Saya Terkilan Kerana Tidak Mampu Mempertahankan Arwah


Oleh Amir Mamat  Norlida (tengah) sedih selepas mengetahui kematian anak angkat selepas diserahkan kepada ibu kandungnya empat bulan lalu.-\Foto Amir Mamat MELAKA: "Saya menyesal menyerahkan semula anak angkat kepada ibunya, tetapi apakan daya, saya memahami hak seorang ibu yang mahu anak kembali ke pangkuannya.
"Tetapi saya tidak sangka dia diperlakukan sebegitu hanya selepas empat bulan kami berpisah, sedangkan dia anak yang baik dan tidak pernah membantah kata selama menjaganya sejak bayi lagi," kata Norlida Abu Hassan, 50, ibu angkat kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera.
Kisah perpisahan Norlida dan anak angkatnya pernah tular di Facebook pada Oktober tahun lalu dan mendapat perhatian ramai yang turut bersedih berikutan kanak-kanak terbabit terpaksa diserahkan semula kepada ibu kandungnya.
Norlida yang tinggal di Rawang, Selangor berkata, beliau terkilan kerana tidak mampu mempertahankan arwah ketika didera sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.
"Saya menjaganya seperti 'menatang minyak yang penuh' dan menganggapnya sebagai anak bongsu. Sejak menjaganya, dia tidak pernah menyusahkan saya, malah arwah memang tidak pernah mendesak jika mahukan sesuatu termasuk barangan permainan.
"Arwah juga berjaya menghafal surah Al-Mulk selepas belajar dengan kakak angkatnya.
"Saya memang terkejut dengan keadaan ini. Kenapa dia diperlakukan seperti itu, saya memang tak sangka," katanya ketika ditemui di rumah kenalannya di Batu Berendam di sini, hari ini.
Susulan kejadian itu, pasangan suami isteri yang disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak berkenaan, semalam direman tujuh hari sehingga 5 Februari depan bagi membantu siasatan kes itu.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi hari ini, selepas dipohon polis mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Norlida berkata, dia sekeluarga amat terkejut selepas dihubungi jiran kepada ibu kandung mangsa dari Krubong kira-kira jam 8 malam tadi yang memaklumkan berita sedih itu selepas mengetahui video tular perpisahan mereka sebelum ini.
Katanya, beliau sekeluarga tidak menyangka kematian tragis mengakhiri hidup anak angkatnya itu, sebelum bergegas ke Melaka malam tadi.
"Sebagai ibu, saya faham apabila ibu kandung mangsa selalu mengatakan kerinduannya kepada anak, jadi saya reda melepaskannya kerana ketika ibu kandungnya meminta saya menjaga anaknya, tiada perjanjian hitam putih dibuat antara kami.
"Malah, ketika menyerahkan semula kanak-kanak itu, saya terpaksa akur kerana tidak mahu bergaduh dengan ibunya," katanya.
Norlida berkata, sepanjang menjaga kanak-kanak berkenaan sejak berusia dua bulan hingga Oktober tahun lalu, ibu kandungnya jarang berjumpa, malah langsung tidak mengambil tahu mengenai mangsa.
Katanya, selepas mereka berpisah empat bulan lalu, ibu kandung kanak-kanak itu menghalang mereka daripada terus berhubung.
"Kami mahu bercakap di telefon pun dihalang, malah mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan video juga tidak dibenarkan.
"Bapa tiri mangsa terpaksa membawanya berjumpa saya secara senyap-senyap kerana ibu kandungnya bimbang saya akan mengambilnya semula," katanya.
Berkongsi detik terakhir bertemu mangsa pada awal November tahun lalu, Norlida berkata, bapa tiri arwah yang bekerja sebagai pemandu lori membawa kanak-kanak itu berjumpanya di kedai makan di Rawang tanpa pengetahuan ibunya.
"Hampir satu jam kami menghabiskan masa, malah sempat bergambar bersama dan saya sempat bertanya arwah hendak duduk dengan siapa, namun dia mendiamkan diri.
"Dia tak bercakap tetapi saya bertanya, 'Adik rindu Umi tak?' dan dia menjawab 'Adik rindu Umi, abah, kakak dan abang, tetapi adik tak boleh sebab terpaksa ikut mama (panggilan kepada ibu kandungnya)," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/saya-terkilan-kerana-tidak-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Galaxy S21 Ultra Tidak Mampu Merakam Video Gerak Perlahan 960fps Seperti S21 Dan S21

