Sayur Genjer Tumis
Sayur ni, keluarga suami panggil Genjer,kadang kadang panggil juga centongan
Panggil centongan sebab mentua kata bentuk dia macam senduk nasi. Dalam bahasa jawa, senduk nasi tu 'centong'
Kalau kat Pahang, panggil sayur selimpat
Tapi ada juga orang panggil paku rawan, belah belah utara semenanjung rasanya..
Mama Yan sampai sekarang tak suka makan sayur ni.
Tak kena kat selera gigi, lidah dan tekak MY ni
Bila gigit tu.
Rasa macam ada buih buih keluar.
Hahaha..
Susah nak cakap macam mana.
Tapi memang tak minat la sayur ni.
Walaupun tak minat makan.
MY boleh je masakkan untuk keluarga
Keluarga suami semua suka sayur ni..
Adik ipar siap cakap sayur ni sayur pembuka selera..
Entry ni sebenarnya dah lama sangat gambar gambar dia dalam folder Draft MY.
Tak tertulis tulis..
Hari ni nekad tulis dan pos entry ni..
Mama Yan pernah ikut suami petik sayur ni kat kampung dulu.
Yang kelakarnya.
kami tak reti petik
Punyalah syok sendiri memetik,Sekali bawa balik,Mak abah kata.
Apasal korang petik yang daun yang dah tua.
Bunga kalau dah kembang,Dah liat
Mak kata.
Kalau daun ambil pucuk pucuknya yang masih lembut
Bunga pula,petik yang yang masih kuncup
Yang dah kembang tu dah tua
Hahaha..
Sayur yang MY masak ni,Suami beli je kat pasar,Sebab masa ni kakak ipar MY pergi vaksin,MY la yang ditugaskan untuk memasak,Dah la jarang jarang masak sayur ni, Takut tak jadi je..
Bahan bahan
2 ikat Sayur genjer1 biji Bawang merah3 ulas bawang sejemput ikan bilis3 tangkai lada besarGaram secukup rasa
Cara memasak:
Potong potongkan sayur genjer ni terlebih dahulu lebih kurang seinci seinci dan basuh bersih bersih
Selepas itu, celur atas api sehingga layu
Angkat dan lalukan dengan air
Bila dah sejuk, ramas ramas sehingga airnya keluar
Kisar bawang, bawang putih, ikan bilis dan lada besar
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak
Selepas bahan tumisan sedikit garing,Masukkan sayur genjer yang telah dicelur tadi
Masukkan garam secukup rasa dan penambah perisa jika suka
Kacau kacau kacau
Tambah air sikit kalau kering sangat, dalam suku cawan je gitu
Bila sayur dah sebati dengan bumbunya,Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Begitu je lah cara memasaknya
MY ambik semangkuk kecil,Bawa bagi kat mak mentua minta tolong rasa kalau perlukan apa apa penambahan lagi
Mak kata dah ok dah.
Sedap
Berbunga bunga kejap hati.
Hahaha..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2021/11/sayur-genjer-tumis.html