Saya Terasa Keluar How Do You Play Shin Bongsun Akui Tak Serasi Dengan Yoo Jaesuk
Kadang kala, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama juga dengan keputusan “How Do You Play” untuk melepaskan Shin Bong-sun dan Jung Jun-ha dari panel mereka baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN
"Dia Jawab Telefon Sambil Mandi.." - Yoo Jaesuk Makin Rapat Dengan Song Jihyo Kini
Dalam saluran YouTube “Miseon Impossible”, Park Mi-sun telah menemu bual Shin Bong-sun dan berkongsi cerita mengenai hubungan mereka yang bermula sejak “Happy Together” selain menyentuh hal “How Do You Play”,
Saya teruja itu merupakan program pertama saya menjadi hos tetap.
Balas Park Mi-sun,
Itu sebabnya saya keluar sebulan selepas awak undur diri, saya rasa bersalah.
Seloroh Shin Bong-sun,
Baru sekarang awak bercakap sebegitu.
Kemudian Park Mi-sun bertanya mengenai pengunduran diri pelawak juniornya itu dari “How Do You Play”,
Adakah awak tak sesuai dengan Yoo Jae-suk?
Ujar wanita itu sambil tertawa,
Kalau dah macam ni, mungkin kot.
Ulas hos itu,
Yoo Jae-suk pun sebenarnya tidak melakukan apa-apa. Dalam rancangan hiburan, kalau boleh kita nak bersama selamanya tapi kalau tak dapat, memang orang yang terpaksa keluar akan terasa. Sebab itu, kita tak boleh kawal hidup.
Luah Shin Bong-sun,
Sebenarnya memang ada sedikit salah faham. Tapi kalau dulu, saya terpaksa berlakon bersahaja walaupun terasa namun di umur ini, saya dah boleh luahkan ketidakpuasan hati tanpa berasa bersalah. Saya faham yang produksi dan hos lain mungkin berasa terbeban. Walaupun saya tak benci dan faham perasaan mereka namun saya tak boleh sorok perasaan sendiri kerana saya juga berharga.
Mungkin ada yang lebih baik buat Shin Bong-sun nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Terasa..” – Keluar ‘How Do You Play’, Shin Bongsun Akui Tak Serasi Dengan Yoo Jaesuk? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-terasa-keluar-how-do-you-play-shin-bongsun-akui-tak-serasi-dengan-yoo-jaesuk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saya-terasa-keluar-how-do-you-play-shin-bon