Sayu Bangsal Jadi Tempat Berteduh Lapan Sekeluarga


Kota Bharu : Kerana tidak mahu membebankan penyewa kerana lambat membuat bayaran sewa rumah, lapan sekeluarga nekad meninggalkan rumah sewa yang didiami di Panchor, Pengkalan Chepa dan memilih untuk tinggal di dalam bangsal di Pantai Mek Mas di sini.
Pengamal perubatan Islam, Imran Amin, 59, yang berasal dari Pekan, Pahang berkata mereka sekeluarga meninggalkan rumah yang disewa sejak 15 tahun lepas kerana tidak mahu menanggung hutang kerana lambat membayar sewa rumah.
Imran membawa isteri dan enam anaknya yang berumur antara satu setengah tahun hingga 19 tahun untuk tinggal di sebuah bangsal sejak 10 hari lepas yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
Lebih menyedihkan, keadaan bangsal yang dibina atas tanah rizab pantai itu hanya berdindingkan zink dan kain, selain hanya mengharapkan bekalan elektrik daripada jiran tetangga dan tandas awam.
Imran, yang mula berhijrah ke Kelantan sejak 1990 untuk menuntut ilmu di sini, berkata beliau mengambil tindakan itu selepas tidak lagi mampu membayar sewa rumah berikutan pendapatan yang tidak menentu setiap bulan sebagai pengamal perubatan Islam manakala isterinya, Zainon Yakob, 39, hanya suri rumah sepenuh masa.
Beliau berkata disebabkan kesempitan hidup juga, dua anaknya, Siti Nor Shafika, 16, dan Siti Nor Hidayah,13, terpaksa berhenti sekolah sejak dua tahun lepas.
”Kalau nak ikutkan semua anak-anak saya mahu bersekolah namun disebabkan ketidakmampuan mereka terpaksa berhenti.
”Walaupun yuran sekolah percuma, namun keperluan lain termasuk buku, tambang ulang alik ke sekolah, wang saku harian mereka dan sebagainya memerlukan duit yang banyak,” katanya ketika ditemui sumber di Pantai Mek Mas di sini, hari ini.
Beliau berkata anak sulungnya, Siti Nuha Tasurunnaazirin, 19, telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
Bercerita lanjut, Imran berkata ada satu ketika beliau sekeluarga hanya makan nasi berkuah budu.
”Kami makan apa yang ada selain mengharapkan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai. Kadang-kadang terpaksa makan nasi yang telah dimasak semalam untuk bertahan sepanjang hari,” katanya.
Beliau turut mendakwa telah memohon bantuan daripada eKasih sejak 2011 namun tidak pernah terpilih untuk menerima bantuan itu.
”Besar harapan saya agar ada pihak yang sudi membantu keluarga saya dan keutamaan saya ketika ini adalah rumah sebagai tempat untuk keluarga saya berlindung,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank bernombor 7613557825 atas nama Imran Amin atau menghubunginya di talian 01151207784.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/24/sayu-bangsal-jadi-tempat-berteduh-lapan-sekeluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobik Zumba Di Tempat Umum

Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobik Zumba Di Tempat Umum

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 660 hits
Haram hukumnya wanita mengikuti senam aerobik zumba dan joget joget di tempat umum kerana 1 Ikhtilat Terjadinya campur baur laki2 dan perempuan 2 Tabarruj 3 Mendengakan musik disco dang dut koplo 4 Bergoyang melenggak lenggok 5 Pakaian keta...
Cara Mudah Nak Semak Nilai Ipu Tempat Anda Guna Smartphone

Cara Mudah Nak Semak Nilai Ipu Tempat Anda Guna Smartphone

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 918 hits
Ramai yang nak tahu mengenai Indeks Pencemaran Udara di kawasan masing masing namun tak tahu cara paling mudah dan pantas untuk melakukannya Sebenarnya memang ada cara mudah untuk menyemak dan mengetahui kadar IPU di kawasan masing masing S...
Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja Ini Cara Berkesan Atasi Sengketa Dengan Majikan

Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja Ini Cara Berkesan Atasi Sengketa Dengan Majikan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 759 hits
Mungkin ramai di kalangan mahasiswa universiti yang sudah tidak sabar untuk memasuki alam pekerjaan punyai profesion impian miliki wang kenderaan dan rumah Namun ternyata semua realiti tak seindah mimpi banyak perkara yang perlu dihadapi un...
Tempat Hiburan Pindah Ke Daerah Penyangga Target Pajak Dki Tidak Tercapai

Tempat Hiburan Pindah Ke Daerah Penyangga Target Pajak Dki Tidak Tercapai

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 240 hits
Kepala Badan Pajak dan Retribusi Daerah Provinsi DKI Jakarta Faisal Syafruddin mengatakan adanya tempat hiburan yang ditutup juga memberikan dampak pada penerimaan pajak hiburan Dimana penutupan dilakukan karena pelanggaran berupa peredaran...
Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 449 hits
Buat pertama kali saya experiment rakaman perjalanan saya menggunakan camera action sport yang bajet Eken H9R dari rumah saya ke tempat kerja Kebiasaan vlogger motorsikal meletakkan kamera di bahagian helmet atau tempat dekat hampir meter s...
4 Tempat Usaha Peleburan Timah Di Cilincing Jakarta Utara Ditutup

4 Tempat Usaha Peleburan Timah Di Cilincing Jakarta Utara Ditutup

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 217 hits
Tim Reskrim Polres Metro Jakarta Utara langsung melakukan penyegelan dengan pemasangan garis polisi empat usaha peleburan aluminium
Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 721 hits
Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan penc...
Nangis Makcik Ini Biia Tahu Anak Bkn Mahu Bawa Ke Melaka Tapi Ke Tempat Lain Rupanya Menantu Jadi Daiang

Nangis Makcik Ini Biia Tahu Anak Bkn Mahu Bawa Ke Melaka Tapi Ke Tempat Lain Rupanya Menantu Jadi Daiang

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 377 hits
Gembirakanlah hati ibu dan ayah sementara mereka masih bernyawa di dunia ini Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang sanggup ambil masa berbulan demi merancang menyempurnakan hasrat ibu tercinta Nangis Makcik Ini BiIa Tahu Anak Bkn M...
Taman Quran Dubai Dinobat 100 Tempat Terhebat 2019 Majalah Times

Taman Quran Dubai Dinobat 100 Tempat Terhebat 2019 Majalah Times

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 288 hits
AMERIKA SYARIKAT Taman Al Quran yang terletak di Dubai Arab Saudi dinobat sebagai antara 100 Tempat Terhebat Dunia tahun ini oleh majalah TIMES Diterbitkan pada Ogos ini merupakan kali kedua majalah terkenal tersebut mengeluarkan senarai ta...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna