Saya Tak Suka Sistemnya Taeyeon Snsd Buat Pengakuan Jujur Sebab Enggan Muncul Dalam Program Muzik
Sudah berbelas tahun dalam industri, Tae-yeon SNSD pastinya ingin sentiasa menunjukkan sisi yang bagus sebagai penyanyi kepada peminat.
Artikel Berkaitan
Hampir Debut Jadi Ahli SNSD, Ramai Terkejut Dengan Identiti Isteri Kim Dongwook
Terbaru dalam rancangan YouTube Eun-hyuk dan Dong-hae SUPER JUNIOR, Tae-yeon telah hadir sebagai tetamu bagi menceritakan tentang kejayaan album solonya “To.X”, yang dikeluarkan pada November lalu. Dia meluahkan rasa syukurnya,
Album ini telah berjaya dengan baik lebih daripada apa yang saya jangkakan. Saya bersyukur. Terima kasih, semua orang.
Namun begitu, Tae-yeon tidak pernah muncul di mana-mana rancangan muzik bagi mempromosikan album berkenaan. Mengenai ini, dia menjelaskan,
Saya tidak suka sistem di program muzik. Bukannya saya tidak faham, tetapi rasanya seperti tiada pertimbangan yang cukup dimasukkan ke dalam sistem, di mana penyanyi diminta untuk menyanyi pada awal pagi. Saya pasti ianya tidak dapat dielakkan tetapi..
Celah Eun-hyuk bersetuju,
Ya, ada kos pengeluaran, faktor persekitaran dan ramai artis perlu lakukan pra-rakaman jadi, perkara-perkara tertentu tidak dapat dielakkan.
Sambung wanita berusia 35 tahun itu lagi,
Tetapi melihatnya secara ringkas, saya tidak muncul di mana-mana rancangan muzik kerana saya tahu bahawa saya tidak akan dapat melakukan persembahan terbaik saya. Bermakna, pemina tidak akan menonton persembahan terbaik saya. Jadi, saya mahu mencipta kandungan yang berbeza dan menunjukkan persembahan saya melalui cara itu.
Ada betul juga tu apa yang Tae-yeon cakap.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Tak Suka Sistemnya..” – Taeyeon SNSD Buat Pengakuan Jujur Sebab Enggan Muncul Dalam Program Muzik first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-tak-suka-sistemnya-taeyeon-snsd-buat-pengakuan-jujur-sebab-enggan-muncul-dalam-program-muzik/