Samsung Galaxy S21 Ultra Tidak Mampu Merakam Video Gerak Perlahan 960fps Seperti S21 Dan S21

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 243 hits
Samsung Galaxy S21 adalah siri peranti mercu Samsung tahun ini yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 dan Exynos 2100 hadir dengan rekaan Contour Cut Design skrin yang lebih rata sokongan kadar segar semula 120Hz adaptif dan bany...
13 Filem Jepun Yang Mampu Menyentuh Hati Anda

13 Filem Jepun Yang Mampu Menyentuh Hati Anda

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 217 hits
Negara Jepun juga memiliki kemampuan unutk menghasilkan sebuah filem yang menyentuh perasaan Dari adaptasi kisah sebenar sehinggalah ke genre drama romantis ada beberapa filem telah membuatkan para penonton tersentuh hati dan adakalanya men...
Umno Terengganu Bersama Pn Tetapi Tidak Mampu Beraksi

Umno Terengganu Bersama Pn Tetapi Tidak Mampu Beraksi

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 154 hits
Oleh CheguSyed Ketika mana Kerajaan Perikatan Nasional terus didominasi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu dalam pelbagai urusan pentadbiran Umno kelihatan tersisih dan berterusan tersorok dalam sebuah kerajaan yang kononnya ...
4 Seri Ssd Portable Western Digital Terbaru Mampu Menyimpan Data Hingga 4tb

4 Seri Ssd Portable Western Digital Terbaru Mampu Menyimpan Data Hingga 4tb

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 268 hits
SSD Portable Demi menjawab kebutuhan pelanggan terutama kalangan profesional yang membutuhkan media penyimpanan kapasitas besar dengan akses transmisi data cepat dan memiliki daya tahan kuat Western Digital secara resmi meluncurkan lini pro...
Simu Liu Kata Shang Chi Mampu Tewaskan Hulk Iron Man

Simu Liu Kata Shang Chi Mampu Tewaskan Hulk Iron Man

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 227 hits
Shang Chi dan Legend of the Ten Rings akan dirilis pada bulan Julai ini tetapi segalanya bergantung pada situasi pandemik COVID 19 dalam beberapa bulan mendatang Penggambaran filem terbaru Marvel Studios itu dipercayai telahpun selesai dan ...
Tidak Mampu Harung Hidup Pembantu Perubatan Terjun Bangunan

Tidak Mampu Harung Hidup Pembantu Perubatan Terjun Bangunan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 278 hits
IPOH Seorang pembantu perubatan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini lewat petang semalam Dalam kejadian kira kira pukul 6 45 petang itu mayat mangsa ditemukan dalam keadaan ter...
Hebat Muhyiddin Hanya 13 Kerusi Pn Mampu Takluk Johor

Hebat Muhyiddin Hanya 13 Kerusi Pn Mampu Takluk Johor

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 180 hits
HARUN ZAKARIAMana tidak hebat apabila hanya 13 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor mampu membuatkan Muhyiddin anak kiyai Yassin mentadbir negeri terselatan semenanjung ini Apakah hikmat azimat dan ajaibnya anak kiyai itu boleh melakukan sede...
Yuran Guaman Lebih Rendah Bagi Kes Cerai Sasar Bantu Golongan Kurang Mampu

Yuran Guaman Lebih Rendah Bagi Kes Cerai Sasar Bantu Golongan Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 267 hits
SINGAPURA Seramai 20 pemohon sudah mendaftar bagi Skim Sokongan Keadilan Keluarga yang dirintiskan pada September lalu Skim kendalian Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman itu memadankan para pemohon yang terlibat dalam kes kes mahkamah k
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keberkatan Tadarus Surah Al Kahfi Setiap Jumaat

What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord