Siri 162 Senafas Dengan Guru

Sbdj Siri 162 Senafas Dengan Guru

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 219 hits
Maziah hanya mendengar saja apa yang diungkapkan oleh mahaguru dengan penuh khusyuk Kelopak matanya yang pejam celik setiap kali mahaguru merenung ke arahnya Ada keresahan dan kecemasan yang bermain di hatinya Maziah terus menanam sebuah ke...
Mayat Bayi Ditemui Dalam Sangkar Kumbahan Di Sepanggar

Mayat Bayi Ditemui Dalam Sangkar Kumbahan Di Sepanggar

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 336 hits
Sumber Foto Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Haji Majinji Mayat bayi ditemui dalam sangkar kumbahan di Sepanggar Satu mayat bayi ditemukan dalam sangkar kumbahan berhampiran Sepanggar petang tadi K etua Polis Daerah Kota Kinabalu...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam