Saya Tidak Gila Untuk Aibkan Orang Macam Tu Sekali Cikgu Nafi Tularkan Video Anak Murid


'Saya tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali' - Cikgu nafi tularkan video anak murid



Guru yang merakam video muridnya dalam video viral 'bapa pandai masak air ketum', Cikgu S, 40, tampil memberi penjelasan penuh sekali gus menafikan dirinya menyebarkan video tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.  "Saya tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali. Demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas," katanya. 
Menurut Cikgu S, mungkin salah dirinya juga merakam video itu tetapi dia menegaskan bahawa bukan dia yang menyebarkan video tersebut. 
"Mungkin memang salah saya sebab rakam video itu, tetapi bukan saya tularkan. Jadi, saya mohon hentikanlah menular video itu dan mengecam dengan pelbagai tuduhan palsu kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan," katanya. 
Cikgu S juga enggan memanjangkan hal itu kerana apa yang berlaku hanyalah salah faham dan hal itu sudah diselesaikan secara baik di antara semua pihak yang terlibat. 
"Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). 
"Saya sudah membuat laporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini," katanya. 
Selain itu, Cikgu S juga enggan membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu yang dilemparkan terhadapnya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. 
Jelasnya, video itu dirakam ketika sesi pendidikan kesihatan tahun satu di sekolah rendah di utara tanah air, pagi semalam, yang menyentuh topik mengenai peranan ahli keluarga. 
"Ada sesi perbincangan dan beberapa soal jawab bersama saya dan murid antaranya saya bertanya, selain mak siapa lagi dalam ahli keluarga murid saya yang pandai masak? 
"Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tular ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketum tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dan dia tidak mengetahui ketum itu bukan sesuatu yang elok," katanya. 
Cikgu S sekali lagi bertanyakan soalan itu dan merakam video lalu dikongsikan dengan ibu murid terbabit melalui WhatsApp. 
Seperti kenyataannya sebelum ini, murid lain yang turut tertawa dalam video itu katanya bukan mentertawakan jawapan yang diberikan murid itu. Sebaliknya mereka geli hati melihat gelagat Cikgu S yang selama ini sukar ketawa sehingga hampir terkeluar air mata. 
Malah, Cikgu S yakin bahawa murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketum. 
Namun dia terperanjat apabila ibu murid terbabit menghubunginya pada malam tadi memaklumkan video itu sudah tersebar. 
"Penularan video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video terbabit. 
"Saya amat kesal dengan individu yang menularkan video itu tanpa usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memfitnah, sedangkan niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak. 
"Saya anggap ini cabaran sebagai seorang pendidik dan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berwaspada di masa akan datang," katanya. 
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN

'Saya rakam video itu hanya untuk ibu murid' - Guru tampil beri penjelasan sebenar 'Benda ni tak kelakar pun cikgu' - Netizen kesal, guru kongsi video 'bapa pandai masak air ketum' yang memalukan muridnya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/08/saya-tidak-gila-untuk-aibkan-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tervk Dik3cam Susulan Video Ayah Masak Ketvm Cikgu Yang Rakam Murid Itu Akhirnya Tampil Bersuara

Tervk Dik3cam Susulan Video Ayah Masak Ketvm Cikgu Yang Rakam Murid Itu Akhirnya Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 498 hits
Sejak semalam tvlar di media soslal dimana seorang guru tanya soalan kepada anak murid ayah masak apa di rumah
Hiburan Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Hiburan Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 3068 hits
Tempoh hari kecoh di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut popular tanah air Mas Idayu iaitu Nur Dayini mendakwa ibu tirinya Reena Arina menghalang untuk berjumpa bapa kandungnya pelakon Aman Graseka Tidak mahu dirinya dipersala...
Ibu Mengadu Anak Kecilnya Macam Nak Baligh Punca Selalu Gigit Mainan Fake

Ibu Mengadu Anak Kecilnya Macam Nak Baligh Punca Selalu Gigit Mainan Fake

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 435 hits
Barang barang mainan sepatutnya tidak diperbuat daripada PVC atau mengadungi logam plumbum dan arsenik Ini kerana mengikut kajian banyak barang mainan kanak kanak buatan negara Cina mengandungi toksin Bayi kanak kanak memang suka memasukkan...
Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid Guru Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid Guru Tampil Beri Penjelasan Sebenar

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 370 hits
Susulan tersebar video murid yang memberi jawapan bapanya pandai masak air ketum guru yang merakam video tersebut tampil memberi penjelasan Berdasarkan sumber dari Kaunselor Pelajar Akhi Fairuz Al Jengkawi guru berkenaan memaklumkan dia mer...
Belanja Anak Anak Dengan Nasi Arab Ni Rasa Sama Macam Kedai Tak Guna Rempah Pun

Belanja Anak Anak Dengan Nasi Arab Ni Rasa Sama Macam Kedai Tak Guna Rempah Pun

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 363 hits
Bila cuti sekolah dapur kecil mama di rumah pastinya dikunjungi anak anak siang dan malam Malah lebih kerap daripada biasa Cuti sekolah masih berbaki hari ini apa kata mama sediakan menu istimewa untuk meraikan waktu bersama anak anak Nasi ...
Baru Anak Sorang Dah Penat Mak Cik Anak 8 Elok Je Elak Cakap Macam Ni Pada Ibu Baru

Baru Anak Sorang Dah Penat Mak Cik Anak 8 Elok Je Elak Cakap Macam Ni Pada Ibu Baru

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 696 hits
Perbandingan itu memang sentiasa ada tak kiralah daripada mula berkahwin sehinggalah dapat anak Tapi bagi yang hatinya tidak kental pasti tercuit rasa sedih down rasa diri tak berguna lebih lebih lagi ibu baru yang sedang berusaha untuk mem...
Dengan Anak Isteri Pun Berkira Macam Mana Nak Berkat Merekalah Punca Rezeki Anda Masuk

Dengan Anak Isteri Pun Berkira Macam Mana Nak Berkat Merekalah Punca Rezeki Anda Masuk

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 453 hits
Biasa kita dengar dalam ceramah agama Ustaz pernah menyebut siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat tak berjaya kenapa tak berkat Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga mereka amanah dan anugerah...
Buat Kuih Untuk Anak Murid

Buat Kuih Untuk Anak Murid

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum and morning Semarakkan Salam tebarkan senyuman Do not touch for iqra Eid party Wah Kemahen si kakak tulis dgn harapan kami jgn termakan cookies yg dibuat khas untuk anak3 muridnya yg cute2 dan comel2 Oh ye Ain ngajar just fo...
Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Retaining Top Talent For Businesses

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Govt Waives Kwtbb Charge Effective Aug 1

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Sakit Yang Tak Terlihat

Pas Pn Bersedia Tampil Tawarkan Alternatif Kepimpinan Lebih Tersusun Inklusif Dan Berprinsip Di Pahang